Laman Webantu KM2A1: 2990 File Size: 19.7 Kb * |
Siri 3 YTDT: Antara Yang Terbang Dan Yang Melayang By Marhain Tua 13/10/2000 6:18 am Fri |
Siri YTDT: Yang Terbang dan Terbengkalai
Bab: 3
"Di dalam perbincangan kami, kami telah mengenal-pasti syarikat-syarikat yang
akan terbabit dalam kerjasama bilateral ini." Demikianlah yang diberitahu kepada
wartawan sebaik sahaja beliau selesai berbincang dengan President Bosnia yang akan
bersara; Alija Izetbegovic. Dr. Mahathir juga mahukan beberapa syarikat Yugoslav yang dulunya pernah terlibat dalam
kerja pembinaan di Malaysia sebelum tercetusnya Peperangan Balkan itu, untuk datang
semula ke Malaysia dan menjadi aktif kembali dalam program usahasama dengan syarikat
tempatan (siapa punya agaknya?). Dalam sidang akhbar itu Izetbegovic telah menyatakan betapa Mahathir "adalah seorang
sahabat akrab rakyat Bosnia Herzogovina sebelum dan selepas peperangan."
Di majlis bersama wartawan itu Dr. Mahathir telah memberikan sumbangan chek bernilai
RM200,000 sebagai derma rakyat Malaysia kepada penduduk Srebenica yang satu ketika dulu
teruk diganyang oleh musuh yang anti Islam. Satu lagi cek sumbangan Bosnian Action
Front di Malaysia telah dihadiahkan kepada Imam Masjid Stratgad untuk tujuan pemulihan
bangunan. Sebelum meninggalkan Bosnia "untuk kembali ke Malaysia" beliau telah memberi
satu syarahan kepada sekumpulan 80 orang hadirin di Universiti Sarajevo.
Sekali pandang memanglah kita akui Malaysia merupakan sebuah negara yang kerap menderma
kepada negara luar yang kesempitan hidupnya. Satu ketika dulu bermacam-maam jenis kutipan
derma yagn telah dilakukan di negara ini atas nama peri-kemanusian. Tetapi, untuk
melakukan apa yang baru sahaja dilakukan oleh Mahathir, tentunya memerlukan satu
penelitian kita rakyat Malaysia secara bersama. Soalnya sekarang apakah kita mampu
melabur lagi di luar negara terutama di sebuah negara yang belum tentu lagi akan
ketenteraman dan kestabilan poltiknya.
Kita sedar, setiap kali ada projek usahasama di antara syarikat Malaysia dengan syarikat
asing di negara mereka ia membabitkan penggunaan wang yang banyak yang diperdapatkan
daripada bank. Wang siapakah itu? Mungkin juga ada syarikat yang tidak memerlukan
pinjaman bank. Tetapi mengeluarkan surat cagaran seperti 'promissory notes' yang akan
dijual di pasaran BSKL untuk mendapatkan wang daripada pasaran Malaysia juga. Pada
lazimnya setiap kali surat cagaran seperti ini dikemukakan, semua institusi kerajaan akan
digembeling untuk membelinya sehinggakan ia dapat menyaran orang ramai sebagai pelabur
runcit untuk ikut serta. Putar-belit perniagaan yang ditaja oleh Mahathir seperti ini
memang bukannya baru. Kita sudah lihat sejak dulu lagi mungkin tidak sampai seribu MOU
yang ditandatangani yang mampu menaikkan saham syarikat tertentu di BSKL. Namun, tidak
lama kemudian, MOU yang dihadiri oleh Mahathir ataupun Daim itu tinggal hanya kertas
kosong yang tidak ada erti apa-apa. Dalam kisah Bosnia Herzegovina ini kita dapat
menjangkakan majlis tandatangani MOU dan apa juga perjanjian akan pasti dilaksanakan di
minggu bersidangnya UMNO di Kuala Lumpur bulan hadapan. Inilah kerja Mahathir dan juga
beberapa jongos terulungnya dalam mengabui minda rakyat di negara ini. Sejak puluhan
syarikat yang melabur di negara asing dengan wang rakyat Malaysia, berapa banyakkah yang
sudah berjaya? Ketika di London dan diwawancara oleh Financial Times, Mahathir ada menyebut betapa orang
Melayu itu tidak mengerti nilai wang ringgit. Katanya, orang Melayu itu adalah sama
dengan rakyat negara komunis dan tidak tahu apa ertinya modal ataupun 'capital'. Kerana
itu orang Melayu mengikut tafsiran Mahathir adalah mereka yang hanya pandai berbelanja
sakan dan membeli apa yang mereka mahu tanpa memikirkan setiap wang modal adalah untuk
perniagaan. Demikianlah hinanya orang Melayu di Malaysia oleh seorang Melayu kacokan yang
mempunyai ibunya berdarah Melayu dan isterinya daripada keluarga Melayu jati. Dia sanggup
membuat pendedahan itu di negara orang dan bersedia untuk seluruh dunia membaca
wawancara itu di mana Bangsa Melayu itu dihinakannya.
