Laman Webantu KM2A1: 3098 File Size: 27.4 Kb * |
TJ: Duka Nestapa PPP By Marhain Tua 30/10/2000 8:31 am Mon |
[Sumber: http://www.malaysiakini.com/
archives_letters/2000/oct/oct28-29/letter1.htm]
MGG 108 DUKA NESTAPA PPP Oleh: David Chew Kayveas nampaknya sedang mengkhayali satu dunia impian. Impiannya untuk PPP hanya
boleh dicapainya kalaulah dia mempunyai kewibawaan seperti mendiang Dr. Seenivasagam yang
telah memimpin parti itu pada tahun 1960-an dulu. Tetapi, dengan segala hormat kepadanya,
Kayveas tidak pun mempunyai sampai satu per sepuluh apa yang dimilikki oleh mendiang
Dr. Seenivasagam. Cara dia memberikan sokongan kepada dasar Barisan Nasional sudah
tentu membuatkan Dr. Seenivisagan menggeliat di lubang lahatnya.
Sudah sampai masanya untuk Kayveas sedar daripada khayalan dan menilai kebenaran yang
mengelilingi PPP. Daripada semua parti komponen yang bukan beragama Islam dalam BN,
PPP merupakan sebuah parti yang paling corot. Ia tidak pun diberi sebarang peluang untuk
bertanding dalam pemilu malahan memang dibenci oleh parti komponen yang lain seperti
MCA, Gerakan, dan juga MIC yang memang mudah berusaha untuk menentukan PPP terus berada
di takuk yang menyedihkan itu.
Apakah sebabnya PPP menjadi begitu sedangkan pada satu ketika dulu ia merupakan satu
parti yang mempunyai sokongan yang besar daripada pengundi Cina dalam Lembah Kinta.
Kenapakah parti itu menjunam begitu pesat sekali laksana satu roket yang ketandusan
minyak dan jatuh berdebab sejak 1974?
Ketika ia dilancarakan, PPP dikenal dengan nama penuhnya Perak Progressive Party. Ia
menjadi parti bersekutu yang bersatu dengan Perikatan yang dianggotai oleh
UMNO/MCA/MIC. Ketika pemilu 1955, ketika bertanding di bawah naungan bendera Perikatan
itu (Kapal Layar) PPP telah memenangi kerusi parlimen Ipoh. Pada 1956, PPP bertelagah
dengan Perikatan kerana dasarnya yang menentang Laporan Pendidikan Razak (Razak
Educational Report), di mana terdapat beberapa perkara yang menyangkuti sekolah Cina
yang tidak dipersetujuinya. Mungkin juga untuk menukar corak pan-Malayan, PPP telah
menukar namanya daripada Perak Progressive Party kepada People's Progressive party.
Di bawah kepimpinan adik-beradik Seenivasagam (DR dan SP), PPP mula mengambil sikap
menentang dasar pro-UMNO di dalam Perikatan itu, terutama sekali mengenai pelajaran.
Tentangan ini dilakukan sebagai satu reaksi dan bukannya sebagai satu dasar penentangan
yang dimahukan oleh majoriti penduduk Cina di Lembah Kinta.
PPP diberikan peluang yang baik untuk menguji popularitinya dalam pemilu 1957 untuk
kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh MP Leong Yew Koh yang dilantik menjadi
gabenor Penang. D.R. Seenivasagam telah bertanding kerusi itu untuk menentang Yap Yin
Fah dalam pertandingan satu lawan satu, dan berjaya menumpaskannya. Dalam ucapan
mengkritik dasar Perikatan yang pro-UMNO itu, DR telah dianggap oleh pemimpin UMNO
sebagai seorang yang anti-Melayu, satu perkara yang DR sengaja tidak mahu pertikaikan
apa lagi menafikannya. Kejayaan yang baru diperolehinya itu telah memberikan ruang yang baik kepada DR dan juga
adiknya untuk berusaha gigih mendapatkan hak keistimewaan orang bukan Melayu dalam
usaha mereka memperlekehkan Perikatan. Sebagai peguam yang masih melakukan amalan
kerjanya, mereka memang amat pintar dan matang untuk bersuara dengan berkesan
sambil memperlekehkan ramai pemimpin Perikatan terutama sekali MCA dan MIC. Lagi ramai
pengundi bukan Melayu yang memberikan sokongan kepada PPP dan adik beradik Seenivasagam
itu, lagi ramai pula yang menganggap MCA dan MIC sebagai penjilat UMNO.
