Laman Webantu KM2A1: 2964 File Size: 28.9 Kb * |
TJ Mesti Baca: Wawancara FT-Diktator Sewel By Marhain Tua 8/10/2000 12:40 pm Sun |
Perhatian: Rencana ini diterjemah dan dipaparkan
di sini sebagai BAHAN KAJIAN PENTING. Ia adalah cermin minda seorang Diktator Tua
yang Hipokrit dan masih tidak sedarkan diri (sewel?) [- Editor.]
Dalam suasana sembang-sembang sebelum majlis wawancara itu dipersiapkan, Perdana Menteri
telah membuat keluhan bagaimana pasaran dunia telah melonggokkan semua negara dalam satu
kumpulan ketika krisis ekonomi melanda Asia, dulu. Malaysia mempunyai simpanan dana yang
besar dan mengenakan kadar faedah yang rendah, serta tidak perlu meminjam daripada luar.
Indonesia mempunyai kadar faedah yang tinggi yang meransang pinjaman daripada luar.
Ketika matawang Asian jatuh, Malaysia tidak perlu runsing akan hutang luar negara.
Sistem perbankannya lebih kukuh daripada yang terdapat di Thailand, ataupun Indonesia.
Malahan juga Korea Selatan. Malaysia tidak meragau masa itu, tetapi terpaksa merana
apabila matawang negaranya telah diserang.
D tahap inilah wawancara yang formal dimulakan dan berikut adalah transkripnya.
MM: Saya rasa kita belum pulih seperti sediakala. Saya fikir struktur kewangan
antarabangsa perlu diubah untuk menyendirikan sepukalasi rambang. Ataupun manipulasi.
Malahan Soros pun mengaku betapa kita tidak boleh membiarkan pasaran menguasai
segalanya. Pasaran (terbuka- penterjemah) bukannya cekap. Apa yang kita perlukan ialah
peraturan dan undang-undang yang jitu walaupun untuk aktiviti spekulasi. Buat ketika
ini nampaknya tidak ada kawalan langsung. Wang modal dibiarkan menerbus sempadan tanpa
sebarang hambatan. Perkara ini memang baik kalau masuk mengalir untk menggalakkan
ekonomi. Tetapi, apabila ia ditarik balik secara mendadak ekonomi pun merudum dan para
spekulator tidak lagi memikirkan impak kerakusan mereka. Mereka hanya memikirkan
keuntungan yang boleh dibalun. Daripada apa yang saya lihat, mereka telah menghancurkan
kekayaan mereka semata-mata untuk mengaut sedikit keuntungan. Saya tidak nampak kenapa
perkara ini boleh dibiarkan. MM: Selagi dunia tidak mewujudkan satu peraturan kewangan yang baru yang mampu
menghapuskan mainan spekulasi ini, saya fikir kita terpaksa kekalkan sistem kawalan
yang ada. Kita tidak boleh serahkan perkara ini kepada pasaran yang sungguh tidak
bertanggungjawab itu. Mereka hanya memikirkan berapa banyak keuntungan yang boleh mereka
buat. Dalam hal kawalan kapital, sesiapa juga boleh membawa keluar masuk wang dengan mudah
kalau mereka mahu melabur dalam pasaran saham. Mereka hanya perlu membayar 10 persen
sebagai cukai ke atas keuntungan yang mereka bawa keluar daripada negara. Itu sahaja.
Ini merupakan cukai yang minima kerana keuntungan pun bukannya besar sangat. Kami tidak
mengenakan cukai ke atas keuntungan. Kerana itu mereka membuat banyak keuntungan. Kerana
itu tidak ada rintangan terhadap peraliran modal jangka pendek.
MM: Saya percaya betapa perlunya dikawal spekulasi matawang. Perkara ini memang boleh
dilaksanakan. Inilah perkara yang mereka selalu sebut supaya ada ketelusan, sedangkan
mereka sendiri tidak pernah telus dalam perkara ini. Anda tidak tahu di manakah mereka.
