Laman Webantu KM2A1: 3125 File Size: 20.3 Kb * |
Siri 5: YTDT Raja Kelentong Memukau Lagi By Marhain Tua 4/11/2000 6:00 am Sat |
[Rencana ini bolehlah dianggap sebagai satu "masterpiece" yang amat berharga.
Lebih-lebih lagi kita dihantui oleh istilah "penderhaka negara" kebelakangan ini.
Sdr -MT- mengulas satu persatu siapakah sebenarnya yang menipu dengan tektik
susunan kata-kata yang sengaja diulang untuk menguasai minda. "Orang itu"
sengaja memilih perkataan dan orang tertentu siang-siang lagi untuk diperkudakan
dikemudian hari. Dia juga mengubah pelbagai adab dan tatacara undang-undang untuk
mengelakkan dirinya dipersoalkan. Hasilnya muncullah sekumpulan setan yang
memainkan peranan untuk menjahanamkan negara sedang mereka dalam umno
berkata "Tak apa". Hujah yang cukup tepat dan berisi dalam rencana kali ini seharusnya menjadi
satu koleksi setiap pencinta keadilan di negara ini. Sekaligus ini bermakna
ia MESTI DIBACA dan DISEBAR ke seluruh pelusuk tanah-air yang tercinta - Editor]
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai
Bab: 5 Dr. Mahathir berkata rakyat tidak harus percaya kata-kata pembangkang
kononnya mana-mana parti yang memerintah adalah sama sahaja. Sebaliknya,
kata beliau, kerajaan pimpinan UMNO sudah terbukti berkemampuan mentadbir
negara sehingga berjaya memulihkan ekonomi tanpa perlu meminta bantuan
asing. Beliau sedih kerana ada pihak mendakwa kononya memang sudah menjadi
nasib orang Islam di dunia ini untuk ditindas, dibunuh selain hanya memberi
tumpuan untuk dunia akhirat. "Selama 43 tahun kita sudah merdeka, dan banyak kemajuan dicapai. Jika kita
duduk melentang macam kura-kura, bergaduh, bakar sana, bakar sini,
demonstrasi dan merusuh, semua kesenangan yang kita nikmati hari ini boleh
lenyap." Demikianlah antara kelentongan terbaru si diktator tua dalam pertemuannya
selama satu jam dengan 80 ahli Kelab Maya UMNO di Putrajaya semalam (Khamis
2 November, 00) Kenyataannya itu disiarkan oleh Umno.online iaitu laman web
rasmi UMNO. Kelab Maya Umno berfungsi sebagai moderator dan pencipta laman
web yang pro-Umno dan kerajaan. Kita faham bahawa tujuan sebenar perjumpaan itu adalah untuk membolehkan
Mahathir menasihatkan ahli Umno agar jangan berebut jawatan kerana
mengikut fahamannya "yang penting ialah terus berjuang bagi kepentingan
rakyat dan mempertahankan kemerdekaan negara." Inilah kenyataan yang
diulang-ulang oleh segala pengampu dan orang upahannya di kedai-kopi, di
stesen bas dan di mana saja ada manusia Melayu berkumpul. Sudah macam satu
"budaya-rekorder-bergerak" seluruh negara melaungkan kenyataannya itu.
Presiden Umno itu berkata, mereka boleh berjuang walaupun tidak menjadi
calon atau memegang jawatan tertentu dalam parti.
"Sebenarnya kita boleh berjuang dalam parti yang tidak semestinya jadi
calon atau pemimpin. Sekarang ramai yang tahu jadi calon pun boleh kalah
kerana kadang-kala orang tidak sokong....kena tanya (diri sendiri )
kenapa?. Ada pula yang berhempas pulas nak jadi wakil rakyat. Kadangkala
(bila sudah menjadi wakil rakyat) ada yang tidak hadir di Parlimen. Kita
perlu tunjukkan perihatin kepada rakyat kerana UMNO berjuang untuk rakyat."
Dr. Mahathir telah memberikan beberapa contoh dalam perkara ini. Menteri
Pendidikan Tan Sri Musa telah dilantik sebagai menteri dan Dr. Mohamad
Khir Toyo dilantik menjadi Menteri Besar Selangor tanpa berebut jawatan itu.
