Laman Webantu KM2A1: 3099 File Size: 10.7 Kb * |
Risiko MoF 48 billion N Belanjawan Silap Mata By Kapal Berita 30/10/2000 6:04 pm Mon |
BORAK-BORAK BICARA BELANJAWAN
[Rencana asal ditajukkan kembali untuk memperkemaskan hujah. - Editor]
Ringkasnya perbincangan di egroups ini menyentuh dua aspek Belanjawan 2001.
HUTANG KRONI KERAJAAN BANTU Rencana AFP di bawah ini pula melahirkan kebimbangan
Kementerian Kewangan (MoF) menjamin beberapa projek
yang berisiko bernilai 48 bilion ringgit. Ia turut
menyenaraikan beberapa pemiutang negara terbesar negara.
Menurut lapuran Odit Negara 1999, hutang kerajaan
meningkat 8.7% kepada 112 billion ringgit.
Tahun lepas sahaja memecahkan rekod sejak 1995
dimana MoF menjadi penjamin pinjaman bernilai
12 billion ringgit. Dua Perenggan akhir Malaysia's Treasury told not to take too many risks:
KUALA LUMPUR, Oct 29 (AFP) - Malaysia's Treasury has
been told to exercise caution in acting as guarantor
for loans, which amounted to 48 billion ringgit (12.6
billion dollars) last year, the Sunday Star said.
Although the loans were to implement key projects
aimed at stimulating the economy, the Treasury should
not expose the government to high risk, the daily
quoted the 1999 Auditor-General's report as saying.
The report said the government's debts rose by 8.7
percent to 112 billion ringgit in 1999.
Last year's bill was the highest since 1995 when the
Treasury stood guarantor for loans worth 12 billion
ringgit, it said. Of the 48 billion, 96 percent were for loans by eight
firms. Sumber: alternatif-net@egroups.com Date: Sat, 28 Oct 2000 Belanjawan Silap Mata Tun Diam Assalamu'alaikum, Untukmu Askar Teluk Kemang Turut menumpang tuah ialah angkatan bomba untuk mengabui mata rakyat padahal
masih segar diingatan kita bagaimana wira-wira tentera dan polis kita diPort
d##kson mencipta sejarah dengan memberi hadiah kekalahan undi pos buat kali
pertama untuk Barisan Kroni. Untukmu Siput Babi Dan tidak lupa hadiah khas Tun Diam kepada wira-wira SB pro-kerajaan
mereka melalui kenaikan elaun petugas-petugas polis diluar masa resmi.
Yang disebutkan ialah kakitangan siasat polis tetapi kita semua tahu yang
ditujukan ialah abang-abang SB kita yang membalun kita dipesta lari-lari
kecil didepan mahkamah dan Dataran Merdeka dahulu.
Untukmu rakyat marhaen - tunggu...
Kita ucapkan tahniah kepada angkatan berpakaian seragam
kini dan kakitangan kerajaan pada belanjawan yang lalu kerana berjaya juga
untuk menuntut hak rakyat daripada dihabiskan oleh Tun Diam untuk membantu
kroni-kroninya semata-mata. Kita syorkan golongan-golongan lain seperti
petani-petani, guru-guru, drebar teksi, pelajar-pelajar dan sebagainya untuk
mula bersatu mengorak langkah menolak Barisan Kroni pada mana-mana
pilihanraya akan datang sebagai fasa kedua kebangkitan rakyat untuk merampas
balik hak dan harta rakyat daripada dibolot habis oleh Tun Diam, Bosnya dan
kroni-kroni mereka. Tetapi saya syorkan ada lagi satu cara yang lebih senang
dan berkekalan untuk kita merampas balik hak kita. Gulingkan sahaja Barisan
Kroni dipilihanraya akan datang dan kita semua akan dapat menikmati hak kita
secara berkekalan daripada keadaan teka-teki sekarang ini, giliran kumpulan
mana pula yang akan beruntung. Maka media-media kroni pun seperti biasa mewar-warkan
belajawan Tun Diam sebagai belanjawan bijak dan sebagainya. Tetapi saya
tertarik dengan ungkapan salah satu akhbar Inggeris yang semestinya bukan
The New Straits Time. Tersorok didalam ulasan akhbar tersebut tentang
belanjawan Tun Diam ialah suatu ayat yang sangat merunsingkan dan penuh
bermakna. Akhbar itu mengulas belanjawan dengan mengatakan apa yang hendak
didengar oleh Barisan Kroni kemudian ia catit keluhan kebanyakan pemerhati
ekonomi bahawa potongan cukai pendapatan sebanyak 1% yang diharapkan untuk
meningkat permintaan dalam negeri ("domestic demand") tidak menjadi nyata.
