Laman Webantu KM2A1: 3086 File Size: 6.7 Kb * |
Belanjawan 2001: Bukan Untuk Kita Rakyat Bangsat! By Amin Sapiro 28/10/2000 4:02 pm Sat |
Amin Sapiro (meluat baca Belanjawan ?Sempang Perenang?)
BELANJAWAN 2001: BUKAN UNTUK KITA RAKYAT BANGSAT!
Saya jawab sikit hari ini beberapa e-mail teman-teman yang meminta
saya menujum belanjawan Mahathir-Daim kali ini. Siang-siang saya
beritahu mereka - JANGAN HARAP kalian akan jadi senang, jauh sekali
jadi kaya. Kalau tak mintak sedekah pun sudah alhamdulillahhh?.!!
Betul nujum saya itu rupanya. Tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam
belanjawan yang dibentangkan siang tadi. Kalau pesawah penanam padi,
nelayan pemancing ikan, anak-anak sekolah bakal jadi cendekiawan -
Nah! tinggalkanlah sebarang impian demikian. It is just another sirie of
?wishingfull thinking? yang bukan-bukan saja!!
Percayalah bahawa kepimpinan UMNO/BN tidak ada sebarang cadangan
untuk memberi ganjaran kepada kakitangan awam. Alasan sebenarnya
kita tahu, bukan? Ekonomi masih lagi ketinggalan jauh berbanding
dengan negara ASEAN yang sudah memecut lajak-meluncur kehadapan.
Pelabur luar sudah cakap siang-siang sewaktu Mahathir, Rafidah dan
Dolah Bedawi menyorot mereka di Amerika, Britain dan Jepun. Mereka
sudah nampak, Malaysia bukan lagi tempat ?istimewa? seperti
zaman-zaman Anwar. Mereka sedang merangka strategi untuk melabur di
China, Korea, Thailand, Indonesia, Filipina - bahkan di Vietnam. Sebab
yang mereka nyatakan adalah: "There is no political stability ini Malaysia
as long as these two crooks are arround. And so, Malaysia will not be our
prime choice for some years to come, unless there is total change is the
government". Itu yang kerap di dengar. Kita perlu baca tulisan Raja kamaruddin Petra
dan Freeanwar, AWSJ, Time, CNN, Wall Street Journal, Asiaweek, dan
lain. Siang tadi Daim ada cakap mengenai "masyarakat penyayang,
pembangunan luar bandar, dan seumpamanya". Tapi seperti tahun-tahun
sebelumnya, keutamaan mereka cuma untuk "menggemukkan"
kroni-kroni koporat kelompok mereka yang sedang mengalami ugutan
bankrut yang menggila. Yang pasti akan punah adalah wang rakyat.
KWSP nampaknya menjadi "padang kuda-kuda Kroni Mahathir-Daim
melejang dengan full horse-power..!! Kalau tak percaya, tanya wakil
MTUC yang tangan dan kaki mereka sudah ditambat dengan ?dawai besi
waja?. Haha.. Baca betul-betul belanjawan kali ini. Saya kira sedikit mujur
kerana berkesempatan tadi petang berbicang serba sedikit dengan
teman-teman yang mahir dalam ?investments analysis? dan ?capital
ventures?. Rumusan beberapa orang dari mereka adalah ?tidak
optimistik?. Saya lihat seorang dari mereka menggerak-gerakkan kumis.
Pahamlah saya? hehehe? silap-silap tahun depan ?soru pun miss??
KAH! KAH! KAH! Kami ketawa. Saya masih lagi memikirkan betapa seksanya rakyat miskin yang perlukan
bantuan untuk hidup setahap mereka yang melakukan rasuah melalui
kuasa politik yang ada. Kita nampak bagaimana rakyat miskin akan
terpaksa jual tanah dan harta kontan untuk menyekolahkan anak-anak di
IPT. Khususnya orang Melayu, saudara-saudara kita itu akan terus hidup
tertekan dan dalam serba kepayahan. Selagi pemimpin UMNO/BN yang
merangka belanjawan, selagi itulah mereka tidak akan dapat pembelaan.
Sia-sia saja mengamanah dan menyerahkan Kemerdekaan kepada
pemimpin UMNO/BN. Mereka lebih lahap dari harimau dalam hutan yang
kebukuran. Nawaitu mereka bukan nak jadi jutawan. Sekarang sudah tiba
masa mereka merompak rakyat dalam taksiran berbillion-billion..!!
Sebagai taktik biasa, pemimpin UMNO/BN akan hanya merangka
belanjawan yang ?mengabui mata rakyat? cuma bila Pilihanraya Umum
jatuh pada tahun itu. Waktu itu, mungkin akan diadakan
bermacam-macam pengecualian yang bakal diwartakan. Contohnya:
Cukai Pendapatan ?zero? bagi kakitangan awam, bonus 1 bulan, minyak
petrol akan di subsidise, tambang bus akan dikurangkan, tol tidak
dinaikkan, harga ayam diturunkan, dan macam-macam lagi akan
disogokkan. Dan bila tarikh Pilihanraya Umum di wartakan, semasa kempen hebat
diwarwarkan, kita akan tengok lori akan menyusul ke pendalaman.
Wakil-wakil UMNO/BN akan membawa beras, ikan kering, telur asin
untuk dijadikan habuan percuma. Mungkin ramai yang akan dapat kain
batik, kain songhket - malah kain kafan. Itulah dasar masyarakat
penyayang UMNO/BN. Kerana, sesiapa yang meninggal dunia pun akan
mengundi juga sebab kain kafan sudah diterima secara percuma!!
SPR garu kepala. Undi ?hantu? ada dimana-mana. Sudah jadi semacam
amalan biasa. Apa yang penting - UMNO/BN mesti menang. Malah di
kawasan Mahathir, Daim, Khalil Yaakob, Samy Vellu, dll pun ceritanya
serupa saja. Hantu-hantu bangkit dari kubur dan mengundi memangkah
UMNO/BN. Jadi belanjawan negara tahun 2001 ini hanya untuk membalas jasa
?hantu-hantu kubur? yang menyokong mereka saja. Kita yang hidup dan
bernyawa terpaksa menumpang nafkah dan rezki orang yang sudah
meninggal dunia. Itu Dasar belanjawan UMNO/BN yang objektif untuk
rakyat jelata! Sebagai pandangan interim, dapat dirumuskan bahawa Belanjawan 2001
andaikan saja umpama orang memakai celana "Clerk Gable yang berjalur
berwarna warni, tapi orang yang memakainya adalah mayat-mayat yang
sedang reput - sejak 10 tahun dulu sudah mati!!?."
Yang pasti: Belanjawan 2001 bukan untuk rakyat miskin dan bangsat. Ia
cuma untuk kroni-kroni Mahathir -Daim yang bergelar Korporat
?keparat??!! Baca di The Star dan cuba tafsirkan dalam-dalam. Rakyat miskin makin
?tenggelam?. Jadi, kalau mahu obah nasib: UNDILAH BARISAN
ALTERNBATIF pada tahun Pemilu Ke-11 ini. Rakyat sendiri akan beritahu
Kerajaan BA apa yang mereka mahu. Kroni BA adalah 22 juta rakyat,
bukan segelintir cuma seperti yang didodoikan oleh UMNO/BN sekarang!!
|