Kerana itu Mahathir mahukan UMNO membentuk semula kesedaran supaya jangan
terlalu mementingkan jawatan dalam parti kalau benar-benar mahu berjuang.
"Ada ahli UMNO yang mahu jadi calon sahaja supaya dapat berjuang.
Sebenarnya, kita boleh berjuang dalam parti tanpa menjadi calon. Sekarang
kita perlu menunjukkan kesedaran kepada ahli mengenai perkara ini dalam
usaha memberi semangat serta menyemai komitmen tinggi kepada parti."
Kalau kita dengar ucapannya itu memang menyeronokkan sekali. Tetapi itulah
taktik Mahathir selama ini. Dia sarankan sesuatu yang dia sendiri tidak mahu
ikuti. Dia mahukan orang UMNO berkorban semata-mata untuk kepentingan
dirinya, keluarganya dan ideologinya. Semua orang tahu dia memilih Musa
Mohammad sebagai menteri pendidikan kerana mahu laluan mudah untuk memutar
belitkan dasar pendidikan negara tanpa ragu-ragu akan desakan parti komponen
BN yang mahukan rencana pendidikan itu dibuat secara terus terang untuk
kepentingan masa depan rakyat Malaysia. Oleh kerana Musa Mohamad hanya
menjadi ahli UMNO sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Pendidikan, apakah
kesetiaannya itu kepada UMNO ataupun kepada orang yang melantiknya ke
jawatan itu? Apakah Mahathir fikir rakyat Malaysia ini buta-hati tanpa
mengetahui bahawa Menteri Pendidikan sebenar di Malaysia ini ialah Aziz
Shamsuddin? Sekarang kita tahu kenapa Mahathir amat takut bertanding secara bebas. Dalam
kepimpinan parti pun dia takut bertanding bebas. Kerana itu ada saja
perturan baru untuk dia terus berkuasa. Lihatlah betapa dayusnya ahli UMNO
yang sanggup membiarkan kerenah si diktator bangsat ini. Kerana UMNO sanggup
menyesuaikan diri dengan kerenahnya, seluruh negara merana menanggung
akibatnya. Mahathir pilih Mohamad Khir Toyo bukan kerana ada keistimewaanya pada
dkotor gigi itu, walaupun beliau sudah membuat ikrar untuk memandi darah
sebelum dia ditabalkan oleh Sultan Selangor secara rasminya lagi. Dia
dipilih kerana Mahathir mahu memperkudakannya agar Putrajaya diberikan atas
dulang cyber kepada Kerajaan pusat dengan pembayaran pampasan selama sepuluh
tahun. Sebelum itu Mahathir sudah beri gula-gula kepada Sultan Selangor yang
sudah tidak lagi mampu berfikir dengan matang untuk masadepan orang
Selangor. Kalau Sultan sudah tidak lagi berkeyakinan memikirkan masa depan
rakyatnya, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Selangor? Satu
ketika dulu Abu Hassan Omar menentang Mahathir dalam muslihat itu tetapi
dia tumpas kerana Mahathir sudah lama memasang perangkap untuknya, kalau
melawan. Abu Hassan adalah anak jati Selangor yang sudah matang berpolitik.
Mohamad Khir adalah anak hingusan dalam arena politik. Inilah yang mahu
dimamah oleh Mahathir dengan mudah.