Anda tidak tahu berapa wang yang mereka ada dan bagaimanakah cara mereka beroperasi.
Begitu juga dengan cara mereka memanipulasi semua itu. Perkara ini harus difahami oleh
semua orang dan bank sepatutnya tidak memberti ruang yang banyak kepada mereka. Ada bank
yang memeberi peluang 'leverage' sehingga 200 kali. Syarikat LTCM pernah berurusan
dalam ribuan bilion. Adalah tidak masuk akal apabila bank sanggup menanggung risiko yang
tinggi dalam hal ini, kerana kita boleh lihat akan padahnya. Apakala belaku kesilapan,
para kroni mereka terpaksa masuk campur untuk menyelamatkan mereka.
MM: Saya rasa perkara sudah reda sekarang. Mereka tidak memandang akan keperluan itu
sebagai perkara penting. IMF pun nampaknya menentang perkara itu. Walaupun orang seperti
Soros pernah menyebut akan perlunya mengadakan peraturan alam pasaran saham. Fahaman di
kalangan negara yang kemungkinan diserang lagi memang mahukan peraturan itu. Tidak pula
kepada negara kaya yang merasakan semuanya sudah pulih dan memikirkan mereka akan terus
mendapat keuntungan daripada sistem yang ada.
MM: Saya fikir memang ktia boleh lakukan di tahap wilayah. Tetapi, terdapat rintangan
terhadap penyatuan negara dalam Asean. Apabila kami syorkan penubuhan East Asian
Economic Caucus, terdapat bantahan dalam usaha itu. Di tempat lain dibenarkan penubuhan
persatuan mereka, tetapi kami tidak dibenarkan bercakap sesama sendiri. Kini kami
memanggilnya Asean +3, itu pun ada mata yang memerhatinya. Sekali sekala ada juga suara
yang mahukan negara maju menjadi ahli persatuan kami. Saya tidak faham kenapa orang luar
mesti campurtangan dalam urusan wilayah kami.
MM: Ya..! Malahan, Amerika pernah menegur cara saya berpakaian. Mr. James Baker (Bekas
Setiausaha Negara dan Setiausaha Perbandaharaan Amerika) tidak suka saya mengenakan
pakaian Melayu dan pernah memberitahu orang Jepun dan juga orang Korea betapa Malaysia
tidak menyertai peperangan Korea Selatan. Kami tidak boleh berbuat demikian kerana
ketika itu kami masih dijajah oleh British.
MM: Kami mampu membincangkan isu yang kecil-kecil tetapi tidak pula kami berjaya dalam
semua hal. Kisah Asian Monetary Fund (Dana Kewangan Asian), masih lagi belum terlaksana.
Kami memikirkan cara bertukar matawang. Itu pun belum terlaksana. Kami fikir ada pihak
yang mahukan berlakunya sedikit kelecehan dalam perkara ini semua.
MM: Nampaknya begitulah. MM: Apabila APEC mula dicadangkan, kami tidak pun berapa berminat kerana memikirkan APEC
akan membayangi ASEAN. Itulah yang berlaku akhirnya. Disebabkan APEC, kini ASEAN
berada di kerusi belakang. Di dalam APEC, Asean tidak lagi berfungsi sebagai satu
kumpulan. Fungsinya sebagai negara bersendiri tidak memberi ruang untuk kami bersatu
secara yang mendatangkan faedah kepada Asean.
MM. Asean masih lagi wujud. Tetapi dengan adanya APEC dan kemudiannya Asem (Asia Europe
Meeting) yang tidak mengiktiraf Myanmar, bererti kami tidak lagi wujud sebagai Asean.
Kami berada di situ sebagai negara bersendirian.
MM: Sebenarnya, walaupun kami telah berjaya menentukan semua negara masuk menjadi ahli
Asean, ada ahli baru yang sungguh lemah ekonominya malahan juga sistem politiknya.
Kemudian, kami dihentam oleh krisis ekonomi. Tentulah kami merasa kegawatan ekonomi itu,
contohnya ialah Indonesia. Memang banyak hal yang mengena kami sekarang.
