Laman Webantu KM2A1: 3083 File Size: 11.1 Kb * |
B2: Umno dan Peningnya By Man Kubur 28/10/2000 5:00 am Sat |
SIRI 2: UMNO DAN GELAGATNYA Pernah satu ketika dahulu sewaktu kempen pilihanraya
kerajaan BN menggambarkan pihak BA berketuakan seorang yang
pening kepala. Kempen tersebut menyalahi etika iklan
negara - kerana jika itu dibolehkan pembuat sabun tidak
perlu lagi memberi tanda X untuk memperkecilkan saingan
mereka. Katakan sahaja jenama apa yang kurang - nanti semua
jenama seluruh negara akan berperang! Apa yang berlaku di dalam negara kini sudahpun memeningkan
kepala, khususnya pemimpin-pemimpin BN sendiri. Akhirnya mereka
mengambil jalan pinntas dengan menutup kes atau menipu terus.
Bila ini berlaku tiada lagi makna pemerintahan yang penuh dengan
cogankata itu - Bersih Cekap dan Amanah. Sebaliknya mereka
memijak undang-undang dan memperlekehkan ugama.
PENING 0: UMNO DAN ULARMAKNYA Secara tidak langsung, Enakmen murtad yang menjadi bualan
sejak kebelakangan ini adalah salah satu buah silat ularmak
umno juga. Malangnya kenyatan-kenyataan Mahathir beberapa
hari lepas menempelak idea ularmak umno sendiri.
Kita sendiri tahu Shahidan Kassim tidak cukup ilmu untuk
berbahas perihal murtad. Dia perlu merujuk kepada seseorang,
dan sudah tentu ulamak dari PAS tidak sesuai untuk tujuan itu.
Secara tidak langsung Shahidan Kassim sendiri sudah "ditampar"
oleh memanda perdana menteri! Kita sendiri tahu kebanyakkan ularmak umno adalah ularmak
yang terbuang. "Tidak lulus" - kata orang tua-tua. Apabila
orang yang gagal cuba membawa hal-hal ugama, inilah jadinya.
Belum apa-apa dia menuduh PAS sebagai kaum khawarij. Bermacam
buku diterbitkan dan satu kumpulan penceramah berjumlah 25
orang ditubuhkan oleh Mustapha Muhammad. Sampai kini tidak
ada seorang pun yang tampil kedepan, sebaliknya perdana
menteri sahaja yang kuat bersuara dalam pelbagai majlis
yang melibatkan ugama. Apakah ini bermakna Mahathir sendiri
lebih arif dari 25 ularmaknya?? Samada mereka sedar atau tidak,
taraf 25 ularmak umno ini hanyalah satu perhiasan cuma.....
Mereka semua tidak layak mendapat perhatian corong kamera.
Mungkin Mahathir sendiri bimbang akan terbalik semua sokongan
rakyat dibuatnya! Selain itu kita pun tertanya-tanya mengapakah ularmak umno ini
senyap sahaja dengan fatwa Syaikh Taha. Sudah angkat tangan
"surrender" ke? PENING 1: KES RAHIM NOR Satu waktu dulu kekerasan Rahim Nor dijawab dengan kelembutan
suara DSWA dengan kemaafan walaupun sedih kerana DSAI hampir
hilang nyawa. Tanpa kita sedari ada sesuatu dalam Rahim Nor
sedang memberontak. Sentuhan kemaafan itu memang berbisa.....
Sudah tentu ini memeningkan kepala banyak pihak. Rahim Nor akan
menjadi pahlawan negara jika beliau berterus terang. Itulah
satu perjuangan penting tetapi di dalam diri beliau sendiri.
Apa yang berlaku kini amat mendukacitakan beliau dan seisi keluarga,
termasuk anak-anak beliau. Kini Rahim Nor sedar wang ringgit dan
kuasa tidak akan dapat menggantikan kepiluan tersebut. Sebaliknya
iman dan kebenaran sahajalah yang akan menyelesaikan semua pekara.
Maka terpaksalah ditunda perbicaraan beliau kerana pihak
konspirator sendiri sudah kurang yakin dengan Rahim Nor.
