Laman Webantu KM2A1: 3101 File Size: 13.4 Kb * |
TJ MGG Presiden MCA Memuji Kebebasan Akhbar Di Malaysia By Marhain Tua 30/10/2000 5:18 pm Mon |
[Rencana kali ini menarik juga. Ia menempelak kenyataan Ling yang
amat dangkal. Komen Ling hanya akan mempercepatkan kembara beliau dan
juak sewaktu dengannya ke kubur sahaja.... Bila kerajaan melatah
nampak jelas buah pukulan gerakkan reformasi sudah mengena.
Siapakah sebenarnya yang menguasai media??? - Editor]
MGG109 Presiden MCA Memuji Kebebasan Akhbar Di Malaysia
(MGG: The MCA President Extols Press Freedom In Malaysia)
Presiden MCA dan juga menteri pengangkutan, Dato Seri Ling Liong Sik, naik
geram dengan parti pembangkang yang cuba memperlekehkan iltizam kerajaan
terhadap kebebasan akhbar. "Cakap sajalah di Malaysia. Bukankah kita ada
semuanya di sini." Beliau bersuara lantang dalam hal itu. "Kenapakah mereka
tidak cakap sahaja dalam negara sendiri supaya kita boleh menjawapnya
dengan mudah. Apa gunanya bercakap dibelakang (kita)?" soalanya pula.
Memang, Dr. Ling naik geram (satu lakonan lagi -penterjemah) terhadap
ketua pemuda Keadilan Ezam Mohamed Noor, yang telah memberitahu satu
kumpulan pendengar yang datang mendengar ceramah yang diadakan di sebuah
kawasan parlimen Tun Daim Zainuddin. Ezam telah memberitahu mereka bagaimana
dia telah pergi ke luar negara untuk berkempen bagi mendapatkan kebebasan
kepada Insan Yang Mesti Dihancurkan Dengan apa Cara jua. Sumber saya
memberitahu terdapat seramai lebih 50,000 manusia yang membanjiri ceramah
Ezam itu. Iltizam akhbar tempatan seperti yang dicanangkan oleh Ling
hanya melaporkan jawapan Ling kepada ucapan Ezam itu tanpa melaporkan jumlah
manusia yang datang mendengar ucapannya. Timbalan perdana menteri Abdullah
Badawi berpendapat kekecohan yang timbul sekarang adalah satu perkara remeh
temeh semata-mata. Dia tidak berniat untuk menyekat Ezam daripada pergi ke
luar negara. Kalau begitu, kenapakah Ling Liong Sik menyalak kepada bukit?
Alahai, memang si Ling ini amat suka menyalak di tempat yang salah!
Dr. Ling memang menyentuh satu perkara yang menarik. Kerajaan tidak pernah
ambil peduli akan kritikan dalaman kerana menganggap sesiapa yang membuat
kritikan itu sebagai orang yang sengaja bikin kacau. Pihak pembangkang pula
terpaksa meraba-raba mencari peluang untuk mencetuskan pendapat mereka.
Undang-undang negara tidak membolehkan mereka menjual risalah parti kepada
orang ramai. Setiap percetakan parti adalah untuk ahli parti itu sahaja.
Itupun dibenarkan dua kali dalam setiap bulan. Mereka tidak dibenarkan
mengadakan mesyuarat untuk memberi penerangan kepada orang awam akan apakah
matlamat perjuangan mereka. Laman internet yang menyerlahkan pelbagai
masalah dan rintihan itu sengaja diabaikan oleh kerajaan. Media akhbar yang
dikatakan "ada di sini dan menyediakan kemudahan" memang sengaja
memperlekehkan rintihan itu. Kerajaan sengaja menidakkan hak parti
pembangkang untuk menyewa dewan, kemudaan awam, ruang hotel dengan pelbagai
dalil yang tidak munasabah. Keadilan pernah cuba menyewa Stadium Bukit
Jalil dengan membayar tunai, wang itu telah dikembalikan. Alasannya ialah
kerana ada kerja pemulihan yang perlu disegerakan dan yang tidak boleh
tertunggu walaupun untuk satu hari. Dr. Ling sendiri pun memang amat
terkenal di kalangan wartawan kerana keenganannya menjawab soalan dan
tuduhan yang dikemukakan oleh parti pembangkang terhadap kerajaannya.