Pada 1964, parti Perikatan telah menggunakan masalah konfrontasi Indonesia sebagai satu
isu nasional. Dengan cara ini ia berjaya menumpaskan tandingan pihak pembangkang. Namun,
populariti adik beradik Seenivasagan masih tetap utuh dalam Lembah Kinta. Mereka masih
lagi mampu mempertahankan kerusi mereka walaupun dengan majoriti yang semakin
berkurangan. Zaman kegemilangan DR muncul apabila dia mendedahkan salahlaku menteri pelajaran ketika
itu, DR telah mendapat rangsangan daripada wakil PMIP (kini PAS) Alahyarham Zulkifli
Mohamed dan telah membuat tuduhan korupsi ke atas Rahman Talib di parlimen. Dia telah
dicabar untuk mengulangi tuduhan itu di luar parlimen dan telah memilih Dewan
Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur sebagai tempat untuk berbuat demikian. Di hadapan satu
kumpulan penonton yang besar, termasuk Abdul Rahman Talib sendiri, DR telah mengulangi
tuduhan itu seperti yang telah disebutnya di parlimen. Satu kes mahkamah yang panjang
telah mengekori peristiwa tersebut dan memberikan kemenangan kepada DR. Rahman Talib
terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan dan telah dilantik menjadi duta
malaysia ke Mesir oleh perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Di samping itu, DR pun ada membuat pendedahan satu skandal yang lebih dikenali sebagai
"Kokos Mess". Yang membabitkan seorang menteri kerajaan. Kewibawannya terus naik
mencanak selepas itu. Dia terus dengan kerja guamannya juga; membantu golongan rendah
seperti penarik beca, penjaja dan sebagainya, di pejabatnya di Hale Street di Ipoh. Dia
mengenakan cas yang kecil dan kerap juga tidak mengenakan sebarang cas pun.
Kegemilangan yang dinikmati olehnya di Lembah Kitna itu telah menyakitkan hati ramai
musuhnya sehinggakan terjadi satu kisah bagaimana pada satu hari dia telah diberikan
hadiah berupa lapan peti jenazah yang dihantar ke pejabatnya. Orang lain mungkin
terkejut dengan suasana itu dan mungkin telah menganggapnya sebaggai satu petanda yan
tidak baik. Namun, DR mengambil sikap yang diplomatik. Dia telah mengucapkan terima
kasih kepada pemberi 'hadiah' itu Apabila Lee Kuan Yew melancarkan Konvensyen Solidariti Malaysia di mana dikumpulkan
parti pembangkang untuk melancarkan konsep Malaysian-Malaysia dalam memerangi Perikatan
pada awal 1965 dulu, DR telah mengambil peranan utama dan menandatangani perjanjian itu.
DR memang amat berkeras menentang Perikatan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa nasional. Apabila rang-undang-undang diluluskan di parlimen pada 1967, beliau
telah menganggapnya sebagai satu penderhakaan terhadap aspirasi golongan bukan Melayu.
DR menghebuskan nafas terakhirnya pada Mac 1969 dalam usia 40-an, satu bulan sebelum
berlakunya pemilu 1969 itu. Ribuan manusia terutama sekali mereka daripada golongan
miskin telah membanjiri jalanraya Ipoh untuk memberikan tabik hormat mereka sambil
mengingati apa yang pernah beliau berikan dalam perjuangannya untuk memperjuangkan hak
mereka yang tertindas. PPP telah bertanding dalam pemilu 1969 berganding bahu dengan DAP sebagai rakan sekutu.
Dalam kempen mereka itu mereka telah membeitahu para pengundi walaupun DR sudah pun
tiada lagi, parti PPP itu akan terus memberikan keutamaan kepada aspirasi yang telah
diperjuangkan ketika hayatnya. PPP meraih kemenangan yang paling besar dalam pemilu 1969
itu dengan memenangi empat (4) kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri
Perak. Dengan kemenangan DAP yang berjumlah 8 kerusi dewan negeri, PPP telah
mencetuskan satu kekandasan dalam penentuan siapa yang patut menubuhkan kerajaan.
