Laman Webantu KM2A1: 3018 File Size: 14.0 Kb * |
TJ MGG: Hak Melayu ataupun Hak UMNO ? By Marhain Tua 18/10/2000 4:17 pm Wed |
MGG97 Hak Melayu ataupun Hak UMNO ? Sebaik sahaja Perdana Menteri memberikan keizinannya, Pergerakan Pemuda
UMNO menjadi hinga-bangar kerananya. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar, akan
berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein di atas tajuk Hak
(Keistimewaan ) Melayu. Apa yang tidak berjaya dilakukan oleh UMNO, kini
dapat dilakukan oleh Pemuda UMNO. UMNO merupakan pewaris yang tidak
diragui kepada hak kebudayaan dan keistimewaan orang Melayu sejak 1946
hinggalah September 1998. 'Wasiat' itu tamat apabila Perdana Menteri tersilap
menangani masalah disiplin dan beranggapan ia tidak memerlukan sebarang
perdebatan dengan parti pembangkang seperti PAS dan Parti Rakyat Malaysia
untuk membuktikan kepimpinannya dalam masyarakat Melayu. Dengan terjalin
semangat berdebat itu, UMNO kini mahu menentukan kemenangan ke atas
pembangkang sebagai balasan kepada apa yang telah terlepas olehnya dalam
peti undi yang lalu. Dalam pemilu November 1999 yang lalu, UMNO hanya
berjaya merangkul kemenangan setakat tiga suku sahaja kemenangan itu kerana
terlepas dua pentadbiran negeri. Kemenangan itu pun telah menyisihkannya
daripada kekuatan untuk merangkul budaya kuasa. Setiap pilihanraya kecil
yang berlaku selepas pemilu itu telah mendedahkan betapa UMNO telah
kehilangan sokongan orang Melayu dan terpaksa bergantung harap kepada
sokongan kaum bukan Melayu. PAS pula dengan agenda Islamiknya tidak pula
dapat menaikki takhta budaya kuasa itu secara otomatisnya.
Para pemimpin PAS masih lagi merasa sangsi dengan perdebataan ini. Begitu
juga dengan UMNO. Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Khalil Yaakob yang juga
merangkap Menteri Penerangan, telah berkata bahawa perdebatan itu tidak akan
diberikan siaran lintas langsung. Ia membabitkan hanya dua parti politik
dan tidak memerlukan siaran meluas itu. Cara dia berminat dalam aspek
penyiaran hal ehwal politik itu memang patut diberikan kepujian. Tetapi
apabila kita fikirkan UMNO diberikan ruang yang luas setiap kali para
pemimpinnya berucap, dikatakan pula sebagai satu liputan radio dan
telivisyen yang tidak merupakan majlis politik tetapi sebagai satu
kesinambungan kepada dasar kerajaan sahaja. (Di Terengagnu dan Kelantan
PAS adalah kerajaan yang memerintah sedangkan Barisan Nasional dan UMNO
adalah parti pembangkannya). Semua ini adalah gambaran betapa kagetnya UMNO
masakini kalau-kalau keadaan akan berubah jadinya. Tetapi, dengan tidak
memberikan liputan lintas langsung kepada perdebatan itu, UMNO
berkemungkinan akan kehilangan sokongan lagi. PAS akan tentu sekali
merakamkan perdebatan itu dan menyebarkan rakaman video dan juga kaset dan
CD sebelum berakhir minggu perdebatan itu melalui rangkaian jaringan edaran
yang mampu melaksanakannya dalam beberapa hari sahaja.
Seandainya Tan Sri Khalil tidak meminda keputusan yang telah dibuatnya itu,
berkemungkinan besar UMNO akan menang perdebatan itu tetapi kalah dalam
mempengaruhi para penyokongnya. Ini bukannya soal hak keistimewaan orang
Melayu yang diperdebatkan. Ini adalah soal PAS mengambil peluang untuk
menonjolkan keunggulannya di hati sanubari masyarakat Melayu. Pandangannya
terhadap ajaran Islam, lengkap dengan kewibawaannya mewujudkan kerajaan
Islam masih belum membuatkannya mudah diterima oleh majoriti penghuni
perkampungan Melayu. Tetapi kalau pilihan diberikan kepada golongan ini
untuk memilih di antara UMNO dan PAS ramai di antara mereka yang akan
berpihak kepada PAS. Namun, ini tidak bererti mereka akan memberikan
kesetiaan itu secara membuta-tuli sehinggakan ia menjadi satu budaya pula.
Peluang seperti itu sepatutnya menjadi hak Parti Keadilan Negara (Keadilan)
tetapi ia terlepas disebabkan ia tidak dapat muncul dengan lancar seperti
yang diharapkan oleh para penyokongnya. Kini, PAS dijangka akan berubah
sikap daripada menyandarkan matlamat daripada penubuhan sebuah kerajaan
Islam kepada penubuhan sebuah kerajaan di mana prinsip keIslaman itu
menjadi dominan. Inilah perubahan yang akan menekan UMNO itu dengan
hebatnya. perdebatan itu sebenarnya tidak akan menentukan apa-apa. UMNO
akan mejadi pihak yang kalah dalam majlis itu. Kerana itu PAS tidak akan
menolak sebarang peluang untuk menyerlahkan sikapnya.
