Laman Webantu KM2A1: 3047 File Size: 6.9 Kb * |
Mesti Baca: 'Puteri Umno' - 'Wanita Umno' DiRundung Perpecahan Dahsyat By Amin Sapiro 22/10/2000 8:04 pm Sun |
Amin Sapiro (Naik Basikal Roda Bulat)
[Rencana ini teramat baik dan termasuk dalam koleksi MESTI BACA
serta siri PERANG SIBER - Editor]>
DALAM satu rencana panjang di Utusan Malaysia (20 September 2000),
Annuar Musa terang-terang mengakui bahawa UMNO Baru tidak memberi
tempat yang wajar kepada kaum wanita golongan muda dalam soal
pengendalian parti. Kata Annuar: [UMNO dilihat sebagai kurang membuka ruang kepada golongan muda.
Terdapat banyak halangan-halangan sama ada kerana birokrasinya ataupun
juga kerana amalan-amalan di dalam UMNO itu sendiri, dilihat sebagai
menghalang golongan terpelajar dan golongan muda menyertainya.]
Di perenggan lain beliau menyambung: [Amat ketara sekali kurangnya penyertaan wanita muda dalam UMNO.
Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat
tertinggi, dimonopoli oleh wanita yang lebih berumur. Ini menyekat secara
langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau
30-an untuk mendapat tempat dalam kepimpinan.]
Kita hairan, mengapa Annuar Musa begitu celupar mengkritik UMNO. Adakah
beliau sudah seberani Shahril Samad pula?
Selayang Pandang Sebagai tradisi terkini UMNO, Mahathir tidak akan membenarkan sesiapa
mengeluarkan sebarang kenyataan ?menghentam? UMNO sepedas yang
disuarakan oleh Annuar Musa itu; kecuali dengan restu dan arahan beliau.
Ramai yang menjangka, kritikdiri (self-criticism) pedas Annuar itu adalah
semacam permulaan kepada satu langkah yang disengajakan dan telah
mendapat restu pucuk pimpinan UMNO. Tetapi soalan yang didengar, jika
Mahathir membenarkan UMNO dikritik secara terbuka, apa agendanya?
Hari ini, segala-galanya sudah terbongkar. Tulisan Annuar itu tidak lebih dari
amaran awal (early warning) kepada satu puak yang mulai ?fall out of
favour? dan tidak diyakini oleh Mahathir lagi. Soalnya, siapa dia?
Waktu itu orang UMNO belum nampak ?sebesar mana udang yang
bersembunyi disebalik batu? yang terpapar dari tulisan Annuar Musa itu.
Kini, rupa-rupanya, undang itu punya sepit ?kala jengking?. Yang disepit
pula sah ?Wanita UMNO?. Lanjutan dari tulisan Annuar itulah timbul isu penubuhan gagasan ?Puteri
UMNO? yang telah ditetapkan oleh Mahathir sendiri supaya diterajui oleh
Azalina Othman. Perkembangan terkini diberitakan, Mahathir mahu ?Puteri
UMNO? ?separate entity? dan tidak tertakluk dibawah naungan WANITA
UMNO. "WANITA UMNO" Terjengket-jengket
Ekoran itu, bermula satu pergolakan "senyap" dikalangan WANITA UMNO.
Dari kenyataan selanjutnya, tersebar dikalangan beberapa kelompok
WANITA UMNO di Johor, Melaka, Perak dan Pahang (secara tidak resmi
diketahui tetapi tidak menjadi rahsia lagi) bahawa mereka telah sepakat
membantah ?dalam senyap?. Rafidah Aziz merasa diri dan kedudukannya
sudah di "undermined" oleh Mahathir.
Penerajuan ?Puteri UMNO? oleh Azalina Othman bukan saja membawa
kepada perpecahan perpaduan WANITA UMNO, sebaliknya telah
menyebabkan sayap kiri UMNO itu semacam patah dan tercabut bulu.