Ketika itu ada satu spekulasi mengatakan seorang calon Gerakan yang menang mungkin
melompat ke sebelah pihak Perikatan untuk berganding dengan 19 wakil Perikatan yang
menang. Secara tiba-tiba tragedi Mei 13 meletup di Kuala Lumpur. Seperti juga DAP, PPP telah
mendapati suasana berpolitik secara kombatif itu telah dibendung oleh sekatan Akta
Menghasut yang melarang sebarang perdebatan terbuka mengenai isu yang sensitif. Pada
1971, empat MP PPP telah menyokong usaha 13 wakil DAP dalam menentang rang
undang-undang yang meluluskan Akta Menghasut itu. Itulah kali terakhir PPP berganding
bahu dengan DAP untuk menentang kerajaan. Apabila demokrasi berparlimen dibenarkan
semula, dengan beberapa hambatan yang sengaja diperkenalkan, PPP telah mengambil
keputusan untuk menilai semula peranan mereka.
SP Seenivasagan, yang kerap mengambil peranan orang belakang dalam penonjolan DR
sebagai pemimpin parti sebelum itu, tetapi pada 1972 terpaksa memainkan peranan pemimpin
ulung parti itu, telah membuat keputusan untuk menerima pelawaan Perikatan menjadikan
PPP salah satu parti komponen BN. Di sinilah bermulanya peranan PPP di Perak sebagai
rakan kongsi UMNO. Ketika itu, pembekuan terhadap pilihanraya majlis tempatan yang dikenakan pada 1964
disebabkan konfrontasi itu telah dirasakan akan kesannya. Pembekuan itu telah memberikan
ruang kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan hak memilih sesiapa sahaja sebagai ahli
majlis munisipal. SP menjangkakan beliau akan kehilangan jawatan sebagai presiden
munisipal itu kerana memikirkan tentulah kerajaan perikatan di Perak memilih seorang
ahli parti itu di kalangan ahli majlis. Dengan menganggotai Perikatan, SP telah
berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden majlis munisipal Ipoh.
Secara mendadak, majoriti penyokong daripada kaum Cina di Lembah Kinta menjadi berang
dengan pendirian yang dilakukan oleh PPP. Mereka tidak dapat menerima penjelasan yang
dibuat oleh PPP betapa mereka akan menikmati lebih banyak kemudahan dengan merestui PPP
menjadi anggota komponen BN itu. Majoriti penyokong itu mula menganggap PPP sebagai satu
parti opportunis yang sengaja menjual prinsip perjuangan parti.
Situasi itu memang diperhatikan sahaja oleh DAP yang terus bingkas untuk
mengeksploitasi keadaan. DAP menuduh SP sebagai si petualang yang telah derhaka kepada
prinsip perjuangan mendiang abangnya. Salah satu prasyarat kemasukkan PPP ke dalam BN
ialah kemudahan untuk PPP mempertahankan empat kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan
undangan negeri pada pemilu 1974. Apabila pemilu 1974 mucul, PPP terpaksa menyanyikan satu lagi yang amat berbeza dengan
irama yang pernah dinyanyikannya dulu. Ketika pemilu 1969, prinsip perjuangan parti
adalah menyanggah kerajaan, tetapi pada 1974 PPP terpaksa pula mempertahankan dasar
pemerintahan BN. Putaran suasana itu tidak dapat diterima oleh para pengundi di Lembah
Kinta, mentelahan lagi ketika itu DAP terus mengapikan hasutan mereka untuk
memperlekehkan calon PPP. Apabila peti undi dibuka untuk dihitung, hampir semua calon PPP yang mempertahankan
kerusi mereka telah ditewaskan oleh DAP. SP kalah teruk kepada calon DAP; Fan Yew Teng
di Menglembu. Tiga lagi MP yang menjadi calon PPP - RCM Rayan (Ipoh), Chan Yoon Onn
(Ulu Kinta) dan Su Liang Yu (Beruas) kalah teruk kepada calon DAP. Orang kuat PPP di
dewan negeri, Khong Kok Yat dan Foo Kuan Tze turut kalah mempertahankan kerusi dewan
mereka. Kematian SP membawa berita buruk kepada PPP. Satu saga kecermelangan dua beradik pun
berakhir. Sesiapa sahaja yang mengambil alih kepimpinan parti itu tidak berjaya
memulihkannya. Parti itu terus menurun kekancah yang penuh tandatanya.
