Laman Webantu KM2A1: 3095 File Size: 28.3 Kb * |
TJ FK: Peperangan Menentang Para Kroni (Mesti Baca) By Marhain Tua 29/10/2000 9:29 pm Sun |
[Rencana ini ditajukkan kembali oleh Editor. Jangan lupa membaca sedikit
persoalan atau komen penterjemah dipenghujung rencana ini. Pihak Editor
merakamkan satu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sdr -MT-
kerana rencana yang amat panjang ini tentunya banyak memakan masa dan tenaga,
malah pembaca pun mungkin letih mata olehnya.
Diharap semua pejuang tanah-air MEMBACA dan MENYEBAR rencana ini sebagai
satu tanda-hormat (tribut) kepada beberapa pejuang negara, khususnya
Allahyarham Jalil Ibrahim, Dr Jomo, dan penterjemahnya bersekali, sdr -MT-.
Rencana Asal Bahasa Inggeris boleh dibaca pada Rencana sebelumnya bertajuk
Asiaweek: The War Against Cronies (3093) -
Kami sengaja menggunakan thread baru sebagai satu tanda hormat juga... Editor]
Fokus Khas: PEPERANGAN MENENTANG PARA KRONI
(The War Against Cronies - By ALEJANDRO REYES)
Sumber: ASIAWEEK MENGIMBAU PERISTIWA RAKAN JOMO, JALIL IBRAHIM, 17 TAHUN YANG LALU
Bara kemarahan yang dihayati oleh Jomo Kwame Sundaram akhirnya menyala juga pada satu
hari tujuh belas tahun yang lalu. Pada hari Khamis, Julai 21, 1983 seorang teman semaktab
dengannya (Maktab Tentera Diraja - penterjemah) yang bernama Jalil Ibrahim telah dijumpai
mati terbunuh di celah-celah belukar sebuah ladang pisang di Hong Kong. Polis di sana
telah membuat taksiran betapa 36 jam sebelumnya, selepas makan tengahari dan menikmati
secangkir kopi dengan seseorang di kamarnya di Hotel Regent yang terletak di kawasan
pelancongan yang popular di Tsimshatsui itu, Jalil telah dicekek dengan sehelai tali
pinggang gebar mandi berwarna putih. Mayatnya telah disumbat ke dalam satu beg pakaian
yang besar yang diangkut oleh seorang porter melalui lobi Regent dan dimasukkan ke dalam
ruang bagasi sebuah teksi. JALIL MANGSA CERAKIN KRONISMA Seorang peniaga rakyat Malaysia bernama Mak Foon Than telah dipenjarakan kerana
pembunuhan itu. Aruah Jalil berumur 35 tahun ketika itu dan bekerja seagai seorang
pegawai dengan Bank Bumiputra Berhad. Beliau pergi ke Hongkong atas arahan untuk
menyiasat kerugian yang melanda sebuah anak syarikat Bank yang bernama Bumiputra
Malaysia Finance (BMF) yang telah banyak memberikan pinjaman kepada syariakt yang kabur
perniagaannya. Di antara syarikat yang banyak meminjam ini termasuklah Carrian Group
yang diketuai oleh seorang rakyat Malaysia bernama George Tan. Syarikat ini lingkup
akhirnya, pada Oktober 1983. Antara beberapa tumpuan siasatannya, Jalil telah cuba
menyelidik siapakah sebenarnya yang mempunyai hak kepada satu blok saham berjumlah 25
juta unit yang dikeluarkan oleh Carrian dan apakah pinjaman telah diberikan kepada
peminjam yang tidak layak tetapi diberikan juga kerana mereka itu mempunyai hubungkan
yang baik dengan orang atasan.
KEMATIAN JALIL MERUBAH HIDUP JOMO*
"Jalil merupakan seorang yang baik dan jujur. Kematiannya telah merobah cara hidup saya,"
demikian Jomo, yang kini berumur 47 tahun, mengimbau masa silam. Kematian sahabatnya ini
telah mendorong professor Universiti Malaya ini mengambil satu pendirian untuk
memerangi kronisma, hubungkait yang jijik di antara ahli politik dan perniagaan.
