Laman Webantu KM2A1: 3029 File Size: 14.9 Kb * |
TJ MGG: Bila Menteri Besar Tayangkan Tajinya By Marhain Tua 19/10/2000 11:11 am Thu |
MGG100 Bila Menteri Besar Tayangkan Tajinya Tidak ramai yang menyangkakan beliau mampu melakar satu kerjaya politik yang
dapat menyerlah sebaik sahaja dia mengambil tempat seorang pemimpin yang
telah memegang teraju kepimpinan negeri dan juga UMNO selama sebelas tahun.
Inilah kejayaan Adnan. Dia berupaya merenggangkan dirinya daripada insan
yang digantikannya, Tan Sri Khalil Yaacob yang kini menjadi Setaiusaha Agong
UMNO merangkap Menteri Penerangan. Pada mulanya, Adnan telah meminta agar
dia dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri, satu jawatan yang
memang selalunya dipegang oleh Menteri Besar. Apabila UMNO memperlekehkan
perkara itu, dia telah mengugut untuk meletakkan jawatan yang memungkinkan
tercetusnya pilihanraya kecil. Kerana itu Tan Sri Khalil terpaksa
melepaskan jawatan itu, dan Adnan mengambil tempatnya. Sekarang ini Adnan
bersuara lantang menempelak Tan Sri Khalil kerana keadaan negeri yang tidak
berwang. Kerana itu dia secara lantangnya telah memberitahu orang ramai
disebabkan ketiadaan wang, pembangunan negeri terpaksa dipinggirkan.
Dalam Kerajaan Brisan Nasional, menteri besarnya memang terkenal kerana
ketahanan mereka memegang jawatan itu dan bukan kepada kewibawaan mereka
sebagai pemimpin. Menteri Besar UMNO yang terakhir di Terengganu, telah
menyambut ulangtahunnya ke 25 tahun di jawatan itu dengan menyaksikan
kemunculan PAS untuk mengambil alih pentadbrian negeri setelah mereka menang
di pemilu November 1999 dulu. Menteri Besar Negri Sembilan sudah pun
menghampiri ambang dua dekad dalam jawatannya itu. Tan Sri Khalil telah
menjadi menteri besar Pahang selama sebelas tahun. Menteri Besar ini dapat
bertahan lama di tampuk kepimpinan negeri itu disebabkan perkenan presiden
UMNO dan bukannya disebabkan mereka didapati sesuai oleh dewan perundangan
negeri masing-masing. Di Johor telah berlaku satu skandal yang membabitkan
dua kes yang bernilai 500 juta setiap satu sehinggakan ia menggugat
kedudukan menteri besar. Soal kewibawaan seseorang menteri besar itu juga
terpalit kepada sebuah negeri di mana ketua menterinya bukannya datang
daripada UMNO. Sejak 1957, Penang telah mempunyai hanya tiga orang ketua
menteri. Seperti yang telah berlaku di Terenganu, jawatan di Penang itu
masih tidak bertukar dan mungkin berubah kalau ada tindakan pembaruan
yang dilakukan oleh rakyat. Kerajaan kerap berlagak sombong dengan
kenyataan berkaitan dengan stabiliti, sedangakan apa yang dilakukannya ialah
menggalakkan korupsi, pembaziran wang rakyat, pembikinan imej,
keangkuhan, dan sikap melakukan putaran minda bagaimana masyarakat
menghargai kepimpinan mereka. Rintihan yang dilakukan oleh Adnan Yaakob
merupakan satu pertanda betapa akan bermulanya satu trend sanggahan dari
dalam yang mahukan perubahan dalam cara mana kerajaan negeri Barisan
Nasional itu harus ditadbir. Di antara hutang lapuk iatu ialah:
[-susun atur semula oleh Editor] Seperti lazimnya, Dewan Undangan Negeri memang tidak diberitahu
akan segala masalah kewangan ini. Tetapi, apa yang berlaku di Pahang
bukannya sesuatu yang luarbiasa. Apabila sebarang usaha pengawalan belanja
itu dianggap sebagai penghalang kemajuan, dan dewan undangan negeri tidak
diberi ruang untuk menyoal perjalanan kerajaan itu, apatah lagi apabila
keangkuhan seseorang pemimpin itu menjadi satu lambang kepimpinannya
sehinggakan tidak ada sesiapa yang menyanggah cara dia menghamburkan
jutaan ringgit kepada sesuatu projek yang disangsikan, sudah tentu projek
itu akan kecundang dan tidak perlu dihairankan lagi. Inilah yang berlaku di
Pahang, di setiap negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan malahan
juga di peringkat kerajaan pusat. Jawatankuasa Akaun peringkat parlimen dan
juga dewan negeri yang beraanggungjawb ke atas belanjawan kerajaan ternyata
gagal berfungsi. Kerajaan Pusat kini mahu menyekat pembayaran RM800 juta yang merupakan
royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kepada pentadbiran kerajaan PAS,
yang memang berhak ke atasnya. Bukannya mudah untuk melaksanakan ura-ura
itu. Perjanjian royalti di antara Petronas dna Terenganu telah dimetrai
pada 1973 di antara pengrusi Petronas ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah
dengan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Yang
menandatangani perjanjian itu ialah Petronas dan bukannya kerajaan
Persekutuan. Kerajaan Terenggaanu sudah pun menyiarkan dokumen perjanian
itu untuk tatapan umum (sila lihat http://www. Harakahdaily.com untuk
butir lanjut). Tetapi, Tengku Razaleigh bukannya seorang insan yang mudah
disenangi oleh orang UMNO kerana ramai yang sudah lama mengharapkannya ghaib
di awang-awang. Tiga dekad sudah pun berlalu sejak perjanjian itu dimetrai,
kini pemimpin Barisan Nasional mahu bertegas bahawa perjanjian itu tidak
sah kerana Kuala Lumpur mahu memperkenalkan cara mengagehkan wang itu pula.
Jumlah yang terbabit merupakan 80 peratus daripada hasil kutipan pendapatan
negara. Tanpanya tentu negeri itu akan menghadapi masalah perbelanjaannya.
Namun, dalam membuat perkiraan itu, Kuala Lumpur terlupa akan semangat
nasionalisme yang memang sudah lama terpahat di sanubari rakyat yang satu
ketika dulu memang merupakan kawasan jajahan Thai. Dulu, kerajaan pusatnya
ialah di Bangkok, kini di Kuala Lumpur pula. Di Terenganu, pemimpin UMNO
sendiri pun berpendapat bahawa Kuala Lumpur tersilap, bangang dan gelojoh.
Inilah yang akan menentukan lesapnya pengaruh UMNO di negeri itu dan juga
Kelantan. Kini, muncul pula satu riak penentangan terhadap pengawalan kerajaan
pusat. Semua menteri besar dan juga ketua menteri merasa tertekan dengan
cara kerajaan pusat memperlekehkan kerajaan Terengganu. Seseorang telah
menyuarakan kemusykilan seandainya petroleum dijumpai di wilayah negerinya
adakah kerajaan pusat akan membuat ketentuan bagaimana royalti petoroleum
itu harus dibelanjakan? Gelagat yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat itu
telah menyemarakkan semangat kenegerian, satu kebalikan yang pernah
tertjadi pada 1955 dulu. Kepimpinan UMNO negeri terpaksa menghadapi
tekanan untak dikawal oleh kerajaan pusat ataupun diaibkan oleh parti
pembangkang yang sanggup memperjuangkan hak kenegerian terhadap kegelojohan
kuasa kerajaan pusat itu. Dato Seri Adnan Yaakob sudah lama nampak perkara
ini akan berlaku, lebih awal lagi daripada menteri besar dan ketua menteri
yang lain. Dia memang tidak berseorangan dalam kemelut ini. Sikap
campurtangan kerajaan pusat memang sudah pun menggerakkan kemunculan
semangat kenegerian di setiap kerajaan negeri. Menteri Besar Pahang itu
sudah membuktikan, kalau mahu terus kekal di jawatan menteri besar itu dia
mesti menyanggah kuasa kerajaan pusat. Naib presiden UMNO, Tan Sri
Mohamad Taib kini sudah berada di pentas perdana, setelah berjaya
menjinakkan Kastam Australia dalam episod kemunculan RM2.4 juta di dalam
bagasinya satu ketika dulu. Rencana Asal: A Mentri Besar flexes his muscles
The mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, often has choice
epithets, backed with physical signs, for his political opponents,
especially in PAS. He is abrasive, brash, foul-mouthed as occasion
demands, and, in UMNO's view, a good man to have on its side, when such
occasions can grab headlines. But a boor apart, he is also a shrewd
politician. Few thought he could carve a political constituency of his
own, succeeding a man who in eleven years personified the state and UMNO
in it. But he has. He distances himself from the man he succeeded, Tan
Sri Khalil Yaacob, now the UMNO secretary-general and information
minister. First, he demanded that he be made the state UMNO liaison
chief, a post traditionally held by the mentri besar. When UMNO dragged
his feet, he threatened to resign and force a by-election. Tan Sri Khalid
resigned, he took over. He now blames Tan Sri Khalid for the state's
indebtedness, and says, in public, that that means development in the
state must take a backseat. Malaysia's National Front mentris besar are known not for their
leadership but longevity in office. The last UMNO mentri besar of
Trengganu celebrated his quarter of a century in office when PAS formed
the state administration after the November 1999 general elections. The
mentri besar of Negri Sembilan is about to mark his second decade in
office. Tan Sri Khalid held office for eleven years. They hold office at
the UMNO president's, not the state assembly's, pleasure. In Johore, a
scandal involving the mentri besar and two separate amounts of RM500