Adalah menjadi satu amalan dalam BN, betapa setiap parti komponen dibenarkan
mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya. Kekalahan PPP pada pemilu 1974 bererti
kuota untuk kerusi parlimen dan juga dewan undangan negeri telah diambil alih oleh MCA
yang telah memperkuatkan pengaruhnya ketika di bawah pimpinan Lee San Choon. Selepas
pemilu 1974 itu, PPP mendapati peluang untuk bertanding sudah menjadi semakin tipis.
Keadaan menjadi kucar-kacir pula apabila para pemimpin PPP kerap bertelagah antara satu
dengan yang lain. Ini bukan sahaja memalukan parti itu malahan juga Barisan Nasional.
Kerana itu sejak 1995 sehinggalah pemilu 1999, PPP tidak pun diberikan sebarang kerusi
untuk menonjolkan wakilnya. Kalau kita teliti pergeseran kaum dalam BN dan situasi peruntukan kerusi yang terhad
di kalangan parti komponen yang bukan Melayu, parti komponen yang lebih kuat seperti MCA,
Gerakan dan MIC memang melakukan yang termampu dan terbaik agar UMNO tidak memberi
sebarang peluang kepada PPP. Tujuannya ialah untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk
parti mereka sendiri. Sejak mengambil alih kepimpinan PPP pada 1995, Kayveas telah mencuba tanpa sebarang
kejayaan untuk memulihkan parti itu. Sambil suasana politik terus berkembang di
Malaysia, ada adik perempuan mendiang Senivasagan yang masih hidup lagi dan menetap di
bangunan lama yang satu ketika dulu merupakan pejabat abangnya yang terkenal itu.
Begitu juga dengan beberapa saudara mara mereka yang masih hidup lagi. Namun semakin
ramai manusia yang sudah lupa akan perjuangan yang ditunjukkan oleh dua beradik itu
untuk menjadikan PPP sebuah parti yang digeruni.
Memang tidak akan muncul PPP yang serupa dengan parti yang pernah dipimpin oleh
Seenivasagan bersaudara itu. Terutama sekali DR.
Rencana Asal: Woes of PPP Sometime earlier this month, the People's Progressive Party (PPP) held
its general assembly at the Putra World Trade Centre (PWTC) in KL in
which the prime minister was the guest of honour. PPP president M
Kayveas, among other things, wanted PPP to be given seats to contest in
the next polls, and even expressed the hope that PPP would re-live its
heyday where it won four parliamentary and 12 state seats.
Kayveas is living in a dream world. His dreams for PPP can only be
achieved if he is another DR Seenivasagam, the dynamo of the party way
back in the 1960s. But Kayveas, with all respect due to him, will never
be even one-tenth of DR Seenivasagam. The way he is obliged to support
BN policies would make the late DR Seenivasagam turn in his grave!
It is time Kayveas woke up from his dream and look at the reality of PPP
around him. Of all the BN non-Muslim component parties, PPP has fared
the worst, not even being allowed to contest a single seat in the last
general election, and being "despised" by the other non-Muslim BN
components like MCA, Gerakan and MIC, which would go all out to ensure
that PPP continues to languish in its pathetic state.
What went wrong with PPP, once the pride of the anti-establishment
Chinese-majority voters in the Kinta Valley, whose fortunes plummeted
like a descending rocket running out of fuel to bite the dust from 1974?
