Laman Webantu KM2A1: 3002 File Size: 8.3 Kb * |
Perkosa Dalam Bas - Jawapan Buat A-Jabat By Kapal Berita 16/10/2000 12:34 am Mon |
PROLOG Isu ini timbul berikutan pembunuhan kejam seorang
wanita muda (jurutera sistem komputer?) yang diperkosa dan
dinodai sebegitu rupa. Pelbagai pendapat timbul seperti permasaalahan tiada muhrim
dalam perjalanan dll lagi. Ada pihak cuba mengambil kesempatan
untuk menempelak ucapan TG Nik Aziz dengan peristiwa sebegini.
Tidak kurang pula syarikat bas tersebut dikritik kerana kurang
berhati-hati dalam soal menggaji pemandu yang diragui.
Yang amat mengejutkan ialah kenapa nama dan gambar wanita
yang terbunuh itu tersiar meluas. Bukankah keluarga wanita tersebut
sudah maklum - jadi kenapa perlu ditunjukkan gambarnya?
Tindakkan akhbar dan puak-puak tertentu ini amat memilukan.
Bayangkan kenapa pihak ini tidak pula ada gambar (muka aja pun tak apa)
dalam kes pelacuran mewah di Merlin antara artis (dan pengacara tv3?)
dengan orang kenamaan (VIP dan hakim beruk?). Bila Haslinda Merican
dan Amin dikira bersalah tentunya ini bermakna ada pelacuran -
ada yang membaham dan ada yang menerima. Saya diberitahu pihak
pendakwa (sdr Kamarulzaman) mempunyai gambar bogel sebahagian
dari wanita tersebut..... JENAYAH DAN PUNCANYA Ada pelbagai sebab jenayah dan keruntuhan moral berleluasa.
Antaranya ialah:
UNDANG-UNDANG YANG TIDAK KETAT Kita diajar supaya mempertikaikan tafsiran al Quran
oleh regim terkini. Mahathir memberi pelbagai alasan
ekonomi dan kemajuan sambil menembak hukum hudud
dengan komen "kudong" dan "tidak mampu" lagi. Dia juga
mentakwil "dalam lagi penting" sedangkan hijab wanita
itu bukan satu pilihan lagi. Ia adalah kemestian.
Itu adalah perintah dari tuhan yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat manusia dan masyarakat mereka.
Islam mahu memenjarakan nafsu yang liar tetapi
membenarkan si suami bergurau dengan si isteri seikut
suka. Bukankah itu satu keindahan yang tiada bandingnya?
PENDIDIKKAN Pendidikan hari ini lebih bercorak untuk lulus
peperiksaan sahaja. Penghayatan menjadi nombor dua,
malah mungkin nombor terakhir bagi setengah remaja.
Matapelajaran ugama pula disama tarafkan dengan lukisan
sahaja. Sebab itulah ramai ibu-bapa yang perihatin menghantar
anak mereka kesekolah ugama. Malangnya ruang yang ada amat
terhad bagi mereka yang kurang gaji pendapatannya. Selain
itu pencapaian ugama anak-anak mereka menafikan peluang
untuk mendapatkan tempat disekolah berugama yang terhad
tempatnya. Lihatlah berapa ramai ibu-bapa cuba menghantar anak
mereka ke SMAKL (Sek Men Agama KL) tetapi kecewa kerana
tempat yang ada sedikit cuma. Malangnya kerajaan tidak
perihatin dengan permintaan ibu bapa. GODAAN PEMAKAIAN SERTA MEDIA Bayangkan kerajaan lebih mementingkan keuntungan iklan
dan aksi adegan yang menggiurkan daripada keruntuhan
moral anak-anak muda. Beberapa iklan yang mencuit iman di dada
sengaja ditayangkan di kawasan yang ramai penduduk islamnya
seolah-olah itu satu pandangan biasa yang tidak apa-apa.
Sikap kerajaan yang membela ratu cantik serta menganjurkan pesta
ratu bertaraf antarabangsa di PWTC tidak serasi dengan dakwaan
PM bahawa Malaysia "adalah negara Islam walau pun tidak mengamalkan
undang2 islam" semasa berucap di UIA tempoh hari. Ini semua
mendedahkan betapa hipokritnya kerajaan umno yang asyik mengada sahaja .
MEDIA DAN NAFSUNYA Majalah dan buku-buku yang merosakkan dijual begitu berleluasa
di segenap ceruk negara. Gejala ini semakin teruk bila beberapa
VCD mengambarkan perilaku pelajar sekolah berasmara tersebar
begitu meluas dan murah pula tanpa rasa malu dengan megahnya.
