Laman Webantu KM2A1: 2977 File Size: 12.4 Kb * |
Darjat Wanita Islam dan Murtad By Kapal Berita 11/10/2000 10:37 am Wed |
KOMENTAR RENCANA ASIAWEEK DAN PERJUANGAN SiS:
Islam adalah ugama yang serba lengkap, jadi mengapakah manusia yang
bernama islam mempertikaikan kelengkapannya sehingga sanggup menganggap
pandangan ulamak terdahulu sebagai ketinggalan serta tidak mesra-perempuan?
Dalam Islam keadilan tidak bermakna sama rata tetapi keadilan adalah
meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sewajarnya. Islam tidak sukar
untuk dipatuhi jika kita betul-betul memahami pengertiannya. Bukankah
Islam itu bermaksud tunduk dan patuh kepada tuhan, jadi mengapakah
satu pihak yang mengaku sebagai Sisters in Islam cuba lari
dari pengertian Islam itu sendiri. Malah mereka cuba mencari alasan
untuk bebas berpakaian dan mentakwil ugama sesuka hati sehingga
ayat aurat pun tidak dapat diselami. Saya ingin bertanya - jika
benar aurat sdri sekalian begitu rupanya, mengapa bila bersolat
tidak dibuka semua kainnya supaya bebas sebebasnya? Bukankah anda sendiri
agak gusar tuhan tidak menerima ibadah anda seandainya sehelai rambut
mu itu terjurai terdedah cuma? ISLAM TIDAK SUKAR Islam tidak menyukarkan hidup kita, sebaliknya kita sendirilah yang
merasakan sedemikian kerana ada sesuatu yang kurang dalam diri kita.
Bayangkan Nabi Ibrahim (as) sanggup menyembelih anaknya tanpa banyak soal
dan ragam tetapi kita begitu bising cuba mencari alasan untuk engkar kepada suruhan tuhan? Mengapakah perangai pemuda dan pemudi kita menjadi
sedemikian? Padahal setiap perintah dan larang dalam Islam itu semuanya
untuk kebaikkan kita dan masyarakat yang memandangnya. Tuhan akan
mebalas dengan sebaiknya barangsiapa yang bertaqwa - dan kisah
Nabi Ibrahim (as) itu sampai kini di ulang "sandiwara" setiap tahun
bila tiba musimnya - namun sedikit benar umat yang faham isi yang terkandung
dan hikmat yang terselindung. Apabila musim korban itu datang menjelma banyak
benar lembu dan kambing kehilangan nyawa, tetapi manusia yang melakukannya itu
masih tidak faham-faham, dan asyik berdalih "tidak mampu" dan memberi alasan
tidak sesuai pula. Tidakkah tindakan kita itu menggambarkan kita cuma berkorban
sia-sia kerana inti pati maksudnya ditinggalkan dengan penuh alpa?...
Islam memandang serius kepentingan kaum hawa dan penghormatan itu bermula
sejak kaum seperti itu beroleh secebis nyawa untuk ujud dari tuhannya.
Bukankah Islam yang menyelamatkan bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup
semasa jahiliyah dulu? Lihatlah Nabi sendiri mengahwini seorang
yang jauh lebih tua dari dirinya itu. Bayangkan manusia yang kedua
memeluk Islam adalah isteri Nabi sendiri. Fikirkanlah Siti Hajar yang
dimuliakan tuhan sehingga setiap bakal haji MESTI melakukan
drama kasihnya beliau kepada anaknya sehingga dimestikan berlari tujuh
kali. Bayangkan makam siapakah yang sebegitu hampir dengan Kaabah yang
dikunjungi umat seluruh dunia sambil bertasbih kepada Yang Esa?
Itulah sebenarnya pengiktirafan Islam terhadap wanita,
malangnya si buta tidak akan dapat merasakannya kerana
mereka sudah mabuk dengan pesona dunia yang tiada artinya.
SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU Ada banyak contoh lain bagaimana Islam membantu wanita.
Lihat sajalah nasib balu pejuang Islam yang terdahulu,
siapakah yang mengahwini mereka jika tidak pejuang Islam juga.
Malah Islam telah meletak syurga itu sendiri dibawah telapak kaki ibu
sebagai satu gambaran betapa besarnya peranan dan status seorang ibu.