Kronisma memang subur di Malaysia (walaupun tidak semestinya dianggap haram ataupun
tidak cocok). Kerana itu Jomo yang lahir di Penang, terpaksa berhadapan dengan ombak
gelora yang cuba menyerangnya dan melandanya dengan tindakan mahkamah. Dia telah
menerima banyak ugutan terhadap nyawanya termasuklah sekeping surat yang telah direndam
dengan darah yang mangandungi kata-kata ugutan terhadap aktibitinya.
Nama Jomo ada kaitannya dengan nama dua pejuang nasionalis Afrika. Jomo berperang
dengan kronisma di Asia dan berada di barisan hadapan peperangan itu bersama dengan
beberapa pejuang yang memerangi salahlaku mereka yang menjawat jawatan tinggi awam.
MEMERANGI KRONISMA DI ASIA Perjuangan mereka itu merupakan satu usaha menyemarakkan amalan demokrasi dalam dekad
yang terbaru, yang dilanda Krisis Ekonomi Asia 1997-1998, dan usaha mewujudkan satu
pentadbiran negara yang telus, jelas dan mempunyai akauntabiliti. Kisah taufan politik
yang melanda pentadbiran Presiden Filipina Joseph Estrada, di mana beliau dituduh
menerima jutaan wang perjudian daripada kroninya, merupakan gegaran kecil sahaja
daripada ledakan yang menggegarkan dunia Kronisma Asia.
Jomo memang amat jengkel terhadap keadaan di Malaysia di mana "hampir setiap peniaga
besar terpaksa bermuka-muka dengan pemimpin politik." Kenyataannya itu memang merupakan
sesuatu yang benar yang melanda wilayah ini. Ia merupakan satu amalan yang terpaksa
dialami oleh para industrialis India yang mahukan lesen berniaga hinggalah kepada
kontraktor Jepun yang ingin membuat tawaran tender kepada projek infrastruktur.
Seandainya Asia mahu mengekalkan suasana persaingan yang sihat dan mengelakkan bahana
kemuncupan ekonomiya, Asia mestilah meneruskan peperangannya terhadap politik kronisma.
"Kronisma telah melakukan banyak kerosakan terhadap ekonomi negara," demikian kata
Perfecto Yasay, bekas ketua Securities and Exchange Commision di Manila yang telah
membuat tuduhan betapa Estrada telah mencuba mempengaruhinya agar menghentikan
sisasatan terhadap seorang temannya yang melakukan manipulasi dalam pasaran saham.
Selain daripada memberikan gambaran keuntungan besar secara pilihan yang sebenarnya
merupakan satu tipu helah terhadap rakyat, kronisma melemahkan usaha pelaburan oleh
majoriti firma yang tidak mempunyai hubungkait yang rapat dengan orang atasan. Ini
bererti wujudnya tumbuhan ekonomi yang lembab yang memberikan keuntungan kecil kepada
kerajaan dan peluang kerja yang sedikit pula. Skandal yang berputik daripada usaha
niaga yang jijik boleh mengegarkan kerajaan dan menggugat pemimpin nasional. Pada 1986,
satu gagasan kebangkitan rakyat yang diberi nama People Power telah berupaya menyungkit
Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos daripada takhta kediktatorannya. Pada Mei
1998, kebangkitan para pelajar Indonesia yang melaungkan "KKN" (disebut KAKAEN -
penterjemah) - yang abjadnya dalam Bahasa Indonesia bererti Kronisma, Korupsi dan
Nepotisma - telah menyebabkan Suharto akhirnya melepaskan jawatannya sebagai presiden
republik itu. Dua perdana menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif telah
kehilangan kuasa mereka disebabkan tuduhan korupsi yang berlebihan dan nasib malang
yang serupa sedang menghantui Estrada di Filipina pula.