Mereka membuat pergambaran ditempat yang terkemuka seolah-olah
mahu memperli sistem yang ada. Majlis Ugama dan pelbagai
insitusi kesedaran yang ditubuhkan oleh kerajaan kelihatan tidak
bermaya. Mereka hanya kaya dengan pelbagai aktiviti forum dan
teori sahaja - tetapi lembap dalam pelaksanaanya. Pelbagai masjid
baru dirasmi dan bermacam hadiah diterima oleh negara tetapi
hakikatnya muda-mudi negara ini sudah rosak dengan teruknya.
Apabila nafsu ini dibiarkan bermaharajalela akan
punahlah masyarakat kerananya dan ini terbukti dengan
pelbagai masalah sosial yang melanda negara. Orang
melayu sudah pandai membuat dan membuang anak seikut
suka pula. Mereka tidak takut kerana JAIS boleh ditegur
supaya tidak berkata. Atau hakim yang bermain dengan
artis boleh lepas begitu sahaja. Siapakah yang mengajar
ini semua jika tidak kerajaan kita juga? Bagaimanakah
Haslinda Merican boleh didakwa tetapi sipelacur dan
orang ternama itu dilindungi pula? Mengapa mangsa rogol
di dalam bas itu dicetak merata gambarnya tetapi
pelacur mewah di Merlin itu dilindungi pula?
KES ROGOL: JAWAPAN 1 UNTUK ASTORA JAHAT
from: Partners [counterbalance_2000@yahoo.com]
to: [ADIL-Net] from: Pejuang Keadilan [abusalsabila@hotmail.com]
from: Din Din [marpiau@yahoo.com] Date: Thu Oct 12, 2000 JAWAPAN UTK A. JABAT Bagi menjawab soalan ASTORA JABAT ulamak serong,
bagaimana nak melaksanakan hukum hudud untuk kes
rogol, terlebih dahulu perlu diterangkan, hudud
bererti had atau larangan. Ia lebih kepada sifat
pencegahan. Berbalik kepada perlaksanaan hudud untuk kes rogol.
Pada zaman Nabi Muhammad saw, diriwayatkan oleh Wa'il
ibn Hujr bagaimana seorang wanita hendak pergi
bersolat, dan dipertengahan jalan dia telah diserang
oleh seorang lelaki yang kemudian merogolnya. Wanita
tersebut bagaimanapun akhirnya dapat menjerit dan
lelaki tersebut terus melarikan diri. Jeritan itu juga
menyebabkan sekumpulan Muhajirin datang. Wanita
tersebut menceritakan apa yang berlaku, dan akhirnya
lelaki perogol tersebut telah dapat ditangkap dan
dibawa mengadap Rasullullah saw. Nabi berkata kepada
wanita tersebut "Pulanglah. Allah mengampunimu". Untuk perogol tersebut, baginda berkata
"Rejam dia dengan batu hingga mati" Ini menunjukkan untuk kes rogol, bukti yang ada pada
seorang wanita yang menjadi mangsa itu sahaja sudah
cukup untuk menghukum perogol. Tak perlu ada saksi
lain. Zaman sekarang, teknik medical yang ada dengan
senang sahaja dapat membuktikan sesuatu kes rogol.
Harap tak ada yang terus mengatakan hudud hukum Allah
itu tak lengkap bila sebenarnya diri sendiri terlalu
bodoh untuk melaksanakannya, macam ASTORA JABAT ni.
Hudud bukan setakat menghukum, tetapi merangkumi semua
aspek sistem keadilan dan keselamatan yang mengambil
kira fitrah manusia itu sendiri. Janganlah berterusan
memberi alasan untuk menghalang kita dari
melaksanakannya. Firman Allah: (An-Nisaa ayat 61) "Apabila dikatakan kepada mereka 'Marilah kamu
(tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan
kepada hukum Rasul', nescaya kamu lihat orang-orang
Munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya
dari (mendekati) kamu" Wuallahualam. Rogol dalam bas dari sudut hudud
Oleh: ASTORA JABAT Cuba bayangkan bagaimana boleh dilaksanakan hukuman
hudud ke atas penzina/peliwat dan pembunuh Noor
Suzaily itu? Tidakkah untuk melaksanakan hukuman hudud ke atas
pelaku jenayah zina dan liwat itu memerlukan empat
saksi? Dari manakah empat saksi itu boleh didapati
kerana tiada seorang pun yang melihat jenayah
paling dahsyat yang berlaku dalam bas itu.
Tidakkah ini bererti penjenayah boleh terlepas dari
jenayahnya dengan mudah saja jika dilaksanakan hukuman
hudud yang dilaung-laungkan oleh Pas? Apakah dianggap
adil membiarkan penjenayah yang sepatutnya dikenakan
hukuman bunuh itu terlepas kerana tidak ada empat
saksi yang melihat perbuatan beliau? |