Laman Webantu KM2A1: 3077 File Size: 14.2 Kb * |
Belanjawan: Yang Naik dan Yang Turun By Kapal Berita 27/10/2000 4:21 am Fri |
Menjelang Belanjawan Negara, mungkin ada baiknya jika kita memerhati sedikit apa yang naik dan apa yang turun.
Source: AFP http://news.airwise.com/stories/2000/10/972473520.html
Malaysia Fares Hike Oct 25, 2000 Domestic fares at Malaysia Airlines are set to jump by up to 50 per
cent on certain routes after the airline was given government
approval for the hike. The price rise will apply only to flights serving the peninsula,
but it is unclear at present whether services in Sabah and Sarawak
to the peninsula will be affected by the higher fares.
An annoucement about a foreign partner for MAS is expcted in the
near future after the Malaysia government said it had identified
several potential partners for its flag carrier.
http://asia.biz.yahoo.com/news/asian_markets/article.html?
s=asiafinance/news/001025/asian_markets/dowjones/
Malaysia_Time_Engineering__MYR345.7M_Pft_From_Renong_Sale.html
Wednesday, October 25 7:40 PM SGT Malaysia Time Engineering: MYR345.7M Pft From Renong Sale
KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Malaysian telecommunications company Time
Engineering Bhd. (P.TEN) Wednesday said it will realize a profit of
about 345.7 million ringgit (MYR) ($1=MYR3.80) from the proposed sale
of its entire stake in conglomerate Renong Bhd. (P.RNG).
In a statement, the company said the sale will increase the net
tangible assets of Time Engineering by MYR0.46 a share.
The company was replying to a Kuala Lumpur Stock Exchange query
for more details on the proposed transaction.
Time Engineering also said the proceeds from the sale will be utilized
to partly redeem its $250 million nominal value redeemable secured
zero-coupon bonds, which are to expire in 2001.
Last week the executive chairman of Renong, Halim Saad, offered to
buy Time Engineering's 21.6% stake in Renong for MYR874.7 million.
FOKUS RENONG SEBELUM KRISIS 1998
Renong Berhad adalah konglomerat terbesar Malaysia yang membolot pelbagai
projek kerajaan. Ini termasuklah jalan bertol (PLUS), pembinaan dan
kejuruteraan (HoHup), pembangunan hartanah (Faber, Propel Johnson),
khidmat kewangan (BOC, BBMB), pengangkutan transpot (PUTRA),
Telekomunikasi (Time) dan minyak serta gas. Ia adalah satu impian orang
tertentu yang bermotifkan sesuatu sambil melaungkan kalimah ketuanan melayu.
Oleh kerana projek yang dibolot oleh Renong terlalu besar (seperti infrastruktur)
- ia perlu berhutang dengan banyak, termasuk hutang dari luar negara.
Ketika nilai RM menjunam hampir 45%, ia terkapai-kapai terpaksa membayar hutang
itu sehingga pasarasn modal pun turun jatuh. Ia mengancam Renong yang meminjam
dengan hanya bercagarkan kolateral saham yang sudah bernilai separuh sahaja itu.
Pada 19/11/1997, UEM - subsidiari Renong yang kaya tunai mengumumkan ia
telah membeli 32.6% bahagian dari syarikat induknya (pada kadar premium 12%
nilai di pasaran terbuka) - dengan restu Jawatankuasa Pelaburan Asing Malaysia
(MFIC). Walaupun manipulasi ini ditarik balik, muafakat yang tidak telus itu
menimbulkan 2 strategi: 1) Renong dan kroni akan diselamatkan dengan apa jua cara.
2) Kepentingan minoriti dipijak sesuka hati.
Kesannya - pelabur minoriti bertindak menunjuk ketidak puasan mereka sehingga
pasaran saham menjunam 6.8% dalam satu hari urusniaga saham. Dalam tempoh 6 bulan,
pelabur US dalam UEM akan kerugian 90% dari pelaburan mereka - 60% oleh sebab
nilai saham yang jatuh dan 30% yang disebabkan nilai RM.
Kerajaan Malaysia membuktikan kroni akan diselamatkan 3 hari kemudian.
