Laman Webantu KM2A1: 3055 File Size: 4.2 Kb * |
Umno Jadi Bahan Jenaka (Hehehe) By Kapal Berita 24/10/2000 6:19 am Tue |
Sebelum itu Kapal Berita memohon maaf kerana kurang
sihat. Terima kasih kepada teman-teman lain yang sudi
mengisi ruang. Bukan mudah hendak belayar di laut
yang bergelora ini, sekali sekala perlu berlabuh
untuk membaiki apa yang terkurang. UMNO JADI BAHAN JENAKA Dua tiga hari kebelakangan ini nampaknya umno
menjadi bahan ketawa, Bergegar laman yang tidak
seberapa ini sejak buah sentul dipegang orang....
Apa lagi jika ia disentuh oleh seorang dara
yang menjadi buruan jejaka kerana ia mendapat
tempat istimewa disisi mamak tua. Apabila semua projek
tajaan adinda itu diterima dan dilancar oleh
presiden umno, jelaslah betapa istimewanya
adinda walaupun belum setahun jagung di sana.
RETAK DALAM UMNO MENANTI BELAH Sebelum itu para wartawan tanah air menggeleng
kepala dengan pelbagai krisis dan skandal yang bertiup
sejak Abu Hasan menangis sehingga sudah tak bersuara.
Terbayanglah beberapa kegusaran pada wajah beberapa
menteri besar dan pak-pak menteri. Angkara siapa lagi
agaknya umno dirundung malang yang tidak
berkesudahan? Walau apa pun terdapat tanda-tanda
bukan pihak pembangkang. Malah pihak pembangkang
pula menerima bukti dari orang "dalam" umno sendiri
yang sampai kini tidak dikenali identiti.
WANITA TUA UMNO PINTAR SIBER RUPANYA
Sudah kedengaran bisik-bisik wanita umno kini
mula berjinak-jinak dengan alam siber pula.
Mulalah mereka melayang emel sesama sendiri,
mencurah segala rasa hati dan rahsia.
Yang anihnya mereka turut melayar beberapa laman
web reformasi mencari rencana. Kita tidak perlu
menyebut rencana apakah yang mereka cari, kerana
deraian ketawa yang masih belum berkesudahan itu
sudah cukup untuk memberi semua jawapan!
PEMUDA UMNO DAN VETREN TUA BERINTERNET JUGA
Minat untuk menerokai ruang angkasa siber ini
turut menjadi ikutan golongan tua dan pemuda umno
yang sudah tidak tahan lagi disumbat dengan pelbagai
propaganda diktator mereka. Bayangkan bagaimana
beberapa skandal beredar sebegitu cepat sehingga
beberapa orang kuat Mahathir ketar lutut dibuatnya.
(Hmmmm.... berinternet jugak nampaknya mereka)
Kes Abu Hasan tempoh hari sudah cukup untuk mengajar
Mahathir bahawa dia kini sudah berperang dengan musuh
dari dalam yang tidak diketahui siapakah mereka!
Akhirnya Khir Toyo dipilih kerana bimbang Mahathir
sudah terlalu ketara..... PELBAGAI ISU MEMBUKA MATA Saya menerima beberapa emel dari ahli umno yang
merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga
kerana menyiarkan beberapa rencana. Sudah tiba
masanya semua telatah nakal pemimpin umno dan
juak-juak mereka didedahkan seantero dunia.
Kebetulan emel tersebut datang ketika isu
hangat penyerahan Putra Jaya, Puteri Umno dan
beberapa gelak ketawa. Mereka sudah tidak sanggup menyembah seorang
diktator yang sudah gila kuasa sehingga Negeri
Selangor dinoda sehingga semakin kecil luas
sempadannya. Rupa-rupanya Putra Jaya sudah diidam
sejak dahulu kala, dan Khir Toyo memudahkan lagi
agenda diktator yang tua. DISKET REFORMASI TERSEBAR MERATA
Menurut beberapa rakan dalam umno, terdapat beberapa
ahli umno bergiat cergas memburu rencana. Mereka
memetik pelbagai rencana yang mengutuk kepimpinan umno.
Antara rencana yang paling popular ialah rencana Wak
Amin Sapiro yang dianggap memang kena pada tempatnya.
Sudah tiba masanya untuk mereka menyumbang idea dan
tenaga untuk mengikut jejak Wak yang tidak dikenali
paras ataupun rupa. Untuk itu mereka telah menerbitkan
beberapa cakera liut (disket) yang mengandungi beberapa
rencana reformasi yang pedas lagi berisi. Sudah tentu
Wak dan Pak MT ada di dalamnya. Malah ada satu laman web
(yang terpaksa dirahsiakan namanya) menyumbang kira-kira
60% daripada semua rencana di dalam disket itu.
Laman siapa agaknya? Jangan laman ber'antu' dah lerrr...
-Kapal Berita- |