Laman Webantu KM2A1: 3111 File Size: 11.2 Kb * |
Mesti Baca: Rafidah: 'Ezam Patut DiHukum Pancung'..!!? (?..???) By Amin Sapiro 1/11/2000 4:49 am Wed |
[Dalam Rencana ini Wak membongkar rahsia sebenar mengapakah
Ezam dikutuk oleh beberapa kerat pemimpin umno. FDI yang
merosot menghantui kredibiliti ketua Wanita umno - oleh itu
Rafidah mengkambing-hitamkan Ezam pula. Sambil-sambil itu Rafidah
mengutuk Mahathir kerana berpeluk dengan Castro - malangnya ia
didengar oleh Mahathir. Maka Mahathir "menjawab" Rafidah
dengan tertubuhnya Puteri Umno. Tulisan Wak ini amat berharga, oleh itu ia MESTI DIBACA dan MESTI
DISEBAR juga. Apabila ekonomi purak puranda, umno sendiri akan
bergolak dan ini terserlah dengan latahnya mereka. - Editor ]
Amin Sapiro (cuma ada parang kontot utk Nenek Kebayan UMNO)
RAFIDAH: ?EZAM PATUT DIHUKUM PANCUNG?.!!? (?..???)
Rafidah Umpama ?Nenek Kebayan UMNO?
Seorang wakil Wanita UMNO di Selangor menjawab (melalui email
E-Group), "Kerana Ezam memecahkan rahsia kebusukan Mahathir saja.
Tidakkah kalau Mahathir jatuh terlongkop, Rafidah sendiri akan masuk
?kandang jarang?" Rafidah dianggap setaraf ?nenek kebayan? oleh
Mahathir..?. Mereka ramai-ramai ketawa!
Maksud kandang jarang disini ialah penjara yang berpintu seperti ?grill?
rumah moden dibandar-bandar besar seperti Johor Bahru, KL, P. Pinang,
dll. Teringat kita filem ?ALCATRAS?, bagaimana seorang pesalah yang
dipenjarakan telah cuba melepaskan diri melalui saluran najis menuju ke
laut. Walaupun terselamat, tetapi tak sampai 100 ela berenang ke tengah
laut, jerung telah membaham beliau. Satu ketika dulu, Rafidah Aziz adalah wanita paling kanan yang diharapkan
Dr. Mahathir untuk menjana sokongan dikalangan wanita Melayu bagi
menggembeling perjuangan UMNO Baru(a). Malangnya, sedikit masa
kebelakangan ini, Wanita UMNO sendiri sudah menunjukkan bahawa
pengaruh Rafidah sudah jauh berkurangan.
Perincian Kewibawaan Rafidah Yang ?Terpuruk?
Dr. Mahathir telah memerhatikan, kemenangan Rafidah yang cuma 12 undi
mengalahkan Siti Zaharah adalah satu kemenangan paling hina. Mahathir
tahu, kemenangan Rafidah itu adalah hasil manipulasi ?peti undi?. Rafidah
menggunakan rasuah hampir RM1.0 juta untuk merasuah beberapa
perwakilan Wanita UMNO yang tidak mahu menyokongnya.
Bagi Rafidah, mengalah Siti Zaharah di pemilihan Wanita UMNO di
perhimpunan dulu adalah pertarungan yang menentukan nasib politiknya.
Kerana itu, nilai sejuta RM tidak ada makna. Beliau telah berpakat supaya
wang sejumlah itu diedarkan kepada mereka yang menyokong Zaharah.
Fikirkanlah, RM1.0 juta cuma mampu mengalahkan Siti Zaharah dengan 12
undi saja. Berbanding Kak Siti, ia tidak ada sebarang ?fulus? dan janji manis dan
sokongan ?bontang? Dr. Mahathir. Tidakkah itu bermakna, Wanita UMNO
begitu parah sekarang? Kerana itulah, Dr. Mahathir sendiri tidak memberi
perhatian kepada kewibawaan Rafidah sebagai ketua Wanita UMNO.
Sebagai pilihan alternatif, kabarnya Dr. Mahathir telah mengalih perhatian
untuk melonjak nama-nama baru yang lebih radikal seperti Azalina Osman.
Maka dibentuklah ?Puteri UMNO? sebagai strategi awal untuk meletakkan
calun baru bakal ?memperlekeh? kewibawaan Rafidah.
Rafidah Adalah Mangsa Politik Mahathir
Dr. Mahathir memang bijak dalam taktik menumbang sesiapa dalam UMNO.
