Laman Webantu KM2A1: 3113 File Size: 12.1 Kb * |
Bila Ezam Berkata Benar - Mahathir dan UMNO Makin Parah!! By Amin Sapiro 1/11/2000 9:43 pm Wed |
[Dalam rencana kali ini, Wak mengupas siapakah sebenarnya
wira dan siapakah pengkhianat negara. Kita sudah diambang November,
dan rekod FDI sudah tinggal dua bulan sahaja lagi. Sekaligus,
kredibiliti Rafidah semakin tercabar. Gelagat ini dapat dilihat
dalam akhbar jika kita cukup pintar. Tuhan Maha Kaya, selepas
Rafidah ini siapakah pula? Kita lihat akta manakah nanti yang akan digunakan untuk menangkap
Ezam. Bak kata Wak, jika Ezam berkata bohong, tidak perlu merantau
melintasi benua. Bersepah media Malaysia yang ada sudah cukup untuk
mengisi pelbagai kata. Sebaliknya Ezam terus mendapat label, sebagaimana Anwar yang berada
di penjara. Jika pemimpin umno memang tidak berdusta, mengapa tidak
berdebat sahaja dengan Ezam di mana-mana, dan buatlah secara terbuka,
barulah tahu siapa jantan dan siapa betina.... Jangan menjawab dengan
menghantar polis sahaja - lagi pun semua pelabur tahu karenah lebam
polis malaysia. BILA SDR. EZAM BERKATA BENAR - MAHATHIR & UMNO MAKIN PARAH!!
BILA beberapa pemimpin UMNO - bermula dari Presidennya hingga kepada
Rafidah Aziz Ketua ?betina celupar? dan disambut pula oleh Hamid
?Al-Malabar? yang pro-Yahudi pula mengutuk sdr. Ezam Mohd. Nor dan
mengcop beliau sebagai pengkhianat; makin nampak bahawa penglibatan sdr.
Ezam dalam pejuang Reformasi dan parti KeADILan, dengan sendirinya
semakin terserlah hebat. Bukan pula Ezam yang terkinja-kinja dan terlonjak-lonjak minta disanjung,
tetapi pemimpin UMNO sendirilah yang menempatkan beliau menjadi paksi
perjuangan berislah. Hematnya, itulah ganjaran bagi mereka yang berjuang dengan jujur, ikhlas
dan tidak meminta balasan. Allah swt maha mengetahui apa jua yang ada
dalam lubuh hati dan sanubari sebarang insan. Masihkah pemimpin UMNO
berfikir kerana menganggotai UMNO mereka akan mendapat balasan?
Makin Imej Ezam Naik Mencanak Tuduhan yang lemparkan kepada sdr. Ezam oleh personaliti UMNO tertentu
(seperti mereka yang dinyatakan diatas) kununnya beliau adalah
pengkhianat; ramai yang berkata dengan tenang bahawa ketiga-ketiga
mereka yang disebut diatas ditakrifkan umpama ?menepuk air di dulang? atau
?meludah ke langit?. Anak-anak sekolah yang lebih cerdik tetapi kurang nakal dari mereka bertiga
itu, mungkin memberi satu andaian baru dengan berkata, ?Dr. Mahathir dan
kuncu-kuncu UMNO terbabit sedang kencing menghala ke langit. Pemimpin
dan penyokong UMNO pula menadah muka sambil membuka mulut.
Masing-masing yang rakus dan dahaga akan menggogoknya. Mereka yang
kempunan cuma dapat tempiasnya saja??.
Makin puak UMNO meningkatkan tuduhan terhadap sdr. Ezam, semakin itu
pula nama beliau mencanak naik. Betapa tidak, tuduhan seumpama itu
sekaligus memberi imbasan berapa punya ?bangang dan tongongnya?
pemimpin UMNO hari ini. Kerana mereka takut berhadapan dengan kejujuran
dan keterbukaan sdr. Ezam memberi penerangan sebenar kepada pemimpin
asing, mereka berbondong cuba memberi alasan yang bukan-bukan.