Apabila Mahathir mahukan ahli UMNO akur dengan peraturan baru agar tidak
berebut jawatan, kenapakah dia tidak fikirkan betapa sudah sampai masanya
agar semua pemimpin UMNO yang melepasi umur 64 tahun bersara sahaja daripada
jawatan penting parti? Bukankah itu satu amalan yang memungkin parti itu
lebih mantap dengan adanya orang lama yang bertindak sebagai penasihat
parti? Mahathir akan menyambut harijadinya ke-76 dan apakah yang
dilakukannya sejak dua tahun yang lalu? Dia melilau keliling dunia mentohmah
bangsanya sendiri. Di New York dia sanggup menuduh orng Melayu yang membuang
TV dan peti-sejuk kerana telalu taksub dengan ajaran Islam. Bukankah itu
satu pembohongan besar. Di London dan Mancehester dia bercerita bagaimana
"anak-anak kecil diajar untuk memijak dan meludah gambar pemimpin agar
mereka membenci kerajaan". Betulkah ceritanya itu? Apakah dia tidak malu
menceritakan hal buruk mengenai bangsa ibunya sendiri? Adakah dia pernah
fikirkan masalah yang menghantui rakyat marhaen. Kelmarin dia telah
membolehkan Wan Mokhtar menjadi Duta Malaysia ke Arab Saudi. Apakah yang
boleh Wan Mokhtar lakukan seusia yang ada padanya itu setelah menjadi
pemimpin politik Terengganu lebih daripada 25 tahun? Kalau dia tidak mampu
mentadbir sebuah negara ketika negara itu mempunyai segala kekayaannya
sehingga berhutang lapuk pula, apakah yang mampu dilakukan oleh Wan Mokhtar
di Arab Saudi? Sejak kebelakangan ini hampir semua media elekronik memberi penekanan kepada
ketokohan Mahathir. TV menyiarkan berita ucapannya dan tunjuk perasaan
ketika lawatannnya di London dan Manchester dulu. Perkara ini diulang-ulang
walaupun ia sudah berlaku satu bulan yang lalu. Tetapi, adakah TV memberi
penekanan kepada barang makan dan harga perkhidmatan yang semakin naik?
Adakah TV dan radio mahu memberi liputan kenapa semakin ramai rakyat yang
tertekan dan mengamuk? Mahathir berkata betapa beliau tidak yakin dengan keupayaan PAS dan Parti
Keadilan Nasional (Keadilan) untuk memerintah kerana parti pembangkang itu
tidak akan menandingi prestasi UMNO. Kerana parti pembangkang itu tidak ada
kemampuan memerintah, Umno perlu meneruskan kuasa supaya prinsip dan
tamaddun Melayu terus kekal. Pendapat semacam inilah yang menyebabkan Mahathir berani menidakkan rakyat
Terengganu kepada pembayaran royalti petroleum. Dia fikir hanya mereka yang
dinaungi oleh UMNO yang pandai memerintah kerana itu wang royalti bertukar
menjadi Wang Ehsan. Inilah cara Mahathir memukau orang UMNO dalam
kepimpinannya. Dia mahu terus berkuasa walaupun kuasa pemerintahan UMNO di
Terengganu itu telah dicampak jauh oleh majoriti rakyat Terenganu ke Lautan
Cina Selatan. Rakyat kini tahu sebab utama kenapa Mahathir menidakkan Royalti Petroleum
itu kepada Kerajaan Terengganu ialah kerana beliau mahu menyokong para
pemimpin UMNO di Terengganu yang kini sudah ketiadaan pekerjaan. Mereka sudah
muflis idea untuk terus hidup berlagak sakan. Mereka sudah ketandusan
sokongan akar umbi dan kalau mereka dibiarkan bergelimpangan semacam itu
tanpa belaan besar kemungkinannya UMNO di Terengganu akan terkubur sama.
Buatlah seratus Kelab Putri UMNO di Terengganu itu, semangat perjuangan
orang Melayu dalam UMNO sudah jatuh terhempap dengan kekelahan UMNO di pemlu
ke-10 itu. Inilah yang cuba diperbetulkan oleh Mahathir tanpa menyedari dia
akan melakukan kerj-kerja tikus memperbaikki labu semata-mata.
Dengan menyalorkan Royalti Petroleum itu dengan cara Wang Ehsan Mahathir
mahu memperbaikki keadaan UMNO dan sekaligus akan melibatkan UMNO Kelantan
dengan segala usaha itu kerana dua negara itu berjiran. Ini bererti Royalti
Petroleum yang sepatutnya menjadi hak orang Terengganu akan dikongsikan
kepada orang Kelantan UMNO juga. Sedangkan hak rakyat Kelantan kepada
Royalti Petroleum dan Gas telah lama disonglap untuk pembangunan beberapa
projek mega di Kedah. Inilah putarbelit Mahathir selama ini dan ini jua
putarbelit para kroni, penjilat dan juak yang mengampunya. Tetapi apakah
yang dikatakan oleh Mahthir baru-baru ini:
"Generasi saya tidak lama lagi akan pergi dan golongan muda yang bertenaga
akan meneruskan (perjuangan?). Orang Melayu perlu teruskan perjuangan
kerana pencapaian dan kemajuan kita belum cukup tinggi."
