Laman Webantu KM2A1: 2988 File Size: 3.3 Kb * |
Loghat: Petikan Ucapan TG Nik Aziz By Kapal Berita 12/10/2000 5:44 pm Thu |
KOMEN: Untuk mereka yang kurang mahir loghat Kelantan, sila maklum
bahawa oghe tino = orang perempuan. Transkrip di bawah ini adalah bahasa Malaysia, tetapi
jika ikut loghat Kelantan ia bukan "betina" tetapi "tino".
Jika anda tidak biasa dengan loghat Kelantan anda mungkin
merasa hina dengan perkataan "betina".
PETIKAN UCAPAN TG NIK AZIZ KOTA BHARU, 11 Okt (Hrkh) - Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan aurat wanita
telah disalah fahamkan oleh media pro-BN yang mencari alasan
untuk mengutuk PAS. Berikutan itu, bersama-sama ini adalah sedutan kuliah tersebut untuk
membolehkan orang ramai menilai sendiri ucapan itu yang dibuat di
Dewan Zulkefli Mohamad di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan
pada 6 Oktober lalu. "ORANG muda kita sekarang bila datang ke bandar pada hari Sabtu,
mulalah kita tengok mereka berpakaian seperti menolak Nabi
Muhamad SAW dan meniru gaya seperti bintang filem.
Orang muda-muda kita khasnya belia-beliawanis, mulai berpakaian
sekerat sehingga menampakkan pusat. Dia rasa cerdik benarlah
boleh tiru orang duduk telanjang di Sydney, Australia (Sukan Olimpik
baru-baru ini), dengan berpakaian demikian (dedah aurat).
Dia tidak ingat sebagai manusia kita diwajibkan meniru Nabi
Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW ajar kepada kita supaya tutup
aurat. Kesan pembukaan aurat inilah timbul masalah seperti zina dan
sebagainya. Orang jantan (lelaki) mana, kalau tengok orang betina (perempuan)
yang berpakaian nampak pusat, tidak naik syok. Tok Lebai tua pun
kalau tengok pusat orang perempuan demikian naik syok juga. Orang
panggil, iman Pak Lebai pun boleh bergoyang.
Jadi orang perempuan boleh menjadi fakta penting sebab
merebaknya perbuatan (ke arah) zina. Orang perempuan yang
bertutup itu pun, orang lelaki yang melihat naik syok juga, kalau tidak
naik syok itu, mungkin orang itu pondan.
Tetapi kalau orang yang sempurna tengok orang perempuan tentunya
berasa lain. Kucing mana yang tidak mahu kepada ikan tawar bila
lihat ia tergolek di dalam pinggan. Sifat kucing ini kalau tengok ikan dalam saji pun cuba hendak korek.
Ini kan pula ikan yang berada di luar. Begitulah manusia pun
berkelakuan hampir sama. Jadi dalam bulan Rejab ini cuba perhatikan anak, cucu, anak
beranak dan kawan-kawan kita, biar berpakaian elok sedikit, kalau
hendak datang ke Kota Bharu biarlah menutup aurat yang
menggambarkan syaksiah kita sebagai seorang muslim.
Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan
buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu. Malu
datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja
didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah,
tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik
hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.
Itu hadirin semua muqadimah pengajian kita, masuk ke dalam bulan Rejab." |