Laman Webantu KM2A1: 3019 File Size: 4.9 Kb * |
Ha Ha Ha Hai..?Ketawalah Pula?!! (baru kembali) By Amin Sapiro 18/10/2000 5:45 pm Wed |
Amin Sapiro (baru kembali) HA HA HA HAI..?KETAWALAH PULA?!!
SEPULUH hari saya tidak membuka FGR dan menyumbang ke lamanweb
yang sering saya kunjungi. Terasa benar kerinduan dalam hati. Saya
betul-betul tidak ada kesempatan kerana berjalan jauh ke sudut dunia.
Kembali saya semula, berpuluh email yang harus saya jawab. Berbagai
pertanyaan yang sampai. Kepada mereka yang mengirim email, izinkanlah saya jawab disini saja.
Pertamanya, saya sihat walafiat. Tidak uzur.
Menghilang diri bukan kerana lari atau menghidar dari suasana yang semakin
kacau, tetapi semata-mata atas urusan peribadi. Maklumlah, mencari sesuap
nasi bukan mudah sekarang. Semuanya sudah mahal. Minyak naik 10 sen se
litre, tapi tambang naik sampai sekali ganda. Ikan kembung pun sudah macam
berkepala emas. Samy Vellu siang-siang dah bagi justifikasi, kununnya kalau
Tol tak naik, kerajaan akan rugi tanggung subsidi.
Hairan juga kita, kalau 20 juta rakyat merana tak apa, tapi kalau RENONG
hentam duit rakyat RM3.2 bilion rakyat kena tanggung itu justified? Apa regim
Mahathir nak buat ni? Kesabaran rakyat Sudah Habis Ikhtar perlu diperbanyak. Begitulah nampak cara terbaik. Nak minta bantuan
dari sesiapa? Melainkan dari Allah swt. saya selain dari melipatgandakan
usaha. Kerana itu, terpaksalah kita mencari ikhtiar dengan meninggalkan
tanahair untuk seketika. Alhamdulillah, semuanya berjaya dengan selamat.
Tapi masih banyak yang nak dikemaskinikan.
Dahlia Memecah Rahsia UMNO Sekembali pulang, terus menjenguk laman-laman kesayangan. Ingin sangat
nak melepaskan rindu yang menggila. Walaupun tak berapa hari tidak
membaca, terasa macam ketinggalan sangat. Makin nampak, perjuangan
Reformasi ini terlalu pantas berjalan.
Di WebAntu, saya terbaca satu rencana Dahlia "Srikandi Reformasi"
bercerita tentang "Mak Cik UMNO vs Puterinya". Sebaik saja terbaca
tajuknya, garu kepala saya.."Golongan Cap Semut/Gajah Dalam Umno", tulis
Dahlia. [Rujuk: Rencana KM2: 3003 - Editor]
Saya sudah lama mengikuti tulisan Adik kita Dahlia ini, memang tulisannya
kerapkali "meletop" mecabar minda. Kali ini pun begitu juga.
Saya terbaca se peringgan panjang bertajuk "PUTERI PILIHAN DIKTATOR
TUA". Dahlia berkata: 1. [???Azalina Othman dijangka menerajui Puteri umno seperti kehendak
Mahathir. Dalam tulisan Wak Amin, beliau telah menyelongkar siapa Azalina
ini. Mungkin saya tidak pernah mengenali beliau selain mengenali ketika
beliau mengendalikan satu program (Night Line) di NTV7, sebagai pengacara.
Tetapi menurut teman-teman yang bekerja di media massa, semua perkara
yang ditulis oleh Wak Amin adalah benar.
2. Seperkara yang diperkatakan ialah Azalina bukanlah seorang muslim yang
mempunyai pegangan kuat kepada agama kerana telah biasa dengan cara
gaya hidup yang bebas, termasuk dalam soal hubungan dengan lelaki dan
juga cara hidup di luar batasan Islam. Tiap kali dia bersuara, pecah semua
gelas yang berkaca, inikan pula sempadan ugama.
3. Akhirnya JAIS yang terpaksa "surrender", seolah-olah puteri barua ini
lebih pakar berugama. (dan bersenggama?? :)]
Membaca tulisan Dahlia selanjutnya, baru kita sedar bahawa WANITA UMNO
juga sedang mengalami perpecahan. Sudah terbit golongan ?modenis? dan
golongan ?Mak Cik Konservatif?. Malangnya, kedua-dua glongan ?senyum?
masing-masing tidak manis lagi.
Mungkinkah di Perhimpunan UMNO yang datang akan berlaku pertarungan
sengit? Kalau begitu, pasti puak Azalina Othman akan cari jalan mencemuh
?Mak Cik-Mak Cik? yang dah ketinggalan zaman, kan?
Ha..ha..ha..hai..Ketawalah pula!! Masih Mentelaah Mencari Jawapan
Saya masih mentelaah tulisan Adik Dahlia itu, kerana terlampau banyak
rahsia besar yang harus ditafsirkan dari keseluruhan mesej yang disampaikan.
Apatahlagi, 10 hari tertinggal, terasa saya seperti ketinggalan zaman.
Padan juga masih ramai rakyat yang tidak mengerti peruangan Reformis,
kerana perjuangan Reformis dan Reformasi bukan semudah itu dihayati
seandainya cuma sekali sekala membaca fikiran pemimpin BA.
Kalau dalam tempoh 10 hari saya boleh ?tenggelam punca?, bagaimana
agaknya mereka yang tak ada komputer atau tidak mendengar ceramah BA?
Tidakkah wajar kita mencari ikhtar menyebarkan makluman yang bertimbun ini
seluas-luasnya? Saya masih bertanya. Dan masih belum dapat jawapan!!
Amin Sapiro |