Setiap orang ada kelemahannya.... apabila Rahim Nor terbayang
derita keluarganya dia akan membuatkan pihak yang bersubahat
itu pening kepala. Oleh itu kes tersebut dilambatkan sahaja
sehingga sedikit reda. Namun demikian penderitaan itu tidak
akan menghilang walau ditunda sekian lama. Lambat laun ia akan
menjelma. Inilah pening yang amatnya. PENING 2: SKANDAL PERWAJA Kalau bau itu sudah terlalu busuk, seluruh jentera BPR pun tidak
mampu untuk mengembumikannya. Kini BPR bermain-main anak dengan
skandal ini. Semenjak Eric Chia bising kononnya beliau cukup bukti
untuk melepaskan dirinya, BPR masih tidak bergerak-gerak. Yang ada
hanyalah gerak mulut dan kenyataan sini dan sana. Jika BPR hanya
mampu bermain mulut, sampai bila pun penjenayah negara akan bergelak
ketawa. Sekali pihak pembangkang bersuara keluarlah kenyataan yang
diambil dari suratkabar lama.... Seperti biasa nama penjenayah masih
tidak keluar-keluar. Tidak mungkin wang berbilion hilang jika tidak
ada si penerimanya. Semakin lama kes ini bergegar, selama itulah maruah
BPR tercemar. PENING 3: SKANDAL TABUNG CHANG MING THIEN - MCA
Tabung Pendidikkan Chang Ming Thien ditubuhkan oleh mendiang Chang
dengan Multi Purpose Holdings (MPHB), sayap pelaburan MCA, dengan dana 10 juta,
pada tahun 1980. Pada tahun 1990, tiada apa-apa pun berlaku - maka
pihak Chang meminta dipulangkan balik wang tersebut kepada syarikat
pelaburan Chang, General Holdings. Kita masih belum lupa bagaimana skandal Koperatif pada tahun 80an
yang menyenangkan ramai pencarumnya rugi dan kehilangan wang. Akhirnya
beberapa orang masuk kepenjara - tetapi itu tidak akan mengembalikan
wang yang sudah hangus di dalam bara. Kini MPHB sudah terjual. Kaitannya dengan MCA sudah tidak seperti dulu.
Tapi wang tabung itu kemana perginya. Apakah ia sengaja di ujudkan supaya
ia tidak dapat disiasat sebelum semua wangnya lenyap?
Kini MCA sudah malu dengan skandal tabung ini. Setiausaha agungnya
mahu ia dibincang dalam tertutup (behind closed doors). Sudah 20 tahun
berlalu, tetapi dalangnya bebas bergembira. Bila orang MCA sendiri curiga
disuruh berbisik dalam rumah aje pula!
PENING 4: SKANDAL PUTRAJAYA Tulisan Raja Petra tempoh hari menggegarkan penduduk Selangor khasnya
dan rakyat Malaysia amnya. Kerajaan Persekutuan berkeras untuk mengambil Putrajaya dan meminta
kerjaaan negeri "bersyukur" dengan pembelian RM800 juta semua tanah
di sana dan imbuhan RM 7.5 juta setahun.
Kini timbul tandatanya siapakah yang membenarkan ianya dijual dan
kenapakah perkara penting sebegini tidak melalui satu usul dari
DUN kerana rakyat Selangor berhak ke atas tanah dan negeri mereka?
Sikap ambil dulu dan bising kemudian menunjukkan kerajaan Mahathir
kini sudah melampaui batas. Dulu dia mengambil royalti, kini dia
mahukan tanah pula dan menyuruh rakyat bersyukur dengan tawaran
dan habuan wang..... Perhimpunan 100,000 rakyat di negeri Selangor nanti pasti membuat
urat-urat darah di kepala tegang semula. Sudah tentu yang bersalah
terpaksa mencari sesuatu untuk menutup muka. Apabila pemimpin
berperang dengan rakyatnya, itulah titik permulaan kemusnahan
dirinya.... PENING 5: PENYAKIT JE, HFMD Nampaknya Kementerian Kesihatan dan menterinya tidak boleh berdiam diri
dalam kepeningan. Apa yang berlaku menunjukkan virus yang pelik-pelik
dan yang sukar dikenal pasti suka "melancung" ke Malaysia.... mungkinkah
ini semua satu kesan dari Kempen Melawat Malaysia?
