Laman Webantu KM2A1: 3105 File Size: 9.6 Kb * |
Belanjawan 2001: Fahamkah MP Umno/BN 'K-Ekonomi' itu? By Amin Sapiro 30/10/2000 7:57 pm Mon |
BELANJAWAN 2001: FAHAMKAH WAKIL PARLIMEN UMNO/BN
'K-EKONOMI' ITU? KERAPKALI kita terrasa nak ketawa terbahak-bahak bila membaca sesetengah
rencana yang terpapar hasil tulisan penulis upahan media perdana UMNO
seperti Utusan Melaysia. Begitulah adanya setelah membaca tulisan Mowardi
Mahmud bertajuk "Belanjawan 2001 Berpandangan Jauh" bertarikh
29/10/2000. Apa yang menggelikan hati itu adalah percubaan penulis tersebut
merangkumkan beberapa frasa ?over-praise? dalam membicarakan Belanjawan
2001 yang dibentangkan oleh Daim Zainuddin Jumaat lalu.
Yang peliknya, Mowardi cuba mengaitkan nama-nama seperti Moore', Gilder's
dan Coase's - yang memang terkenal dengan teori-teori asas K-ekonomi,
dengan Belanjawan 2001 Daim. Makin hairan lagi kita bila
?merojak-mamakkan? dengan pendapat Peter Drucker, Pakar Pengurusan
berbangsa Amerika itu. Hairan sangat kita - ape kebende nye yang ditulis dek
budak ini!! Kita akan bertanya kepada Mowardi, mengapalah sejauh itu beliau mengolah
rencananya hingga terasa sengaja dibelit-belitkan sampai orang kampung tak
tau apa dia cakap. Seolah-olah Mowardi ini macam budak-budak tadika bebal
yang berbangga dengan menyebut nama ayahnya, jawatan beliau, gelaran Tan
Sri atau Tun sebagai mengangkat diri, kunun dia anak orang ternama; bila
ditanya dia anak siapa oleh kawan-kawan.
Mungkin harapan si anak yang bebal bangang itu, status ayahnya akan
memberi dirinya penghormatan, kunun. Malangnya, segala-gala itu tidak mampu
merobah dirinya - bebal tetap bebal. Tidak akan dapat merobah apa-apa.
Kematnya, begitulah andaian paling sesuai bila membandingkan Belanjawan
2001 yang dibentang oleh Regim Mahathir di Parlimen dengan apa yang
seharusnya menjadi keutamaan bagi rakyat dan negara yang sedang dilanda
"ekonomi kacau-bilau" sekarang. Pun "K-Ekonomi" juga namanya.
Apa tidak 'kacau-bilau'nya jika negara lain sedang menjana pelabur asing
dan eskpot meningkat berganda-ganda, Malaysia dibawah kepimpinan
Mahathir-Daim dan UMNO/Bnnya masih terkial-kial dengan pelbagai jenis
?bail-out?, cerita korporat muflis, Bursa Saham menjunam (pada hari
Belanjawan), Inflasi yang makin parah, kualiti hidup menurun dan keenganan
pelabur luar datang meninjau ke sini!!
Jika Mowardi seorang yang mengerti objektif dan jangka hayat (life spent)
sesebuah Belanjwan tahunan dirangka dan impaknya kepada rakyat dalam
tempoh 12 bulan ke hadapan; maka beliau tidak akan memuji Belanjawan 2001
UMNO/BN setinggi langit biru. Sebaliknya, orang membuat kesimpulan samada Mowardi ini sengaja
memutarbelit fakta atau diupah menuliskan pujian dangkal; atau memang
bangang sangat tidak berilmu langsung dalam hal-ehwal mengenai rangka
sebuah Belanjawan negara. Mana satu, terserah kepada pembaca budiman
sekelian! Rata-rata penganalisis ekonomi merumuskan bahawa Belanjawan 2001 itu:
Keutamaan dasar regim Mahathir masih diselubungi oleh segala macam ?bail-out? dan pembaziran dengan kenyataan Mahathir akan meneruskan projek-projek Mega di luar kemampuan sumber kewangan negara menampungnnya. Pelabur asing nampak bahawa kerana aktiviti sebenar ekonomi negara ini masih
ditahap lemah; patahlagi nilai ringgit sekarang adalah lemah berbanding dengan
kadar tukaran wang asing (contohnya Singapura, Thailand); maka pelaburan
menduga pelaburan mereka tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan.
