Laman Webantu KM2A1: 3059 File Size: 6.2 Kb * |
Re: Aduan Polis Terhadap YB Sothinathan By Kapal Berita 24/10/2000 7:16 pm Tue |
ADUAN POLIS : 18-10-2000 (NO REPOT 1999/2000)
TERHADAP : 1. YB. SOTHINATHAN -AHLI PARLIMEN TELUK
KEMANG DAN MERANGKAP SETIAUSAHA 2. KETUA-KETUA MIC SUNGAI SIPUT KERANA : BERTINDAK GANAS ,BERINTIMIDASI, PROVAKASI DAN
MENIMBULKAN KETEGANGAN DISEPANJANG MASA PENYIASATAN AWAM SURUHANJAYA
PILIHANRAYA(SPR) PADA 17-10-2000 DI PEJABAT DAERAH
DAN TANAH SUNGAI SIPUT (U) PERAK. Saya ,En.Kunasekaran a/l Krishnan , No.K.P: 640204-08-5129 yang beralamat
No.97, Taman Orkid Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia, membuat aduan
polis ini terhadap YB. Sothinathan -Merangkap Setiausaha Parlimen
Kementerian Kesihatan dan Ketua-Ketua MIC Sungai Siput kerana bertindak
ganas dan menimbulkan ketegangan disepanjang masa Penyiasatan Awam SPR pada
17-10-2000 di Sungai Siput. Sebelum ini, pada awal pagi 17-10-2000, Dr.Kumar telah membuat satu aduan
polis di Balai Polis Pusat Ipoh, terhadap pihak MIC merancang - bertindak
ganas terhadap pihak kami yang hadir ke siasatan awam (No.rpt. SSU
1983/2000). Kejadian-Kejadian berbentuk intimidasi, provokasi Yang berlaku Pada
17-10-2000 di dalam dan di Perkarangan Bilik Penyiasatan Awam SPR.
Sebelum penyiasatan awam bermula, ada beberapa orang penyokong MIC mula
memaki hamun kami dengan kata kata "baca tinggi, tapi bodoh, tenggok kasi
susah pada semua orang, makan nasihkah atau tahikah". Ini di kata oleh
seorang MIC yang bernama En.Ganesan a/l Rajoo. Orang inilah yang marah
Dr.Kumar sebelum ini. (rujuk rpt SSU.1983/2000).
Semasa penyiasatan awam bermula, wakil kami Pn.Mohanarani telah mengadu
kepada pihak SPR atas kejadian tersebut. Masa itu, Sothinatahan yang ada
dalam itu berkata " they do all this, they have to face it ". Seterusnya
dia menyindir kami dalam bahasa tamil, " kalau tukang gunting rambut tak ada
kerja lain, dia akan mencukur bulu isteri sendiri". Apabila wakil kami
En.Panneer Selvam meminta Sothinathan jangan bercakap begitu, dia terus
mencabar "kalau buat repot (polis), pergi buatlah".
Di luar pula, seorang pembantah En. Moh.Rosni telah dimaki oleh En.J aafar
(seorang pegawai di Pejabat Penerangan Sungai Siput) " awak tak ada kerja
lainkah, ini kerja bodoh" dan diikut pula Sothinathan menggugut " awak buat
bantahan, nanti kami buat bantahan terhadap PAS dan matikan parti PAS"
Saya tidak tahu, mengapa semasa kerja, tugasnya di pejabat seorang kakitangan
kerajaan itu bersiar-siar dan berada dengan orang -orang MIC.
Pihak kami juga melaporkan perkara ini kepada En.Mukundan (anggota polis SB)
segala kejadian itu dan beliau kata, dia akan panggil pegawai polis yang
beruniform. Adik En.loganathan (Ketua MIC) berkata kepada kawan dia, apabila diajak
balik rumah " nantilah, saya tunggu, pasal ada seorang punya gambar mahu
keluarkan dalam akhbar, kerana dia tunjuk pandai". Masa itu, saya berduduk
berhampiran dengan dia dan memang ianya ditujukan pada saya.
Kemudian, beberapa orang lelaki india yang keadaan mabuk masuk dan mencabar
"samyvello sudah lama ada sini, siapapun tak boleh cabut dia punya bulu,
bukan sahaja sekarang, bila-bilapun tak boleh buat". Masa itu, pegawai SPR
suruh orang itu berdiam diri dan kemudian pihak polis bawa dia keluar dari
tempat itu. Lelaki India itu yang sama terus menggangu Dr.Kumar " awak betul punya
Doktorkah, kalau awak buat operation mesti mahu dapat kebenaran dari saya
dulu , pasal apa awak lawan Samyvello, dia sudah lama ada sini dan kuat "
"kalau awak orang kacau Samyvello nanti kita punya orang turun"
Selepas Siasatan Awam habis, kami menyangka bahawa pihak MIC buat sesuatu
untuk mengganas terhadap kami. Kami tidak keluar dari pejabat Tanah dan
tunggu beberapa minit. Semasa kami turun, kami nampak satu kumpulan lelaki India beramai 4 orang
yang bersembang dengan Loganathan cuba buat sesuatu untuk menyerang kami.
Apabila kehadiran pihak polis secara tiba-tiba dan En.Mukundan, keadaan
baru terkawal. Pihak kami juga menceritakan segala kejadian dan ungutan berbentuk
intimidasi, provokasi dan sikap ganas seorang MP Sothinathan terhadap pihak
kami. Pada hal, pihak kami menggunakan peraturan-peraturan Pilihan Raya dan
membuat bantahan. Di sepanjang hari siasatan awam itu pihak kami menghadapi pelbagai gangguan
dan ejekan bukan sahaja dari ahli MIC, malah seorang MP. Walaupun pihak
kami sering membuat laporan polis demi polis, tetapi gangguan itu masih
berterusan sehingga kini. Sedangkan pihak kami sebagai pengundi di Parlimen Sungai Siput mempunyai hak
di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1971 untuk membuat bantahan dan
tuntutan kepada pihak SPR. Oleh itu,saya membuat aduan polis ini bagi pihak penyokong dan ahli Parti
Sosialis dengan rasa bimbang dan nampaknya kepimpinan MIC Sungai Siput
membuat kekacauan dan gangguan itu atas tajaan Dato Samyvello sendiri.
Kerana, sebelum ini, pihak kami telah dihasut dan diugut oleh Dato Samyvello
sendiri dan laporan telahpun dibuat mengenai kejadian itu.
Saya minta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap
pihak-pihak yang terbabit dan termasuk Dato Samyvello dan kuncu-kuncunya
yang tidak menghormati undang-undang negara dan terus mengganas terhadap
kami. Pihak polis harus mengambil tindakan serius terhadap segala gangguan dan
kejadian yang berlaku pada hari 17-10 -2000 dan pastikan keselamatan
penyokong dan ahli PSM tidak terancam. Sekirannya berlaku sesuatu kejadian
terhadap pihak kami, maka Dato Samyvello dan kepimpinan MIC yang penuh
bertanggjawab. Aduan dibuat Oleh : K.Kunasekaran
|