Laman Webantu KM2A1: 3003 File Size: 7.4 Kb * |
Golongan Cap Semut/Gajah Dalam Umno By Dahlia 16/10/2000 4:16 am Mon |
Meninjau bisikan Mak Cik umno di negeri Johor Kebanyakan wanita umno benar-benar tidak berfikiran terbuka.
Hairan saya, pada satu ketika, mereka menyalahkan barisan pembangkang
dan berkata, "Mengapa mereka (BA) tak sedar-sedar? Mengapa mereka suka buat fitnah
dan tidak bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan? Budak-budak
reformasi ni tak ada hala tujuan hidup dan blah blah blah blah... "
Apabila melihat tingkahlaku dan sikap mereka, nampak mereka ini macam
orang pandai (sekadar pandai bercakap/membebel), tapi rasanya pemikiran
mereka tidak jauh ke mana. Terbatas dek lingkungan budaya wanita umno
yang diamalkan sekian lama. Ia hanya terbuka bila disuap dan tertutup
rapat bila digincu dengan mudahnya. Terasalah cantik wajah mereka
sedangkan itu semua mekap yang pasti tanggal bila tiba waktunya.
Kini Puteri umno sedang dilayarkan untuk menggantikan mereka.....
kerana sengat dan taring golongan tua sudah tidak lagi berbisa.
Ia sudah berada di ambang tua yang bakal rebah dan tersungkur jua.
BANYAK MENGATA, BANYAK MENGEMBARA, BANYAK BINGKISANNYA
Budaya yang menjijikkan itu terus diamalkan. Mereka terlalu taksub kepada
budaya memfitnah dan menceceh, suka bercakap tak tentu pasal, suka
dibawa berjalan atau berombongan ke Langkawi, ke Siam, Pengkalan
Kubur atau Ke Medan. Mereka mudah dipujuk hanya dengan sehelai kain
batik, atau wang RM20-30! Mereka hanyut dan khayal dengan pakaian
putih/merah yang diberi percuma ketika ada pertandingan . Mereka juga
akan menjadi macam rusa masuk kampung kalau dibawa ke rumah
Pak-pak Menteri yang rumahnya besar dan macam mahligai, mulut mereka
akan ternganga luas dan mata mereka akan terjojol keluar kalau melihat
bangunan tinggi seperti KLIA, KLCC, KL Tower atau rumah Mahathir di
Putrajaya. Kesiannya mereka.... dibodohkan dan dijadikan seperti binatang
tunggangan oleh pemimpin umno. YANG DITUNGGU TAK KUNJUNG TIBA Agaknya, apabila balik ke rumah, melihat di kiri kanan mereka, apakah
yang ada dalam otak mereka ini? Apakah masih terlopong mulut laksana
Pak Pandir atau bercita-cita tinggi seperti Mak Jenin? Masih menunggu
tiba giliran untuk dibawa rombongan lagi? Atau diberikan sehelai kain batik
cap semut, atau sehelai kain pelikat cap Gajah.
Kesian! Sehingga bilakah wanita umno ini terperuk di dalam budaya yang
begitu? PUTERI MUDA VS MAKCIK TUA Apabila Puteri umno dicadang untuk tidak diletakkan di bawah kepimpinan
Pergerakan Wanita umno, maka pastinya pucuk pimpinan Pergerakan
Wanita merasa tak sedap duduk. Bimbang hilang pengaruh dan hilang
kuasa lagi. Maka berubahlah wajah Mak Cik-Mak Cik ni .... (gelak saya bila sebut
perkataan mak cik, sebab pasti ada yang marah!). Saban hari suara
si puteri itu semakin menenggelamkan mereka, padahal penubuhannya masih
bertolak berkira. Tentunya puteri muda itu akan mendapat lebih kasih dan
belaian manja. Jika tidak playboy umno melaka itu takkan menoda gadis yang
terlalu muda. Sekali menjenguk esok datanglah sebiji kereta....
