Laman Webantu KM2A1: 3104 File Size: 12.9 Kb * |
TJ ASIAWeek: Takkan Gajah Putih Boleh Berkepak? By Marhain Tua 30/10/2000 6:51 pm Mon |
[Rencana ini sudah diterjemah Ringkas pada Rencana 3088 KM2.
Terjemahan yang lebih terperinci oleh sdr -MT- ini sudah cukup
untuk menjadikan rencana ini satu BAHAN PENTING MESTI BACA dan
MESTI EDAR. Saya tertarik dengan kebolehan Lapangan Terbang
Bangkok yang sudah usang tetapi masih berguna berbanding KLIA
yang bergaya tetapi sunyi terkukur sahaja....... - Editor]
MGG111 Takkan Gajah Putih Boleh Berkepak?
(This Is One White Elephant That May Not Fly)
Oleh: Assif Shameen - Asiaweek Lapangan terbang Bangkok yang kini menampung ketibaan jumlah penumpang
yang dua kali ganda setiap hari, sedang digunakan sebanyak tiga kali ganda
oleh penerbangan asing jika dibandingkan dengan KLIA. Jurang perbezaan di
antara Bangkok dan KLIA semakin melebar dan memihak kepada ibukota Thai
itu walaupun kemudahan yang ada menunjukkan lapangan terbang Bangkok itu
satu pusat yang lama dan terlalu sandat.
Menteri Kanan Singapura Mr. Lee Kuan Yew pernah berkata betapa dia
memberikan keutamaan kepada pembangunan lapangan terbang Singapura agar
menjadi yang terunggul di rantau Asia. Baginya, sebuah lapangan terbang itu
adalah satu tapak bangunan yang utama sekali dilihat oleh seseorang
pengunjung dari luar. Dia berpendapat bahawa kesan pandang pertama selalu
berkekalan pengaruhnya. Para pemimpin Malaysia tentu telah menjadi taksub
dengan pendapat Lee Kuan Yew itu. Pertama kali Mahathir merencana untuk
memindahkan lapangan terbang utama negara daripada Subang kepada Sepang
kira-kira 12 tahun yang lalu, dia beranggapan lapangan terbang yang terbaru
itu akan mampu menjadi satu hab penerbangan di rantau ini. Asia Timur sudah
lama mempunyai beberapa hab penerbangan di Singapura, Hong Kong dan
Bangkok. Satu lagi hab terbaru yang terlalu hampir dengan ketiga-tiga hab
yang sedia ada tentunya merupakan sesuatu yang sukar untuk bertapak.
Tetapi, Mahathir bukan berniat mencuri semua khidmat yang ada di Singapura,
Hong Kong dan Bangkok itu. Dia cuma mahu mendapatkan sedikit bisnes
daripada hab yang sedia ada itu. Lapangan terbang tidak semestinya untuk
penumpang sahaja. Ia membabitkan barang dagangan ataupun kargo juga. KLIA
amat lembab dalam memberikan khidmat kepada kargo kerana kebanyakan
pengekspot Malaysia mengangkut kargo mereka ke Changi, Singapura. Dari sana
mereka dapat menjangkau pasaran luar dengan kos yang berkesan. Penumpang
yang keluar masuk Malaysia melakukan amalan yang serupa dengan menggunakan
khidmat 'shuttle' ke Singapura untuk mendapatkan khidmat penerbangan
susulan ke destinasi global. Dengan kemunculan super jumbo seperti Airbus A3XX ataupun Boeing 747-Stretch
X, lapangan terbang di dunia ini akan diberikan takrif sebagi hab ataupun
ruji-ruji (jejari) khidmat penerbangan. Hab adalah lapangan terbang di mana
sistem penerbangan besar dan global menggunakannya untuk pergi dan balik.
Sementara lapangan terbang yang diberi iktiraf ruji-ruji(spokes) digunakan
untuk khidmat penerbangan tempatan sahaja. Singapura dan Hong Kong sudah
lama menonjolkan kewibawaannya sebagai hab terpenting di Asia. Bangkok
sebenarnya lebih besar daripada Singapura dan telah menampung 28 juta
penumpang sejak 12 bulan yang lalu berbanding dengan Singapura (27 juta
penumpang) dan Hong Kong (30 juta penumpang). KLIA yang merupakan lapangan
terbang yang nombor 63 terbesar di dunia dan nobor 11 terbesar di Asia
mampu menampung ketibaan (hanya) 15 juta penumpang sejak 12 bulan yang
lalu. Kejayaan Bangkok sebagai satu hab penerbangan adalah sesuatu yang menarik.