KRONISMA YANG BERTAHAN Jikalau kronisma itu merupakan amalan yang jijik kenapakah ia masih mampu bertahan? Ada
satu dalil yang menarik yang mempunyai kaitan dengan kebangkitan ekonomi yang telah
mampu menumpulkan usaha untuk melakukan perubahan yang menyakitkan itu. "Apabila kadar
pertumbuhan itu berada pada tahap 6%, 7% ataupun 8%, ramai orang yang memikirkan bahawa
tekanan yang menyiksakan itu sudah pun menghilang," demikian yang dijelaskan oleh
Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn. Pada bulan yang lalu, IMF-Bank Dunia tealh
mengadakan mesyuarat tahunannya di Prague. Di situ James Wolfenshohn telah menceritakan
kisah ekonomi yang sungguh teruk melanda Indonesia, Korea Selatan dan juga Thailand.
Wolfensohn telah memberikan amaran:
Di Seoul sebagai contohnya, "Presiden Kim Deng Jung " telah dipilih untuk menangani
korupsi dan kronisma, tetapi beliau masih belum lagi berjaya melakukannya," demikian
yang dinyatakan oleh Ketua Bank Dunia itu. Kim telah menggunakan kuasa yang ada pada
tangannya untuk cuba memaksa institusi chaebol agar melakukan rombakan dengan
mengurangkan pengaruh mereka dalam kerajaan. Tetapi, kumpulan konglomeret seperti
Daewoo dan Hyundai telah mampu menolak kebanyakan peraturan pengstrukturan semula itu.
Begitu juga berlaku kepada beribu syarikat dan agensi di seluruh negara di mana
hubungan lama di sekolah-sekolah, di tempat kerja dan juga di dalam dunia perniagaan
telah mampu memberikan faedah kepada mereka yang mempunyai kaitan rapat.
Perjuangan yang memakan masa dan memedihkan itu tidak pula merupakan sesuatu yang
memeranjatkan veteran perang terhaap kronisma itu. Seperti Presiden Kim, yang memang
telah lama berjuang untuk kedamaian, hak asasi manusia dan demokrasi dan akhirnya
telah diberikan keiktirafan tahun ini untuk menerima anugerah Nobel Peace Prize; para
penyiasat, wartawan, pendidik dan para birokrat yang berjuang memerangi kepincangan
ini memang amat arif betapa mereka tepaksa bersedia mengharungi masa yang panjang dalam
peperangan itu. "Ini merupakan satu budaya yang tidak dapat dikalahkan dalam waktu yang
singkat" kata Lee Seong Hyun seorang setiausaha agung kepada Citizens' Coalition for
Economic Justice, South Korea. Inilah satu pertubuhan NGO yang memerangi kominasi
chaebol dan pengaruh (kekalutannya) di Korea.
PERJUANGAN DR JOMO* Professor Jomo, memang sudah lama sedar betapa sukar perjuangannya itu dan betapa
kuatnya kuasa yang dihalakan terhadap para pejuang reformasi. Sekian lama ini dia telah
menulis sebanyak 81 buah buku (secara bersendirian ataupun bersama) terutama sekali
mengenai hubungkait di antara politik dan perniagaan. Salah satu daripada penulisan itu
bertajuk "The Political Economy of Malaysia" (ditulis bersama seorang temannya Terrence
Gomez pada tahun 1997) telah mengjak perubahan dilakukan di kalangan parti pembangkang
dan juga di kalangan ahli yang menganggotai UMNO. Jomo yang menerima pendidikannya di
Harvard dan Yale telah menonjol sebagai salah seorang pengkritik keras kerajaan pimpinan
Mahathir Mohammad. (Perdana menteri itu tidak lagi mahu bersalaman dengan Jomo setiap
kali mereka bersua). Namun, Jomo tidak pun menjadi ahli kepada sebarang parti politik di
negaranya. KRONISMA - SATU BUDAYA NIAGA Salah satu keperitan menentang kronisma ialah disebabkan ia bertentangan dengan cara
Asia berniaga. Hubungan rapat dan budaya naungan sudah lama merupakan sebahagian
politik dan bisnes di rantau ini. Lagipun, pembabitan kerajaan dalam aktibiti ekonomi
nasional, baik di negara sosialis seperti China ataupun kapitalis seperti Jepun, memang
wujud talian keakraban di antara pegawai kerajaan dengan orang perniagaan. Kerjasama
seperti itu telah pernah menerima pujian kerana mennonjolkan Asia Timur sehinggakan
diberinama sebagai satu ketakjuban ('Economic Miracle') ekonomi. Salah satu peminatnya
termasuklah Bank Dunia, yang kini merupakan kritik kronisma yang keras.
