Laman Webantu KM2A1: 3056 File Size: 7.3 Kb * |
Kebenaran Terserlah Di Sungai Siput By Marhain Tua 24/10/2000 8:39 am Tue |
MGG103 Kebenaran Terserlah Di Sungai Siput
(The Truth Prevails In Sungai Siput) oleh: Martin Stephen Jalleh Bagaimanapun ia mahu disorok, disungkup dengan putarbelit perundangan, dibaluti oleh
segala kerumitan, kebenaran itu akan terserlah juga sebagai yang sepatutnya. Lakukanlah
putarbelit kepadanya, dengan apa cara pun, apa juga kebenaran yang patut diketahui akan
ketahuan juga. Inilah yang telah terjadi di Sungai Siput Perak. ..
Orang-orang Sungai Siput memang sibuk sakan dengan desas-desus itu. Mereka sedang
berkongsi maklumat yang semakin terserlah. Satu mahkamah rakyat sudah diwujudkan.
Rakyat tempatan sedang menjadi hakimnya mengenai satu isu yang telah dipinggirkan oleh
Mahkamah Pilihanraya. Hampir satu tahun yang lalu, satu pilihanraya umum (pemilu) telah dilangsungkan di
bandar kecil itu. Seorang doktor yang mempunyai perwatakan yang desenangi, keberanian,
keperithatinan dan iltizam telah membuat pendirian untuk mencabar seorang wakil rakyat
yang sedia ada, seorang ahli kabinet yang mempunyai hubungan yang hebat, angkuh dan
penuh kontroversi dan yang semestinya, mempunyai banyak wang.
Sebaik sahaja kempen bermula, bandar kecil itu telah didatangi oleh ramai manusia
terutama sekali bakal pengundi yang membawa hadiah dan janji manis yang tidak pernah
dilihat ataupun didengar oleh orang tempatan sebelum itu. Kempen politik menteri
berkenaan memang dibantu oleh kumpulan gangster dan bajingan yang merupakan satu
kumpulan yang kini dia sendiri mahukan MIC membuat kajian mengenainya.
Menteri itu menang pemilu tersebut. Para bajingannya telah melakukan apa yang mereka
tahu sangat - mereka telah mengugut, dengan menggunakan botol yang telah dipecahkan
muncungnya, para pembantu doktor (yang menjadi calon pembangkang) ketika mereka
bertugas di Bilik Gerakan. Pihak polis sengaja memperlecehkan setiap lapuran yang mereka
terima. Memang, ada kalanya kuasa undang-undang itu boleh menjadi lembab, kesannya.
Doktor dan juga parti poltiknya telah mengadu hal kepada Mahkamah Pilihanraya. Mereka
mahu mengemukakan segala bukti dan dalil mengenai adanya pengundi hantu dan juga segala
penderaan itu. Mereka mahukan peluang untuk mendapatkan pengadilan.
Tetapi, hakim yang bersidang lebih gemar meneliti perkara teknikal yang remeh-temeh.
Proses mendengar masalah sengaja diperlecehkan. Notis petisyen telah diberikan kepada
peguambela oleh kumpulan yang sama sedangkan yang sepatutnya ia diuruskan di kalangan
peguamcara. Inilah yang menyerlahkan betapa perlunya sistem perundangan negara itu
diperbetulkan. Namun, kebenaran itu menonjol juga walaupun mahkamah telah cuba memperlekehkannya. Satu
tindakan membantah yang dikemukaan oleh parti politik doktor itu kepada Suruhanjaya
Pilihanraya telah menghasilkan 107 nama pengundi hantu disingkirkan daripada penyata
pendaftaran pengundi di Sungai Siput.
Ini menyerlahkan tuduhan yang dibuat oleh Dr. Jayakumar mengenai penggunaan pengundi
hantu dalam pilihanraya umum di Sungai Siput itu. Sudah tentu ia memberi bukti yang jelas
betapa satu penipuan telah berlaku ketika hari mengundi. Ini merupakan satu tamparan
hebat yang mendakwa pembabitan Datuk Seri Samy Velu sebagai Ahli Parlimen (MP) Sungai
Siput. Dengan terserlahnya kebenaran itu, apakah MP Sungai Siput mempunyai kewibawaan untuk
mengosongkan kerusi yang sedang dinikmatinya itu dan bertarung lagi dalam satu
pilihanraya kecil ? Jawapannya memang boleh dijangkakan. Inilah yang cuba ditonjolan oleh
kebenaran itu, bahawa terlalu ramai ahli politik kita yang telah tidak tahu malu lagi.
Martin Jalleh (20 October 2000) Rencana Asal: The Truth Prevails In Sungai Siput
The truth can never be silenced. It will eventually
surface. Time will tell. ..and so will the truth be
told.Though up against threat, torture, thuggery
or trickery -- the truth will always prevail.
Cover it, cloud it with legal technicalities, coat it
with complexities -- the truth will appear...as
plain truth. Twist it, turn it, treat it, tamper with it --
but what is true, we will all know....one day.
And so it is in Sungai Siput, Perak.....
On the streets of Sungai Siput=85people are talking.
They are sharing the truth that has come to light...
A "court" of opinion is being formed. People are
judging for themselves an issue which, sadly, an
Elections Court recently chose to strike out.
Almost a year ago, an election took place in their
town. A doctor with a lot of character, courage, care
and commitment, decided to take on the incumbent
-- a Cabinet Minister with a lot of connection, clout,
controversy, and of course, cash. As the election neared, the town was invaded with
people, "potential" voters, presents and promises
they had never seen nor heard before. The Minister's
campaign was assisted by gangsters, a dysfunctional
group which he now wants the MIC to do a study on!
The Minister won. His thugs did what they were most
adept at -- they threatened, with broken bottles, the
doctor's campaign helpers at their "Bilik Gerakan".
The police sat on the numerous reports made. Alas,
the long arms of the law can be tied at times!
The doctor and his party turned to the Election Court
for justice. They wanted a fair chance to place before
the court, evidence of election fraud in the form of
phantom voters and intimidation. They sought an
opportunity to be heard.. But the judge chose to dwell on petty technicalities than
providing the right to be heard. "Presentation" was spelt
as "presentment" and the petition notice was served
by advocate to advocate and not solicitor to solicitor!
Little wonder that the judiciary needs a "rejuvenation"!
But the truth will make itself heard, whatever the Courts
may rule. As a result of protests filed by the doctor's
political party, the Election Commission has to date
struck out 107 names (phantom voters) from the
electoral roll in Sungai Siput. This lends clear credence to the allegation by Dr
Jeyakumar of the use of phantom voters in Sungai
Siput in the last General Elections! It strongly implies
that election fraud did take place! It is an indictment
on Datuk Seri Samy Vellu as MP of Sungai Siput!
The truth is out. Will the MP of Sungai Siput have the
decency to vacate his seat and fight a free and fair
by-election? The answer is very obvious. For the
truth has it too, that many of our politicians have
lost their sense of shame! Martin Jalleh (20 October 2000) |