Laman Webantu KM2A1: 3115 File Size: 5.4 Kb * |
Ku Li: Royalti Rakyat Juga By Kapal Berita 2/11/2000 9:04 am Thu |
Selepas Rais mendedahkan semua minyak kerajaan pusat berhak
ke atasnya, Tengku Razaleigh pula bersuara selepas lama berdiam.
Malangnya dia pun dua kali lima juga....Sekaligus Razaleigh
memperbodohkan dirinya sendiri yang "gatal" menurunkan
tandatangan. Walaupun begitu, Razaleigh kelihatan memberi komen
yang agak samar dan tak kesah siapa. Bagi beliau, ia seharusnya
dipulangkan kepada rakyat tidak kira siapa pemberinya.
LOGIK YANG MUDAH - TIDAK PERLU BERDARAH RAJA
Kalaulah memang benar Terengganu tiada hak langsung
ke atas minyaknya kenapa pula Petronas "gatal" tangan
dan memberi wang royalti kepada Terengganu pula. Malah
kerajaan pusat sendiri mahu menyalurkan sebahagian rompakkan
ini kepada JPP baru(a) dalam negeri Terengganu juga.
Nampak jelas kerajaan "mengiktiraf" milik dan hak
rakyat - walaupun kita ragui apakah ia satu keikhlasan
atau cuba menunjuk banyaknya wang? Atau terasa bersalah
kerana menggali lubang di tanah orang?
LOGIK PERSURATAN YANG MUDAH Mungkin kita perlu tanya apakah poskod persuratan semua
pelantar yang terletak diperairan Terengganu. Sudah
tentu kesemuanya akan beralamat dengan nama negeri
Terengganu, jika tidak posmen pun tidak tahu!. Bukan itu
sahaja - semua kepala surat, logo, chop dan cukai-cukai
Petronas di situ terpaksa meminjam nama Terengganu. Jika
nama itu tidak ada, tiadalah hak Malaysia untuk
mempertahankannya! TIDAK LOGIK: PUSAT CAMPUR TANGAN URUSAN
Walau apapun, tindakkan pusat itu jelas sudah mencampuri
urusan dalam sebuah negeri yang dipilih oleh rakyat secara
sah melalui saluran pilihanraya. Rakyat mengundi BA kerana
tidak sanggup berketuakan pemimpin umno yang gagal
membawa pembangunan. Sebaliknya mereka yang masih kais pagi
kais petang itu terpaksa menanggung lagi hutang dan tol
jalan walaupun hasil minyaknya banyak dan asyik berlimpahan.
LOGIK KU LI: RAKYAT TIDAK MARAH?
Malang sungguh Tengku Razaleigh - masih menganggap rakyat tidak
marah kepada Barisan Nasional walaupun ia cuma tinggal
beberapa kerusi..... Agaknya jika semua kerusi itu hilang
dalam pilihanraya ditahun akan datang barulah beliau dapat
mengukur sayang atau tidaknya rakyat kepada sekalian menteri.
Jika Tengku Razaleigh mahu tahu apakah perasaan rakyat terhadap
tindakkan yang "berguna" oleh pusat - adakan sahaja satu pungutan
suara. Kita pasti umno akan malu dan cabut lari sebelum
keputusannya diumumkan nanti. Sumber: Berita Hairan Royalti: Ku Li buka mulut 01 November 2000 Beliau yang terbabit dalam perjanjian antara Petronas dengan
kerajaan Terengganu itu berkata, negeri berkenaan tidak berhak
mendapat royalti kerana minyak diperolehi di luar kawasan kekuasaan
Terengganu. "Dari segi undang-undang, ikut pandangan kita pada masa itu, iaitu
semasa Petronas ditubuhkan, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada
hak ke atas minyak yang dijumpai di luar kawasan kekuasaan negeri,"
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ini adalah kenyataan pertama Tengku Razaleigh sejak isu pembayaran
hasil minyak dibangkitkan pembangkang berikutan keputusan Kerajaan
Pusat menyalurkannya terus kepada rakyat negeri itu, bukan menerusi
kerajaan negeri. Kerajaan Pas Terengganu menganggap wang itu adalah royalti
minyak yang menjadi hak negeri itu, bukan wang ihsan seperti yang
ditakrifkan Kerajaan Pusat. Perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Terengganu itu
ditandatangani pada 1975, manakala Tengku Razaleigh pernah
menjadi Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas antara 1974 hingga
1980. Beliau berkata, soal bagaimana wang itu disalurkan tidak seharusnya
dipertikaikan kerana yang penting perubahan kaedah pembayaran itu
tidak menjejaskan rakyat Terengganu. "Kalau wang itu disalurkan menerusi apa-apa saluran pun dan rakyat
tidak mendapat faedah dan menanggung kerugian, barulah perkara ini
boleh dipersoalkan. "Kita tengoklah cara yang digunakan Kerajaan Pusat, sama ada
merugikan atau menguntungkan rakyat. Kalau menguntungkan rakyat,
buat apa persoalkan cara mana duit itu disalurkan," katanya.
Tengku Razaleigh percaya, cara baru penyaluran wang itu akan
memberi faedah dan menguntungkan rakyat Terengganu.
Katanya, ini kerana Kerajaan Pusat mengambil kira bahawa kerajaan
Terengganu yang baru ditubuhkan itu, belum lagi mempunyai
keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan projek
pembangunan. "Kerajaan Pusat adalah proaktif dan berorientasikan pembangunan,
sudah tentu ia akan bagi segala kemudahan dan projek yang ia boleh
rancang dengan baik," katanya. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada rakyat Terengganu untuk
membuat penilaian terakhir, sama ada cara penyaluran wang itu
menjejaskan mereka. "Saya rasa tidak terjejas. Takkan Kerajaan Pusat nak kurangkan wang itu atau melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu. Tak mungkin ini berlaku," katanya. |