Ahli ekonomi sangat hairan dengan tindakan Tun Diam ini. Rata-rata pakar
ekonomi tahu bahawa ekonomi dunia dan khususnya ekonomi Amerika Syarikat
akan menguncup tahun hadapan. Ini bermakna permintaan untuk barang-barang
Malaysia akan berkurang. Suatu cara untuk menangani kesan buruk keadaan
tersebut terhadap ekonomi negara ialah dengan meningkat permintaan didalam
negara. Dan satu-satu caranya ialah dengan memotong kadar cukai pendapatan
rakyat Malaysia dengan sekurang-kurangnya 1% tetapi Tun Diam
diam sahaja dan tidak berbuat demikian. Maka akhbar berani itu mengulas " It
appears the Government do not have the money to fund such tax cuts or has
the funds been allocated elsewhere?" Bermaksud, nampaknya Kerajaan tiada
wang untuk membiayai pemotongan cukai tersebut ataupun sudahkah wang
tersebut diperuntukan ketempat lain?
Ini yang sangat membingungkan pakar-pakar ekonomi. Mereka
telah membuat perkiraan dan percongakan, pelonjakan harga minyak baru-baru
ini dan hasil Bon Antarabangsa besar-besaran tidak lama dahulu bermakna
Perbendaharan negara memang banyak wang buat masa ini. Mengapa hasil mahsul
ini tidak dimasukkan didalam perkiraan belanjawan khususnya membiayai
pemotongan cukai rakyat yang akhirnya akan memenafaat ekonomi dengan
meningkatkan permintaan dalam negara? Untukmu Pemain Silapmata Saudara, Maka bertepuk-tepuk bahulah Tun Diam, Bosnya dan kuncu-kuncu
mereka kerana telah berjaya membentangkan suatu belanjawan yang bijak. Kita
akui bahawa belanjawan itu memang bijak, iaitu bijak menipu rakyat dengan
mengagihkan dan menyembunyikan jumlah wang yang lebih besar kepada
kroni-kroni mereka, daripada jumlah wang yang digula-gulakan kepada golongan
tertentu rakyat. Wassalam, Belanjawan Para Perompak (BPP-2001)
Belanjawan yang dibentangkan oleh Daim Zainudin petang Juma'at 27 Oktober
lebih disebutkan sebagai Belanjawan Para Perompak atau BPP-2001. Kenapa saya
katakan begitu? Inilah kali pertama dalam sejarah negara ini sejak terbentuknya Malaysia,
kerajaan pusat menafikan hak pentadbiran peringkat negeri secara
terang-terangan. Dulu kita menyaksikan Kelantan dijadikan negeri terpinggir
apabila UMNO dan BN keparat kalah dalam pilihanraya 1990. Sekarang nasib
yang sama menimpa negeri Trenggamu apabila wang royalti tidak disalurkan
kepada kerajaan negeri dipilih secara sah oleh rakyat.
Sekarang kita sedang menyaksikan negara ini sedang menuju ke arah
kehancuran. Bagaimana di sebuah negeri terdapat dua kerajaan. Apakah gejala
tidak sihat ini akan terus diamalkan oleh pusat terhadap negeri-negeri yang
terlepas dari tangan mereka? Di sinilah saya melihat kelak negeri-negeri
akan mempersoalkan apakah gunanya mereka berada dalam sebuah negara
persekutuan, sekiranya semangat federalisme tidak dihargai.
Dalam pengagihan projek pembangunan BPP-2001 nampak ketara sekali apabila
tidak disebutkan peruntukan untuk institusi pendidikan yang diberikan untuk
negeri Kelantan dan Trengganu. Kedah yang sudah ada universiti diberikan
sebuah lagi. Demikian juga dengan negeri-negeri lain, kecuali Kelantan dan
Trengganu. Boleh jadi pusat fikir dengan tidak diberikan projek secara adil itu sebagai
penderaan kepada rakyat kedua-dua negeri yang tidak memilih BN untuk
memerintah negeri mereka. Itu adalah fikiran songsang yang sarat dengan
dendam kesumat pemimpin keparat Umno. Kalau tidak percaya, nantilah kita
akan saksikan akibat daripada tindakan bodoh melalui hasil pilihanraya akan
datang. Semua kerusi DUN dan Parlimen di Trengganu akan disapu bersih oleh
Barisan Alternatif. Hatta kerusi DUN Seberang Takir sekalipun yang kini
dipegang Rasyid Ngah. Demikian dengan negeri Pahang, Selangor, Kedah, Perak dan Perlis akan masuk
kocek Barisan Alternatif. Marilah kita teruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi untuk memastikan
kejatuhan BN dalam pilihanraya akan datang.
Mampus Mahathir!!!
|