PPP was known as the Perak Progressive Party when it was inaugurated in
1953. It was an ally of the Alliance consisting of Umno/MCA/MIC in the
1955 general election. Under the banner of the Alliance, PPP contested
and won the Ipoh parliamentary seat. In 1956, PPP fell out with the Alliance, one of the reasons being its
opposition to the Razak Educational Report, of which some aspects were
objectionable to the Chinese schools. Perhaps to develop a pan-Malayan
character, PPP changed its name from Perak Progressive Party to People's
Progressive Party. PPP under the leadership of the Seenivasagam brothers, DR and SP, began
to adopt a stance opposing the pro-Umno policies of the Alliance,
particularly in education. They did so, more in reaction rather than in
initiation to the policies which the Chinese-majority Kinta electorate
resented. PPP got the chance to test its popularity in 1957 when the Ipoh
parliamentary seat fell vacant following the resignation of its MP Leong
Yew Koh to become the governor of Penang. DR Seenivasagam contested the
seat in a straight fight with MCA's candidate Yap Yin Fah and trounced
him convincingly. In his vehement criticism of the Alliance's pro-Malay
policies, DR was seen by Umno leaders as "anti-Malay", a fact DR did not
bother to explain, let alone deny. Having obtained a platform, the Seenivasagam brothers, particularly DR,
worked tirelessly to fight for the rights of the non-Malays in their
vehement opposition to the Alliance. As practising lawyers, they knew
their stuff very well, and their eloquence had the effect of belittling
many Alliance leaders, particularly MCA and MIC. The more the non-Malay
voters in the Kinta Valley support PPP and the Seenivasagam brothers,
the more they regarded MCA and MIC as lackeys of Umno.
With the solid support they received from the Kinta Valley, PPP was able
to win several state and parliamentary seats in the 1959 general
election, including Ipoh (won by DR) and Menglembu (won by SP). When
local council elections were held, PPP swept the elections for the
municipality of Ipoh, winning 14 of the 16 seats with the remaining two
going to the Alliance. From there it ran a clean and honest
administration. Ipoh in those days had the reputation of being "the
cleanest town in Malaya" with the credit going to PPP.
Even in 1964 when the Alliance made Indonesian Confrontation the main
issue, and in the process inflict a heavy defeat on the opposition, the
popularity of the Seenivasagam brothers in the Kinta Valley held sway,
and they were able to retain their parliamentary seats of Ipoh and
Menglembu though with reduced majorities.
DR's finest hour was when he exposed the then education minister Rahman
Talib for corruption. DR got a tip from the late PMIP (now PAS) MP
Zulkifli Mohamed and made the allegation of corruption in Parliament.
When he was challenged to repeat his allegation outside parliament by
Rahman, DR chose the Chinese Assembly Hall in KL as the venue and in the
presence of a big crowd, including Rahman, he repeated the accusations
he made in Parliament. A long court case ensued, but in the end DR won,
Rahman resigned as education minister and was made ambassador to Egypt
by the then prime minister Tunku Abdul Rahman.
Aside from this, DR also exposed a sex scandal popularly known as "Kokos
Mess" involving another government minister. DR's political stock
soared. He continued with his legal work of helping many low-income
earners like trishaw pullers, hawkers, etc., from his office in Hale
Street in Ipoh. He either charged them nominal fees or gave them free
legal service. His popularity with the Kinta electorate angered some of his enemies who
one day dispatched about eight coffins to his office. While many would
have taken offence at this morbid gesture and regarded it as a bad omen,
DR was most diplomatic. He even thanked those who bothered to send PPP
the coffins! When PAP under Lee Kuan Yew initiated the Malaysian Solidarity
Convention, a gathering of opposition parties to espouse "a Malaysian
Malaysia" in fighting the Alliance in early 1965, DR was one of its
signatories and staunchest supporters.
As mentioned earlier, DR did not bother to hide his resentment of the
Alliance, particularly Umno, which he regarded as most communal. At one
of the meetings of the PPP-controlled Ipoh municipal council in the late
1950s or early 1960s, PPP not only encouraged the use of
multi-lingualism in its proceedings, but some of its councilors also
came in their distinct "Chinese" and "Indian" costumes, embarrassing the
two Alliance councilors who were championing the use of Malay as the
sole official language in the municipal sittings.
DR opposed very strongly the Alliance move to make Malay the sole
official and national language of the country. When the bill was passed
in Parliament in 1967, DR regarded it as a "betrayal of the aspirations
of the non-Malays". DR died in late March 1969 in his 40s, one month before nomination day
for the 1969 general election. Thousands, particularly the poor,
thronged the streets to attend his funeral, remembering all that he had
done in fighting for their rights as underdogs.
PPP contested the 1969 general election with DAP as their ally. In its
campaigns, PPP told the electorate that though DR had died, the party
would always uphold all that he had fought for during his lifetime.
