Laman Webantu KM2A1: 3034 File Size: 10.6 Kb * |
Pembangkang Sudah DiYakini Oleh Pemimpin Dunia Bertamaddun By Amin Sapiro 20/10/2000 7:49 am Fri |
Amin Sapiro (menunggu musim angin berubah hala)
PEMBANGKANG SUDAH DIYAKINI OLEH PEMIMPIN DUNIA
BERTAMADUN. Perubahan Angin Sudah Tiba Mungkin apa yang saya usulkan lebih releven kepada
sektor kepimpinan negara yang digelarkan oleh regim
Mahathir sebagai Pembangkang (walaupun sudah menawan 2
negeri sebahagian besar Parlimen dan DUN), berbanding
dengan regim bertampukkan UMNO/BN sekarang.
Hematnya, "impression" pelabur luar yang ditemui
rata-rata menyatakan bahawa: 1) mereka sedang menunggu bilakah negara kita akan
kembali pulih seperti sebelum DS Anwar dilucutkan dari
jawatan Menteri Kewangan, lantas dikhianat dan
dipenjara-politikkan oleh Mahathir Mohammad;
2) mereka menunggu bila mungkin negara ini akan
kembali semula mengikut arus perdana dunia sejagat
tanpa Mahathir menafikan kewibawaan undang-undang,
sealir dengan rentak ekonomi "global" dan memperakukan
Hak Asasi Manusia (khususnya terhadap rakyat negara
ini). Mereka semacam mahu menyatakan Malaysia sedang
diurustadbir oleh sebuah regim "undemocratic" dan
"depostic". Mereka mentafsirkan Mahathir sebagai seorang yang
berkuasa mutlak dan tidak berfikir panjang untuk
rakyat. Beliau dilihat sebagai seorang "benovelent"
kepada Kroninya cuma, sementara Nepotisma dan Rasuah
berleluasa "unchecked and rampant" (kata mereka).
Kata mereka, "Bermula dari "Lesen Terbang" hingga
kepada "Pukul Mata Orang", semua ada Kroni dan Rasuah
dibelakangnya?. Issskkkk. Malunya!! Yang ditangkap
orang yang ada "Lesen Terbang", bukan orang yang
keluarkan lesen jenis "baru" itu. Kalau "mata biru",
yang masuk jail orang yg matanya "dibirukan", bukan
orang "membirukan". Kan anih? Undang apa?
Saya ikut ketawa bila mereka mengejek mengatakan,
"Mahkamah Malaysia pandai "pukau tilam" jadi saksi
bisu, dan macam Aladdin boleh buat "Travolli Villa"
sekejap ada sekejap ghaib.. (camana saya nak jawab?
Kan lebih baik ketawa saja?)!! Pelabur Luar Menyisihkan Malaysia
Singkatnya, saya nampak sekarang, terang-terang
pelabur luar sangat berwaspada untuk melabur di negara
kita ini. Puncanya, faktor-faktor "instabilities"
yang tercetus dari karenah regim Mahathir sejak Anwar
dibuang secara paling tidak beretika, sudah
menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur yang berwang
banyak dari melabur di sini. Mereka (pelabur luar) itu menunjukkan ketakutan yang
amat sangat melabur puluhan billion dollar. Mereka
tahu kita sangat memerlukan untuk membaik-pulih ekonomi
negara yang ternyata tidak mampu dilakukan dari sumber
dalaman yang ada. Pembohong Besar Terbukti, rombongan Mahathir dan Rafidah sudah banyak
kali gagal "memancing" pelabur luar menanam modal
disini. Kalau mereka menafikan hakikat yang benar ini,
bermakna mereka PEMBOHONG BESAR!! Mereka (pelabur luar) menyatakan, mereka mempunyai 1001
macam ide dan perancangan untuk melabur di Tenggara
Asia dan ASEAN. Mereka juga punya teknoloji dan
kepakaran, yang sesuai dengan tahap kecekapan manpower
di Malaysia (sebagai negara maju yang punya asas di
bidang pendidikan masa dulu). Mereka sanggup melabur dalam jangka jumlah ratusan
billion di negara ini. Tetapi masalahnya, "There is no
political, administrative, legal and social
stabilities in Malaysia", kata mereka. Itu adalah
rumusan yang harus menjadi asas yang harus
dipertimbangkan oleh rakyat dalam menentukan kerajaan
dalam tahun 2004 yang akan datang. Perjuangan Barisan Alternatif (BA) Diperhatikan
Mereka memandang tinggi perjuangan rakyat menegakkan
Keadilan. Dan mereka terang-terang meletakkan harapan
kepada Barisan Alternatif (BA) dan kembalinya Anwar ke
pangkuan rakyat untuk menerajui negara.