Mowardi berceloteh panjang mengenai ?K-Ekonomi?. Tertanya-tanya dalam
hati kita beberapa soalan:
Mowardi harus faham bahawa negara maju sendiri belum begitu mahir mendalami dan mengamalkan ?K-Ekonomi? itu. Ia masih lagi dalam percuabaan. Berapa peratuskah pengamal K-Ekonomi yang sudah pulang modal dan berapa jumlah mereka sudah lingkop di negara ini? Pasti Mowardi kena buat research mendalam lagi! Makin nampaklah sekarang Belanjawan 2001 semakin tersilap keutamaan
(wrong priority). Sebaiknya, Mowardi telah membongkar ?teras terendam? Daim
dengan Belanjawan ?Cacamarba? 2001nya. Mungkin Daim naik ?hot? kepada
si Mowardi bila ramai komen rakyat terhadap pujian tak sepadan terhadap
K-Ekonomi Daim itu. Kita semakin yakin, wakil Parlimen Barisan Alternatif seperti Mahfuz, Dr. Hassan
Ali dan beberapa cendekiawan yang ?masak ditampuk?nya mengenai ekonomi
dan pembangunan akan memberi tunjuk-ajar kepada wakil rakyat (menteri?)
regim Mahathir. Kerana, kebanyakan wakil rakyat UMNO/BN adalah terdiri dari
mereka yang tidak punya pendidikan dan ilmu yang cukup, dedikasi yang
mantap, kejujuran yang ikhlas terhadap rakyat.
Kita sudah lihat selama ini, mereka mengambil sikap ?melembukan diri?,
mengelat dari berbincang dan berbahas secara rasional di Parlimen.
Sebaliknya, wakil-wakil Parlimen UMNO/BN terlalu emosional dan
mengadaptasi ?herds sentiments? (macam sekawan lembu cucuk hidung).
Contohnya sudah nampak pada Jumaat lalu sewaktu YB Mahfuz dari Barisan
Alternatif menyanggah keras ?pembohongan bontang? Daim mengenai Royalti
minyak hak rakyat Terengganu yang dipinda menjadi wang Ehsan. Seperti
'kerbau dicucuk hidung' wakil rakyat UMNO ?melenguh? beramai-ramai saling
tak tumpah seperti sekawan lembu sakit perut..!! Adakah wakil parlimen
UMNO/BN itu faham ?K-Ekonomi?? (geleng kepada kita..!).
Hahaha?. yang pasti mereka tahu hanyalah ?K-Ekonomi? ialah
?KRONI-Ekonomi? dan ?KORUPSI-Ekonomi?. saja. Selama UMNO/BN
mentadbir negara ini makin jelas dalam perbicaraan DS Anwar,
?KONSPIRASI-Ekonomi? sedang bermaharajalela dikalangan mereka.
Mungkin Mowardi boleh menulis sebuah theses hebat mengenai K-Ekonomi
dan memujinya setinggi langit dan mendapat imbuhan dari Daim atau editor
media. Tetapi jika dibandingkan dengan harga yang harus dibayar dan jumlah
pengorbanan yang ?astronomikal? yang harus ditanggung oleh rakyat untuk
melaksanakan sesuatu yang belum tentu - kita akan merumuskan: regim
Mahathir sedang bermimpi dan berangan-agan kosong saja.
Rakyat sudah melihat sendiri berapa puluhan (ratusan) billion dollar wang
rakyat yang terbuang dan dibuang oleh Mahathir untuk memuaskan egonya.
Mungkinkah Mowardi buta angka? Tidakkah beliau tahu berapa billion sudah
dibuang begitu saja untuk menanggung pelbagai ?bail-out? sehingga
sekarang? Tengok PERWAJA, salah urus RENONG dan korporat/projek
meganya, BAKUN, Indahwater, Syarikat Perkapalan Mirzan, dll?
Kita menduga K-Ekonomi ini juga merupakan satu lagi ?rip-off? terhadap ringgit
rakyat. Apakah ?justified? dalam konteks tahap pendapatan rakyat yang masih
ternyata miskin ini mampu meyakinkan kita bahawa impian ?K-Ekonomi? itu
benar-benar akan memberi hasil yang positif dari aspek ?cost/benefit
analysis?? Rakyat di kampung-kampung mentafsirkan ?K-Ekonomi? yang disarankan Daim
itu sebagai ?KOSONG-Ekonomi?. Mungkin Mowardi tidak akan mengulas
panjang mengenai ?K-Ekonomi? yang 4-serangkai itu!!
Saya, bersama-sama rakyat yang tertindas, MENCABAR kecerdikan beliau
(mowardi) dan regim Penipu ini! Tunjukkan bukti - siapa akan untung dan siapa
akan rugi!!!
|