million each makes his continuance in office questionable. This holds
true in the only state that a non-UMNO leader holds office: Penang, which
since 1957 had had only three chief ministers. They remain in office, as
in Trengganu, despite internal calls for change that they often can be
removed only when the ground rebels. Despite the government's claim that
it provides stability, all it does is encourage corruption, wild spending,
image-building, arrogance, an inbuilt confidence in its leaders in inverse
proportion to how the public perceives it. Dato' Seri Adnan's plaint is
the first public attack from the inside of how the National Front
controlled states are governed. In Pahang, Dato' Seri Adnan concentrates his attacks on how his
predecessor left him with an empty treasury and huge debts which it cannot
repay. Some of these are: The RM2 billion "comfort" Pahang gave the
banks for loans to the failed MECCity electronic project; the state's
RM700 million in bank loans; The Kemajuan Pertanian Pahang's indebtedness
for RM800 million; the hundreds of millions of ringgit losses of the
Pahang state economic development corporation and of other state bodies;
the losses incurred from timber by the Amanah Saham Pahang; and other
sundry indebted ness. The state assembly is as usual kept in the dark
about all this, and other state financial commitments. But what happened
in Pahang is by no means unusual. When checks and balances are considered
an impediment, when the legislative is denied from querying the working of
government, when arrogance places leaders out of criticism, when a
leader's word is enough to pour tens, hundreds, of millions of ringgit
into a project, such losses do not surprise. Not just in Pahang, but in
every state of Malaysia and indeed of the federal government itself. The
parliamentary and state assembly public account committees fail miserably
when it ignores these lapses. The federal administration ignores them, now wants to restrain the
PAS-led administration from the RM800 million in petroleum royalties it is
entitled to. Which it cannot. The royalty agreement between Petronas and
Trengganu were signed in 1973 between the Petronas chairman, one Tengku
Razaleigh Hamzah, and the then mentri besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
That it is Petronas, not the federal government, which signed the contract
is in no doubt. The Trengganu government have declassified these
documents, make them readily available; the PAS organ, Hakarah website --
http://www.harakahdaily.com -- carries them. But Tengku Razaleigh is not
one the UMNO leaders would want as an ally, not when he remains one who
they would rather hope would disappear into thin air. The National Front
leaders now insist this agreement is invalid, after nearly three decades,
and Kuala Lumpur will henceforth decide how this royalty funds are
disbursed. Since this sum represents about 80 per cent of state revenues,
this would reduce the state to penury and indebtness. But in its
calculations, Kuala Lumpur ignores the intense nationalism in these two
former Thai provinces against the distant capital -- once it was Bangkok,
now it is Kuala Lumpur. In Trengganu, even UMNO stalwarts agree Kuala
Lumpur is wrong, mean, petty. It ensures UMNO's virtual disappearance, as
in Kelantan. More serious is the incipient state revolt about federal control.
The state mentris besar and chief ministers are anguished over this
federal shenanigans in Trengganu. One wanted to know if oil is discovered
off his state, federal government would decide how the royalty would be
spent. The federal move strengthens state nationalism, a reversion to
status quo ante 1955. The state UMNO leaders must go along or be swept
aside by other parties prepared to protect state rights against Kuala
Lumpur's constitutional encroachments. Dato' Seri Adnan Yaakob saw the
writing on the wall earlier than the others. He is not alone. In every
state, this federal intrusion encourages the still-incipient state
nationalism. As the Pahang mentri besar showed, to remain in office one
must show one can challenge the federal authorities. The UMNO
vice-president, Tan Sri Mohamed Taib, is right back in centre stage, after
his brush with the Australian customs following the unexplained appearance
of RM2.4 million in his suitcase. M.G.G. Pillai |