Kini, Mahathir mahu berdagang semula dengan Bosnia Herzegovina. Siapakah yang akan
dijadikan rakan usahasama itu kalau bukannya golongan bangsa yang satu ketika dulu
merupakan penganut fahaman Komunis yang totok? Apakah keputusan Mahathir berniaga dengan
orang-orang Bosnia Herzegovina itu satu penderaan daripada Allah Swt. Kerana
keceluparannya di London itu sehinggakan kini Allah mahu menutup matanya dan hatinya
terhadap siapakah orang Bosnia Herzegovina itu sebenarnya? Apakah dia lupa bagaimana
orang Russia yang berjaya menerima pinjaman Bank Dunia telah menyonglap hampir semua wang
itu ketika negara itu dipimpin oleh Boris Yeltsin?
Apa yang berlaku kini adalah satu penipuan lagi. Mahathir akan menggunakan pencapaian
matlamatnya di Bosnia Herzegovina itu sebagai satu topeng untuk mengabui orang Melayu
sekali lagi. Dia sudah tidak mampu menganjurkan usahasama perdangangan di Afrika kerana
tidak ada lagi tempat yang sesuai yang boleh menerima MOU palsu tajaan
Mahathir-Daim-Rafidah itu. Lantas Bosnia-Herzogevina terpilih sebagai lapangan terbang
alternatif untuk menerima pesawat Mahathir yang sedang kecemasan. Cuba kita fikirkan
baik-baik; setiap kali sesebuah negara itu memasuki era pemulihan daripada satu tempoh
peperangan yang panjang, kerja-kerja baik pulih negara itu akan menjadi satu agenda besar
WHO, Bank dunia dan IMF dan juga negara maju dalam G-7. Segala kerja-kerja asas di
bahagian tapak pemulihan itu selalunya akan dikendalikan oleh golongan yang satu ketika
dulu bergelar 'Panglima Perang -The Warlords'. Takrif ini memang diperakui oleh setiap
professional yang bertugas di bawah panji-panji PBB.
Suasana yang digambarkan di atas adalah fenomena yang berlaku dan berulang di mana-mana
negara yang mahu memulihkan keadaan perang yang baru tamat. Malahan inilah juga suasana
dan iklim pelaburan yang dihadapi oleh kerajaan Moscow setelah berlakunya perpecahan
kepada Gagasan USSR dulu. Keadaan tidak stabil terus berlaku sehingga kini di Moscow
kerana para petugas yang terkenal sebagai kumpulan KGV kini menjadi samseng yang
menggugat sebarang usaha yang mahu dilaksanakan oleh pelabur asing. Pengaruh bajingan ala
Mafia di Itali, Triad di Hongkong dan Oyobun-Yakuza di Jepun sudah menghantui masyarakat
niaga di Moscow dan apa yang merupakan sakibaki Russia itu. Perkara yang sama tentu akan
berlaku di Bosnia Herzegovina. Adalah diharapkan pembaca yang mengikuti siri penulisan ini akan nampak tipu muslihat
Mahathir dalam hal ini. Nampak sangat dia sudah semakin sewel kalaulah projek di
Bosnia-Herzegovina itu mahu diteruskannya. Sepatutnya tempoh penghujung tahun 2000 ini
digunakannya untuk melihat secara dekat akan masalah negara ini dan segala kesulitan yang
dihadapai oleh rakyat marhaen di negara ini. Bukannya masalah orang Bosnia Hezegovina
kerana orang-orang itu bukannya rakyat Malaysia. Mahathir tidak akan mendapat sebarang
'political mileage' baik daripada dalam negara ataupun di tahap antarabangsa dengan
usahanya untuk memperbaikki keadaan hidup orang Bosnia Herzegovina itu.
Minggu yang lalu saya ada menulis mengenai keyakinan menteri-menteri kabinet Mahathir
yang mahu melancarkan program memantau agar barangan dalam negara tidak dinaikkan
bersabit dengan kenaikan harga minyak. Kita boleh buka balik akhbar lama minggu yang lalu
betapa angkuhnya semua menteri kabinet mengenai pemantauan barangan itu. Reaksi saya
dalam hal itu adalah pendek sahaja ketika itu ; 'Jauh Panggang Daripada Api'. Kini, harga
barangan sudah naik melambung sehingga empat puluh persen. BAGAIMANAKAH AGAKNYA Mahathir
mahu menyelesaikan perkara ini? Apakah masalah rakyat mengenai kenaikan harga barangan
yang secara mendadak ini tidak penting lagi kepada Mahathir? Apakah masalah rakyat
Bosnia yang baru pulih daripada peperangan lebih penting kepada Mahathir? Apakah dia mahu
dikenali pula dan menerima gelaran Wira Balkan?
