Laman Webantu KM2A1: 3089 File Size: 6.7 Kb * |
Belanjawan 2001: Cuma Cukup Mengganti 'Seluar Dalam' Yang Kematu..!! By Amin Sapiro 28/10/2000 9:06 pm Sat |
Amin Sapiro (nampak tak Mahathir-Daim 'hero' ekonomi Kroni?)
BELANJAWAN 2001: CUMA CUKUP MENGGANTI 'SELUAR DALAM' YANG
KEMATU..!! Setelah mentelaah sekerat malam dengan teman-teman sepermainan, pagi ini diturunkan beberapa pengamatan sebagai kesimpulan bahawa Belanjawan 2001 Mahathir-Daim itu:
Inflasi dan Harga Barang Keperluan
Tidak dapat dinafikan, kesan dari harga input asas berpunca dari ketidakpekaan
dasar kerajaan yang tidak memberi pertimbangan (seperti kenaikan harga minyak
dan kesan sampingan langsung kepada kos-kos melibatkan pengangkutan,
pembuatan, pemasaran) akan lebih ketara menekan rakyat sedikit masa lagi.
Kenaikan bayaran Tol (walaupun sementara ini disembunyikan), bayaran
perkhidmatan perubatan hospital (menjangkau anggaran ribu RM untuk
melahirkan bayi berbanding dulu), tarif letrik dan air yang akan ditokok berganda,
sekaligus akan meningkatkan harga barang keperluan asas.
Kesemua ini menunjukkan petanda jelas bahawa pada tahun hadapan (bermula
dari sekarang), inflasi dorongan kos (cost push inflation) akan memakan kualiti
hidup rakyat umum. Sementara pelaburan luar (FDI) enggan datang melabur (atas sebab
ketidakyakinan mereka terhadap regim Mahathir @ UMNO/BN); struktur dan iklim
ekonomi akan tambah merosot dan dijangka semakin goyah teruk.
Negara ASEAN Lain Sudah Melepasi Halangan
Berbanding dengan negara ASEAN yang lain (termasuk Vietnam), Malaysia jauh
ketinggalan. Bermakna, regim Mahathir telah GAGAL mengurustadbir ekonomi
negara dengan cekap. Puncanya, pelabur luar masih nampak gejala Rasuah dan
Kroni (yang bertampuk kepada pemegang ?kuasa mutlak ala Diktator -
Mahathir-Daim?) masih menjadi amalan. Inilah kesan dari kelengahan regim Mahathir masih berdegil untuk menstruktur
semula ekonomi negara. Puncanya, jika tindakan itu dilakukan, ia akan
menjejaskan Kroni mereka yang masih berhutang dan hampir muflis anggaran
puluhan billion dollar - dan wajib dibail-out dengan wang rakyat (Danamodal).
Makin nampak bahawa prinsip ekonomi Mahathir-Daim HANYA bertindak untuk
menyelamatkan kroni saja. Bagi mereka berdua ini, kesejahteraan dan kualiti
hidup RAKYAT banyak tidak penting..!! Bermakna, BELANJAWAN 200, hanya
menyapu muka saja sementara rakyat akan terus berderai airmata!!
Tolak Tepi Retorika Bangang! Dalam keadaan ekonomi negara semakin parah dan politik yang kian membarah,
masih lagi Daim mengajak seluruh rakyat bersatu sambil menegaskan, tidak ada
percaturan politik dalam persoalan pembangunan negara, pembasmian
kemiskinan dan perkongsian kejayaan. Katanya (seperti seorang ahli filusuf seolah-olah menganggap rakyat semua
bodoh): [Kita berdepan dengan soal maruah dan martabat yang tercabar. Eratkan
perpaduan, amalkan keikhlasan dan tingkatkan kerjasama bagi menjayakan
cita-cita bersama]. Kita tanya Daim sekarang: Apakah maruah yang ada kepada seluruh pemimpin
UMNO/BN jika setiap kali mereka bercakap tidak lebih dari pembohongan, tipu
helah, mungkir janji, khainat kepada rakyat, dan saban hari merancang dasar
yang di selewengkan dengan pelbagai Rasuah dan Penyelewengan di
peringhkat perlaksanaan? Siapa antara mereka dalam kepimpinan UMNO/BN yang bersih dan bernawaitu
memperakui hak rakyat - jika jelas hak rakyat Terengganu, Kelantan dan
Selangor di rampas tanpa sebarang mentau pendapat rakyat berkenaan? Sejak
regu Mahathir-Daim mentadbir negara ini, siapa yang kayaraya dan siapa yang
semakin bangsat papa kedana? (Kepala bapak hang punya negara ka?).
Eloklah mereka berdua ini tutup mulut dan ?SHUT-UP?..!! Setan berdua inilah
yang telah membankrutkan negara ini dan memporakperanda keterampilan dan
maruah rakyat sampai begini sekali. Dasar Ekonomi 'Seluar Dalam' Berkata seorang pengalisis ekonomi yang sudah hilang keyakinan kepada cara
Mahathir-Daim mentadbir ekonomi negara, katanya, ?Belanjawan 2001 hanya
memadai untuk Rakyat mengganti ?seluar dalam? (suspender) yang kematu saja..
Sementara Mahathir-Daim dan Kroni akan terus kenyang selagi mereka
memegang kuasa yang digunakan untuk membolot semua harta dan punca rezki
rakyat bagi tembolok rakus mereka..!!?
Analogi beliau bermaksud, ?Yang kaya bertambah kaya, yang bangsat terbiar
papa kedana. Rakyat tidak seharusnya menanggung hutang Kroni belukang dua
orang ini. Selagi mereka menerajui negara, 22 juta rakyat akan terus memikul
biawak hidup yang terus-menerus mencakar belakang kita semua. Yang kaya
kroni dan anak-anak mereka saja..!!?.
Masih anda nak sokong lagi UMNO/BN? Nampaknya sebelum kita mati, 90%
rakyat sudahpun mencium bau neraka!! Makin nampak, dasar Anwar dengan nasihat pakar Bank Negara adalah lebih
teguh, realistik dan berkesan. Malangnya, beliau kini dipenjarakan. Tidakkah
sampai masanya kita merobah Kerajaan secara Total? (itu tindakan tahun 2003/4
- NAWAITUKAN..!!). Amin Sapiro |