Laman Webantu KM2A1: 3039 File Size: 8.5 Kb * |
Begini Jadinya Bila Yahudi Perangkap 'Ulamak' Dari Dalam By Amin Sapiro 20/10/2000 9:04 pm Fri |
Amin Sapiro (mencari iktibar di bulan Rejab)
BEGINILAH JADINYA BILA YAHUDI PERANGKAP "ULAMAK" DARI
DALAM Arahan Berbau Yahudi? Kita berbalik sejenak kebelakang - Sebelum regim Shah
Iran yang terkenal dengan Savak yang sangat kejam itu
tumbang; Ayatullah Khomeni pernah dihalau dari bumi
Iran oleh Raja yang zalim itu; semata-mata kerana
beliau memberi ceramah di masjid-masjid.
Itu adalah strategi Yahudi Amerika untuk memusnahkan
Islam di sana, kerana ditakuti akan merosakkan
kepentingan Yahudi bernilai berlaksa-laksa dolar
Amerika di bumi Iran. Tetapi, apa sudah jadi? Ulamak Parsi itu telah
berhijrah ke Paris, sebuah negara yang meresmikan
agama Kafir. Di sana beliau semakin popular. Beliau
mengendalikan pelbagai ceramah agama yang kemudiannya
ditafsirkan oleh rakyat Iran tempatan sebagai sumber
semangat menumbang regim zalim Reza Pahlavi, "bapak
sekularis Islam" di Iran. Akhirnya, Shah Iran "bungkus gulung tikar" lari
lintang-pukang dengan membawa segenggam tanah cuma..!!
Ke mana? Tidak ke mana. Yang pasti beliau terbenam 6
kaki bawah tanah. Saling tak tumpah Raja itu seperti
tunggul kayu dimakan anai-anai - mereput dari dalam.
Hancur satu keluarga jadi mangsa perbuatan mereka
mengkhianati Islam. Itu adalah peristiwa segar yang memberi kita kenyataan
benar bagaimana Yahudi melaksanakan agenda menggunakan
Raja dan Kerajaan (ulang: Raja dan Kerajaan) yang
memerentah supaya sekongkol cuba memusnahkan Islam
dari dalam. Tak jalan. Akhirnya Raja dan Kerajaan yang
cuba memusnah aspirasi rakyat yang berkobar-kobar
menumbang kerajaan zalim telah menang. Jahanam
kerajaan peliharaan Yahudi gampang. Tak ada juga yang
nak fahamkah? Tak cukup lagi contoh itu, kita wajar ingat peristiwa
Abrahah menyerang kota Makkah. Pasti kita mendapat
iktibar paling besar bagaimana Allah swt. menurunkan
bala paling keras kepada tentera si Abrahah. Sebagai
peringatan, kita sering menjadikan peristiwa itu
sebagai surah yang kita baca semasa Solat.
Pun masih ramai antara kita (termasuk pemimpin UMNO
dan MB Selangor serta para ulamak mereka) seolah-olah
terlupa bahawa sesungguhnya Islam adalah sentiasa
dalam pemeliharaan Allah swt. Dialah yang memelihara
agamaNya! Kesan Kemusnahan Aqidah dan Amalan
Bermakna, sekiranya Islam itu terlampau teruk cuba
dimusnahkan manusia durjana, hingga berlaku kemusnahan
aqidah dan amalan yang dituntut Allah swt keatas umat
dan hambaNya; kesan dari perbuatan manusia yang cuba
mencemarkan agama yang Maha suci itu - nescaya Allah
swt sendiri akan mengambil keputusan menyelamatkan
agamaNya. Dan bala yang akan menimpa adalah jelas: Kerajaan dan
pemimpin yang tidak berhemah itu akan musnah menyembah
bumi. Segala nikmat akan ditarik balik oleh Allah swt.
Maka tinggallah bagi mereka cuma "gigi dengan lidah"
dan tulang rangka dibalut kulit cuma. Hari ini kerajaan Ethiopia Abrahah sudah hancur musnah
tidak bersisa. Zuriat-zuriat perkasa yang pernah
mengangkat pedang dan cuba meruntuhkan Ka'bah kini
hidup kurus kering tinggal tulang rangka sahaja.
Sejak 1,400 tahun dulu hingga ke hari ini, iklim
padang pasir menjalar mengkering-kontangkan bumi yang
dulunya serba hijau hingga termusnah kehidupan mewah
yang melimpah-ruah. Itulah dia balasan Allah swt.
Masih kita di Malaysia ini tidak sedar?