Kita harus ingat, kebanyakan negara Asian, sedang berada di tahap ketumbuhan persis
Amerika ketika berada di awal abad ke-20 dulu. Ketika itu kronisma memang menjadi satu
fenomena yang amat menyerlah di Amerika. Malahan, di Amerika ketika itu, mulanya
perkataan kronisma itu diamalkan secara apa yang sedang dilakukan di Asia kini. Ia
memerlukan Krisis Kejatuah Ekonomi 1929 dan kejadian merudumnya ekonomi dalam 'Kejadian
Great Depression' itu untuk menggesa Amerika Syarikat merangka penubuhan institusi yang
membabitkan perundangan dan sikap sosial yang memerangi amalan kronsima yang jijik itu.
Inilah yang diperlukan negara Asian masakini, mencipta hukum-hakam, mewujudkan
struktur dan yang lebih penting lagi melakukan perubahan kepada perilaku sosial dan
pemikiran untuk membawa kesedaran betapa kronisma itu memang tidak ada gunanya.
Kini, ada yang berpendapat, bahawa menggunakan hubungan rapat itu adalah satu cara yang
berkesan - malahan hanya cara yang bersesuaian - untuk para peniaga mengurangkan
sekatan kerajaan yang tidak diingini dan mempercepatkan projek kerajaan itu dimulakan.
Di India, mengikut lapuran peguam Rajeev Dhawan, para peniaga tidak punyai pilihan lain
selain turut serata dalam permainan kroni ini. "Kalau anda mahukan kontrak kerajaan,
anda terpaksa menggunakan khidmat seseorang," demikian pendapatnya. "Apa yang orang
panggil sebagai kroni itu sebenarnya merupakan satu kumpulan bajingan orang tengah yang
sungguh tersusun kumpulannya."
Seorang pakar ekonomi daripata Los Angeles yang mempunyai pengalaman bertugas di Asia,
Hilton Root, berpendapat bahawa urusniaga menggunakan kronisma, dan pemilikan
struktur ekonomi seperti chaebol (Korea) adalah cara-caranya di mana perniagaan
dilakukan dalam satu masyarakat yang ketandusan institusi yang berwibawa.
KRONISMA YANG DIPELIHARA Malahan, tidak ada undang-undang yang mungkin mampu mendera kronisma. "Untuk satu masa
yang lama, kritik terhadap kejijikan kronisma tidak pernah dianggap secara serius,
kerana tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa" kata Jomo. "Keadaan ini amat berbeza
dengan korupsi kerana ia adalah sesuatu yang haram, sedangkan kronisma dianggap sebagai
sesuatu yang halal." Ada perundangan yang mungkin menyalahkan sesiapa yang cuba
mendedahkan perniagaan yagn membabitkan kronisma; pegawai keraajan mungkin didera kerana
mendedahkan rahasia kerajaan. Ini merupakan satu kebiasaan di China dan menakutkan di
beberapa negara yang otoratiraian. Jomo pernah berkata "Hampir semuanya dianggap rahsia.
Kerajaan mudah sangat mengambil tindakan mengenakan takrif rahsia kerajaan itu kalau
timbulnya sesuatu yang mencurigakan." (Kerana pendedahannya itu, Jomo tidak pula
dianggap melanggar Akta Rahsia Rasmi Malaysia).