Kegagalan Mahathir memahami masalah dan tekanan hidup yang ditanggungi oleh rakyat
marhaen sekarang ini merupakan kelemahan kepimpinannya selama ini yang sanggup diterima
oleh rakyat. Lebih lapan belas tahun Mahathir berkuasa dalam era poltik Melayu, dia mampu
membuat rakyat toleran kepada taktik kepimpinannya, sehinggakan sebilangan besar rakyat
marhaen sanggup menelan air liur kebencian terhadapnya setelah mendengar penjelasan yang
keluar daripad bibirnya. Selama ini Mahathir berbelanja sakan sedangkan keadaan hidup
rakyat masih lagi di takuk lama, rakyat mampu juga tersenyum kepadanya. Kos pendidikan
naik melambung tinggi dan kos pengangkutan terus naik lagi, malahan biaya tol tidak
pernah diturunkan; rakyat masih akur lagi. Kini, kos barang makan naik lebih empat puluh
persen, rakyat masih akur lagi. Sikap toleran ini adalah berputik kepada saranan Mahathir
dan juga pemimpin UMNO yang kerap mengulangkan kata-kata 'Perjuangan dan Pengorbanan'
yang dimestikan kepada orang Melayu seperti apa yang dilaungkan oleh pejuang Melayu di
zaman dulu. Selama ini rakyat marhaen terutama sekali orang Melayu sanggup terus bersikap setia
kepada kepimpianan Mahathir dan UMNO kerana memikirkan perlunya bekorban untuk negara
sebagai balasan kepada perjuangan yang disarankan itu. Inilah kesan putaran minda orang
Melayu terutamanya yang telah dilaksanakan oleh Mahathir selama ini. Topik 'berjuang'
dan 'berkorban' merupakan kemestian setiap kali Mahathir dan pemimpinnya bersemuka dengan
rakyat. Perkataan berkorban dan berjuang merupakan dua 'password' (kata-laluan) yang
membuatkan rakyat diam membisu. Apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO merupakan satu usaha
yang memerlukan rakyat berkorban untuk diam membisu. Apa jadinya?
Sebenarnya, seperti yang pernah saya tulis beberapa kali dulu, 'perjuangan' itu tidak
merupakan agenda besar UMNO sebaik sahaja kemerdekaan sudah tercapai. Perkataan
'Perjuangan' hanya merupakan satu kata hikmah untuk mengabui minda orang Melayu yang
diputarbelitkan oelh Mahathir sebaik sahaja tercetusnya tragedi Mei 13 1969. Disebabkan
putarbelit inilah makanya konsep 'berkorban' itu menjadi satu semangat pengorbanan yang
dihayati oleh orang Melayu secara melulu. Contohnya, Mahathir kata negara in sudah aman
dan kaya raya. Tetapi, tidak ada sebarang usaha dibuat untuk mengurangkan jumlah polis
pengiring dan anggota pelindung keselamtan raja-raja dan perdana menteri. Kalau usaha ini
dilakukan tentunya kos yang tinggi itu boleh disalurkan terhadap projek kemasyarakatan.
Kemudian, kita kerap terdengar betapa Malaysia mengungguli ajaran Islam tetapi di setiap
istana raja-raja masih ada lagi warga kakitangannya yang menjadi pawang istana. Contoh
yang mudah seperti ini menunjukkan betapa kita rakyat Malaysia terutama sekali orang
Melayu bersedia membisu dengan apa juga tipu helah Mahathir dan pemimpin UMNO dalam
tindakan mereka memerintah. Oleh kerana tipu helah seperti ini makanya orang Melayu
sanggup menerima siapa sahaja sebagai pemimpinnya. Contoh terbaik dalam hal ini ialah
kisah seorang Timbalan Menteri yang akur dengan panggilan 'Dr. Professor' ketika dia
berkempen dalam pemilu sedangkan dia tidak pernah menerima ijazah Phd. Begitu juga dengan
seorang menteri yang dulunya dipanggil Drs (Doktorandus) kini sudah bergelar Doctor (Dr.)
sahaja. Secara kilasnya perkara seperti ini memang remeh. Tetapi keremehan seperti ini
apabila dibiarkan berleluasa membabitkan perkara yang lebih memerrlukan ketelusan dalam
pentadbiran. Kerana itu, Taukeh Wong bergelar Tengku Wong, Tukang Jual Batang Penyapu
Ting bergelar Tan Sri Ting dan Penjual Insuran-Cashier Tan bergelar Tan Sri Vincent Tan.
