Laman Webantu KM2A1: 3072 File Size: 4.7 Kb * |
Tembelang Jahat Petronas Pecah di Songkhla By Kapal Berita 26/10/2000 7:02 am Thu |
Penulis Asal: Radi Usil (roshdyi@hotmail.com)?
Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla
Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21
Oktober lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan
mereka terhadap pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang
bersempadan dengan negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan
projek yang akan menelan biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai
keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira kepentingan alam
sekitar, kehidupan para nelatan dan petani. Pada hari itu pihak kerajaan
mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan massa di lapangan
terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut.
Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab projek
yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan ditandatangani
oleh kedua belah pihak. Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu
dengan maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan
penduduk dan alam sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang
menyebabkan lebih tiga puluh orang dari kedua belah pihak mengalami
kecederaan. Sebahagian besar yang melakukan protes adalah umat Islam,
yang umumnya tinggal di kawasan pesisir bahagian selatan Thailand itu.
Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahsia kejahatan Mahathir dan
kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas
pantai Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla
berpuluh-puluh kilometer untuk dibawa masuk ke negeri Kedah. Kerajaan
BN berbuat demikian untuk mengelak daripada kewajipan membayar
royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya saluran gas itu disambung ke
Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran royalti kepada
bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan saluran
gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis politik di antara
Malaysia dengan Thailand. Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka
sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Trengganu, kerana
puak-puak penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk
membela nasib bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung
saluran gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla, semata-mata
untuk mengelak membayar royalti kepada Kelantan.
Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat
seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap
membantah dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan.
Bukankah itu suatu pembaziran? Saya tidak tahu apakah projek itu
diluluskan dengan mudah oleh kerajaan Chuan Leekpai semata-mata
sebagai pertukaran dengan penangkapan dan pengusiran para pejuang
Patani di Malaysia oleh kerajaan Mahathir beberapa waktu lalu. Bagi
Mahathir dan BN nampak jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan semua
cara. Untuk melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup
membunuh, menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari
Patani. Untuk menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mau
berbaik-baik dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang
mereka ke Kuala Lumpur sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid
Othman pula disuruh ke Narathiwat untuk meninjau rancangan bantuan
untuk membela kompleks belia di negeri jiran itu. Malaysia sanggup untuk
menderma 22 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Narathiwat bagi
melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak lebih daripada untuk menipu
dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi Patani.
Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar. Wahai saudaraku di
Malaysia dan di Patani, marilah sama-sama kita berusaha supaya projek
saluran gas melalui Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan.
Mengingat sumber gas itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah
saluran gas tersebut tidak dibuat untuk mendarat di Kelantan? Hentikan
perompakan hak rakyat dengan mengatasnamakan negara ini.
Selamat berjuang!! Allahu Akbar!!!
|