Laman Webantu KM2A1: 3058 File Size: 5.5 Kb * |
FK TJ: Merosotnya Pembelian Permodalan Asian Oleh Dana Luar By Marhain Tua 24/10/2000 11:13 am Tue |
Fokus Khas: [Rencana ini mustahak dibaca untuk mengenal pasti permainan
saham yang membuat ramai terpedaya. Kita tidak perlu memandang jauh,
tengok sahaja ASNJ dan lain-lain pengurus dana yang pening kepala
bila rugi di atas kertas - ia mengakibatkan rakyat merasa tertipu
dan terseksa, dan Dana2 Johor rugi mencecah 500 juta - Editor]
(Equities Asia) Merosotnya Pembelian Permodalan Asian Oleh Dana Luar
(Foreign Buying Of Asian Equities Slows Sharply)
oleh: Neil Behrman in London Setelah meluru daripada US16 bilion (S$28 bilion) pada tahun 1998 kepada US$104bilion
pada tahun 1999, pesanan terhadap ekuiti Jepun dijangka akan menurun hingga berkurang
menjadi negatif US$3 bilion tahun ini, demikian pendapat CrossBorder.
Begitu juga dengan aliran dana kepada Tenggara Asia dan negara di Asia Timur. Ia
meluru daripada US$10.6 bilion pada tahun 1998 kepada US$95.6 bilion pada 1999.
Disebabkan berkurangnya pembelian, angka itu mengecut menjadi hanya US$15 bilion pada
tahun ini. Demikian taksiran Angela Cozzini, seorang pengarah CrossBorder.
Sebaliknya pula, institusi Jepun sudah semakin berhati-hati terhadap pelaburannya di
luar negara. Pembelian ekuiti asing dijangka menurun lagi kepada hanya US$20 bilion
tahun ini jika dibandingkan kepada US$32.4 bilion tahun yang lalu.
Keadaan yang sama akan dilakukan juga oleh beberapa negara Asian yang lain. Mereka akan
mengurangkan pembelian ekuiti asing seperti yang dilakukan oleh Jepun itu.
Pengurus dana Eropah dan juga Amerika Syarikat amat perihatin terhadap keadaan di Asia
kerana mereka amat takut kalau terjadi sebarang penurunan di pasaran Wall Street dan
juga pasaran Eropah, ia boleh mencetuskan kesan yang mendalam terhadap keadaan
kewangan Asian dan juga pasaran baru yang lain. Kecairan di rantau Asian telah menurun
kepada 56 persen pada bulan Ogos daripada tahap 62 persen pada bulan Julai. Ini
merupakan penurunan ke tahap yang terendah sejak Januari 1999, kata Cozzini. Penurunan
keadaan kecairan ini telah diransang oleh pengecutan kewangan di Jepun.
Analisis trenda kecairan yang dilakukan oleh CrossBorder adalah berasaskan kepada
teori dan bukti historikal yang berpandukan kepada hakikat betapa setiap kali
ekonomi mengendur, wang berlebihan akan membanjiri pasaran kewangan. Ketika itu
pasaran bon dan ekuiti pun naik mendadak. Tetapi, sebaik sahaja ekonomi pulih, wang akan
disedut keluar daripada pasaran saham untuk membiayai perniagaan. Harga komoditi pun
naik pulih, angka pengangguran menurun dan bank pusat mula mengetatkan edaran wang dan
meninggikan kadar faedah sebagai langkah menyekat inflasi.
Banyak pasaran Asian yang kecil sedang merana disebabkan berkurangnya kemasukan aliran
dana luar ketika berlakunaya ketidakseimbangan dalam perdagangan yang meninggi.
Demikian pendapat CrossBorder. Kerana itu, bank pusat terpaksa melakukan hambatan
sehinggakan trenda kecairan itu meransang peralihan daripada ketumbuhan kepada
pembelian saham Asian yang mudah sensitif kepada perubahan kadar faedah matawang.
CrossBorder tidak menjangkakan Wall Street dan juga pasaran Eropah akan jatuh merudum.
Namun, ia memberikan satu kewaspadaan betapa keadaan pasaran kewangan di Eropah semakin
menjerut sehingga adanya satu risiko memungkinkan US Federal Reserve melakukan satu
hambatan mengekang keadaan itu sebaik sahaja selesai pilihanraya memilih presiden
Amerika pada November ini. Ini bererti pelabur global akan menghadapi masalah untuk
meraih keuntungan dalam pasaran ekuiti dan pegangan mereka adalah lebih baik lagi
ditumpukan kepada simpanan tunai sahaja.
|