Walaupun mereka berkata bahawa mereka "tidak berhak
menentukan pilihan rakyat" negara ini, namun mereka
terang-terang berrkata "The choice of where we will
invest our huge funds is our prerogatives. We can't
wait. We have Indochina, other ASEAN countries (other
than Malaysia), China, or Taiwan", kata mereka.
Celupar Mahathir Merosakkan Peluang
Makin nampak kepada saya bahawa mulut celupar Mahathir
memaki hamun dunia bebas yang banyak wang, teknologi,
pasaran; dan keinginan mereka melabur itu; sudah
"backfire" kepada ekonomi, pembangunan dan kemajuan
nergara dan rakyat kita. Saya dapat merumuskan bahawa dunia sudah sampai
ketahap memandang Barisan Alternatif (BA) sebagai
harapan untuk mengambil tempat di hadapan dalam
mengemukakan rangka dasarnya berhubung isu sosialisasi
parti dalam konteks "globalisasi". Dengan itu, makin
nampak BA harus memainkan peranan dalam ledakan dunia
bebas supaya berhubung dengan lebih akrab dengan
pemimpin luar. Dunia sudah tidak lagi berharap Mahathir dengan segala
retoriknya saja melaksanakan agenda murni untuk
rakyat. Dunia sudah bosan mendegar cemuh-hamput dan
maki hamun Mahathir terhadap dunia maju. Mahathir
seolah masih lagi mau muncul seolah-olah tidak ada
orang lain yang lebih bijak dari dirinya seorang.
(Mana ada jalan itu macam, Madey. Lu ingat orang suma
gila serupa lu kaaa??) Wira Dunia Ke-3 Bakar "Kelambu" Parti
Dunia sudah mulai mentafsirkan bahawa si "Wira Dunia
Ke-3" yang dilantik oleh Ibrahim Ali yang serba
"baghal, bodoh-sombong dan paling bangang ketetel" itu
sudah betul-betul menjadi "Unta Kering" yang tersadai
di tengah padang pasir kontang. Iskk..iskk..iskk..!!
Pemimpin UMNO/BN pula adalah "dalang-dalang" kera
sumbang yang mulut melopong mulut dihurung langau
hijau bila mendengar Mahathir menyanyi "keroncong"nya.
Terlampau ramai antara mereka cuma bergantung di kaki
seluar si Tua Bangka yang sudah mabuk kuasa itu.
Pemimpin UMNO/BN sekarang cuma membebel "entah
apa-apa"; sementara Mahathir bercakap di merata
pelusuk dunia tanpa sebarang ulasan orang luar. Sudah
ramai orang keluar Dewan Perhimpunan di Club-club
Eksklusif antarabangsa sebaik saja mendengar Mahathir
akan hadir dan bercakap. Mereka mentakrifkan Mahathir seperti belon panas
berisi angin kimia yang membunuh diri sendiri.