Daim sendiri mempunyai sejumlah wang yang sangat besar untuk
digunakan menghancurkan poltik sesiapa juga yang menentang regu
Mahathir-Daim dalam UMNO. Beberapa orang dalam MKT yang disebut ?Kumpulan 15? telah diletakkan
dalam ?senarai hitam? Mahathir-Daim. Rafidah adalah pendatang baru
yang dikira sebagai seorang harus dibuang dan digantikan dalam jangka
masa terdekat. Khabar terbaru, Rafidah telah disindir oleh Mahathir-Daim kerana GAGAL
meraih pelabur asing datang ke Malaysia. Dalam ucapan Belanjawan 2001
Jumaat lalu, terang-terang Daim menjelaskan bahawa FDI menurun begitu
?drastik? sekali. Ini mencerminkan bahawa Rafidah sudah tidak dapat
meningkatkan imej regim Mahathir di Amerika Syarikat dan Eropah Barat.
Rafidah telah mencari sebab-musabab kegagalan ?Misi Pelaburan?
(Investment Missions) terbarunya ke luar negara. Maka diketahuilah dengan
sah bahawa penerangan Ezam mengenai Malaysia lebih didengari dan
dipercayai oleh pelabur di sana. Ezam Membersihkan Nama Malaysia
Ezam tidak dapat membohongi bakal pelabur yang berminat melabur di
tengara Asia, kerana mereka lebih jelas dengan kedudukan sebenar yang
berlaku, bukan saja di Malaysia malah diseluruh Asia Timur. ?Attache
Perdagagan? negara Barat di kedutaan mereka di Kuala Lumpur
memperincikan tindak-tanduk politik dan ekonomi regim Mahathir selama
tempoh 5 tahun kebekangan ini. Semua ucapan Mahathir diteliti, dikaji dan
dinilai dengan halus oleh pekar-pakar bisnis Amerika Syarikat dan Eropah
Barat (termasuk Jepun). Dalam perhimpunan ?G-7?, negara-negara maju berbincang hangat
mengenai ?demokrasi?, hak asasi manusia, kebebasan undang-undang,
kebebasan akhbar dan suara rakyat, serta tindakan pemimpin negara
membangun seperti Malaysia menangani pembangunan sosio-politik dan
keutamaan ekonomi negara terbabit. Ezam sangat arif dengan pelbagai persiapan emosi dan minda untuk
mengahdapi sebarang soalan dari pelabur asing mengenai hala tuju
Reformasi yang selama ini telah diburuk-burukkan oleh Dr. Mahathir.
Sebagai seorang yang mengenali DS Anwar selama beberapa tahun, Ezam
tahu apa sebenarnya perjuangan Anwar untuk meletakkan wadah bangsa
dan negara serta agama ditempat sewajarnya.
Malangnya, kerana Dr. Mahathir telah mengkacau-bilaukan keadaan
politik, sosial dan ekonomi Malaysia, bersekali dengan cara kes Anwar
dibicarakan di mahkamah, Ezam merasa wajib beliau menjelaskan perkara
sebenar. Dalam konteks, tak dapat tiada Ezam terpaksa menceritakan
perihal sebenar. Dengan itu, nama Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu yang
berkonspirasi wajib disebut. Ezam bersusah payah menjelaskan bahawa penganut Islam di Malaysia
bukan ?ekstrimis? seperti yang difitnahkan oleh Mahathir. Bukan sedikit
sukar Ezam menjelaskan isu yang telah mengkacau-bilaukan persepsi
pelabur terhadap Malaysia. Semua itu adalah hasil perbuatan dan mulut
celupar Mahathir yang meburukkan PAS dan Barisan Alternatif diluar
negara. Alhamdulillah, kita bersyukur, khabar terbaru yang diterima - pelabur luar
telah dapat memahami penerangan Ezam dengan baik. Adakah Ezam wajar
dicop sebagai ?pengkhianat negara?, atau memburuk Mahathir pula?
Berfikirlah kita sama-sama. Kita nampak sekarang, siapa pengkhianat dan
siapa pembela negara. Kita harus jawab dengan ikhlas, adakah dengan menjelaskan kedudukan
sebenar perkara yang berlaku atas sebab tohmah-fitnah dan memburukkan
negara yang selama ini dilakukan oleh Dr. Mahathir itu, tetapi diperjelas
oleh Ezam perihal sebenar wajar dianggap sebagai memburukkan ?nama
baik negara?? Bohong Mahathir Tidak Dipercayai Masyarakat Dunia
Orang luar kerap diberi maklumat bohong oleh Mahathir ddalam ucapan
beliau di luar negara. Dalam akhbar Jepun, Dr. Mahathir menyerang semua
pihak termasuk negara Barat, Jepun dan Amerika Utara. Malangnya, Dr.
