Laman Webantu KM2A1: 3068 File Size: 10.5 Kb * |
Wilayah Persekutuan Ke-3: Mahathir-Khir Toyo Tersepit Ditengah-tengah By Amin Sapiro 25/10/2000 7:20 am Wed |
Amin Sapiro (Dan?. sudah sampai masanya)
WILAYAH PERSEKUTUAN KE-3: MAHATHIR-KHIR TOYO TERSEPIT DI
TENGAH-TENGAH..! Selain dari pelbagai asas Perlembagaan dan proses Perundangan yang
wajib dikemaskinikan sebelum ia diistiharkan, rakyat Selangor sendiri
sedang menyiapkan benteng pertahanan. Bagi mereka ia adalah satu bentuk
perampasan, penjajahan dan ?colonisation?. Ia tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya. Isu itu bukan bergantung kepada persetujuan Baginda Sultan dan anggota
EXCO semata-mata. Isu itu bertitik-tolak dari kepentingan yang hak bagi
rakyat seluruh negeri Selangor dan semua tanah dan taklok jajahannya.
Ia melibatkan kesejahteraan, hak dan harta rakyat umum. Ia menyentuh akar
umbi, bukan setakat Perlembagaan Negara saja malah ia adalah
sebahagian dari rang undang batang tubuh negeri Selangor. Isu itu tidak
boleh diputuskan oleh segelintir mereka yang mengakui diri sebagai wakil
rakyat saja. Kuasa mereka tidak menghakkan mereka melampaui batas.
Apa Agenda Mahathir Sebenar? Mahathir dan beberapa pihak Kroninya ada kepentingan besar di kawasan
sekitar Putera jaya. Nilai tanah kepunyaannya jika di wartakan sebagai
Wilayah Persekutuan akan melonjak melebehi Rm1000 billion (seribu
bullion). Banding dulu sewaktu tanah kampung, dusun durian, kebun getah
dan kelapa sawit orang Melayu yang berpindah tangan dengan nilai
murahan. Lebih 10 tahun dulu, broker Mahathir sudah ?round? jalan-jalan
menawarkan harga RM100 ribu bagi se hektar. Hampir seluruh tanah orang
Melayu di kawasan sekitar sudah terjual. Kini mereka melopong saja. Mulut
sudah masuk langau hijau. Pemimpin UMNO dan kuncu-kuncu segala
bangsa kroni merekalah yang merampok harta warisan nenek moyang asal
orang Melayu disana. Nak buat camana? Pemimpin UMNO saling tak tumpah umpaman ?pagar
makan padi?. Undilah UMNO/BN lagi?!! Alamat akan terjuallah harga diri
dan anak bini!! Ini sudah betul-betul jadi.
Nak salahkan siapa? Penjajah asing? George Soros lagi? Pembangkang?
Anwar Ibrahim? Fadhil Nor? PAS? KeADILan? Nah..!! Jawablah sendiri?!!
Mohd Khir Toyo Jangan Fkir Diri Besar
Sejak dari mula lagi orang semua tau. Perlantikan Mohd Khir Toyo adalah
agenda tersembunyi Mahathir Mohamad paling besar untuk jadi kayaraya.
Mohd Khir Toyo cuma jadi alat dan perkakas saja . Doktor gigi itu diibaratkan
seekor ?Itik Lumpuh? (lame duck). Kepalanya memang sedia terlentuk-liuk
dan mudah dipatahkan. Beliau tidak ada latarbelakang politik yang
memberansangkan. Tidak ada tulang belakang!
Sebagai doktor gigi dan berlatarbelakang anak orang miskin papa kedana,
nawaitu beliau adalah untuk mencari kesenangan dan kekayaan secara
mudah. Sifat ?inferiority? inilah yang membentuk peribadi beliau serba
ketakutan. Berkata seorang Ketua Bahagian keturunan Jawa,
"Kerana itu si Khir Toyo ini mudah membodek, menjilat dan gentar-kecut
?buah sentul?, sebelum tangan-tangan ganas meramas dengan pundi-pundi
di selangkangnya". Mohd Khir Toyo adalah wakil Pemuda UMNO paling timid. Beliau masuk
UMNO dengan berkhayal mau jadi hartawan segera. Sejak kecil, beliau
dikenali kawan-kawannya sebagai budak pendiam dan suka mengalah
-takut diancam-gertak oleh kawan-kawan sepermainan.