PUTERI PILIHAN DIKTATOR TUA Azalina Othman dijangka menerajui Puteri umno seperti kehendak
Mahathir. Dalam tulisan Wak Amin, beliau telah menyelongkar siapa
Azalina ini. Mungkin saya tidak pernah mengenali beliau selain mengenali
ketika beliau mengendalikan satu program (Night Line) di NTV7, sebagai
pengacara. Tetapi menurut teman-teman yang bekerja di media massa,
semua perkara yang ditulis oleh Wak Amin adalah benar. Seperkara yang
diperkatakan ialah Azalina bukanlah seorang muslim yang mempunyai
pegangan kuat kepada agama kerana telah biasa dengan cara gaya hidup
yang bebas, termasuk dalam soal hubungan dengan lelaki dan juga cara
hidup di luar batasan Islam. Tiap kali dia bersuara, pecah
semua gelas yang berkaca, inikan pula sempadan ugama. Akhirnya JAIS yang
terpaksa "surrender", seolah-olah puteri barua ini lebih pakar berugama.
(dan bersenggama?? :) ) RAHSIA PUTERI UMNO Mengapa Rafidah marah sangat dengan Azalina ? Huh, dengar cerita dari
mak cik-mak cik di Johor (ketika saya ada di sana kelmarin), kerana
Azalina mencadangkan agar Puteri UMNO diurus, ditadbir sendiri agar
mempunyai imej yang lain dari Pergerakan Wanita umno, imej yang lebih
profesional, yang lebih berdaya saing, yang lebih moderate. Itu yang
menyebabkan Pidah marah sangat, kerana dalam erti kata lain, imej
Pergerakan Wanita umno memang dah teruk sungguh! Hancuss!! Yang ada
cumalah golongan mak cik yang boleh diperbodohkan, boleh digulaikan ,
boleh digoreng dan dibakar hangus, atau digoreng sesedap rasa jika
keringat mak cik-mak cik ini masih diperlukan.
MAKCIK UPAHAN CUMA Mak Cik umno ini umpama golongan kelas pariya dalam umno. Walaupun
tenaga mereka diperlukan semasa pilihanraya sebagai baruah umno yang
bergerak menerusi Gerak-10, tapi usaha dan keringat mereka hanyalah
sekadar memerah tenaga kaum mak cik-mak cik ini, kerana pada masa
yang sama, kaum lelaki dan pemuda-pemuda umno hanya bergoyang kaki
di warung-warung kopi, dapat hadiah dan wang dari pelbagai sumber,
menjadi pencatur politik dan pencetus minda kununnya. Apa yang makcik
umno ni dapat??? Dapetlah kain tudung buatan Indonesia yang ada cop
Cerlian Deon (dekat dah ngan Celine Deon atau Christian Dior),
apa-apalah,jadi ada sebut mat salleh sikit, tergeliat lidah mak cik-mak cik
tu!! Dapet gak duit RM30 buat upah menceceh dan upah ayak liok! Peh tu,
tertonggek-tonggeklah makcik-makcik umno ni dari sebuah rumah ke
sebuah rumah berkempen, kununnya! Dalam otak mereka sebenarnya
kosong! Tak ada fokus hidup, merapu saja.
Apa yang Mahdey kata, itulah yang dia orang ni cakap.
Sampai bila orang tanya, "kamu nampak ke DSAI meliwat? " itulah bukti banganggnya wanita umno ni! ish..ish ..ish... kesian kesian.
Maka, dengan itu, hiduplah makcik-makcik umno ini dengan budaya yang
begitu bertahun lamanya! Apakah jenerasi yang berilmu, berpendidikan
dan ada maruah, ada nilai diri, golongan yang beriman, yang berpegang
kuat kepada agama Islam, golongan yang tahu baik buruknya, golongan
yang tidak mudah dibodoh dan dibangangkan akan dapat menerima umno?
Nak ajak kami masuk umno? Pasti TIDAK!! Buatlah apa strategipun, kalau
itulah yang umno nak cernakan, kirim salam!
PUTERI BEMULUT LASER Dan buat Azalina Othman, berhati-hati apabila mengeluarkan bicara yang
berkaitan dengan Islam , PAS dan Hukum Menutup aurat, kamu tak layak
bercakap apa-apapun dalam hal ini!!! Kamu sendiri tidak amalkan hukum
Islam mengikut syarak, jauh sekali dari menghayati Islam sebagai seorang
yang dikatakan Islam. So, be carefull, jaga mulut sikit....!! Jangan ingat
samseng dan laser kamu saja!! Dahlia/KL |