Mahathir sendiri lebih bersikap ?cakap tak serupa bikin?.
Gambar Dr. Mahathir berpelukan dengan Fidel Castro (sisa ?raja? Komunis
dunia) telah memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Rakyat Amerika
berlepas tangan membiarkan Mahathir meminta ?sedekah? dari sahabatnya
si Castro itu jika persahabatan mereka mampu membuahkan pelaburan.
Rakyat Amerika melihat Dr. Mahathir sengaja mencari aib di kalangan
pelabur Amerika. Malangnya, apa kesilapan yang Mahathir lakukan, orang UMNO tidak
berani menegurnya. Rafidah sendiri sedar Mahathir tidak patut
mencemarkan nama baik Malaysia diluar negara begitu rupa.
RAHSIA SEBENAR EZAM DIKUTUK... *
Desas desus rungutan Rafidah itu diluahkan kepada rakan karibnya.
Rafidah tidak sedar ?rakan? itu telah menjadikan modal besar dengan
menyampaikan maklumat ?mengutuk? Mahathir itu kepada Presiden UMNO.
Mahathir sangat terkilan dengan kritik Rafidah itu.
Sekarang, akan berakhirlah nampaknya ?riwayat? politik Rafidah setakat ini
saja. ?Puteri UMNO? pun ditubuhkan. (Sekarang tahu siapa kawan dan
lawan Rafidah sebenar? Fahamkanlah cerita itu?hahahah).
Sebagai mencari ?kambing hitam? yang gemok untuk dijadikan korban,
Rafidah menuding jari kepada Ezam. Tambahan pula Ezam baru saja pulang
dari negara-negara Barat. Rafidah mula mengasah ?parang? dan
mencadangkan supaya Ezam dihukum ?pancung?. Kununnya untuk
memberi gambaran kepada Mahathir bahawa dirinya (Rafidah) adalah
berani berdepan dengan Ezam dan penyokong Barisan Alternatif.
Barang diketahui, Mahathir adalah seorang pemusuh yang tidak mengenal
kawan atau lawan. Mahathir tidak terpikat dengan ?budi dan setiakawan?.
Berbanding Rafidah, Anwar lebih banyak berjasa menyelamatkan politik
Mahathir. Sebesar itu jasa Anwar pun, Mahathir tak pernah nak kenang.
Pindaan Perlembagaan UMNO Terbaharu
Apatahlagi pemimpin seperti Rafidah Aziz. Selama ini Rafidah cuma
bergantung kepada kaki seluar Mahathir saja. Mahathir cuma memberi
tempoh kepada Rafidah sehingga pilihanraya ke-11 saja. Selepas itu, MKT
akan berhimpun semula untuk memilih anggota MKT yang baru. Itu sebab
?pindaan Perlembagaan UMNO? terbaru diluluskan. Ia bermaksud untuk
memantapkan kedudukan pemimpin muda yang disetujui oleh
Mahathir-Daim saja. Fahamlah Rafidah sekarang bahawa dirinya sudah tidak lagi dalam ?good
book? Mahathir. Dengan itu jelaslah bahawa segala tuduhan ?pengkhianat
negara? terhadap Ezam itu HANYALAH ?sandiwara? beberapa pemimpin
UMNO saja. Seperti anjing tersepit dengan perangkap besi, ranting kayu yang
terpelanting dihadapannya pun digigitnya. Padahal besi pengekang yang
menyepitnya adalah bersebab dari kerakusan dirinya untuk membaham
umpan yang sengaja diletakkan oleh tukang perangkap. Itulah analogi
?kemarahan? Rafidah, Mahathir dan Hamid ?Malabar?. Dalam kes ini,
Mahathir, Rafidah, Hamid ?Malabar? dan semua pemimin pro-UMNO
(mungkin ada yang berselindung dalam BA) adalah puak yang tertipu
dengan percaturan Yahudi..!! Nyah! Nyahkan mereka. Tolak mereka. Nescaya negara ini akan kembali
aman, sejahtera dan membangun semula. Jangan tunggu sehingga tahun
2003!! Mulakan sekarang JUGA!! |