UMNO sebenarnya mahukan satu keyakinan bahawa ia masih merupakan pewaris
hak keistimewaan Melayu itu secara mutlaknya. Tetapi hak mengungguli
keistimewaan itu datang dengan tanggungjawab yang besar. Jikalau pemimpin
Melayu yang di mercu sistem feudal itu mengharapkan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi daripada pengikutnya, sebagai balasannya dia tidak boleh
mengaibkan sesiapa yang berada di bawahnya. Inilah yang menyebabkan
berlakunya retak yang menunggu belahnya sehinggakan seorang Perdana Metneri
secara tidak langsung telah menjadi seorang banduan yang terpenjara oleh
seorang Banduan di penjara. Kini kerajaan kerapa menunjukkan muka yang
selamba bahawa keadilan mesti diterapkan agar Sang Banduan itu menerima
hukuman yang setimpal dengan kesilapannya. Tetapi, sahabatnya dan juga
para penyokongnya tidak dapat menerima hukuman ini dengan kerelaan.
Kita menjangkakan perdebatan itu tidak akan berkisar hanya kepada hak
keistimewaan orang Melayu walaupun ia akan disentuh juga apabila berlakunya
satu konfrontasi di antara golongan sekular dan teokratik Islam. UMNO
beranggapan Islam harus diselaraskan agar tidak memainkan peranaan dalam
pemerintahan sesuatu kerajaan untuk menentukan ketuanan Melayu dan apabila
ia membuat penentuan sebaliknya. PAS berkepercayaan Islam harus memerintah
bukan sahaja budaya orang Melayu malahan juga kerajaan Melayu itu juga.
Inilah pertelagahan yang sudah berusia lima dekad - sejak sayap keagamaan
UMNO keluar daripada parti itu untuk menubuhkan PAS pada tahun 1951.
Inilah yang telah melakarkan politik orang Melayu di Malaysia.
Tetapi, orang Melayu, kali ini akan berhadapan dengan satu situasi yang
tidak pernah dihadapinya sejak 1946 dulu. Orang Melayu itu akan berada di
tengah-tengah. Kalau dia keluar daripada salah satu parti Melayu itu dia
tidak akan melompat masuk ke satu parti yang lagi satu. Inilah yang
membuatkan UMNO menjadi gusar akan akibat perdebatan itu. Majlis yang akan
memperdebatkan Hak Keistimewaan Melayu itu mungkin menjadi satu upacara
pengebumian UMNO pula. Rencana Asal: Malay Rights Or UMNO Rites? The confusion and fright in UMNO is real. Last year, when Dato'
Hishamuddin was invited to speak at a university forum, he sent his satrap
instead. This fellow was given a run for his money when he reacted with
typical UMNO youth arrogance. This time he cannot send a proxy. He faces
a seasoned political public speaker and a member of parliament to boot.
UMNO did not expect PAS Youth would agree. Now that it has, UMNO should
arrange for it to be held speedily, perhaps in a few months, after the
Hari Raya holidays early next year, if not sooner. As usual, UMNO and
UMNO Youth did not think this through. The Gore-Bush debates in the
United States could have provided a spark. But to rise in UMNO one must
prove one's incapability to speak in public: every single leader appears
in public with the assurance he would not be contradicted. The best UMNO
speakers are not in the administration; they either sit in the
backbenches or do not hold high office.
The PAS leaders remain skeptical of this debate. So, it appears,
UMNO. The UMNO secretary-general, Tan Sri Khalil Yaakob, who is also
information minister, says the debate would not be broadcast live. It
involves only two political parties, and should be confined only to them.
His sudden interest in the appropriateness of political bradcoasting is
commendable indeed. But for the fact that any UMNO parish pump meeting to
which its president or senior leaders appear is, for the purposes of radio
and television coverage, not a political meeting but an extension of an
important government policy caucus. (PAS is not the opposition in
Trengganu and Kelantan; the National Front and UMNO are.) It underlines
UMNO's nervousness at the tables being turned. But in not televising the
debate, UMNO can lose further ground. PAS would ensure the debate is
pressed on video tapes and CDs before the week if out, and distributed
through its extensive network within days.
If Tan Sri Khalil does not review his decision, UMNO could well win
the debate and lose the ground. For more than Malay Rights, it is PAS's
rare chance to prove its worth to the Malay cultural heartland. Its
Islamic worldview, complete with an Islamic government, makes it
unacceptable to many rural Malays, who given a choice between UMNO and PAS
these days would lean towards the latter but would not, yet, give his
cultural loyalty. Parti Keadilan Negara (Keadilan) had a chance to be
that, but it did not take off as its supporters expected. PAS is about to
consider a volcanic political change -- to move from its goal of an
Islamic government to one in which Islamic principles dominate -- which
could put pressure upon UMNO more than ever. The debate proves nothing.
UMNO stands to lose more than PAS. PAS, therefore, would not reject any
opportunity to state its views. UMNO needs reassurance that it still is the only upholder of Malay
rights. But these rights come with responsibilities. The Malay Leader,
at the top of the feudal totem, can expect absolute obedience and loyalty;
in return, he must not humiliate those below him. It is this which caused
the Malay cultural ground to move away. The Prime Minister has become,
willy nilly, the prisoner of the Prisoner. The government puts on a brave
front that justice must prevail and the Prisoner got the sentence he
deserved, but even his closest friends and supporters cannot accept this
refrain with alacrity. The debate is not about Malay rights, though that
hovers in the background in this confrontation between secular and
theocratic Islam. UMNO believes Islam should be confined in a
straitjacket, playing no further role in governance than to ensure Malay
primacy and when it decides it should not; PAS believes Islam should
dominate not only Malay culture but the Malay government as well. It is
this clash over the past five decades -- since the UMNO religious wing
left to form PAS in 1951 -- that defined Malay politics in Malaysia. But
the Malay, for the first time since 1946, is caught in the middle. He
deserts one but does not swing to the other. Which is why UMNO is nervous
about its outcome. Malay Rights could well become UMNO rites.
M.G.G. Pillai |