KRONISMA HONGKONG DAN CINA Keupayaan boleh digunakan sebagai alasan untuk mewujudkan sesuatu perjanjian yang
istimewa. Pada tahun yang lalu, kerajaan Hong Kong telah menafikan satu tuduhan bahawa ia
telah menganugerahkan projek Cyberport Office dan pembinaan perumahan kepada Pacific
Century Group yang dimiliki oleh Richard Li Tzar-kai, tanpa sebarang tender. Perbalahan
ini timbul kerana bapa Richard Li ialah Li Ka Shing yang merupakan kawan baik kepada
Gabenor Tung Chee Hwa dan juga para pegawai tinggi China. Pegawai kerajaan bertegas
dengan pendirian mereka bahawa Pacific Century adalah sebuah syarikat yang mempunyai
kelayakan dan kepakaran untuk mempercepatkan kerja yang mahu dilancarkan secepat
mungkin. Berlakunya satu suasana yang bertentangan dengan amalan ini menyebabkan
reputasi Hong Kong tercemar. KRONISMA FILIPINA Estrada pernah berpendapat bahawa kalaulah sistem kroni itu menghasilkan sesautu
(projek) yang dimestikan, makanya sebarang kemudahan yang diberikan itu memang berbaloi
sekali. "Dia itu seorang kroni yang baik." Demikian Estrada pernah berkata sebagai
menolak tuduhan yang mengatakan sahabatnya yang bernama "Danding" Coajungco, pengerusi
konglomeret makanan dan minuman San Miguel telah mengaut keuntungan yang banyak
daripada persahabatan yang terjalin itu. "Danding tidak berhutang kepada kerajaan" kata
presiden itu. "Dia telah memulihkan keadaan dan membawa keuntungan kepada San Miguel."
KRONISMA MALAYSIA Mahathir telah memanggil setiap rakyat Malaysia sebagi kroninya. Para peniaga yang rapat
dengannya memang sengaja menyepikan sebarang kritik yang menyanggah perhubungan mereka
dengannya. Sayangnya ramai rakyat Asia yang tidak berhati perut. Masyarakat biasa terlalu
mudah menerima alasan yang diketengahkan dalam melindungi perbuatan yang jijik itu.
Seorang pemandu teksi di Beijing bernama Zhang pernah berpendapat; "Sebenarnya kami
tidak berapa kisah kalau pegawai kerajaan itu korup. Kalau mereka terus berkhimat kepada
masyarakatnya apa salahnya kalau mereka rasuah. Apa yang kita tidak setuju ialah adanya
pegawai kerajaan yang membalun duit awam dan tidak pula melaksanakan tugas mereka.
Ada juga pendapat yang mengatakan kronisma itu akan lenyap juga akhirnya. Apabila
ekonomi Asia terus membesar dan masyarakatnya semakin kaya, korupsi itu akan menghilang.
Tetapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh seorang peguam bernama Dhawan. Kerukunan
masyarakat feudal memang menjalin kronisma. Tetapi, ia merupakan satu bencana moden
yang akan menular ekonomi negara membangun dan mesti dihapuskan dengan cetusan minda
yang baru dan cara penyelesaian yang berinovasi. "Satu ketika dulu para kroni adalah
mereka yang suah tua dan berpengalaman yang sungguh matang. Kini, sudah muncul golongan
yang masih muda tetapi lebih berpengalaman," data Dhawan. "Mereka aktif secara ligatnya
dengan memusatkan pengaruh mereka kepada pihak yang memegang tampuk kuasa itu."
DR JOMO DISERANG Tidak kiralah sama ada kroni itu orang baru ataupun orang lama, mereka masih mampu
menggunakan taktik yang jijik. Pada tahun yang lalu, Jomo telah diserang oleh beberapa
kumpulan niaga yang mempunyai kontrak besar dengan kerajaan. Jomo telah menulis mengenai
perniagaan mereka itu. Ada beberapa pelawat yang mengugut untuk menyamannya di mahkamah.
Ada pula yang mahu memberikan imbohan kewangan kepadanya. "Orang seperti ini fikir kami
tahu lebih banyak lagi daripada apa yang telah kami tulis," kata Jomo. "Kamu ada
berkeluarga, jadi, fikirlah akan keselamatan mereka, kata mereka. Kami akan dakwa anda di
mahkamah. Kami akan buat anda muflis dan anda tidak akan mampu mencari pekerjaan di
mana-mana." Jomo terus mendedahkan mereka. Seperti mana dia telah menangani tekanan
mereka sebelum itu. Pada 1986 dia merupakan professor pertama di Malaysia yang telah
diturunkan pangkatnya. Dia menerima balik kenaikan pangkat pada 1991.