Sdr. Ezam bukanlah seorang wakil rakyat. Pada mulanya, beliau tidak
sehebat Mahathir atau mana-mana pemimpin UMNO yang mengaku diri
mereka sebagai pemimpin negara makmur. Kita kenali Ezam sebagai seorang
anak Melayu biasa. Beliau bukan ahli DUN, MP, Presiden Parti atau seorang
terkaya seperti tycoon yang mengelilingi pemimpin UMNO/BN yang menjadi
?jutawan segera?. Kewibawaan Ezam Menakutkan Mahathir
Tetapi perbedaan Ezam dengan mereka adalah berpunca dari keikhlasan dan
perjuangan beliau. Ezam bercakap mengenai ?the truth, nothing else but the
truth?. Bermakna Ezam tahu berbohong dan bermuka-muka walau dimana
beliau berada. Begitu juga para pelajar kita yang berpiket dan berdemo di
dalam dan diluar negara. Ezam juga tidak pernah berbangga jika disebut sebagai seorang pejuang
berketerampilan. Cuma baru-baru ini saja bila Dr. Mahathir dan Rafidah Aziz
secara tiba-tiba merasa diri mereka tersingkir oleh masyarakat antarabangsa,
sebaliknya mereka merestui perjuangan Ezam. Puncanya, Ezam bercakap
benar. Malangnya, dalam sistem demokrasi ala Mahathir @ UMNO/BN:
seseorang yang bercakap benar dan mengkritik kerajaan itu dianggap
?pengkhianat negara?. Inilah yang menyebabkan orang berkata bahawa sistem demokrasi regim
Mahathir bukan menghala ?Wawasan 2020?; sebaliknya ia bersamaan
dengan ?Wawasan Penjajahan 1920?. Tidakkah dasar dan amalan
UMNO/BN dibawah urustadbir Presidennya sudah ketinggalan zaman? Itulah
yang menyebabkan UMNO lumpuh dan pemimpin parti itu sudah tepat digelar
rakyat sebagai 'Badut-badut bangsawan'. Betul, kan?
Apa yang dunia nampak ialah: ?Sdr. Ezam adalah seorang anak bangsa di
bumi bertuah iini yang mewakili rakyat dalam memperjuangkan ?hak dan
asasi 20 rakyat negara ini dalam memberi maklumat benar dan jujur kepada
dunia?. Lain dari itu, beliau tidak buat apa-apa. Sdr. Ezam ada manusia
biasa. Mahathir Terpesona Keterampilan Ezam
Jika niat baik sdr. Ezam yang begitu suci, dan tindakan beliau memberi
penerangan sebenar mengenai kedudukan politik dan kacau-bilau yang
ditimbulkan oleh Mahathir dan ?geng KONSPIRATOR?nya itu ditafsirkan pula
sebagai bertujuan mengkhianat; sekaligus kita wajar bertanya, ?Adakah
selama 2 tahun ini - sebaik saja Anwar diaib dan penjarakan; Mahathir dan
UMNO mampu membuktikan bahawa negara ini kembali normal??
Jawabnya TIDAK! TIDAK! TIDAK! (huruf besar)..! Sebaliknya, Mahathir
bercakap setiap bulan dalam siri PELANCUNGANnya keluar negara dengan
GLOBAL EXPRESS yang dibeli dengan air mata rakyat; berkali-kali
mengulang-ulang bahawa "Negara Barat cuba campurtangan dalam urusan
Kerajaan Malaysia seperti penjajah baru; sementara kununnya Pembangkang
pula bersekongkol dengan unsur luar melakukan pelbagai masalah hingga
negara ini kacau-bilau"; adakah ia benar?
Kemudian Mahathir dengan yakin mengatakan "Anwar adalah pemimpin yang
tidak berakhlak, kerana itu ia harus disingkirkan", tetapi siapa sebenarnya
yang disuruh undur oleh rakyat? Tak cukup dengan itu, UMNO yang dipimpin
oleh Presidennya yang menang tanpa dipertandingkan - adakah menjadikan
UMNO semakin kuat? Cuma Mahathir, Rafidah, Rais Yatim tolong jawab?
Bagi orang luar, mereka mahu mendengar versi yang seimbang. Versi
Mahathir adalah satu pihak. Mulut celuparnya memang sudah terkenal sejak
beliau menjadi Presiden UMNO dan PM. Hakikatnya, Mahathir adalah
seorang bergelar ?ULTRA? pada zaman Tunku dulu. Kemudian mengkhianati
PM sebelum beliau. Rupa-rupa Mahathir teringin sangat nak jadi ?Pee-Em?
itu semata-mata nak merobah budaya negara menjadi sebuah negara paling
?top? mengamalkan RASUAH, KONSPIRASI, mungkir-janji, langgar
undang-undang, mencetuskan adu-domba dan permusuhan kaum,
membunuh demokrasi dan mewujud ?Kuasa tadbir Mutlak?..!! Lain apa ada?
Setakat ini belum ada satu pemimpin di negara ini maupun di dunia maju yang
diberi perakuan oleh Mahathir sebagai pemmpin yang berwibawa - KECUALI
Fidel Castro, Fuji Mori, Barak (PM Israel), pemimpin Dikator Myanmar dan
Soeharto saja. Selebihnya, bagi Mahathir adalah pemimpin yang tidak sesuai
memerintah negara mereka. Habis, bagaimana demo rakyat dalam negara ini
dan pelajar Malaysia diluar negeri, adakah mereka ?buta mata - pekak
telinga?? Mahathir Menakutkan Pelabur Luar
Dalam keadaan kacau bilau yang membimbangkan ini pelabur asing yang
sudah bertapak di negara ini dan telah mencurahkan pelaburan puluhan
billion dollar; makin merasa gentar dan gugup dengan perlekehan demokrasi
dan undang-undang yang dilakukan oleh regim Mahathir (khususnya
Mahathir sendiri). Yang kita tahu, dunia perniagaan bagi pelaburan adalah tanggungjawab
mereka kepada pemegang saham syarikat gergasi mereka. Jika dilihat
pemimpin sesebuah negara itu ?kurang ajar? dan biadab terhadap rakyat
sendiri; sekaligus mereka mentakrifkan bahawa pelaburan mereka adalah
dalam bahaya. Inilah yang menyebabkan Sdr. Ezam dengan rasa penuh tanggungjawab
telah bertungkus lumus berbahas dengan mereka itu dan memberi
penerangan dan mendepani mereka menceritakan keadaan sebenar yang
berlaku dengansewajarnya. Sudah barang tentulah penerangan yang jujur
dari Ezam sudah pasti akan menyentuh karenah Mahathir dan segala cerita
konspirasi, cara demokrasi yang dilaksanakan oleh regim ini terhadap rakyat.
