Laman Webantu KM2A1: 3023 File Size: 10.0 Kb * |
FK TJ: Menggoda Ataupun Mengadai By Marhain Tua 18/10/2000 6:53 pm Wed |
Fokus Khas: Menggoda Ataupun Mengadai
(Wanita dan Pakaian yang Menggoda) oleh: Julie Rigert - Iowa State University, USA
Menggoda Ataupun Mengadai (Dazzling or Detrimental ?)
Mereka memang kelihatan setiap hari; muka-depan majalah memang penuh dengan
gambar mereka, TV dan layar perak memang kerap membiarkan mereka
terhinggut-hinggut ke sana dan sini. Disebabkan wanita yang berpakaian
menggoda itu amat mudah dilihat makanya ramai manusia yang berkepercayaan
bahawa kesan berpakaian seperti itu terhadap orang lain terutama sekali
kaum Adam sudah semakin menurun. Yang peliknya, perkara yang dianggap demikian itu tidak pernah berlaku.
Banyak hasil penyelidikan telah merumuskan bahawa wanita yang kerap
berpakaian menggoda itu, yang berpakaian dengan menggunakan cebisan kain
cuma ataupun menonjolkan ruang kulit yang berlebihan, sebenarnya
mencetuskan suasana yang amat membahayakan diri mereka juga. Stail
berpakaian seperti ini mudah meransang kaum lelaki untuk melepaskan geram
dan perasan emosi dengan melakukan kekerasan yang kerap berakhir dengan
pencabulan dan perbuatan merogol.
"Orang lelaki memang gemar memburu dan menyerbu. Budak-budak muda mudah
menjerit dan menekan hon kereta mereka, bersikap biadap terhadap
gadis-gadis yang berjalan-jalan. Budak lelaki yang merasa ranggi mula
mempelajari cara bersiul dan berkekek. Di sana-sini wanita yang cantik
memang menjadi tumpuan untuk dibayangi dan diekori. Dialah simbol terunggul
akan keinginan manusia (lelaki). (Paglia 32).
Kenapakah pakaian itu menjadi penting dan mempunyai kesan terhadap orang
lain? Pakaian memainkan peranan penting dalam proses bermesraan yang
membawa kepada pembangunan perwatakan seseorang. Ia dilihat sebagai kulit
kedua ataupun kesinambungan kepada perwatakan itu sendiri.(Sweeney 411).
Cara berpakaian memberi isyarat mengenai umur pamakainya, seks,
ketokohannya, status sosio-ekonominya, nilai hidupnya dan juga ideologi
politiknya. Pakaian juga melambangkan sikap persendirian, samada garang,
mudah mesra, angkuh, lemah-lembut dan sebagainya. (Satrapa 159).
Ada kalanya cara ekspressi begini mungkin berakhir dengan apa yang dianggap
oleh ramai orang sebagai kesan yang negatif. Apabila sesuatu badan itu
diselimuti dengan pakaian yang menyungkupinya, banyak bahagian badan itu
boleh berfungsi laksana lampu trafik. Ia menghentikan dan memulakan sesuatu
perjalanan itu yang menarik perhatian mata kepada satu destinasi yang
jauh. Inilah yang dirujukkan oleh Freud sebagai satu komponen besar yang
meransang daya seksual yang mencuit kebangkitan nafsu. (Dyett 14).
Setelah memperakukan bahawa pakaian adalah satu aspek penting dalam
memperagakan diri, adalah penting juga kalau kita kaji kepentingannya dalam
menyerlahkan kesan pandang pertama itu. Selalunya, niat seseorang wanita
dalam memperagakan dirinya itu tidak semestinya bersairas dengan apa yang
dilihat oleh orang lain, seperti yang telah dirumuskan dalam satu ujian
khas. Dalam satu kelas pengenalan kepada psikologi terdapat dua keping
slaid; satu selaid itu menunjukkan seorang peragawati yang berpakaian
konservatif sedangkan seorang peragawati lain pula mengenakan pakaian yang
menggoda dan menggiurkan. Beberapa soalan telah diajukan untuk mendapatkan kesan persepsi terhadap
model perempuan itu. Peragawati yang berpakaian seksi telah dianggap orang
yang lebih menawan dan menaikkan nafsu kaum lelaki; dia diberikan
pandangan negatif mengenai umur ketika dia mula melakukan seks, melakukan
perbuatan mengurat, kesan aktiviti seksualnya, menggunakan seks untuk
kepentingan peribadinya dan kesetiaannya dalam perkahwinan.