KRONI TIMBUL TENGGELAM Setiap kali berlakunya pergolakan yang menjatuhkan sesuatu regim yang korup bersama
para juaknya, satu kumpulan kroni yang baru akan muncul pula bersama dengan yang lama
itu. Banyak telah dilakukan terhadap Cojuango dan Lucio Tan yang merupakan kroni Marcos
dulu tetapi mereka naik menonjol semula untuk mendapatkan naungan dan sokongan Estrada.
Di Korea Selatan, sebarang kempen menentang dominasi chaebol terpaksa mengambil kira
kalau-kalau cara memperkecilkan kuasa mereka itu akan mencederakan ekonomi negara dan
menambahkan kadar pengangguran negara.
Di Indonesia kronisma yang baru belum lagi menimbulkan banyak masalah. "Ekonomi negara
itu sungguh mendatar sehinggakan tidak ada peluang besar untuk dibalun," kata Jim
Castle, pengasas sebuah firma perunding di Jakarta bernama Castle Group. Tetapi sudah
muncul keraguan terhadap perundingan mengenai usaha menebus hutang besar dan juga
kadar faedah yang diambil alih oleh Indonesian Bank Restructuring Agency . IBRA sedang
meneliti semula segala harta yang telah diserahkan kepada negara oleh para pemilik bank
yang telah lingkup dan terpaksa diselamatkan itu. Sementara itu pula, Bank Dunia dan IMF
telah mempersoalkan hutang US2.7 yang perlu distruktur semula dengan Texmaco Group.
MENCEGAH DAN MEMERANGI KRONISMA
Dalam memerangi kronisma, seperti juga memerangi penyakit lain, penyegahan adalah lebih
baik daripad pengubatannya. Cara yang paling cocok untuk memerangi kerja jijik ini ialah
denan membebaskan sektor perniagaan dan menarik balik segala insentif yang menjalinkan
hubungan untuk faedah komersial. Ini termasuklah menurunkan tarif impot, dan kuota.
Lagi satu pencegahan penting ialah mengurangkan perbelanjaan ketika berkempen untuk
pilihanraya. Inilah yang baru sahaja dicuba oleh perlembagaan terbaru di Thailand. Di
Filipina, bekas speaker dan calon presiden Jose de Venecia telah mencadangkan agar kos
kempen untuk jawatan presiden itu dibiayai oleh kerajaan. Jika tidak " semua calon akan
terpaut kepada pengaruh dan sokongan peniagaan yang besar-besar. Sistem demikian akan
membiakkan kronisma.' Yassay telah mencadangkan agar dikenakan had kepada sumbangan yang
boleh diberikan kepada seseorang calon. Kalau seseorang itu memberikan sumbangan dua
bilion, apabila calon itu menang dia terpaksa memulangkan balik jumlah yang sama.
Seorang ahli sains politik Korea Selatan, Lee Ki Taek berpendapat bahawa kematangan
berpolitik adalah satu cara yang dapat mengurangkan kronisma. Professor Universiti Yonsei
itu mahu melihat kempen politik yang memberi penekanan terhadap isu negara dan tidak
mengenai personaliti yang terbabit. Perkara ini akan mengurangkan insentif untuk
menyokong dan juga mendapatkan pengaruh ke atas seseorang ahli politik. Malahan, Lee
mahu memperkenalkan satu cara ketelusan dalam semua bentuk politik dan perniagaan
terutama sekali yang bersangkutan dengan hubungkait di antara mereka yang benar-benar
terbabit dalam sesuatu kempen itu. "Kronisma akan hilang akhirnya kalau kita ada satu
sistem melobi yang telus dan sah." Ini bererti, setiap urusan yang membabitkan
kepentingan awam mesti diumumkan. Contohnya, semua kontrak yang bernilai katakanlah,
$100,000 ataupun lebih, mestilah diterbitkan di internet. Nama pemenang dan mereka
yang berhak keatasnya pun diterbitkan. Kalau sesuatu pihak itu terus menerima kontrak
yang ditawarkan, bererti pihak itu boleh dipertikaikan oleh orang awam yang berhak
menyelidiknya. PERLUNYA KETELUSAN Ketelusan akan mempengaruhi akauntabiliti. Ini merupakan satu penyelesaian terhadap
penyakit kronisma kata Eddie Leung, ketua pengarang akhbar aktivis Hong Kong "Voice of
Democracy". Akauntabiliti ialah satu lelucon di sini, kata beliau. Dia mengulang cerita
bagaimana satu blok apartment bikinan Hong Kong Authority (kepunyaan kerajaan -
penterjemah) telah didapati tidak boleh diluluskan di sini. Tidak ada sesiapa yang
didapati bersalah walaupun ketua insitusi yang terbabit telah meletakkan jawatannya.