Soalan seperti itu mesti terus dikemukakan. Bagaimanakah caranya satu
kumpulan yang tidak diberikan peluang menyerlahkan pendapat mereka itu
berupaya mendapatkan perhatian agar mereka didengari dan menggesa kerajaan
menjawab dengan kadar yang segera? Kempen 'Free Anwar' (Bebaskan Anwar) terpaksa ke luar negara kerana
tidak diberikan ruang untuk menyerlahkan kes itu. Khidmat satu syarikat
Amerika terpaksa diperdapatkan dengan menghasilkan kejayaan. Sebenarnya
perkara ini bukannya sesuatu yang pelik. Kerajaan Malaysia pernah
mendapatkan khidmat yang serupa untuk menonjolkan ketokohan Dr, Mahathir di
luar negara. Mereka telah memberikan kontrak kepada Smith, Solomon and
Barney (dengan kadar kos yang dilapurkan kepada saya sebanyak US$250 juta)
untuk menonjolkan imej bahawa keadaan kewangan dan dasar ekonomi
Malaysia adalah sesuatu yang unggul. Kesannya amat menghampakan. Kini,
tidak ada seorang pun menteri kerajaan Malaysia yang berani ke luar negara
dan berucap mengenai keadaan politik di Malaysia tanpa diganggu-gugat oleh
penonton yang bersikap liar terhadap mereka. Walaupun keadaan seperti ini
merupakan sesuatu yang mereka memang sedia hadapi, di Malaysia suasana
seperti ini dianggap sesuatu yang luarbiasa dalam kempen politik. Di
negara ini pemimpin tersebut selesa dengan cara berkhutbah di hadapan
penonton yang mudah mendengar walaupun yang diucapkan itu adalah temberang
mengenai dunia luar. Lagipun, sessi pertemuan dengan rakyat bukannya perlu
menjawab soalan rakyat itu. Memadailah dengan soalan yang dikemukakan oleh
wartwan yang memang mudah dimesrakan. Kerajaan memang mudah menyumbat mulut
sesiapa sahaja yang mengatakan Anwar Ibrahim telah sengaja disenyapkan.
Undang-undang itu tetap undang-undang juga, demikian kata menteri yang
bertanggungjawab dengan perundangan negara. Dalam hal ini Rais Yatim,
menteri tersebut tidak pula mempertimbangkan kisah Ketua Hakim Negara yang
dituduh korup dan melakukan salahlaku, tetapi tidak pula mahu menafikan
tuduhan itu ketika dia diminta menarik dirinya daipada mendengar satu kes
mahkamah. Kini, Rais Yatim mengatakan perbuatan mendapatkan khidmat
syarikat asing adalah sesuatu yang tidak akan memudahkan kempen 'Bebaskan
Anwar' itu. Kalau kesannya tidak seberapa, kenapakah Ling dan juga
kerajaan membebel mengenai perkara yang berlaku itu? Kenapakah pihak
akhbar melapurkannya ketika perkara itu terjadi dan tidak pula sebagai
reaksi seorang menteri dalam perkara itu?
Dr. Ling adalah laksana sekeping rekod lama yang sudah tercalar. Dia boleh
meraung kepada dunia luar bahawa dia bukannya seekor dodo (burung yang sudah
hapus di Madagascar) politik. Tidak ada sesiapa yang mempercayainya lagi.
Kini, dia bertegas bahawa penternakan khinzir tidak boleh diharamkan,
selepas terlibat dalam satu perbincangan kabinet yang mahu memperuntukan
kawasan di mana penternakan itu boleh diizinkan. Dalam pemilu (kecil)
Teluk Kemang yang lalu, Barisan Nasional telah kehilangan sekitar 1,000
undi orang China dalam tempoh masa empat bulan di antara pemilu dan juga
pilihan raya kecil itu. Dia cuba menarik sokongan masyarakat Cina seperti
juga yang dilakukan oleh perdana menteri untuk meraih sokongan orang Melayu.
Lagi lama mereka berdua memegang jawatan yang ada, lagi cepat masyarakat
menyisihkan mereka itu. Seperti juga rakan-rakannya dalam kerajaan, Dr. Ling tidak pernah memikirkan
apakah reaksi rakyat terhadap prestasi mereka. Keadaan ini amat
bertentangan sekali dengan sikap yang diambil oleh para penyokong Dato Seri
Anwar Ibrahim. Kerana itu kita dapat melihat betapa para penyokong Dato
Seri Anwar Ibrahim nampak lebih berkelayakan daripada para petugas
kerajaan yang kelihatan seperti orang yang kebingungan selalu. Kerana itu
juga kita lihat betapa pihak kerajaan mudah boros dalam hal Anwar Ibrahim
dan sanggup memperlekehkan norma kebudayaan Melayu itu yang menguasai dunia
politik Malaysia. Inilah sikap yang tidak dilakukan oleh Dato Seri Anwar .