Sepatutnya UMNO/BN menasihati Mahathir bahawa
kegemilangan nama tuan mereka (Mahathir Mohammad)
sudah tawar-hambar. Malah, jika si Mahathir ini
diberitakan akan berucap, ramai anggota yang menolak
jemputan tidak akan hadir. Lihat saja peristiwa ISNA
di Chicago dan di Cambridge sedikit hari dulu. Itu
bukti nyata bukan fitnah Amin Sapiro (tau tak UMNO
ooiii..?). Rakyat Wajar Ambil Iktibar Oleh itu, terpulanglah kepada seluruh rakyat negara
ini mengambil iktibar bahawa Dunia luar sudah tidak
yakin Mahathir dan UMNO/BN mampu mempertahankan
kepentingan nasional Malaysia dari serangan musuh
ekonomi negara dari luar. Sebabnya, Mahathir melakukan
banyak jenayah ekonomi dalaman yang melemahkan negara
sendiri. Sebenarnya mereka (pelabur dunia) sudah memulakan
pemboikotan pelaburan terhadap Malaysia. Puncanya,
Mahathir dan UMNO/BN masih melaksakan kuasa secara
"kurang peka" dan tidak berhemah; selari dengan
tuntutan rakyat dan sealiran dengan ragam kovensional
dunia sejagat. Dari apa yang saya lihat, dan dari apa yang saya lihat
itu pula telah memberi saya asas untuk merumuskan
(setelah sekian lama meneliti keadaan dan "disahkan"
hasil dari perjalanan saya tempoh hari) bahawa
hampir-hampir sahih dan khusus bagi rakyat memutuskan
pilihan lebih awal siapa yang wajar menerajui Kerajaan
dalam pilihanraya yang akan datang (2004?).
Pembangkang BA Lebih Mantap Pembangkang BA wajib bersedia dari sekarang. Kerana
itu, makin WAJIB pemimpin Pembangkang dan BA
memusatkan tumpuan sampingan yang kental terhadap
isu-isu perlaksanaan strategi PR dalam konteks
Globalisasi di bidang ekonomi pula. Pembangkang BA harus menyuarakan isu ini kepada rakyat
dan menjadikan ia sebagai strategi yang menjanjikan
harapan positif dan opmistik terhadap kehidupan dan
masa depan rakyat. Majoriti rakyat mungkin tidak faham, jauh sekali dari
mengerti apa sebenarnya "Reformasi" itu. UMNO/BN sudah
mencucuk ke dalam minda rakyat bahawa "Reformasi =
Rusuhan". Sikit hari lagi perkara yang berlaku di
Indonesia dulu akan ditayangkan di TV dan akhbar.
(percaya tak? Sama-sama kita lihat nanti..!!)
Strategi Serampang Dua Mata Pembangkang dan kepimpinan BA wajar menunjukkan kepada
dunia dan rakyat sendiri bahawa mereka telah mendapat
keyakinan (paling kurang) tiga badan agensi pengawas
sektor ekonomi dunia seperti IMF, Bank Dunia dan WTO
(World Trade Organisation). Pemimpin agensi-agensi
tersebut harus dirapati dengan baik dan mereka harus
(paling kurang menyokong perjuangan Reformasi) jika
tidak pun menyatakan keyakinan kepada kepimpinan
Barisan Alternatif (BA). Mata serampang ke dua, Pembangkang dan kepimpinan BA
harus mendapat sokongan pemimpin dunia luar dan NGO
antarabangsa supaya memberi asakan kepada Mahathir
dan UMNO/BN supaya menyelesaikan isu dalaman yang
makinn parah menekan senario politik mereka; kesan
dari kemelesetan pelaburan luar dan senario ekonomi
yang makin parah. Terjemahkan "Reformasi" Sebaik Mungkin
Dari situ rakyat akan terpanggil untuk memberi
keyakinan kepada perjuangan REFORMASI. Terjemahkanlah
REFORMASI dari sudut Keadilan undang-undang, manifesto
kertas putih Pembangunan ekonomi dan kesejahteraan
sosial, pembasmian Kezaliman, kerakusan kuasa puak
"itu" dan Pembohongan @ Penipuan seperti yang sedang
berlaku terhadap rakyat Terangganu dan 8 juta
penyimpan KWSP, dll. (NB. ada berpuluh perkara yang
masih tersembunyi). Bongkar! Dan Bongkar semua.!! Rakyat wajib tahu
tiap-tiap satu!! |