PPP scored its best performance in the 1969 polls, winning four
parliamentary and 12 state seats in Perak. Together with DAP's eight
state seats, PPP caused a deadlock in the 40-seat Perak state assembly
after it was speculated that the lone Gerakan state assemblyman would
join the 19 Alliance state assemblymen.
Then the May 13 riots broke out in KL, and like DAP, PPP found that its
combative style was severely curtailed by the Sedition Act which
prohibited the open discussion of sensitive issues. In 1971, four PPP
MPs joined their 13 DAP counterparts to oppose the bill promulgating the
Sedition Act. That was the last time the PPP cooperated with DAP in their common
opposition to the Alliance. When parliamentary democracy was restored
but with a lot of restrictions imposed, PPP decided to re-appraise its
role. SP, who had often played a backseat role to his brother DR previously,
in 1972 as PPP leader, accepted the Alliance offer to become a component
of BN where PPP would play a major non-Malay role in Perak in
cooperation with Umno. At that time, the ban on local council elections, imposed in 1964 at the
height of the Indonesian confrontation, was being felt. The law gave the
state government the right to appoint municipal councilors. SP
calculated that he would lose his position as Ipoh municipal president
in the expectation that the Alliance government of Perak would appoint
only Alliance councilors. With PPP joining the Alliance in an extended
BN, SP could keep his position in the council.
The overwhelming Chinese-majority supporters of PPP in the Kinta Valley
understandably became outraged at what they saw as PPP's volte face.
They were not to be taken in by SP's explanations that the political
atmosphere after the 1969 election had changed and there was more to
gain if PPP also changed to cooperate with the Alliance instead of
confronting it as in the past. To them, PPP was an opportunist who had
sold out its political principles. DAP, which was waiting in the wings, now swept in to exploit the issue,
reiterating that SP had betrayed his brother DR's principles. One of the
conditions for PPP's entry into BN stipulated that PPP defended its four
parliamentary and 12 state seats in the 1974 general election.
Thus PPP sung an entirely different tune in the 1974 polls. While it
adopted an anti-establishment stance up to 1969, PPP in 1974 defended
BN's policies. The anti-establishment Kinta Valley electorate could not
accept the PPP that DAP portrayed as a "turncoat".
When the ballot boxes were opened and the votes counted - practically
all the incumbent four PPP MPs and 12 state assemblymen lost their seats
to DAP opponents. SP lost by a huge margin in his Menglembu
parliamentary seat to DAP's Fan Yew Teng. The other three PPP MPs - RCM
Rayan (Ipoh), Chan Yoon Onn (Ulu Kinta) and Su Liang Yu (Beruas) lost to
DAP opponents. PPP strongmen like Khong Kok Yat and Foo Kuan Tze also
lost their state seats. PPP was badly defeated. As he had led his party to its worst ever
showing, SP took the humiliation badly. He was made a senator as
compensation by BN, but SP never recovered from the debacle and died a
broken man in 1975. After SP's death, the saga of the Seenivasagam brothers, who had been
PPP's main pillars, came to an end. All those who took over the party
could not match the capability of the brothers. The party began to slide
further and further downhill. The practice in BN stipulated that component parties defend their
incumbent parliamentary and state seats. To do so, the parties concerned
must win their seats in the previous polls. After PPP's defeat in the
1974 polls, its quota of parliamentary and state seats were taken over
by MCA which had reasserted itself under its then president Lee San
Choon. With subsequent elections after 1974, PPP found that it had fewer and
fewer seats to contest. To make matters worse, PPP leaders were fighting
among themselves and embarrassing not only the party, but BN itself. So
much so that from 1995 leading on to the last general election in 1999,
PPP was not allocated any seat, state or parliament, to contest.
Given the racial division in BN and a much smaller allocation of seats
among the numerous non-Malay components, stronger BN components like
MCA, Gerakan and MIC did their best to prevail upon Umno that PPP
continue to be excluded. Such being the case, they would have more seats
to contest. Since he took over in 1995, Kayveas is trying, without much success, to
revive the party. As political developments continue to change in
Malaysia, it is sad that aside from their sister, who still lives in the
premises which was once the office of her famous brothers, and some
close friends and relatives, many people tend to forget about the
Seenivasagam brothers who had done so much to make PPP a credible force.
There will never be a PPP in the mould of the Seenivasagam brothers,
particularly DR. |