Negeri Selangor dan Regim Mahathir
Kita kena ingat, Negeri Selangor akan kekal hingga
Kiamat (insyaAllah). Zuriat orang Melayu Islam di
Selagor akan hidup lebih lama. Wajar sangat difikirkan
oleh MB Selangor, ulamak JAIS, Majlis Fatwa, ulamak
UMNO, regim Mahathir (termasuk baginda Sultan dan
Raja-raja Melayu) BAHAWA arahan "cacamarba" yang
dikeluarkan kepada YAB TG Nik Aziz begitu sudah lebih
dari yang termampu dipatuhi oleh orang Melayu Islam di
mana-mana jua. Mahathir pasti akan mati. Allah swt tidak pernah
menjanjikan kepada hambaNya akan terus hidup menongkat
langit. Yang kekal hanya Allah swt saja. Apakah
jaminan UMNO, MB Selangor, ulamak JAIS, Majlis Fatwa,
ulamak UMNO, regim Mahathir (termasuk baginda Sultan
dan Raja-raja Melayu) akan beri kepada orang Melayu
Islam hidup sejahtera di Dunia dan Akhirat?
Kita tanya lagi: Adakah dengan memusnah seruan Islam
itu dan menegah, mencegah, melarang, menghalau,
mensenaraihitamkan, tidak memberi kebenaran kepada
satu senarai panjang ulamak-ulamak Islam berceramah
kepada ummah maka UMNO dan regim Mahathir akan terus
kekal berkuasa sampai bila-bila? Adakah dengan
mengeluarkan arahan kepada YAB TG Nik Aziz begitu
merupakan jaminan UMNO/BN akan terus kekal memerentah?
Ayat Kursi dan Hikmahnya Sesungguhnya, Allah swt merajai segala Kerajaan di
bumi dan di langit. Kuasa yang ditumpangkan kepada
semua pemimpin (termasuk pemimpin UMNO) adalah amanah
semata-mata. Di Yaumilmahsyar, kalian akan disoal oleh
Allah swt, bukan atas asas sekaya mana, atau hebat
mana kuasa yang anda rangkul selama menjadi pemimpin
UMNO atau MB, Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua
Perhubungan, Presiden Parti, atau Perdana Menteri.
Soalannya lebih kepada sejauhmana anda telah melakukan
kebaikan ke jalan yang diredhai Allah swt.
Mustahil MB Selangor dan ulamak JAIS terlupa perkara
itu. Mungkin kerana dendam politik Mahathir, anda
sanggup jadi KRONI hingga sama-sama sanggup terjun ke
Neraka bersama Dr. Mahathir Mohamad? Bangang sangat
anda nampaknya!! Raja-Raja Melayu Melindungi Agama Islam?
Tidak salah kita bertanya sekarang: Apa fungsi
Raja-raja Melayu dalam memertabatkan agama Islam jika
seorang MB boleh keluarkan arahan mencantas kuasa
baginda semua? Tidakkah itu bermakna kuasa Raja-raja
sudah dicincang dan ditumbuk lumat-lumat dan dijadikan
"sambal belacan" oleh MB-MB dan Presiden UMNO?
Bilakah dalam Enekmen Agama Islam di negara ini
seorang MB negeri dan Presiden UMNO boleh mengeluarkan
arahan dan dipatuhi sebagai undang-undang oleh rakyat?
Dimanakah peranan Majlis Fatwa? Adakah senarai panjang
ulamak yang ditegah berceramah itu telah melalui
proses yang membuktikan mereka mengajar "Ajaran Sesat"
seperti Astora Jabat dan Kassim Ahmad?
Haiiiiihhhhhh!. Tak salah jika orang luar mempersenda
kita dengan berkata, "Malaysia sudah tidak ada
Undang-undang Syariah Islam. Sudah jadi macam kandang
haiwan. Siapa nak rogol anak dara sunti, simpan gundek
dan mistress adik ipar dan anak dara jiran, bebas
memakai segala macam pakaian bertentangan dengan hukum
Islam " silakan..silakan..silakan!!.
Apakah negara ini sudah tidak bertuhan? Apa jawapan
Baginda Sultan? Apa guna Baginda semua ditanggung
makan, diberi kekayaan, duduk di takhta yang tempawan,
beristeri 2, 3 dari pelbagai keturunan, main judi
memusnahkan hutan simpan; TETAPI sampai masa rakyat
menyerah MEMO - baginda simpan bawah tilam? Aduhai -
Baginda Sultan..!! Berfikir dan Berfikirlahhhh.!! Berfikirlah sebelum terlambat. Hari ini hari Jumaat.
Bulan ini bulan Rejab yang memberi berkat. Semasa
solat Sejadah Subuh pagi tadi kita sama-sama menadah
tangan memohon keampunan dan merafa'kan hajat kepada
Allah swt. Masakan selepas itu kita berkeliaran
melakukan pekerjaan melaknat agama Allah swt pula?
Tidakkah itu bermakna hidup kita sentiasa bergelimang
dengan 1001 maksiat dosa berat? Nauzubillahhhhhhh..!!
Berfikirlah..!! Salam dan silaturrahim dari saya kepada semua
(termasuk kawan-kawan "lamo"). Amin Sapiro
|