Pembantah ?senyap? itu pula sudah membuat strategi sendiri.
Ramai pihak WANITA di peringkat Bahagian di negeri tersebut telah sepakat
membuat ketetapan rahsia. Khabarnya, Rafidah sendiri adalah pemimpin
WANITA yang paling vokal menyuarakan bantahan (melaui orang
uapahannya). Nampaknya sekarang, Siti Zaharah sudah boleh nyenyak tidur. Apa tidaknya,
kata Siti Zaharah: ?Ayam betina yang beketuk riuh se kampung kununnya
akan bertelur banyak (semasa Rafidah menang 12 undi di Perhimpunan lalu),
rupanya kini bukan menghasil telur, tetapi ekor sendiri sudah bergelumang
taik. Padan muka..!! hehehe?.
"Puteri UMNO" Berprinsip "Jati-diri"
Ramai yang ketawa bila Azalina Othman (yang dijangka piihan Mahathir
menerajui Puteri UMNO). Ketokohan budak mentah itu telah menjadi bahan
ketawa WANITA. Seorang pemimpin WANITA dari Negeri Sembilan yang
ditemui berkata, "Budak Azalima itu, rupa saja macam pulut, tapi bila ditanak
(masak) berderai. Kami dah 20 menganggotai WANITA, apa budak tu tau?"
Dahlia dalam sebuah rencana di WebAntu ("Golongan Cap Semut/Gajah
Dalam Umno") menulis rungutan Mak Chik-Mak Cik UMNO di Johor
mengenai penubuhan "Puteri UMNO" dan beberapa orang yang bakal
menerajuinya. Fokus Mak Chik-Mak Cik adalah latarbelakang peribadi dan
tingkah laku Azalina Othman yang terlalu dikenali. Ia sudah mulai tersebar
melalui surat layang. [Rujuk Rencana Dahlia No: 3003 - Editor]
Walaupun UMNO kununnya tidak mempedulikan konsep ?surat layang?,
tetapi antara sesama WANITA UMNO sudah mulai berhubung melaui internet
e-mail mengenai isu ini. Dan kesannya bukan setakat menggegar WANITA
tetapi sudah mulai menggoncangkan UMNO induk.
Khabarnya, selain dari Johor, Melaka, Perak dan Pahang; beberapa buah
negeri lain juga sudah memutuskan sesuatu yang masih dirahsiakan.
Sekarang, penyokong kem Siti Zaharah sudah ?letak harga?. Kem Rafidah
sedang tercungap-cungap seperti ikan di air keruh. Makin itu kem Zaharah
tarik harga lagi. Apa yang akan berlaku - kena tunggu 2003/4.
Terdengar Hilai Ketawa Yang Menggila
Nampaklah sekarang, Annuar Musa yang sah mejadi ?kuda belang?
Mahathir untuk menyuarakan pendapat ?taukeh?nya itu, adalah bertujuan
untuk mengkaji ?sedalam mana air diruang?. Beliau dengan berani berkata:
[??saya (Annuar) berpandangan bahawa UMNO perlukan reinvention dan
reengineering untuk kekal berpengaruh.]
Nampaknya, Mahathir (melalui Annuar Musa) cuba ?reinvent the wheel?
melalui satu proses ?reengineering?. Mungkin Mahathir berfikir roda UMNO
tidak harus bulat, sebaliknya ?4-segi?.
Bagaimana rasanya kalau roda kereta lembu UMNO 4-segi? Adakah selesa
menumpang kereta lembu UMNO yang beroda 4-segi itu?
Mahathir?Mahathir..!! Nampaknya ciptaan Mahathir terkini lebih bangang dari
rekacipta saintis Zaman Batu!! Hahaha?!! Boleh terkejarkah oleh kereta lembu
UMNO pecutan wanita KeADILan dan PAS (BA) yang punya roda-roda
yang telah di ?realignment? dengan sempurna?
Amin Sapiro |