Laman Webantu KM2A1: 2985 File Size: 6.7 Kb * |
TJ: Anwar Ibrahim Melakukan Mogok Lapar By Marhain Tua 12/10/2000 5:21 pm Thu |
MGG93 Anwar Ibrahim Melakukan Mogok Lapar Pihak yang berkuasa di Penjara Sungei Buluh tidak memberikan kelepasan untuk Dato Sri
Anwar Ibrahim, menziarahi ibunya yang sakit teruk, baru-baru ini. Dua minggu yang lalu
dia telah menziarahi ibunya dan sejak itu keadaan beliau semakin teruk lagi. Tetapi,
pihak yang berkuasa itu masih berkeras juga. Sebarang rayuan ke arah itu memang tidak
membawa sebarang mana. Kuasa memberikan keizinan terletak pada tangan pihak kementerian
hal ehwal dalam negeri dan bukannya ada pada pihak yan menguruskan penjara. Anwar
ditahan berseorangan; kalau mengikut prosedur penjara, penahanan serupa itu adalah
dikenakan sebagai bentuk hukuman kepada seseorang banduan yang melanggar peraturan
penjara. Mahkamah dan juga pihak yang berkuasa telah bertungkus lumus merencana agar
penahanannya di penjara itu sesuatu yang pahit bagi dirinya. Kerana itu Anwar
melancarkan mogok lapar untuk mendapatkan keizinan menziarahi ibunya yang sakit itu.
Anwar pun bukannya sihat sangat. Tetapi dia terpaksa menyanggah pihak yang berkuasa itu
lantas membabitkan satu konfrontasi di antara seorang perdana menteri dengan seorang
banduan. Pihak berkuasa di penjara terpaksa mengalah dan beliau pun dapatlah menziarahi
ibunya yang terlantar di hospital. Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan apa Cara Jua tidak boleh mengharapkan sebarang hak
keistimewaan; demikian yang pernah dilaungkan ke lubang telinga saya oleh seorang pemimpn
UMNO. "Anwar ialah seorang penjenayah yang menjalani hukuman mahkamah, kerana itu dia
tidak seharusnya mengharapkan sebarang keistimewaan. Demikian tegas pemimpin itu. Tetapi,
Anwar bukannya meminta-minta akan keistimewaan. Dia cuma mahu pergi menziarahi ibunya
yang sedang sakit kuat. Apakah peraturan di penjara itu sungguh ketat sehinggakan para
banduan tidak dibenarkan menziarahi ibubapa mereka yang sedang nazak ataupan ahli
keluarga mereka yang sakit; lebih galak daripada yang dibenarkan oleh undang-undang?
Jika beginilah halnya, tentu ada sesatu yang tidak kena dengan sistem hukuman itu. Ini
merupakan satu perkara yang serius seperti dengan kisah pesalah golongan juvena yang
ditahan di penjara orang dewasa, menunggukan giliran untuk diadili. Apabila seseorang
dimasukkan dalam penjara, dia kehilangan kebebasannya. Tetapi, ini tidak menyendirikannya
daripada keluarganya dan juga dunianya. Tetapi, kalau seseorang itu terpaksa melakukan
mogok lapar untuk membolehkannya menziarahi ibunya yang sakit tenat, tentu ada sesuatu
yang tidak 'ngam' pada tempatnya. Lagipun kalau dia telah disekat di bawah peraturan
penjara, dan di bawah dasar peri-kemanusiaaan, kenapakah pula dia dibenarkan sebaik
sahaja melakukan mogok lapar? Sepatutnya sesuatu undang-undang itu mesti merupakan
peraturan, bukan? Perdana Menteri tidak mampu membincangkan hal ekonomi negara ataupun hal ehwal alam
sekitar ataupun hal ehwal dunia tanpa ada soalan mengenai Dato Seri' Anwar Ibrahim.
Lawatannya ke luar negara kerap tercemar oleh gangguan yang dilakukan oleh penyokong
Anwar, yang sebilangan besarnya merupakan rakyat Malaysia. Hanya ketika berada di luar
negara barulah beliau berani bersemuka untuk berucap kepada hadirin daripada kalangan
rakyat Malaysia. Inilah bahana yang dihadapi oleh pentadbirannya kerana memperlekehkan
bekas timbalan perdana menteri itu. Seperti yang telah saya tulis dulu lagi, keadaan tidak lagi memberikan kepentingan kepada
apa yang berlaku kepada Dato Seri Anwar. Pergerakan yang tercetus disebabkannya, bukan
secara dengan sengaja tetapi sebagai kesan kepada apa yang telah diperlakukan ke
atasnya. Kini, pergerakan itu mempunyai semangatnya yang tersendiri dan akan terus
menjadi duri dalam daging yang akan menghantui Perdana Menteri. Gegaran semangat itu
memang tidak sehebat dulu lagi, tetapi ia telah meniup bara kebangkitan orang Melayu di
Malaysia untuk mendesak berlakunya satu perubahan dalam pandangan politik dan budaya
orang Melayu itu. Sudah banyak laman web yang bertapa, begitu juga halnya dengan
beberapa organisasi yang muncul dulu kerana lambang bersimpati dengan Anwar. Tetapi,
masih ada lagi satu kumpulan teras para pengendali web dan penyokong politik yang masih
aktif. Mereka ini kadangkala tergopoh-gapah dan terdesak-desak, tetapi selalunya pintar
dan berwaspada sehinggakan Barisan Nasional dan juga UMNO kerap tersengat dibuatnya.
UMNO yang satu ketika dulu memilikki Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan presiden
parti kini menjadi satu parti yang sudah reput tanpa mampu berfungsi kerana minda
politik dan budaya orang Melayu itu, terutama sekali mereka yang menjadi ahli UMNO tidak
mampu lekang daripada tampuk pemikiran yang telah ternoda oleh keaiban dan kejijikan
hukuman yang telah dikenakan ke atas seorang pemimpin ulung yang sepatutnya mewarisi
hak memimpin bangsanya. Semangat ini bukan sahaja dirasakan oleh orang UMNO.
Perkhidmatan awam sudah pun menentang Perdana Menteri secara terbuka. Kumpulan Pegawai
Tadbir dan Diplomatik Negara pernah bersuara lantang pada bulan Disember tahun yang
lalu, meminta Perdana Menteri untuk mengundurkan diri. Jika tidak, kelembapan dalam
pekhidmatan mereka akan berterusan lagi. Semua ini telah berlaku kerana seorang insan
telah menukar alamat kediamannya daripada kediaman rasmi timbalan perdana menteri kepada
Penjara Sungai Buluh! |