Bagi kita umat Islam, kita merasa sedih isu sebegini amat kurang
difahami oleh orang bernama Islam sendiri, atau menggelar diri mereka
sebagai kumpulan Islam. Bayangkan kita mempunyai pelbagai institusi
khas yang ditubuhkan oleh kerajaan tetapi SEMUANYA tidak dapat
mengeluarkan kenyataan, seolah-olah mulut mereka semua itu
sudah pun "terkunci" atau dikunci oleh seseorang. Bukan itu
sahaja, kita juga mempunyai Persatuan Ulamak Malaysia tetapi kenapakah
pandangan sisters in islam pula menjadi ribut ditengah jalan?
BERCINTA UNTUK BINASA Memang kita sedar ada seorang editor NST bernama Rose Ismail
yang merupakan orang 'kuat' SiS yang berjuang untuk kumpulan
itu dari dalam. Tapi kita juga ada pelbagai warga Islam
yang lebih berpengalaman dari perempuan yang sudah lupa
yang mana aurat dan yang mana bukan.
Sanggupkah NST bercinta dengan editornya si Rose Ismail, budak SiS
yang seorang itu cuma, daripada beribu-ribu pelanggan yang
yang berugama Islam? Bukankah prestasi akhbar NST sudah semakin melarat
sehingga akhbar yang kecil seperti Sun pula lebih kedepan?
Tidak takutkah NST kalau semakin ramai nanti pembacanya mengangkat kaki
untuk mencari berita lain yang lebih mesra Islam dari dirinya?
Percayalah ... kalau Rose seorang yang lari NST akan selamat
tetapi jika semua pelanggan NST lari, NST pasti akan mangkat.
PATUNG TIDAK BERNYAWA Sikap ulamak yang membisu atau sengaja mengunci mulut mereka
amat menyedihkan kita. Sewajar pada zaman siber ini mereka patut
tampil kehadapan kerana dunia siber tidaklah sesukar mana.
Identiti mereka pula boleh dilindungi dengan pelbagai
nama samaran dengan senangnya. Emel percuma pula terdapat
di serata dunia untuk dipinjam tanpa perlu membayar apa-apa.
Laman web pula senantiasa bersedia tanpa syarat ala diktator
tua - tetapi syarat kebenaran semata. Sudah tiba masanya ulamak membicarakan hal ehwal semasa, dari duduk
mengajar atau menunggu jemputan masjid yang tidak kunjung tiba. Sekali
bicara anda sudah didengar keserata dunia, tanpa perlu letih jauh mengembara.
Di manakah anda di saat rakyat memerlukan petunjuk dan pedoman di alam semesta?
Masjid hari ini sudah pun dikawal oleh binatang - sewajarnya
kita cuba membaca beberapa petunjuk dari langit apabila
binatang yang kotor boleh masuk dan mengotori masjid di saat negara megah
dengan menara tertinggi di dunia. Tidakkah terbayang satu tanda bahawa
kita cuma mampu bermegah menjaga menara tapi gagal-segagalnya menjaga
tempat beribadah kecil dari tercemar walaupun ia terlalu dekat
terpampan di hadapan mata?.
UNDANG-UNDANG YANG TERBATAS Gejala murtad yang menjadi-jadi kini antara lain disebabkan
oleh undang-undang hari ini amat terbatas. Ia menyukarkan
umat Islam untuk memelihara umatnya yang terpedaya. Kes Aishah
Bokhari amat menggemparkan negara, tetapi nampaknya negara kita
yang masih mengaku "negara Islam walau tidak mengamalkan hukum Islam"
tidak dapat berbuat apa-apa sekian lama. Dakyah pihak tertentu di dalam
negara ini telah mengambil kesempatan kelemahan undang-undang ini
untuk mengkristiankan anak melayu seramai mungkin, khususnya
wanita Islam yang mudah dilamun cinta atau terminum segelas air
puaka sehingga lupa diri dan terus diperkosa.
ENAKMEN MURTAD Adalah amat malang satu kumpulan yang menamakan dirinya Islam
sendiri melenting membantah undang-undang murtad ini disaat
orang islam dilanda gejala ini yang amat menyentuh jiwa.
