Laman Webantu KM2A1: 3044 File Size: 5.9 Kb * |
'Barisan Alternatif' Tumbuh Dari Bisikan Hati Nurani Rakyat By Amin Sapiro 21/10/2000 8:20 pm Sat |
Amin Sapiro (menanti pelangi pagi) "BARISAN ALTERNATIF" TUMBUH DARI BISIKAN HATI NURANI
RAKYAT Tidak boleh dinafikan kini bahawa Barisan Alternatif
(BA) sudah menjadi "focal point" penganalisis politik
(tempatan dan luar negara). Orang tidak sedemikian
cenderung lagi membicarakan masa depan UMNO/BN.
Sebaliknya, penganalisis politik, ekonomi dan sosial
merasa lebih bermanfaat mentelaah sekitar "future"
negara ini yang bakal dirangkarancang oleh pemimpin
Barisan Alternatif (BA). Pemimpin dunia maju dan para pelabur asing sudah putus
kata bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara yang
wajar jadi minatan mereka untuk meletakkan harapan.
Hakikat ini amat merugi kita. Rakyat harus "tepuk dada
tanya selera"..!! Anwar Makin Menguasai Politik Malaysia
Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional tak
putus-putus mencemuh Barisan Alternatif (BA) kununnya
tumbuh dari desakan simpati yang sempit terhadap nasib
Anwar. Media arus perdana cetak dan letronik telah dipaksa
supaya pro Regim Mahathir dan Barisan Nasional. Mereka
diarah supaya membuat liputan berita dan rencana
bepaksikan "equation" kununnya "REFORMASI = RUSUHAN".
Jika engkar, "editor in chief" akan ditendang keluar!!
Maka terpancarlah dikaca TV dan diupahlah
penulis-penulis betahap cendekiawan "Lebai Malang @
Profesor Cangkung " dari kampus-kampus Universiti
tempatan supaya menulis rencana pro Regim Mahathir,
UMNO Baru dan Barisan Nasional. Dihubungkaitkanlah,
kununnya UMNO Baru adalah parti yang pernah berjasa
sejak 43 tahun silam, parti yang memerdekakan negara
parti yang tumbuh dari asakan Anti Malayan Union.
Tetapi, jika seseorang itu mengkaji dan metelaah
sejarah UMNO dan melakukan analisis secara "compare
dan contrast", maka pasti akan didapati satu senarai
panjang pelbagai perbedaan ketara antara UMNO Baru dan
UMNO Lama. Yang tunjang, UMNO/BN adalah dikuasai oleh
seorang Diktator yang sudah "hilang arah". Keadaan
inilah yang memberi gambaran jelas apa sudah jadi
kepada BN Baru dan BN Lama. Satu kesimpulan yang nyata ialah: seseorang
penganalisis politik akan nampak bahawa Regim Mahathir
dan pemimpin UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN yang
menganggotai Barisan Nasional sudah jauh terpesong
dari wadah perjuangan yang diamanah dan tuntut rakyat
semua kaum sejak negara ini merdeka. Barisan ini dan para pemimpin parti itu makin
terpisah, tersingkir dan telah putus hubungan dengan
rakyat. Mereka tidak dapat lagi membaca hati rakyat
dan apa jua yang mereka lakukan tidak bertujuan untuk
memberi kesejateraan rakyat. Makin hari makin nampak bahawa Regim Mahathir dan
pemimpin Barisan Nasional sekarang, terlalu banyak
karenah dan melakukan bermacam-macam perkara yang
bertentangan dengan norma budaya, hasrat dan kemampuan
rakyat menerimanya. Mereka tidak lagi mengamalkan
Keadilan, sebaliknya melakukan segala bagai kekejaman
dan Kezaliman terhadap rakyat. Sebagai bukti, apa yang dilakukan oleh Regim Mahathir
dan pemimpin Barisan Nasional sekarang, samada
rancangan yang dikatakan mereka sebagai "pembangunan",
pengendalian dan perlaksanaan undang-undang dan
pentadbiran, perioriti dan fokus pembangunan ekonomi
dan sosial, pentadbiran wang rakyat, keutamaan
Belanjawan Negara, konsep keadilan dan perakuan hak
asasi rakyat dll, - sudah hancur dan tunggang-terbalik.
Disinilah keterampilan dan karisma Anwar makin tampak
menguasai politik Malaysia. Sehingga, ke ceruk dunia
mana juga Mahathir pergi dan berwawancara, bagi
audience yang hadir: Anwar seolah-olah sedang duduk
memerhatikan Mahathir sedang BERBOHONG bontang..!!
REFORMASI dan Pengembalian Kesejahteraan Rakyat
Persoalan yang timbul dihati rakyat sekarang ialah:
sampai bilakah negara ini dipaksakan oleh Regim
Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional supaya
terus-menerus bergolak, bergejolak dan statik. Walhal
negara ASEAN yang lain dan seluruh negara Tenggara
Asia sudah melupakan kemelesetan ekonomi yang melanda
dua tahun dulu. Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional semacam
tidak sedar bahawa rakyat sudah sampai ketahap "tidak
yakin" lagi kepada BN dan komponen yang menggotainya -
lebih-lebih lagi dengan Mahathir sendiri menerajui
parti. Malah, desas-desus sudah terdengar bahawa bukan saja
Barisan Alternatif (BA) yang mencabar kepimpinan
Mahathir dan mendedahkan gejala Rasuah, Nepotisma dan
Kronisma yang "menggila-gila" dikalangan pemimpin BN;
pemimpin UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN sendiri sedang
mengalami perpecahan sesama sendiri atas
sebab-musabab dan faktor yang sama.
Bermakna, BN sendiri sedang menunjukkan kecenderungan
untuk menghayati konsep "Reformasi" yang dilaungkan
oleh Anwar. Apa yang menakut Regim Mahathir dan pemimpin Barisan
Nasional yang korup itu ialah, pemimpin pertengahan
komponen Barisan Nasional sendiri sudah tidak yakin
Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional yang ada akan
termampu menandingi dan mengimbangi REFORMASI yang
cicetuskan oleh Anwar; dan diperhebat oleh Barisan
Alternatif (BA). Apa akan jadi dalam Pemilu 2003/4 kelak??
(bersambung) Amin Sapiro |