Inilah putarbelit seorang diktator tua yang amat suka bermain dengan politik
perkauman kerana dengan cara itu dia teruskan budaya menakutkan bangsa
Malaysia. Apakah benar katanya itu? Apakah benar, selepas merdeka 43 tahun
ini kita orang Malaysia masih perlu takut kepada masalah perkauman kita?
Dalam perkara ini saya amat tertarik kepada tulisan K. Sadirah bertajuk:
National Unity Beyond Ethnic Nationalism (Sila lihat muka surat 14 Harakah
terbitan 16-31 Oktober). Saya ada membuat terjemahan tulisan itu dan
memberikan tajuknya "Perpaduan Yang Mengatasi Semangat Perkauman." Memang
jelas, Mahathir selama ini amat suka menakutkan rakyat Malaysia agar mereka
terus berpendirian sempit mengikut fahaman perkauman mereka. Inilah yang
mudah disenangi oleh ramai pemimpin UMNO yang berpendapat demikian. Kerana
itu kita lihat seperti yang saya tulis sebelum ini ada satu macam sandiwara
yang direncana oleh UMNO sekarang ini agar orang Melayu itu lalai akan
matlamat hidup mereka sebenarnya.
Setiap kali Mahathir berucap sejak dua tahun yang lalu, dia amat gemar
berbohong mengatakan: "kita berjaya memulihkan ekonomi negara tanpa perlu
meminta bantuan asing." Ini adalah satu penipuan besar yang amat mudah keluar daripada mulutnya.
Dia bercakap di Amerika, Di Eropah dan juga di Asia dan Afrika. Dia fikir
orang semua percaya penipuan itu. Bukankah Petronas mengeluarkan bon-bon
dengan harga premium yang tinggi untuk menarik para peminjam membelinya?
Apakah yang telah digunakan dengan pinjaman yang banyak itu? Bukankah
Petronas sudah berbelanja lebih dua ribu juta (dua bilion ringgit ) untuk
menyelamatkan anak-anaknya? Kalau kita lihat akan syarikat yang telah diselamatkan oleh Danaharta dan
Danamodal, syarikat itu terpaksa melakukan penukaran pengurusannya untuk
membolehkan Danaharta melantik pengurusan yang baru. Apabila Petronas
menyelamatkan syarikat anak Mahathir adakah Petronas melantik orang
pilihannya untuk menguasai syarikat kepunyaan anak-anaknya itu? Begitulah
juga halnya apabila kerajaan menyelamatkan Bank Bumiputra berkali-kali yang
lalu. Adakah satu kertas putih yang mengeluarkan siapa nama pemihutang yang
menjahanamkan bank itu? Jawapannya dalam dua kes ini ialah "Tidak........!",
kerana Mahathir mahu melindungi para kroni, dan segala musibat yang
melakukan songlapan itu. Apakah mereka ini tidak boleh diiktiraf sebagai
penderhaka? Salah satu kesengsaraan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia
amnya sekarang ini ialah kerugian besar yang mereka tanggung di pasaran
BSKL. Hingga kini kalau kita lihat muka surat akhbar yang memaparkan
tuntutan bangkrap ia adalah berpunca daripada pinjaman yang digunakan untuk
membeli saham di BSKL. Hampir semua orang Melayu yang muflis ataupun
spara-muflis menanggung kerugian besar kerana pinjaman membeli saham. Banyak
rumahtangga orang Melayu terumbang-ambing kerana mereka kerugian besar di
pasaran saham. Saham yang dibeli sudah tidak ada harga lagi sedangkan wang
yang digunakan untuk membeli saham itu adalah berupa pinjaman bank dan
institusi kewangan. Azab ini ditanggung lagi apabila harga saham jatuh di
bawah par. Dengan hal demikian setiap kali Mahthir mengeluarkan kata-katanya
berkenaan ekonomi yang pulih tentu sekali dia menilainya daripada kacamata
anak-anaknya yang telah dipulihkan dengan wang Petronas. Bukankah itu wang
rakyat jelata? Ketika Ummi Hafilda disoal-siasat oleh mahkamah dulu dia ada menceritakan
betapa dia mendapat kontrak besar-besar dalam industi pengiklanan. Di waktu
yang sama ada sejumlah RM35 ribu yang dibayarnya setiap bulan kepada isteri
seorang menteri yang mendapatkan kontrak itu kepada Umi Hafilda. Kemudian
kita dengar pula cerita bagaimana gadis sunti yang mahal daranya itu telah
bersantai di London di mana seorang Iban telah menikmati mahkota-dara itu.
