Laman Webantu KM2A1: 2995 File Size: 7.6 Kb * |
HFM: Sukar Di Bunuh umpama Diktator Tua By Kapal Berita 15/10/2000 1:05 am Sun |
Ramai orang tidak tahu apakah maksud yang tersembunyi
di sebalik singkatan huruf HFM. Mereka hanya megimbas
satu penyakit biasa yang bersangkut paut dengan kegianan
virus yang berterbangan. Nama virus itu kelihatan tersembunyi,
sebaliknya nama penyakitnya sahaja dirasakan ngeri.
HFM bermaksud Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki
dan Mulut. Bayangkan kaki dan tangan adalah alat untuk manusia bergerak.
Dan mulut pula satu panca luahan untuk memohon pertolongan.
Dan ia boleh berakhir dengan kematian... dan ia bermula dari mulut
sebelum ia menular kepada tangan dan kaki.
HFM mengegarkan kehidupan dengan 4 kanak-kanak maut di Singapura, kini Malaysia sudah kehilangan 3 nyawa:
Secara tidak langsung penyakit yang amat merbahaya ini akan
menghantui industri perlancungan. Indutri ini bolehlah
dikatakan penting juga itu dicemari dengan pelbagai kejadian
luarbiasa yang menakutkan kerana ia melibatkan nyawa dan
keselamatan. Kita baru sahaja dikejutkan dengan drama penculikkan
di persinggahan kepulauan kecil, kini satu lagi drama "menculik"
nyawa muncul - ia mencari kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah sebagai
mangsa. Kesannya amat menggusarkan rakyat yang ada, khususnya
mereka yang mempunyai bayi yang dihantar ke pusat-pusat yang menjaga.
Malah beberapa tadika mungkin terpaksa ditutup buat sementara
kerana bimbang menjadi sebab beroleh celaka.
Menurut CNN 50 kanak-kanak di Taiwan maut pada 1998 dan 30 pula
di Malaysia Timur dan Borneo pada tahun 1997.
Terdapat beberapa jenis virus yang pelbagai yang dikatakan mengacau
kesihatan kanak-kanak yang menjadi mangsa itu:
While many different viruses can cause HFM disease,
Coxsackievirus, Group A, type 16 predominates.
Other viruses implicated less often include:
Coxsackievirus, Group A, types 4, 5, 9, and 10; Group B, types
2 and 5; and Enterovirus 71. [Sumber: http://www.hhs.state.ne.us/epi/epihfm.htm]
Virus Enterovirus 71 (EV 71) dikatakan amat merbahaya kerana
34 kanak-kanak di Taiwan maut kerananya.
They are small 20-30 nm, non-enveloped icosahedral viruses.
Contrary to the name enterovirus, enteric disease is not the most important
manifestation.Examples of enterovirus include Poliovirus, Coxsackievirus
groups A and B, and Echoviruses. They can cause a variety of illnesses,
the most common being fever with or without a rash and aseptic meningitis.
Other illness caused by these viruses include pleurodynia, myocarditis,
stomatitis and neonatal sepsis. [Sumber: http://bugs.uah.ualberta.ca/webbug/virbug/ent2.htm ]
Coxsackieviruses: Algonquin indian name of village in N.Y. where first isolated (Daldorf and
Sickles/suckling mice/1948). Two groups, based on pathology in suckling mice:
Group A: Group B: In man, these viruses show a seasonal, epidemic pattern of infection
(mostly sub-clinical), associated with meningitis, paralysis (usually less
severe than acute poliomyelitis), myocarditis, etc. These are common
infections world-wide (inc. UK) - no effective treatment/prophylaxis!
Coxsackie A16 causes the common childhood infection hand-foot-mouth disease
(no, not foot and mouth: hand-foot mouth).
[Sumber: http://www-micro.msb.le.ac.uk/335/Picornaviruses.html]
Untuk memahami virus ini, dicartakan kumpulannya:
KESIMPULAN Kita sedar negara kita kelihatan seperti begitu stabil dan kuat,
tetapi tampak kini sekuat mana pun ia merasa, ia sebenarnya
tidaklah sekuat mana. Getaran gempa bumi di Sumatra tempoh hari
sahaja telah menyebabkan ramai penduduk rumah pangsa berdebar.
Kes wabak JE pula menyebabkan Bukit Pelanduk menjadi pesinggahan
yang amat berpuaka. Manakala kuasa air di hulu Kelang telah menguris
seribu kenangan pahit buat sang menteri yang suka berfoya-foya
dan untuk penghulu SUHAKAM yang bergelumang dengan dosa.
Nampaknya bala semakin hari semakin gemar menjenguk negara, tetapi
isyarat tersebut masih belum difahami oleh rakyat jelata. Mereka
hanya memahami satu ucapan betapa rakyat perlu berterima kasih
kepada sang dewata diktator tua kononnya ekonomi negara
sudah pulih seperti sedia kala. Atau berjaya menyumbat seorang
insan merengkok di dalam penjara walaupun buktinya meragukan pula
serta tidak berpijak di sisi syariah dengan nyata.
Kawalan matawang kelihatan cuba menyelamatkan negara, sedangkan ia
sebenarnya untuk si kroni manja semata yang memerlukan wang murah
yang sedikit bunganya kerana hutang mereka sudah melangit tingginya.
Maka Petronas dan bank menjadi mangsa untuk dinoda seikut suka.
Akhirnya tenggelamlah bank bumiputra dalam sekelip mata bila si
diam itu menggerakkan misai putihnya. Lenyaplah hutang itu dikambus
tanpa jelingan sesiapa. Rakyat menjadi dayus tidak terkata diwaktu
kazanah negara dibalun dengan senangnya di depan mata.
Petronas pula terpaksa menderma mengikut selera diktator tua.
Syarikat yang sama yang menolong di Ananda tertawa serta merta itu
juga menyelamatkan kapal anak diktator yang sudah tenat di laut
yang bergelora. Tetapi rakyat Terengganu dinafikan pula keistimewaan
mereka sedangkan minyak itu adalah hasilbumi negeri mereka. Rakyat
Malaysia pula terpaksa membayar kenaikkan harga minyak kerana kerajaan
sudah tidak mampu tetapi mengapakah kerajaan mampu pula untuk menolong
seorang dua dengan berbilion banyaknya?
Secara tidak langsung kekayaan negara sudah diselewengkan untuk
menyelamatkan keluarga diktator tua yang amat bergantung kepadanya.
Maka dicananglah keseluruh negara kononya negara sudah pulih dari segala
bencana. Terbanglah dia melintas benua untuk memetik hadiah Lariba
kononya sebagai bukti hebatnya dia. Namun itu semua tidak bermakna
kerana dalam diam negara melutut kepada bon yang teramat tinggi
bunganya! Diktator tua tidak akan cergas selama-lamanya. Lama-lama
dia akan kecundang jua, dan ketika itu seribu bintang dan pingat sudah
tidak berguna. Yang tinggal amal cuma dan doa yang teramat berat
yang tidak dapat dibayar lagi kerana Petronas tidak berada di alam baqa..
Kerana mulut badan binasa. Umpama HFM yang meragut nyawa manusia.
|