Semua ini adalah lambang toleransi orang Melayu kerana mereka diajar untuk terus
berkorban dan terus berjuang. Kini, kita lihat negara akan mengharungi satu cabaran yang besar kerana proses
globalisasi yang dipersetujui oleh negara majoriti dunia akan melanda Malaysia. Tetapi,
apakah kesediaan kita untuk menghadapi cabaran itu? Kita masih lagi diminta berkorban
untuk membeli kereta buatan Malaysia misalnya sedangkan kereta itu dijual lebih murah
lagi di negara luar. Kalau tidak kerana konsep berkorban itu kita mampu membeli kereta
yang lebih baik dan canggih lagi dengan harga yang lebih murah daripada luar negara.
Jadinya, pengorbanan yang perlu kita tanggung itu adalah untuk membolehkan Mahathir
mencapai idaman perancangannya. Cuba kita ambil contoh pembikinan enjin kereta terbaru Proton di London. Syarikat yang
mengeluarkan enjin baru itu adalah kepunyaan Malaysia sebanyak 80 persen. Yang lagi 20
persen dipegang oleh seorang usahawan barat. Kalau kita mahukan teknologi tercanggih
yang terdapat dalam pembelian Syarikat Lotus itu kenapakah tidak dialihkan kilang
penyelidikan itu ke Malaysia? Kenapakah masih dikekalkan pusat penyelidikan itu di London
di mana kosnya tentu tinggi. Bukankah ini bererti, rakyat Malaysia dimestikan membeli
kereta keluaran Proton kerana mahu menyara hidup ratusan orang putih di negara mereka?
Apakah ini yang dikatakan pemindahan teknologi? Saya masih ingat lagi cakap-cakap arwah
Tan Sri Yahaya Ahmad yang mengatakan pusat penyeldiikan itu akan dialihkan ke Malaysia
agar rakyat Malaysia dapat mempelajari teknologi canggih yang ada. Sekarang, siapakah
yang menipu siapa pula? Dalam satu program khas di CNBC baru-baru ini Tan Sri Tengku Mahalil ada menyebut akan
program Proton menjadi satu syarikat yang besar berasaskan apa yang ada pada Lotus dan
juga pada sebuah firma Amerikan yang baru dibeli oleh Proton. Nampak sangat dia
menyuarakan idaman Mahathir dalam program itu. Rakyat Malaysia yang mempunyai kemudahan
mengakses laman web dunia tentu merasa terkilan setiap hari apabila mengetahui harga
kereta yang setara dengan keluaran Proton. Kebanyakan kereta itu boleh dibeli dengan
harga setengah daripada harga yang dikenakan oleh Proton. Malahan kita tahu, di setiap
negara yang megeluarkan keretanya sendiri, kereta lama (secondhand) mempunyai harga yang
murah. Kerana itu kita boleh membeli kereta potong (bahagian kereta yang
dicerai-beraikan) daripada negara pembuat kereta itu dengan harga yang sungguh murah
sekali. Tetapi berlainan kepada kelaziman ini, kereta buatan Proton di negara ini
mempunyai satu harga yang sungguh tinggi. Ini menunjukkan betapa menyimpangnya idea
pembikinan kereta di negara ini kerana selama ini projek itu dilaksanakan tidak mengikut
agenda yang dilakar pada mulanya. Ia diubah-suai setiap musim mengikut nafsu nafsi
seorang diktator tua. Masih ingatkah anda kisah Proton Saga yang dihantar untuk melepasi
kawalan mutu Amerika satu ketika dulu? Apakah ini satu lagi pengorbanan namanya? Kini
Amerika dan Jepun sudah mula melancarkan kereta yang mesra alam sedangkan kita masih
lagi dengan Proton yang mengikut teknologi lama. Semua ini terpaksa kita tanggungi kerana
mahu memuaskan nafsu-nafsi seorang diktator sewel. Akhirnya terpaksalah pembeli puashati
dengan 'Perdana' di mana pintu hadapan di sebelah kanan merupakan satu kesan
'designers'-defect', ataupun 'Wira' yang mempunyai pintu letrik yang tidak mudah
digunakan kerana 'spare-parts design defects' dan kini WAJA yang tertangguh kerana
masalah teknikal lagi seperti cermin depan yang muah dibolosi air-hujan. Terpaksalah kita
terus 'berkorban apa saja' nampaknya.
|