Latarbelakang naik beliau dalam politik kerana desakan hidup sebagai
doktor gigi yang tidak mampu menandingi pendapatan kawan-kawan
sesama politik yang jadi hartawan. Beliau makin resah dalam hati bila
memperbanding dirinya dengan mereka yang mewah hidup kerana
melakukan rasuah; tetapi mendapat perlindungan.
Pucuk Dicita Ulam Mendatang Mahathir dan Siti Asmah sudah lama berdendam terhadap Tan Sri Mohd.
Taib dan Abu Hassan Omar. Mereka adalah 2 orang anak Selangor yang
keras kepala. Malangnya, masing-masing Ex-MB itu ada kelemahan
tersendiri. Teringatlah kepada Khir Toyo betapa seronoknya mereka sekeluarga
menginap tinggal di Banglo RM60 juta dengan renovation cost RM5 juta
(baru siap); berbanding dengan rumah teres 2 tingkat RM120 ribu.
Terngiang-ngiang di telinganya orang akan memanggil dirinya dengan
gelaran ?Yang Amat Berhormat?. Berdengung bunyinya macam suara
?keramat?. Nampak pula Mercedez panjang berkilat dengan chauffer yang
ta'at. Teringat pula, setiap kawan-kawan ?lamo? yang menjadi MB bergelar
Tan Sri. Makin cerah muka bini bila dipanggil ?Puan Seri?.
Tak cukup dengan itu, ramai Cina-Cina kaya datang melamar jadi Kroni.
Mereka datang membawa wang rasuah berguni.
"Tak usah takot, Latok; kita oleh boleh galenti! Latok Madey ada, kita olang
tak susah hati. Ghua, dia, Latok summa boleh jadi Kloni..!!". Apek
Cantonese bersalaman. Ternampak bini dirumah sampai ke siku gelang intan
di lengan! Nah? itulah akibahnya jika anak orang bangsat dapat pangkat. Mereka
cepat lupa diri lupakan janji kepada rakyat. Bahawasanya satu masa dulu
mak bapaknya jadi penanam padi di Sg. Manik. Kemiskinan hidup
menyebabkan orang sepertinya hilang kasih kepada rakyat, hilang patriotik
kepada negeri. Yang penting adalah ?Fulus?.fulus?.fulus?!!!!!?. Siapa mau
kasi? Hanya Mahadey? Mahadey a/l Iskandar Kutty..!!
Tengkuk Sudah Di Kayu Pemancungan
Dengan persetujuan Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB, beliau
sendiri sudah tahu lama apa bahaya yang akan menimpa tengkuknya.
Kes kawasan Putera Jaya jadi Wilayah Persekutaun bukan isu baru. Ia
sudah lama dalam ?hush..hush..? sejak Mohd. Taib jadi MB lagi. Khir juga
sudah tahu sebab-musabab mengapa AHO diagenda tercampak dengan
agenda aib. Dia tahu, itu bukan kerja atau fitnah Pembangkang!!
Dan, Khir Toyo juga sudah tahu mengapa beberapa orang kepercayaan
Mahatir datang menemuinya - berpakat supaya bersetuju menerima
cadangan mempengaruhi ahli-ahli Exco Selangor supaya berpakat.
Sebagai ganjaran beliau akan jadi MB.
Dalam keadaan hilang akal, Khir Toyo bertanya, "Apakata sekiranya ada
individu yang membantah dan menentang?".
Beliau diberi mandat supaya melantik Exco DUN baru dalam satu ?reshuffle?
Exco besar-besaran. Mahathir bersedia untuk menyokong beliau 100%.
Sekiranya, Khir Toyo tidak berjaya, kempitai Mahathir terang-terang
berkata, "You jangan tak tau, ada benda PM tahu pasal you yang you
sendiri tak sedar you dah buat. Itu rahsialah!".
Ugutan saikologi inilah yang menyebabkan Khir Toyo makin kecut buah
sentul. Dirasa pulak tengkuk - akan bercerailah kepala dengan badan!!
