Laman Webantu KM2A1: 3027 File Size: 8.5 Kb * |
TJ MGG: Bila Hakim Naik Berang By Marhain Tua 19/10/2000 9:09 am Thu |
MGG99 Bila Hakim Naik Berang Seorang hakim mahkamah tinggi yang suka membuat putusan pengadilannya
secara berjela-jela, terutama sekali mengenai perkara yang remeh-temeh,
telah naik berang baru-baru ini. Dia telah mencela para peguam yang bertugas
dalm satu kes mahkamah yang diadilinya kerana tidak menyedari adanya satu
kes yang diputuskan oleh hakim itu satu ketika dulu. Bukan sahaja para
peguam yang hadir tidak menyedari akan kes itu, malahan lapuran perundangan
yang mencatatkan kes mahkamah untuk rujukan tidak pun membuat catatan akan
kes tersebut. Seorang peguam telah membuat rujukan kepada satu kes lama
yang telah bercanggah dengan pendapat hakim mahkamah tinggi ini.
Di zaman getir ini, para peguam yang bertugas di mahkamah terpaksa
berhati-hati kerana mereka mudah dikenakan tindakan kerana menghina
mahkamah, dan mungkin dipenjarakan. Apabila hakim ini mula mencela para
peguam yang hadir itu, reaksi mereka ialah memeram perasaan gelihati dengan
menggunakan saputangan terpekap di mulut agar ketawa berderai mereka itu
tidak kedengaran. Sikap begini, mengikut sistem perundangan Malaysia
adalah laksana seseorang menjerit perkataan "API" dalam satu pawagam yang
penuh sesak. Kerana itu, apabila hakim itu memperlekehkan dua peguam yang
tidak membuat rujukan kepada kes yang pernah dihakiminya itu sikapnya
dianggap sebagai gelagat seseorang yang terlalu mementingkan dirinya.
Apabila para peguam mendebatkan kes mereka, mereka kerap membuat rujukan
kepada kes-kes lama yang pernah dihakimi oleh hakim yang sedang mendengar
kes terbaru itu. Ini merupakan satu perisai terhadap seseorang yang mudah
berang apabila keputusan mahkamah yang lebih berwibawa diungkit sehingga
mampu mencemar keegoannya. Namun, adalah sesuatu yang jarang berlaku
apabila seseorang hakim itu naik berang kerana putusan mahkamahnya tidak
dijadikan bahan rujukan. Memang ada satu macam persefahaman agar perkara
semacam ini dilakukan untuk tidak membuatkan seorang hakim itu mudah
melatah. Apa yang lebih dipentingkan oleh seorang peguam ialah memenangi
sesuatu kes itu untuk anak-guamnya. Tentunya dia tidak mahu lakukan sesuatu
yang akan membahayakan urusannya itu. Kini, setiap peguam itu perlu membuat
ketentuan agar tidak melakukan sesuatu yang dianggap menghina sistem
mahkamah. Kerana itu, dia tidak boleh mengemukakan kes yang akan
mengungkit integriti para hakim yang mengadili kes itu. Lainlah kalau dia
itu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ketokohan untuk menuduh seorang
Ketua Hakim Negara kerana salahlaku korupsi dan perbuatan yang sumbang
lagi. Seorang Ketua Hakim yang telah dianggap sebagai insan yang mempunyai
muka tembok masih tidak berupaya melihat kebenaran terhadap tuduhan yang
mempersoalkan integritinya itu. Tetapi, pengerusi Majlis Peguam Malaysia terpaksa membuat penerangan
kenapa majlis peguam berani membincangkan perkara yang menyangkuti hal
ehwal ahlinya. Ini memberi gambaran betapa pentingnya seseorang peguam itu
mengenal siapakah hakim yang akan dihadapinya dalam setiap kes yang akan
dikemukakannya dan kepentingan itu mengatasi keperluan memahami elemen
undang-undang dalam kes itu. Sekarang ini manusia pergi ke mahkamah bukannya
untuk mendapatkan pengadilan. Mereka ke mahkamah untuk diberitahu bahawa
pengadilan itu hanya akan diperolehi oleh sesiapa yang memilih peguam yang
sesuai, tidak menghina mahkamah dengan menonjolkan bukti yang tidak boleh
diterima pakai oleh hakim. Sedangkan si peguam itu pula perlu membuat
rujukan kepada kes lama yang pernah diadili oleh hakim berkenaan. Tidak
kiralah kalau kes itu tidak pun diambil kisah langsung.
Rencana Asal: A High Court Judge Throws A Tantrum
One high court judges known for his voluminous judgements, often on the
most inconsequential of matters, was irritably upset recently when neither
counsel appearing before him had not heard of an unreported judgement of
his. He had made his views known then, and upbraided the counsel for not
referring to it. Horror of horrors, neither had heard of his landmark
decision of the law. Nor had the law reports, which bend over backwards
to report the most mundane court cases. One counsel had referred to
another, though reported, judgement which contradicted the judge's.
Horror of horrors, even in the reported case, the counsel had not heard of
His Lordship's decision. Counsel present in court, even in these parlous
times when they can go to prison for contempt for not pandering to the
judge's self-imposed dignity, could not contain their laughter, suitably
suppressed with handkerchiefs over their mouths. That in the Malaysian
system of justice is even worse than shouting "Fire" in a crowded theatre.
But the judge's threat to "deal" with the two counsel who did not refer to
his unreported judgement in the earlier case is dismissed, rightly, as the
obiter dictum of a self-important but presumed legal mind.
Lawyers, when arguing their cases, take exceptional care to refer to
cases decided upon by the judge hearing them. That is insurance against
one who feels slighted when other more prominent decisions question his
own integrity. But is rare for a judge to blow off his handle because one
of his judgements were not referred. There is the underlying
understanding that this is done so as not to annoy the judge
unnecessarily. After all, what he wants is victory for his client, which
he does not want to jeopardise by factors other than the soundness of the
case he argues. Today, he must ensure that this does not bring him in
contempt in a system a new legal principle is busily fashioned: a lawyer
must not put forward a case for his client which would question the
integrity of the judges appearing before him. Unless he is a Dato' Seri
Anwar Ibrahim, who can, and has, with impunity, accused the chief justice
of corruption and worse. The chief justice, who has acquired a
particularly thick skin these days, did not see how these accusations by a
petitioner that he could be biased would make him biased.
It is not important these days for justice to be done or seen to be
done. It is more important that justice be respected by not pointing out
the corruption of the judiciary. The book is thrown at lawyers who the
chief justice and his cohorts believe are against them. So, one lawyer
can deliberately mislead the court in a matter and nothing happens to him.
He is, after all, the holiday companion of the chief justice and the
attorney-general, and his client, an internationally known business man of
unquestionable repute. But the Bar Council chairman must be made to
account for why the Bar should dare discuss matters affecting its members.
It does suggest that it makes sense for a lawyer to know the judge than
the law when appearing in Malaysian courts. People these days come to
court not to ensure justice, but to be told that justice comes only to
those who chose the right lawyers, do not cause contempt by producing
evidence the bench cannot accept, and quote the judge's decisions, even if
unreported. M.G.G. Pillai |