Mereka mengutip beberapa ayat al quran disini dan disana untuk
membenarkan kata - malangnya ia hanya mencerminkan betapa
sempitnya ilmu mereka seandainya ada. Maka ditakwillah
bahawa "Tiada paksaan di dalam ugama" tanpa memahami ayat tersebut diturunkan
kepada siapa yang sebenarnya. Sikap mereka itu sebenarnya menampakkan lagi
betapa ceteknya mereka dalam ilmu ugama.
Dalam al quran ilmu asbabun nuzul amat penting - jika tidak sia-sia sajalah
ulamak terdahulu yang terkenal seperti As-Suyuti mengarang pelbagai kitab,
yang sudah STANDARD BERABAD LAMANYA seperti Durrul Mansur, al Itqan,
Jam'ul Jawami, Jami'ul Saghir dan lain-lain. Malah ulamak-ulamak al Quran
lain juga banyak yang mengambil pandangan Suyuti, tidak kira mazhab apa
mereka itu semua! Bukalah sebarang kitab tafsir yang muktabar, SEMUANYA akan
membuat rujukkan kepada buku As-Suyuti ini!
Saya tidak berhasrat untuk mengupas sebab turunnya ayat 255 surah
alBaqarah ini. Memadailah dengan satu komen dari seorang ulamak
terkemuka yang telah mati syahid dalam penjara dibunuh oleh kuncu
Saddam Hussein dalam buku "An Introduction to Islamic Political System".
Beliau bertaraf "mujtahid" dan disegani di seluruh pelusuk dunia.
MURTAD MEKAP UMNO? Kita tidak perlu berburuk sangka kepada sebarang usaha untuk
menguatkan ugama, walaupun pihak yang melakukannya mungkin
hanya berpura-pura atau pun musuh lama yang mungkin menyamar
gertak sahaja atau cuba menjadi juara. Jika umno sudah lama
memperjuangkan Islam, bukankah PAS dengan sendirinya sanggup
untuk membubarkan dirinya? Tetapi situasi terkini menggambarkan
Islam menjadi satu kata-kata yang amat digeruni oleh umno
sendiri sehingga ia dicuba disempitkan dengan pelbagai alasan
"tidak sesuai" dan "tafsiran semula". Kata-kata perdana menteri
baru-baru ini bahawa undang-undang murtad masih dikaji lagi
menggambarkan ia hanya satu sorak hambar cuma....
PUNCA MURTAD Sebenarnya murtad menjadi-jadi kerana sistem pendidikkan yang
tidak sempurna serta sikap kerajaan yang sengaja membiarkan
fahaman mengarut dan ideologi modernisme dan liberalisme menular
dan mendapat publisiti yang tidak sepatutnya. Saya bersetuju dengan
pendapat Tok Misai, di mana kerajaan berpura-pura memangga pintu,
tetapi pada waktu yang sama tingkap dibuka seluas-luasnya. Hasilnya
yang asal balik ke usul dan yang usul balik ke asal. Ia tidak akan
menjadi..... apatah lagi kerajaan yang ada kini asyik mengatakan
"lambat lagi", "tidak mampu" dan "belum bersedia" baik di dalam
negeri, mahupun diluar sana. Amat malang bagi Malaysia, negara yang dikatakan "sudah Islam walaupun
tidak mengamalkan hukum hakam Islam" oleh mamanda perdana menteri,
dapat menerima bahan cetak kumpulan SIS yang cuba menjadi
"pakar Islam" dengan ilmu yang sekurus lidi. Sekaligus kumpulan ini
bukan sahaja tidak mengiktiraf seorang dua ulamak terkini, tetapi semua
pandangan ulamak terdahulu yang amat teliti dan sukar dicari ganti.
Kalau otak kita cerdik sedikit, kita tidak perlu berfikir panjang
untuk menolak penulis upahan seperti Astora, Kasim Ahmad,
Abdullah Ahmad dan Rose Ismail, Amina Wadud atau Zainah Anwar itu.
Lihat sahajalah beberapa mukasurat lain dalam akhbar NST.
Saban hari ada saja aksi ghairah lagi berahi tubuh
wanita atau botol arak menghiasi ruang iklannya di sana dan di sini
sehingga orang melayu barua(a) pun tidak terkecuali menjadi pengaksi..
Mungkin kita perlu membaca rencana awal siapakah Sis yang sebenarnya,
sehingga anak diktator tua berpaut rapat dengannya....
(sila rujuk rencana Laman SiS (Sisters in Sin) oleh web aNtu
dalam KM2). |