Teringat Mohd. Taib dah kena, Abu Hassan menunggu gilirannya. Anwar
yang tidak pernah melakukan sebarang rasuah dan karenah aib, tetapi
Mahkamah Mahathir putuskan 15 tahun juga. Apatahlagi, dia orang kerdil.
Semacam ?sambal ulik? saja laaaaaahhh?..!!
Terinngat kesah Mohd. Taib. Siang-siang diketahui, pihak imigresen dan
kastam Australia telah diberi ?tip-off? oleh kempitai Mahathir supaya
memerangkap beliau di sana. Dan, beberapa orang upahan Mahathir pula
telah berlepas ke Jakarta, terus ke Java Pos untuk membuat pengakuan
bertulis kes ?melibatkan Abu Hassan dengan adik Iparnya? pula.
"Semua perkara taggung beres Pak, kalau ongkos bisa dibayar tuni?." kata
editor. Maka beberapa juta rupiah ?equivalent? seringgit dua bertukar
tangan. Jangan tak tau, orang UMNO yang makan upah itu jugalah yang
menghantar email dan bukti jelas segala dokumen yang discan kepada
Lamanweb Reformasi. Segala bukti dan guntingan akbar semua lengkap.
Media arus perdana diarah membesar-besarkan skandal AHO hingga
heboh satu dunia. Kan pandai Mahathir ?baling batu sembunyi tangan??
Nak salahkan Pembangkang menfitnah kah?
Kedua-duanya terlongkop ?out? sebagai sebahagian agenda Mahathir dan
Kroninya. Khir Toyo melihat dengan mata kepala bagaimana kesannya 2
orang bekas MB ini adalah diantara mereka yang berkeras dan menentang
pengambilan satu lagi kawasan negeri Selangor untuk dijadikan Wilayah
Persekutuan. Ini membawa kepada soalan kedua pula, iaitu: Mengapa anggota Exco
Kanan Kerajaan Selangor yang berjawatan tidak menggantikan Abu Hassan
Omar (AHO)? Jawapan dari semua anggota Exco yang ada: "Mereka pun sama keras
seperti Ex-MB yang sarakan Mahathir mengikut agendanya..!!".
Ada diantara mereka yang sedia bersih melebihi ?Mr. Clean? Abdullah
Bedawi (Dollah B). Ada juga diantara mereka yang tidak ada sokongan
dan mudah diper?pundek?kan oleh Bahagian dan Ketua Cawangan! Orang
seperti itu, tak boleh jalan. Akhirnya, kedua-kedua mereka yang terlibat dengan skandal sekian lama
tersimpan dalam ?File Hitam? Mahathir sengaja dikeluar dan didedahkan. Ini
adalah kesan dari sekirannya kepentingan si tua kutuk ini terjejas. Khir Toyo
makin kecut!! Rakyat Selangor Sudah Hilang Hak?
OWWWWW?. TIDAK! TIDAK! Sepatah kata si Khir Toyo, ?Sanggup mandi
darah?; orang Melayu Selangor mahu tengok sama ada si ?Sontoloyo? itu
akan ?mandi darah? atau ?mandi air emas?. Sana sini sudah terdengar
imbauan dan asakan diadakan ?referendum?.
Jika ADUN UMNO/BN Selangor dengan mudah mengalah, dan Baginda
Sultan sanggup dirasuah - khabarnya rakyat Selangor sendiri akan
menentukan nasib UMNO/BN dalam satu ?peperangan saraf?. Piket dan
demo akan diadakan di setiap Daerah, dan Khir Toyo akan
dipertanggungjawabkan sebagai PENGHKHIANAT dan bakal dibuang
negeri! "InsyaAllah," bekata seorang Ketua Bahagian merangkap wakil rakyat yang
berkalibar, "UMNO/BN akan pasti dilumpuhkan di seluruh Selangor.
Selangor pasti akan menurut jejak Terangganu dan Kelantan. Itulah yang
jadi pelengkap mudah kerajaan Selangor bertukar tangan. Dan selepas itu,
mereka yang terlibat akan diheret ke muka pengadilan. Harta mereka akan
dirampas dan dikembalikan. Kalau tak percaya ?..silakan!!"
Ini yang menyulitkan keputusan dalam persidangan Dewan Undangan yang
dijadualkan awal bulan November depan!! Tengoklah apa jadi..!!
Amin Sapiro |