Rencana Asal: The MCA President Extols Press Freedom In Malaysia
The MCA President and transport minister, Dato' Seri Ling Liong Sik, is
livid that opposition parties sell short Malaysia's commitment to press
freedom. "Say it here (in Malaysia) as we have the press here and
everything," he barks. "Why don't they say it within the country when we
have the chance to reply rather than say it behind our back(s) when we
have no chance to do so." Indeed, Dr Ling. His ire is directed at the
Keadilian party's youth chief, Ezam Mohamed Noor, who told an opposition
rally in the finance minister, Tun Daim Zainuddin's own backyard of
Merbok, earlier this week that he went overseas to campaign for the
release of He Who Must Be Destroyed At All Cost. My sources tell me
50,000 were present. The absolute commitment of the "press here and
everything" ignored the gathering, reporting only the reply to a slanted
account of what was said. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi seems to think all this a storm in a teacup. He does not
intend to ban Ezam from travelling overseas. Then why does Dr Ling bark
up the wrong tree? Come, come, Pillai, you should not ask this question:
he always barks up the wrong tree! Dr Ling touches on an interesting point. The government does not
answer local critics, considering them noisemakers and worse. The
opposition must make do with ever-restricting avenues to espouse their
views. The law does not allow them to sell their official organs to the
public, only to members, and that only twice a month. They cannot hold
public meetings to tell people what they fight for. The Internet sites
which house these complaints are studiously ignored by the government.
The newspapers, yes the selfsame "press here and everything", ignore them.
The government forestalls every attempt by the opposition to hire a hall,
public facilities, hotel premises with the vagues of excuses. When
Keadilan wanted to hire the Bukit Jalil stadium, and paid cash for it, it
was returned: urgent repairs, that could not wait a day, had to be
carried out. He himself is well known amongst reporters for his refusal
to answer the specific charges he promises his government would of
opposition complaints. But the question must be asked: How does a group
denied all avenues to espouse their views make themself heard to the
government responsive enough to reply?
The Free Anwar campaign goes overseas precisely because it has no
local avenue to highlight his case. It hires an American public relations
firm, with much success. There is nothing unusual about this: the
Malaysian government once hired a spin doctor to make Dr Mahathir look
good overseas, hired Smith, Salomon & Barney, a financial spin doctor, to
make its fiscal and economic policies look good (this for US$250 million,
I hear), without much success. No Malaysian government minister would
dare venture overseas to talk of Malaysian politics without a guaranteed
hostile audience, one which normal political give-and-take should have
conditioned them for. But in Malaysia, they do not descend to the norms
of political campaign. Here they pontificate, before friendly audiences,
on the state of the world, with no questioning, except from friends at
court and friendly reporters from the "press here and everything". The
government effectively silenced any who thought Dato' Seri Anwar Ibrahim
is unfairly silenced. The law is the law, says the de facto law minister,
Dato' Rais Yatim, even if the chief justice is roundly accused, and which
he did not rebut, of being corrupt and worse, to have him recuse. Dato'
Rais now says hiring the US firm to advise the Free Anwar campaign will
not help. If it would not, why is he, and the government worried about
this development? Why does not the "press here and everything" report
this when it occurred and not incidentally as a ministerial reaction to
it? But Dr Ling is a scratched gramophone record fruitlessly wanting to
be back in the groove. He tells the world he is not the political dodo he
is. But no one believes him. He now insists pig farming should not be
banned, after participating in a cabinet meeting to ensure it, that the
government must, instead of banning pig farming, must allocate areas where
it could be farmed. The Teluk Kemang byelection results -- in which the
National Front lost 1,000 net Chinese votes in four months between the the
general and byelections. He tries to worm his way back into the Chinese
community, something the Prime Minister desperately tries to with the
Malay community. The long either stays in office, the quicket their
respective communities desert them. Dr Ling, as with the rest of the
government, did not think through what they said and do. Dato' Seri Anwar
Ibrahim's forces, do strategically and tactically, with a clear object in
mind. That is why it looks so competent and believable and the the
government not and its spokesman looking like fools. It had a good case
over the Anwar Ibrahim case, but it dissipated it by moving away from the
Malay cultural norm that pervades in Malaysian politics. Dato' Seri Anwar
did not. M.G.G. Pillai
|