Saya percaya kita tidak perlu berbelanja besar untuk pembinaan
infrastruktur untuk mendapatkan bisnes yang besar. Apakah yang akan
dilakukan oleh Kuala Lumpur setelah berelanja sebanyak US$2.6 bilion? Ramai
pegawai Malaysia yang beranggapan mereka mampu menukarkan taraf ruji-ruji
itu kepada hab. Tetapi satu upacara Grand Prix (seperti Formula 1
-penterjemah) telah membuatkan KLIA penuh sesak pada pagi selepas
berakhirnya perlumbaan itu. Fenomena ini tidak mampu menukarkan status
ruji-ruji kepada hab dalam msa sepanjang tahun.
Ada cakap-cakap bahawa Malaysia akan menurunkan kadar kos pendaratan
(landing fees) juga beberapa imbohan lain untuk memikat syarikat
penerbangan asing. Tetapi, saya fikir mereka mungkin mahu mencuba dasar
langit terbuka. Ini bererti membenarkan apa juga penerbangan singgah
di KLIA untuk mengangkut penumpang dan juga kargo dan bertolak untuk
mendarat di mana sahaja. Kaedah ini akan menjerut MAS yang kini tenat
dengan hutang betapuk dan tentunya memerlukan satu pengapongan oleh kerajaan
dalam satu stail pemulihan yang klasik itu.
Ini akan terus menyulitkan KLIA sehingga menyulitkan peluangnya untk menjadi
satu hab khidmat penerbangan. Namun demikian ia akan membantu KLIA daripada
menjadi satu ruji-ruji penerbangan yang paling termahal di dunia..
Rencana Asal: ASIAWEEK Business: Malaysia's (Not So) International Airport
This is One White Elephant That May Not Fly
By ASSIF SHAMEEN October 27, 2000 Web posted at 11.00 a.m. Hong Kong time, 11.00 p.m.
EDT Build and they shall come. That was Malaysian Prime Minister Dr. Mahathir
Mohamed's strategy in the pre-Crisis era. Tens of billions of dollars were
spent on prestige projects, from highways to skyscrapers to gleaming
shopping malls. Today, while Malaysia claims that its economy is fast
recovering, its capital Kuala Lumpur has the highest vacancy rate for
office towers, shopping malls and hotels among major Asian cities. True,
Malaysians have built them all. But nobody's interested in filling them.
Singapore's Senior Minister Lee Kuan Yew once said one of his top initial
priorities was to make Singapore's airport the best there was in Asia,
because an airport is often the first thing foreigners see when they land
in a country. First impressions are almost always the most lasting ones,
he reasoned. Malaysian leaders may have taken that advice too literally.
When Mahathir first decided to move Malaysia's main international airport
from Subang to Sepang some 12 years ago, his objective was to turn Kuala
Lumpur into a regional hub. East Asia already has several airline hubs
Singapore, Hong Kong and Bangkok. Another hub so close to the existing
three hubs seemed like a non-starter. But Mahathir's aim wasn't to
displace Singapore or Hong Kong, just to take some business away from
them. Still, airports aren't just about passengers. They are also about
cargo. KLIA lags way behind in cargo, because Malaysian exporters tend to
truck their goods to Singapore's Changi, from where they can reach global
markets more cost effectively. Passengers to and from Malaysia are doing
the same by taking the shuttle flight to Singapore to connect to other
global destinations. With the advent of super jumbos like the new Airbus A3XX or Boeing's
747-Stretch X, airports around the world will be further divided into hubs
and spokes. Hubs will be airports where all the major regional and global
airlines fly to and from, while local and regional airlines take
passengers to nearby spokes. Singapore and Hong Kong have already carved
their niches as Asia's premier hubs. Bangkok is actually bigger than
Singapore and carried 28 million passengers over the past 12 months
compared to Singapore's 27 million and Hong Kong's 30 million. KLIA, which
is 63rd biggest airport in the world and 11th biggest in Asia carried just
15 million passengers during the past 12 months.
The success of Bangkok airport as a hub proves an important point. I
believe you don't need to spend billions on infrastructure to get a lot of
business. So what is Kuala Lumpur to do about its US$2.6 billion
investment? Malaysian officials still seem to believe they can turn their
little spoke into a huge hub. An annual Grand Prix fills the airport on
the morning after, but it can't turn a spoke into a hub all year round.
Malaysians are talking about offering lower landing fees and other
enticements to lure foreign carriers to KLIA. But I believe they might
want to try open sky policy. Let any airline land at KLIA and take
passengers or cargo to anywhere it wants to at any time. Sure, it might
force the already debt-ridden flag-carrier Malaysia Airlines into further
financial disarray and even necessitate a state-sponsored Malaysian-style
bailout. But it would dig KLIA from the hole it's stuck in. Malaysian
capital might not become a hub it has always wanted to be. But it might
just prevent KLIA from becoming world's most expensive "spoke" airport.
|