Dia telah menceritakan bagaimana Ketua Ekskutif Hong Kong, Tung Chee Hwa " bukannya
pegawai yang dipilih oleh rakyat. Kerana itu dia tidak boleh dikira bertanggungjawab
kepada rakyat. Tung hanya bertanggungjawab kepada pemerintah di Beijing."
Seandainya masyarakat awam tidak berupaya menjatuhkan seseorang pegawai yang korup, dia
akan terus berhibur dengan korupsinya. Dalam proses menyekat korupsi di China, pucuk
pemimpinan Parati Komunis membuat penentuan siapa yang patut dihukum. Kerana itu
seorang ahli Politburo yang rapat dengan Presiden Jiang Zemin telah tidak didakwa
walaupuan istenya terbabit dalam satu skandal penyeludupan membabitkan $10 bilion dolar.
Peguam Arittha Wickramanayake, pengerusi satu chapter pertubuhan anti korupsi,
Transparency International (TI), telah mengharapkan kepada perubahan am sebagai satu
alat yang mengatasi hubungan. Ini akan berlaku kepada negaranya mengikut ramalan beliau.
Dia menjangkakan akan munculnya satu kumpulan profesional yang berpendidikan dan tidak
mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan sahabat mereka di tempat yang berpengaruh.
Mereka mempunyai harapan yang tinggi, kata beliau. Pendapat ini disokong oleh pengerusi
TI di Bangkok. Dia mengatakan ramai ahli keluarga yang yang sudah lama membuat
hubungan dengan pemimpin politik berpendapat bahawa perubahan akan berlaku juga. Lucio
Tan Jr. seorang anak lelaki kepada hartawan yang rapat dengan Estrada telah pun membuat
janji betapa dia mahu membersihkan nama baik keluarganya dengan melakukan ketelusan
dalam perniagaannya. PROSES KESEDARAN SUDAH BERMULA Menyedarkan masyarakat dengan menganjurkan protes rakyat dan pendedahan seperti yang
dilakukan oleh Jomo adalah penting untuk mengubah sikap masyarakat agar tidak terus
membabi-butakan kesetiaan yang mampu mengukuhkan sistem kronisma. "Apa yang telah kami
tulis dan bincangkan sejak 10 hingga 15 tahun yag lalu kini menjadi tajuk perbincangan
yang meluas sejak dua setengah tahun yang lalu.." demikian Jomo menjelaskan. "Rakyat
semakin sedar akan kehadiran kronisma dan semakin galak menyelarnya. Ini merupakan satu
kejayaan yang besar." Adalah diharapkan, semangat yang baru ini akan menjalar dengan
pantasnya untuk mengelakkan satu kemunculan yang baru pula dengan ihsan para kroni yang
terbabit itu. Catatan Khas Penterjemah: Kini, si diktator tua berada di Hongkong berucap mengenai kejayaan ekonomi Malaysia tentunya. Kita mengharapkan ada sesiapa di sana akan menyoal beliau soalan seperti begini;
Kalau soalan ini tidak sempat dikemukakan di Hongkong, diharapkan saudara kita di Brunei
akan menggunakan kesempatan yang ada untuk bertanya kepada si diktator tua ini akan
soalan yang sama di Bandar Seri Bengawan pula. -MT-
|