Laman Webantu KM2A1: 3082 File Size: 8.2 Kb * |
Mahathir Md - Pelaku 'Crime of Honour' - 'Wajib Kutuk' By Amin Sapiro 27/10/2000 7:50 pm Fri |
Amin Sapiro (terhidu baru najis) MAHATHIR MOHAMAD - PELAKU 'CRIME OF HONOUR' - 'WAJIB KUTUK'
(Bahagian 1) ?Lickers? Semprotan Si ?Licker? keturunan ?mamak tongang? yang satu ini bercerita tentang
sebuah dokumentari filem yang bertajuk Crimes of Honour (Jenayah
Maruah) di Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York baru-baru
ini. Kata beliau, sekalipun ia bertentangan dengan semangat dan piagam
PBB yang tidak membenarkan perbincangan isu yang boleh menimbulkan
permusuhan agama dan perkauman; ia tetap ditayangkan.
Seterusnya, Zainuddin menyatakan: [Mereka (delegasi negara Islam) berpendapat bahawa filem itu telah
membuat suatu tanggapan salah yang menyeluruh terhadap Islam kerana
perbuatan sekelompok kecil orang Islam yang mengamalkan amalan
kebudayaan kuno atau feudal. Mereka menegaskan, tidak ada negara
Islam yang membenarkan penganiayaan atau pembunuhan ke atas wanita
yang tidak berdosa atas nama maruah].
Si Haprak ini menyatakan bahawa punca media Barat memburukkan Islam
kerana rejim-rejim Islam yang ortodoks, fanatik dan pelampau menekan
kebebasan intelektual dan demokrasi hingga menyebabkan pelarian dan
penghijrahan ramai intelektual Islam dari sejak lama dahulu hingga
sekarang. Hujjah anak Maidin al Kutty yang ini nampaknya memang jelas punya
minda tidak sempurna - malah, dari hujjah beliau yang sempit, kepala
hotaknya sudah kehilangan celebrium ?grey matter?. Dapat dirumuskan,
tulisan seumpama itu harus datang dari lulusan tadika anak-anak
?syndrom mongoloid?. Kita pembaca sedikit kesal kerana beliau tidak meninjau latarbelakang apa
yang dilakukan oleh ?tuan besar?nya yang memimpin Malaysia - Presiden
UMNO merangkap Perdana Menteri yang makin sewel.
Dengan meleret-leret, Si Zainuddin ini bercerita tentang kehebatan Wakil
Tetap Malaysia Ke PBB, bantahan Perwakilan anggota OIC. Akhirnya
beliau mencadangkan ulamak kita lepasan Al-Azhar harus
dipertimbangkan untuk dirangkum ke jawatan Diplomatik dan bertugas di
perwakilan Malaysia di luar negeri. Oh? canggih cadangannya!
Meleret Macam Kencing Atas Papan
Setelah membaca, terimbau kita bertanya sesama sendiri. Pertamanya, apa
gunanya Zainuddin Kutty ini harus bercerita panjang lebar mengenai filem
dokumentari ?Jenayah Maruah? (crime of honour) di Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu itu. Jauh sangat rujukan beliau. Samalah
diumpamakan "kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata -
buar ?dek? aja"..!! Rasa teringin kita mengusulkan kepada Zainuddin supaya menulis
mengenai kesah 'taik' babi yang ditempekkan Mahahthir disetiap batang
hidung orang Melayu Islam di negara ini, dari ?mengaghut? menceritakan
mengenai dokumentaris Belanda dan filem dokumentari tersebut.
Mustahil anak Maidin ini lupa bahawa lebih 2 tahun berlalu - peristiwa
Anwar diaibkan lebih memalukan umat Islam jika dibandingkan dengan
sebuah dokumentari Belanda seumpama itu.
Sebagai orang surat khabar, Zainuddin yang ?hidup mati kerana UMNO?,
pasti telah membaca ribuan laporan yang memberitakan, rencana yang
menghuraikan dan komentar yang menyelar/mengutuk kezaliman,
ketidakadilan, kesembronohan prosedur dan perlaksanaan
undang-undang dan pelbagai insiden politik, sosial dan pentadbiran yang
dilakukan oleh regim Mahatahir (tuan Zaiduddin).
Walaupun kesemua perkara yang timbul dan terkesan itu mencerminkan
kedudukan perkara dan gambaran paling jijik, tetapi bagi Zainuddin, ia
semacam tidak releven untuk dijadikan bahan tulisan dan komentar si
penjilat seperi Zainuddin menulisnya. Apakah Zainuddin cuba hendak
?mengGlobalisasikan? Utusan Malaysia, kunun?
Apa yang kita nampak, tulisan si Zainuddin itu samasekali tidak memberi
sebarang manafaat apa-apa kepada pembaca dalam tulisannya selain dari
cuba mendedahkan betapa lemahnya kedudukan pemimpin negara ini
dan betapa bingungnya pengendali media di Malaysia hingga tidak mampu
mengajukan sebarang hujjah untuk mendepani musuh-musuh Islam.
Jauh dari itu, mereka sanggup dipergguna @ diperkudakan oleh
?binatang-binatang politik? (political aninals) seperti Mahathir untuk
kepentingan politik mereka yang makin tandus.
Orang Seperti Mahathir Empunya Dosa
Mungkin ramai orang bertanya: Mengapa pembikin filem dokumentari Barat
begitu lancang melukiskan keburukan Islam? Adakah hujjah dan strategi
Zainuddin mengatasinya itu boleh pakai?
Hematnya, jika Zainuddin betul-betul peka membaca keadaan dan mengambil contoh-contoh yang ada di negara Islam (khusunya Malaysia), tentu beliau nampak bahawa punca undang-undang Islam dianggap oleh Barat sebagai primitif dan barbaric bersebab dari 2 faktor:
Beberapa Persoalan Penting Betulkah ada definasi ?ulama orthodoks dan fanatik?? Adakah benar imej
Islam sudah terjejas teruk oleh Barat? Apakah strategi pemimpin negara
Islam akan berkesan meningkatkan imej Islam selagi ada orang bergelar
pemimpin seperti Mahathir Mohamad mnenerajui negara Islam? Apakah
Zainuddin Maidin sengaja mengelak dari membicarakan isu sebenar
kerana mulutnya sudah disumbat najis? Kita akan jawab dan dalam analisis dalam sambungan nanti.
Amin Sapiro |