Kisah ini adalah satu contoh bagaimana mudahnya wang rakyat itu dihamburkan
oleh para pemimpin UMNO untuk terus kekal berkuasa. Bagaimana pula dengan
rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati? Adakah
Mahathir pernah bercerita bagaimana dia cuba menyelesaikan masalah ribuan
orang Melayu yang merempat kerana kemuflisan disebabkan penyelewengan di
pasaran saham? Sesiapa yang telah dihenyak oleh putarbelit di pasaran saham tentu akan
ingat peraturan pembelian saham cara kontra yang dikenakan tempoh T+5. Oleh
kerana terdapat penyelewengan dalam sistem itu, dan amalan penlaksanaan
jual-beli yang penuh tipu muslihat, ramai orang Melayu yang melabur runcit
terjebak sehingga terpaksa menghadapi saman mahkamah. Mereka tertekan kerana
ada saham-saham yang dibeli tanpa pengetahuan mereka. Ada pula yang terpaksa
menanggung beban kerana saham yang dibeli itu tersimpan tanpa dijual sebaik
sahaja tempoh T+5 itu matang. Soalnya sekarang, di mahkamah perkara tempoh
T+5 dikira sebagai undang-undang kepada institusi yang menjadi ahli BSKL
sahaja. Tetapi ia tidak dikira satu undang-undang bagi pihak pelabur runcit.
Ia cuma dikira satu peraturan yang mesti diawasi oleh undang-undang itu.
Inilah salah satu penyebabnya ramai orang Melayu yang menghadapi masalah
kemuflisan. Apakah Mahathir pernah memikirkan masalah ini.? Tidak, kerana
itu adalah masalah rakyat marhaen dan bukannya masalah anak-anaknya.
Sejak dua tahun yang lalu kita dapat lihat banyak perencanaan Mahathir
dibuatnya untuk mengambil kira kepentingan perniagaan anak-anaknya dan para
kroninya sahaja. Pergi jahanamlah dengan masalah rakyat marhaen, demikianlah
amalan Mahathir selama ini. Dia akan berbohong seantero dunia mengatakan
ekonomi sudah pulih tanpa Malaysia meminjam bantuan luar. Inilah asatu
kerja sewelan yang dilakukannya ke sana sini dengan membazirkan wang rakyat.
Soalnya sekarang Mahathr itu merupakan nama keramat kepada kebanyakan
pemimpin UMNO yang sudah berkarat. Mereka bergantung harap kepada kekuasan
yang ada pada Mahathir. Kerana mereka rapat dengan Mahathir mereka mampu
merasai nikmat dunia walaupun kenikmatan itu adalah berupa hak rakyat
jelata. Selagi Mahathir berkuasa selagi itulah mereka mampu menonjolkan
keterampilan kepimpinan mereka. Sedangkan mereka pun kebanyakannya sudah amat
hampir dengan liang lahad. Oleh kerana Mahathir berbohong, mereka pun
sanggup berbohong juga, tidak kiralah apa yang dibohong itu sesuatu yang
mengusik jiwa mereka sebelum tidur dan apabila terjaga. Tetapi, disebabkan
tamakkan kuasa, mereka sanggup terus berbohong lagi.
Kini, Mahathir mahukan pemimpin dan pengikut UMNO agar mematuhi kehendaknya
supaya tidak berebut jawatan. Tidak lama lagi akan muncul salah seorang
anaknya untuk memegang jawatan penting dalam Umno. Orang Melayu dalam UMNO
harus mula menyanyikan lagi Si Luncai dengan labunya kerana suara korusnya
nanti akan berbunyi "biarkan....! biarkan....!"
Keranamu Mahathir Malaysia adalah kepunyaanmu. Walaupun ini bererti
masadepan yang akan merudum dan rakyatmya yang semakin merempat.
"Biarkan...Biarkan...!" |