Peragawati yang seksi itu juga telah dianggap berkemungkinan besar akan
dirogol ataupun dirompak (Cahoon 65). Ramai manusia meragukan bahawa pakaian seseorang
wanita itu boleh mendorong seseorang lelaki melakukan perbuatan merogolnya,
tetapi kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa pakaian boleh menjadi
faktor yang besar dalam meransang seseorang lelaki itu untuk bertindak
demikian. Satu kajian yang ditaja di Augusta College telah merumuskan pendapat
berikut: hubungkait di antara pakaian yang seksi (menggoda) dan
rompakan/rogol memberi sokongan kepada satu rumusan betapa sesuatu budaya
itu mengaggap wanita yang memilih berpakaian yang menggoda sebagai objek
yang bersesuaian untuk diserang oleh lelaki yang ganas. Kaum wanita yang
meningkatkan tarikan seksualnya kepada kaum lelaki dipandang sebagai
golongan "yang sengaja mengininya" Setiap pelajar telah diberikan senario yang sama membabitkan seorang wanita
yang sama umur dengan mereka dan yang telah dirogol. Kemudian mereka telah
diminta untuk memilih siapakah yang bersalah kerana perbuatan itu.
Sebagai kajian untuk menilai pengaruh pakaian mangsa terhadap jawapan
bahan kajian itu, cerita yang diberikan kepada pelajar tersebut telah
dilengkapkan dengan gambar wanita yang berpakaian menggoda itu ataupun
gambar seorang wanita yang berpakaian konservatif ataupun tanpa sebarang
gambar mereka. Keputusannya menunjukkan mangsa yang berpakaian konservatif berkemungkinan
menjadi mangsa yang bertanggungjawab kepada perangai penyerangnya yang
melakukan jenayah rogol itu. Pakaian yang menggiurkan nafsu selalunya
dikaitkan dengan segala keyakinan kepada perangai si penyerang yang
diperakukan. Keputusan yang dicapai itu menunjukkan adalah tidak mudah menjatuhkan
penghukuman pencabulan ke atas seseorang yang melakukannya terhadap wanita
yang berpakaian menggoda itu. (Cassidy 319-323) Kajian ini
mendedahkan betapa ada anggapan yang si mangsa itu sengaja mahukan seks
dilakukan ke atasnya secara sukarela.
Setiap orang mempunyai pendirian tersendiri terhadap sesiapa yang
bertanggungjawab ke atas kes pencabulan yang telah dibincangkan itu.
Tetapi, apa pula pendapat undang-undang mengenai tanggungjawab seorang
wanita terhadap perbuatan orang lain yang disebabkan stail pakaiannya ?
Pada 1986, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah memperakukan satu
peraturan mengenai gangguan seksual, dan dalam keputusan yang dibuat itu,
ada dinyatakan bahawa keadaan bagaimana seseorang wanita itu berkelakuan
provokatif ataupun berpakaian menggiurkan boleh dijadikan barang bukti
yang sahih dalam menentukan semada wanita itu menganggap sesuatu pebuatan
untuk mendekatinya sebagai sikap yang tidak diingininya.
Keputusan ini menyokong pendapat bahawa disebabkan cara mangsa memilih
pakaian, ia harus diambil kira sebagai sebahagian kepada penyumbang terhadap
gangguan yang mereka tanggungi itu. Setelah mengambil kira beberapa data yang dikutip daripada beberapa kajian
termasuk yang saya lakukan sendiri, saya telah membuat beberapa rumusan
seperti berikut: Pertama, adalah penting dinyatakan bahawa tidak ada wanita yang mudah merasa
selesa daripada gangguan serangan seksual.
"Dengan cara meletakkan peragawati yang berpakaian menggoda itu sebagai
insan yang mudah diserang secara seksual para peserta kajian mampu
merenggangkan diri mereka daripada kejadian yang serupa itu dengan memberi
penekanan bahawa wanita mudah mencetuskan suasana dan mereka mampu
mengelakkan gangguan seksual dengan cara menghentikan kelakuan yang
menggoda seperti berpakaian yang menggiurkan itu.
Walaupun tidak ada wanita yang mudah terlepas daripada keganasan, ada
beberapa peraturan kewaspadaan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan
gangguan seksual itu. Seperti yang dirumuskan dalam kajian itu, wanita yang berpakaian menggiurkan
mempunyai kemungkinaan yang besar untuk dicabuli dan juga dirompak. Seperti
yang disebut sebelum ini, kumpulan lelaki amat mudah tertarik kepada ciri
tertentu yang ada pada wanita. Apabila wanita mempertontonkan ciri-ciri ini
dengan cara dia berpakaian, ia menjadi satu bentuk penggodaan yang
membuatkan lelaki berhenti dan cuba membuat pemerhatian yang lebih rapi
lagi. Sebenarnya saya bersikap tidak memihak kepada sesiapa dalam menentukan
samada sesuatu pakaian itu mempunyai etika ataupun tidak. Tetapi, saya amat
percaya seseorang itu berhak mengenakan apa juga bentuk pakaian yang
difikirkan sesuai dengan badannya ataupun seleranya. Saya fikir adalah tidak
baik kalau kita cuba mencederakan seseorang itu secara fizikalnya ataupun
emosinya. Namun demikian, golongan wanita harus menyedari satu hakikat
bahawa mereka sebenarnya membahayakan diri sendiri setiap kali mereka
berpakaian secara menjolokkan mata. Apakah berbaloi kalau seseorang wanita itu berpakaian menggoda sedangkan
sikapnya itu akan mengadaikan nyawanya? Pilihan membuat keputusan yang
bijak itu terletak hanya di tangannya.
|