Tak kan Ezam nak berbohong macam Mahathir juga, kan?
Sebagai contoh: para pelabur tentu mengemukakan persoalan mengenai
Rasuah yang berleluasa dilakukan oleh para pemimpin politik UMNO/BN,
gejala Kronisma dan Nepotisma diamalkan oleh Mahathir, bagaimana undang
dilentur-liukkan oleh tangan ganas Mahathir, bagaimana Anwar dibicarakan,
dll.; PASTI Ezam kena jawap, bukan? Adakah Ezam harus berbohong dan
menyembunyikan fakta-fakta benar dan kebenaran yang dilihat rakyat dan
negara dunia yang punya perwakilan di Kuala Lumpur? Adakah bercerita
benar itu suatu pengkhianatan kepada negara?
Ezam harus bercakap benar. Kerana beliau adalah dari kelompok "The New
Emerging Political Leaders of potentially New Malaysia". Beliau adalah bakal
memimpin negara ke melinium 21 ini. Jika Ezam juga berbohong seperti
Mahathir, rasanya tidak perlulah beliau menghabiskan wang dan masa
berkunjung keluar. Lenih baik beliau kirimkan saja HARAKAH dan Roket
kepada Bill Clinton! Atau, biarkan saja Mahathir sekeluarga dengan Siti
Asmah, Rafidah Aziz dan Hamid Malabari, Dolah Bedawi, Rais Yatim, Ibrahim
Ali (hehehehe..), dll berkunjung memberi penerangan di negara luar.
Pemimpin UMNO Tidak Tahu Berterima Kasih
Nampak sangat pemimpin UMNO sungguh-sungguh tidak tahu dam tidak mau
BERTERIMA KASIH kepada Pembangkang (khusunya kepada sdr. Ezam yang
tidak mendapat gaji dari wang rakyat dan peluang melakukan rasuah pun)
atas jasa beliau mengikis keraguan pemimpin Barat seperti Al Gore dan Tony
Blair. Kalau difikirkan, jasa Ezam berdepan dengan pemimpin Barat harus disanjung
oleh UMNO/BN. Kerana Ezam mampu menunjukkan keterampilan seorang
pemimpin negara yang berpotensi dan berbakat - jauh berbeda dari
Hishamuddin Hussein, Shahidan Kassim, dan Azalina Osman, dll.; hingga
mampu menggerakkan minda rakyat dan dunia - Mahathir harus berbangga.
Setakat ini, Mahathir sendiri tidak berjaya meningkatkan maruah bangsa,
negara dan agama. Apatahlagi pemimpin UMNO seperti Rafidah Aziz dan
Rais Yatim. Bagi rakyat, mereka itu layak jadi tukang angkat kopi dan basuh
pinggan di kantin Parlimen saja. Pemimpin seperti Daim pula, patut jadi ?Jaga
Bank? saja. Jika dibiarkan lebih lama menerajui kepimpinan negara, tak
terlajak kita menduga bahawa Malaysia akan bankrut, rakyat papa kedana,
Danaharta akan jadi milik mereka, Danamodal akan modal berniaga sesama
mereka, Perlembagaan negara jadi ?cacamarba?, dan undang-undang jadi
?rojak mamak?..!! Masihkah wajar lagi sdr. Ezam layak dituduh pengkhianat? Masih lagi nak
hukun Ezam dengan hukuman pancung? Sayang sekali? jika parang yang bermata satu itu pandai berkata-kata, dan
diminta membuat pilihan; pasti ia menjawab rengkas, ?tengkuk Mahathir,
Rafidah, Hamid Malabar, Rais Yatim dan semua pemimpin UMNO yang
rasuah itu lah sebaik tengkuk pengkhianat yang wajar dipancung diceraikan
dari badan. Merekalah yang paling sesuai menggantikan tengkuk Ezam..!!?
Mujur parang UMNO tidak pandai berkata-kata. Begitu juga tilam yang
dipaksa naik ke mahkamah menjadi saksi dalam perbicaraan Anwar!!
Memang pemimpin UMNO sudah SEWEL semua lahhhhhh??!!!
|