Laman Webantu KM2A1: 3054 File Size: 4.7 Kb * |
B1: Umno dan Gelagatnya By Man Kubur 24/10/2000 12:23 am Tue |
Siri 1: Umno dan Gelagatnya Saya memerima satu emel dari teman menyeru
saya untuk menulis. Saya memandang ke kiri
dan ke kanan. Ini bukan sebarang perjalanan.
Silap langkah memburu maut dan berkecai badan.
Di pohon maaf kiranya menulis pandangan yang
kurang tajam. PASARAN SAHAM Jika kita melihat pasaran saham terkini, nampak
jelas ada sesuatu yang tidak kena. Ia kelihatan
seperti si pengsan yang tiba-tiba boleh segar bugar
serta merta. Tidak semulajadi (natural). Ia umpama
orang yang lemah tetapi berpura-pura gagah berdiri
sambil menyembunyikan tongkatnya. Malangnya tidak
semua orang terpedaya. Statistik FDI menunjukkan pelabur luar sudah mengalih
pandangan ke lain benua. Negara Cina dan India sudah dapat
menarik minat pelabur dengan buruh yang murah dan
kecekapan berteknologi. Tidak hairanlah Bill Gates
mencurahkan wang yang lebih banyak jutanya di India
kerana terpesona. Dan kita tidak terkejut jika pelabur
Amerika berkata di Thailand bahawa Negara Cina sudah
mencuri minat pelabur luar kerana kecekapan
dan kemurahan buruhnya. Maka terpaksalah Rafidah, Pak Lah dan Mahathir
berterbangan ke luar negara berkempen - ini semua
bukan sedikit belanja. Apatah lagi "upah" yang dibayar
kepada pihak tertentu supaya menjemputnya.....atau
memberi hadiah kepada mereka serta upah kerja kepada
jurufoto kamera untuk menangkap imej sesiapa yang
berdemo menentang mereka. Malah upah untuk penulis
buta tidak kurang juga banyaknya - sehingga
mereka bertukar jawatan dari satu media ke satu
media dan mungkin dizinkan menelan syarikat berita
dengan sedikit kertas kerja sahaja. PEMERINTAHAN BERSANDIWARA Di zaman yang serba moden ini sudah ada kacamata yang
luarbiasa. Ia boleh melihat di dalam gelap gelita,
sebagaimana teropong yang dibawa ke kem al Maunah yang
mengejutkan rakyat yang biasa. Dengan sekelip mata negara dipenuhi dengan perbualan
yang tidak menyedapkan telinga mendengarnya - iaitu
"Sandiwara". Apabila PM membebel mengenainya sambil
menonjol jari kepada pihak pembangkang yang digeruninya
semakin jelas terjawab semua tanda-tanya. Tidak mungkin
satu perjuangan yang begitu rahsia tiba-tiba memberi
jejak (clue) rahsia dengan mudah pula.
KEKAYAAN NEGARA DIPERJUDIKAN PULA
Rakyat marhaen sudah sedar dana negara telah dikorek
satu persatu untuk menghidupkan syarikat kroni manja.
Sebuah syarikat kapal yang tenggelam terapung semula
bila Petronas membelinya dengan alasan yang tidak
perlu kita sebutkan lagi. Petronas yang sama juga
yang menyuntik dana kepada bank bumiputra beberapa
kali hanya untuk ditelan oleh buaya kroni yang menanti.
Akhirnya pekerja BBMB dipijak-pijak sehinggga pelanggan
yang berurus-niaga pun ternampak gelagat anak buahnya
yang tidak senang hati. PENONTON GUSTI AGAKNYA Menonton gelagat saham negara mengingatkan kita akan
permainan gusti yang ramai peminatnya.
Kita menonton aksi bursa saham yang naik dengan
tiba-tiba di negara yang baru sahaja mengharamkan
arked videonya. Sayangnya permainan saham apakah
jika harganya boleh naik mendadak tanpa sebarang
petunjuk nyata melainkan petikkan kata sahaja....
Ia sebenarnya mirip satu perjudian dan bukan pelaburan.
Sebab itulah banyak institusi rugi bermain dengannya,
walaupun sudah mengambil beberapa petua, khususnya dari
diktator tua dan mulut-mulut yang semanis dengannya.
UMNO DAN KELEMAHANNYA Umno kini sedang berdepan dengan kesedaran rakyat yang
semakin mencanak. Ia mencuba pelbagai ubat untuk mendapatkan
sokongan rakyat. Minggu lepas Puteri Umno sudah mendapat
publisiti hebat sehingga menggelegak senario Wanita tuanya.
Belum dilancar sudah ada biro Tindakan Sivil (BTS) ala MCA
ditengah kesibukkan Pusat Penjaja Sukom, Sungei Way PJ,
satu kawasan warga industri. Sudah tentu Azalinalah orang
yang mencetus idea dan Mahathir merasmikannya. Dua projek
oleh anak "dara" ini mendapat keistimewaan diktator moden
yang tua - Puteri Umno dan Biro Tindakan Sivil.
Terkilan kita dimana pula projek Wanita Umno? Cukupkah
projek rombongan ke sini dan ke sana untuk menyedarkan
rakyat jelata yang kononnya tidak faham agenda pembangunan
negara? Bolehkah kain batik percuma itu menjamin masa
depan umno yang sudah dipandang rakyat sebagai paling
tidak berguna? bersambung... Siri 2: UMNO dan Ularmaknya |