Projek Empangan Bakun di"bail out" berbilion banyaknya. Pasaran saham
jatuh lagi sebanyak 11%. Beberapa hari lepas Mahathir mengumumkan Bakun
akan dihidupkan kembali tetapi kali ini menjelang Belanjawan dan di saat
angka petunjuk BSKL naik mencanak walaupun pengurus Danaharta kini
sudah sukar bermanis muka. TRADISI MEMBELA KRONI Jelaslah terdapat jalinan yang rapat antara kerajaan umno dan kroniputra mereka.
UMNO kelihatan berminat untuk menguasai ekonomi (gaya Jepun) melalui 3 syarikat.
Syarikat yang paling menonjol ialah Fleet Holdings.
Renong meletup bermula selepas keputusan perbicaraan mahkamah yang
memutuskan umno diharamkan. Maka harta umno melalui Flet Holdings dipindah milik
kepada amanah raya. Fleet Holdings disusun semula menjadi Renong dengan cara yang amat licik sehingga
seorang analis memberitahu Reuters pada tahun 1990:
"Dengan nomini memegang kepentingan umno, adalah sukar untuk membuktikan
dimaha hubungkait umno bermula dan dimana ia sebenarnya berakhir".
Maka Halim menjadi CEO Renong dengan restu Daim dan Mahathir.
Bermacam projek jatuh keribanya manakala bank tempatan pula
begitu mudah memberi pinjaman kepada Halim, seolah-olah beliau seorang
raja yang tidak boleh dipertikaikan kemahuannya. Pada tempoh 1992-1998,
Renong membolot 8 daripada 13 projek mega. Pada Sep 97 sahaja, ia
mendapat pesanan kerja tertunggak bernilai $8-12 bilion.
PANDANGAN DR JOMO AWSJ: 21/12/1998
Padahal pemilik Renong tidak pernah rugipun ......
Wang Rakyat bayar hutang Renong
Oleh Prof Dr. KS JOMO Apabila Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan dasar kawalan
modal pada 1 September, rasionalnya adalah untuk memberikan kerajaan satu peluang untuk
mendapatkan kembali kawalan ke atas polisi kewangan serta makro ekonomi dalam usaha memulihkan
ekonomi negara. Malangnya ikhtiar kerajaan Malaysia untuk menggunakan ruang yang diberikan oleh
akaun modal tertutup untuk mengendalikan pembaharuan struktur tidak dapat bertahan lama. Ia
telah mula mensia-siakan peluang ini apabila menjamin syarikat kroni serta meneruskan amalan
nepotisme. Bukti nyata adalah apabila pada 15 Oktober Dr. Mahathir mengumumkan bahawa kerajaannya akan
menimbangkan satu cadangan dari Kumpulan Renong, konglomerat terbesar Malaysia, untuk menjamin
syarikat yang bermasalah itu. Sekiranya cadangan Renong itu diterima, lain-lain jaminan pastinya
akan menyusul. Kenyataannya, keruntuhan moral yang menyebabkan pengurusan buruk dalam Renong telah lama bermula
sebelum kesan dahsyat ekoran krisis hutang yang melanda seluruh negara.
Masalah Renong boleh dikatakan berpunca dari polisi penswastaan Dr. Mahathir. Dasar ini
sebenarnya telah menyenangkan kroni di atas penderitaan kerajaan serta rakyat. Apabila Renong
kini dalam masalah, tidak hairanlah apabila ia memerlukan subsidi kerajaan serta diambil alih
segala hutang dan liabilitinya, tetapi tidak menyentuh keuntungan aset korporat serta harta
persendirian pemiliknya. Cadangan yang dikemukakan itu akan menyusahkan rakyat Malaysia dalam cara berikut:
Para penyokong mendakwa bahawa jaminan Renong itu adalah perlu memandangkan kumpulan itu
berhutang antara 20 hingga 28 bilion ringgit, dengan mengambil kira lebih dari lima peratus dari
jumlah pinjaman keseluruhan dalam sistem perbankan Malaysia.
