Laman Webantu KM2A1: 2965 File Size: 5.3 Kb * |
B1: Perjuangan Reformasi Rakyat DiSokong Para Pemimpin Dunia By Amin Sapiro 8/10/2000 8:34 pm Sun |
Amin Sapiro (bosan dengan Kezaliman)
[Makluman: ini rencana 'warm-up' sahaja - Editor.]
PERJUANGAN REFORMASI RAKYAT DISOKONG PARA PEMIMPIN DUNIA
(Bah. 1) Di negara sendiri, rakyat dihambat dengan kekerasan Akta ISA dan tindakan
polis yang sengaja diarah oleh Dr. Mahathir supaya berlaku ?samseng?
membelasah rakyat yang berdemo. Namun, rakyat yang gigih menuntut keadilan
dan menumbangkan kezaliman regim ini tidak pernah berundur. Malah rakyat
semakin bergiat cergas. Terang-terang sekarang, keadaan yang berlaku telah menolak anggapan dan
dakwaan kununnya pergerakan sokongan Reformasi semakin pudar. Sebaliknya,
ia semakin meningkat dan tidak akan padam. Sekaligus, dakwaan Dr. Mahathir
dalam Financial Times, London yang menyebut rakyat sudah sedar dan
menyokong pemerentahan, pentadbiran dan tindakan regim beliau membanteras
gerakan Reformasi adalah satu pembohongan paling besar.
Mahathir Tidak Dapat Jawab Dr. Mahathir tidak putus-putus berlagak sombong, menunjukkan ego keterlaluan
dan berbohong bontang kepada pemberitaan antarabangsa dalam sebarang
wawancara. Makin Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN banyak bercakap,
makin mereka mendedahkan pembohongan mereka kepada orang luar. Memang
regim ini sudah tidak ada malu - jauh sekali dari bermaruah. Ini amat dikesalkan
rakyat dan dunia. Dari pergolakan sentimen politik rakyat yang sedang berlaku dalam negara ini
sekarang, Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sudah semacam disingkirkan
daan tersingkir oleh dunia bertamaddun. Pemimpin dunia menganggap regim
Mahathir @ kepimpinan UMNO/BN adalah terdiri dari kelompok yang setaraf
dengan beberapa orang DIKTATOR dan kelompok yang sentiasa merancang
dan melakukan kengganasan dan kezaliman terhadap rakyat sendiri. Ini sangat
memalukan. Minat Pelabur Luar: NEGATIF Dari segi ekonomi, perdagangan dan purata minat pelabur luar (berasaskan
pemantauan Foreign Direct Investment FDI) kian menguncup (berbanding
dengan negara jiran). Keadaan ini mensahihkan bahawa sekarang, rakyat
negara ini sedang menghadapi tekanan yang sangat kuat untuk menilai
bagaimana tanggapan dunia terhadap pentadbiran regim Mahathir Mohamad dan
UMNO/BN. Rakyat negara ini harus sedar jika keadaan ini dibiarkan berlama-lama, seluruh
sistem sosio-ekonomi, politik dan pentabiran serta kedaulatan undang-undang
di negara ini akan msunah dan porak-peranda. Rakyat akan terus teraniaya.
Perkembangan ?sosio-politik? dan ?sosio-ekonomi? yang semakin memburuk
dan terbengkalai, serta pelbagai kerosakan dalam sistem perundangan yang
berlaku sejak 2 tahun kebelakangan ini, sekaligus telah menyebabkan, bukan
saja rakyat mengutuk-benci Dr. Mahathir dan UMNO/BN; malah pemimpin
negara dunia bertamaddun sudah menyingkirkan beliau, pemimpin berjawatan
yang mewakili pelbagai Kementerian serta kakitangan awan tertentu yang beliau
lantik menganggotai Kabinetnya. Ini dapat dilihat bagaimana apabila regim Mahathir dan para pemimpin
UMNO/BN berkunjung dalam beberapa misi ke luar negara. Sambutan pelabur
dan anggota Persidangan Serantau amat dingin. Dr. Mahathir yang mewakili
negara diketepikan, dan ide beliau tidak diambil perhatian. Mereka mengejek
regim Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN dalam akhbar mereka.
Contohnya lawatan Mahathir disambut dengan demontrasi. Rombongan
pelaburan Rafidah Aziz dimulakan dengan soalan tentang kestabilan politik dan
kewibawaan sistem dan proses undang-undang di Malaysia.
Kepimpinan Dr. Mahathir Merugikan Rakyat
Ini sangat merugikan Malaysia sebagai anggota ASEAN dan ?Exclusive Club?
dunia. Terbukti, kekuatan ASEAN sudah terjejas kerana karenah kukubesi dan
Diktator tidak demokratik Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN yang semakin
menjadi-jadi kebelakangan ini. Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN tidak dapat menjawab dengan benar
dan jujur pelbagai soalan yang dituntut oleh dunia. Dr. Mahathir terang-terang
kerap dilihat memutarbelitkan fakta. Seolah-olah dunia tidak mengetahui apa
yang sedang berlaku di tengah-tengah masyarakat dan ?misery & suffering?
rakyat dalam negara ini. Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN makin banyak berbohong dan berdalih.
Beliau menafikan pelbagai pendedahan rasuah, penyiksaan dan kezaliman yang
makin meningkat terhadap rakyat. (sambung) Amin Sapiro |