Bayangkan kedua-dua penyakit ini memerlukan kepandaian dan analisa
makmal dari luar negara. Dan penyakit ini juga boleh membunuh manusia.
Bagi kita orang Islam, ini sudah cukup untuk memberi beberapa
pengajaran. Semaju mana pun sesuatu negara itu, tetapi jika ia
meminggiri islam dan menghina ulamak - ia tidak akan berjaya
memusnahkan Islam. Sebaliknya tuhan hanya perlu menghantar mahluknya
yang kecil sahaja untuk memusnahkan sesuatu bangsa. Kalau Namrud
tewas dengan seekor nyamuk, jangan terkejut jika kuman yang sebegitu
kecil boleh memusnahkan ??????. Kembalilah kepada Islam sebelum terlambat.
Mahathir menjangka dia akan berjaya memusnahkan satu kerajaan pilihan
rakyat dengan menodai perjanjian. Dia menafikan hak rakyat kepada
royalti sedangkan minyak itu milik negeri yang "dipajakkan" kepada
Petronas melalui satu perjanjian ala kongsi-kongsi. Kerajaan Persekutuan
tidak berkuasa apa-apa, kerana tanah atau laut itu bukan miliknya.
Kerajaan Persekutuan hanya ada dua negeri ia mempunyai kuasa
mutlak untuk mengambil wang dan harta - iaitu wilayah persekutuan (KL)
dan Labuan. Rakyat Terengganu tidak perlu bimbang kerana bekas Hakim Negara,
Tun Salleh Abbas memang arif dengan undang-undang. Malah beliau
sendiri yang membuat draf akta petroleum. Tindakkan Mahathir kini
hanya akan memusnahkan sedikit sokongan yang masih ada kepada umno.
Apabila Mahathir menafikan royalti, dia telah menafikan hak kepada
semua rakyat negeri, tidak kira mereka umno atau tidak. Kini beberapa
kontraktor umno sendiri sudah bersungut kerana tanpa royalti beberapa
projek berjimat cermat akan mengurangkan lagi peluang mereka untuk
berniaga...... salah siapa jika tidak umno juga?
Tuhan tidak mempersiakan doa rakyat yang dizalimi.
Dengan penemuan minyak di sekitar pantai negeri Terengganu baru-baru
ini yang diumumkan oleh MB Terengganu, tidak perlu lagi sebarang
royalti dibayar kepada Petronas atau kerajaan Pusat. Kita pasti
syarikat minyak asing boleh memberi tawaran yang jauh lebih baik
dari petronas, apatah lagi kerana Terengganu memang terkenal dengan
kualiti minyaknya - kadar sulfur yang rendah.
"The oil reserves found on land are in Besut and Dungun districts and they have the potential to be developed and owned entirely by the state government," he said after chairing the state executive committee meeting here on Wednesday." - Bernama Cuba anda bayangkan 200km itu bukannya pendek. Malah ia lebih BESAR dari
segala pelantar Petronas di SELURUH NEGARA!!
Sekali lagi umno berdepan dengan cabaran yang memeningkan kepala.
Kita sudah lama kenal dengan Hishamuddin yang pernah menonggang beer
itu. Malah kita masih ingat dia ponteng satu debat di satu universiti
yang terkemuka di dalam negara. Kini pelbagai "syarat" mula kendengaran. Tidak ada lintas langsung
walaupun masih ada kamera. Ini menunjukkan umno sendiri masih kurang
yakin kepada ketua pemudanya, dan mungkin juga, pengalaman atau
jasa ketuanan melayu yang sering dilaungkannya. Bayangkan apa yang
ketua pemuda itu akan jawab bila statistik tanah rizab melayu bergema
ke seluruh negara? Kita tidak mengukur kekuatan melalui percakapan, tetapi melalui
perbuatan dan pengalaman. Jika fakta-fakta dijadikan ukuran, umno
akan kecundang. Jika Mahfuz menggunakan fakta sampai bila pun
hero umno akan tidak terjawab. Kalau adapun sedikit gagap yang
pasti mengetawakan semua orang, termasuk orang umno juga.
Bila itu berlaku alam yang terang ini akan semakin malap buat
Hishamuddin, walaupun dia boleh membeli pelbagai cermin mata....
-Man Kubur- (Bersambung...)
|