Tanpa bantuan dari kerajaan, hutang Kumpulan Renong akan menyebabkan tekanan hebat ke atas
sistem perbankan Malaysia. Itu mungkin benar, namun tidak semestinya jaminan kerajaan merupakan jalan keluar kepada segala
masalah yang timbul. Sebenarnya, cadangan jaminan itu bertentangan dengan prinsip di dalam
Rancangan Pemulihan Ekonomi Nasional: Sesiapa yang bersalah tidak akan dibenarkan untuk
melepaskan diri tanpa dihukum. Oleh yang demikian, cadangan itu akan menyebabkan pihak atasan Renong serta pemegang saham
utamanya, yang sewajarnya sama-sama bertanggungjawab ke atas prestasi buruk kumpulan itu, telah
melarikan diri. Ironinya, tabung awam Malaysia akan digunakan untuk membenarkan pemilik Renong melepaskan diri
dari tanggungjawab mereka, dan membayar pemiutang. Sebahagian besar dari wang rakyat ini akan
disalurkan kepada orang asing, seperti pemiutang asing Kumpulan Renong, yang dihutang sebanyak
sekurang-sekurangnya 3 bilion ringgit. Majoriti pemegang saham asing Renong serta anak
syarikatnya juga akan untung besar.
Jaminan itu akan menyebabkan fenomena 'risiko sosial', yang mana Renong dan juga syarikat kroni
lain tidak bimbang untuk berurusniaga dengan syarikat berisiko tinggi. Mereka tahu sekiranya
mereka berjaya mereka akan mendapat habuannya, namun jika mereka gagal kerajaan akan bertindak
ke atas mereka (tolong membayar hutang mereka - penyunting).
Satu contoh bagi cadangan menang-semua (win-win) ini ialah laluan kedua ke Singapura, yang
diramal tidak akan mendatangkan keuntungan dalam jangka masa pendek. Lalu kerajaan memberikan
tanah kepada Renong berukuran lebih dari 42 batu persegi. Kini adalah dicadangkan bahawa
Syarikat Pembangunan Infrastruktur mengambil alih projek tersebut. Namun Renong dapat
mengekalkan hak milik tanah itu, yang sebahagiannya tanah dijualnya kembali dengan nilai
sebanyak 10 kali ganda dari harga ia mula-mula dibeli.
Cara jaminan ini kini sudah menjadi satu fenomena yang kian kerap berlaku. Tokoh politik
berpengaruh Vincent Tan sepatutnya membina sebuah projek monorel berharga 2.2 bilion ringgit
untuk kerajaan sebagai tukaran kepada haknya membina projek Linear City, yang dikatakan sebagai
bangunan terpanjang di dunia. Kerajaan kini diarahkan agar masuk campur untuk menyiapkan projek
monorel tadi sementara Mr Tan bebas mengendalikan Linear City.
Cadangan jaminan serupa dibuat berkaitan sistem transit aliran ringan di Lembah Klang, jalan
keretapi nasional KTM serta lain-lain projek swasta. Renong, yang merupakan rakan kongsi utama
di dalam konsortium yang telah mengambil alih KTM, telah mencadangkan campur tangan kerajaan
agar menyediakan khidmat keretapi sementara ia mengekalkan tanah KTM untuk dirinya sendiri.
Menteri Kerja Raya telah mengemukakan satu rasional untuk kesemua cadangan ini:
"Kita bertanggungjawab untuk membantu syarikat yang bermasalah kerana kita telah memberi lesen
kepada mereka." Bagaimanapun, semua syarikat di Malaysia juga diberi lesen serupa. Menteri itu
belum lagi dapat menerangkan mengapa yang lain tidak mendapat layanan serupa.
Ahli ekonorni boleh berhujah sama ada kawalan modal ke atas ekonomi Malaysia mampu menyembuhkan
penyakit ekonominya. Tetapi seandainya seseorang berbalik kepada hujah kawalan matawang, adalah
jelas bahawa Malaysia hanya melepaskan kesempatan untuk membuat pembaharuan. Tidak ada ahli
ekonomi yang mahu mempertahankan dasar penggunaan wang rakyat bagi membantu syarikat kroni ahli
politik. Sekiranya rakyat tidak menyatakan secara terbuka rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar ini,
banyak lagi jaminan yang akan dilakukan sementara ekonomi akan terus menderita akibat dan kesan
yang dihadapinya. Akhirnya rakyat terpaksa menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak
bertindak lebih awal. [Prof. Jomo adalah seorang ahli ekonomi, dan kini mengajar di Universiti Malaya. Rencana ini ehsan Asian Wall Street Journal, 21 Disember 1998.] |