Anda tidak boleh membuat penilaian dengan kayu ukur yang serupa. Setiap negara mempunyai
masalahnya yang tersendiri. MM: Boleh. Tetapi kami memerlukan masa kerana kebanyakan negara yang terlibat belum lagi
mengatasi krisis yang ada itu. MM: Memanglah ia hanya satu kedai bersembang yang telah menggugat Asean.
MM: Saya fikir ia mempunyai peranan. Kami berharap dapat berbincang dengan rakan ARF
untuk mengetahui kedudukan kami. Namun, tidak ada sesuatu yang konkrit dalam hal ini cuma
ia memberikan ruang untuk kami berbincang dengan negara di luar wilayah Asean; kerana
itulah negara yang mempunyai impak terhadap apa yang berlaku dalam Asia.
MM: Kami mahu orang memahami masalah yang dihadapi oleh negara membangun dalam Asean.
Kalau mereka memahami kami bererti kami mungkin menerima sedikit bantuan daripada
mereka. MM: Keadaan pasaran merudum berlaku kepada semua bursa saham di rantau kami. Semua
bursa saham itu sama sahaja dengan keadaan bursa saham kami. Malahan sejak dilakukan
pembetulan dulu, bursa saham kami telah lebih menyinar berbanding dengan bursa saham
negara lain. Ada kalanya keadaan bursa saham kami dijangkiti juga oleh keadaan pasaran
negara jiran. Saya tidak berapa tahu apa yang menyebakan indeks itu naik. Tetapi, saya
tahu ramai orang yang menunggukan sesuatu yang berlaku dan saya tidak tahu apakah lagi
yang mereka harapkan daripada kerajaan. Mungkin mereka mahu melihat dulu belanjawan
yang akan dibentangkan. Mungkn juga mereka menantikan butir-butir statistik. Kami telah
diberitahu, sebagai contohnya, kalau Morgan Stanley menerima pakai indeks Kuala Lumpur,
perubahan akan berlaku. Yang sebenarnya terjadi ialah indeks bursa saham semakin
menjunam. MM: Itu persepsi mereka yang mungkin salah. Banyak perkara yang disebut mengenai Malyasia
yang akhirnya ternyata salah. Inilah halnya apabila orang mempunyai persepsi mengenai
sesuatu dan menjadi khayal kerananya. Kami sedang berusaha memperbetulkan penyeliaan korporat. Kami baru saja memperbaiki
sisem perbankan. Buaknya banyak yang telah kami lakukan. Anda mesti ingat, Malaysia telah
ditadbirkan dengan baik kalau dibandingkan dengan keadaan yang lalu. Kini kami mempunyai
undang-undang kemuflisan yang telah dikuatkuasakan sejak lama dulu sedangkan banyak
negara masih baru sahaja cuba melaksanakannya. Oleh itu dalam perkara pentadbiran
korporat ini, sebenarnya tak banyak lagi yang perlu dilaksanakan.
MM: Kami masih lagi mahu menguasai beberapa syarikat (besar?) yang ada itu. Anda mesti
ingat, bank asing sudah lama beroperasi. Kami sudah mengamalkan konsep terbuka kepada
bank yang dipunyai 100% oleh orang asing sejak lama lagi. Tetapi, tentunya ada beberapa
benda yang pasti kami mahu simpan sendirian. Jika tidak, kami akan menjadi perkerja
sahaja kepada syarikat asing. Kami tidak tahu apakah dasar yagn akan mereka amalkan.
Mereka mungkin menutup kilang mereka kerana mereka meneruskan operasi di tempat lain
secara lebih efisien lagi. Perkara semacam ini perlu kami kaji juga.
MM. Kami akan jual juga sebahagian Proton yang menasabah kepada orang luar. Tetapi kalau
dengan sengaja menjualkannya kepada orang luar dan membiarkan mereka menentukan apa yang
patutnya diusahakan di Malaysia, tentunya akan membawa padah kepada Malaysia.
MM: Elemen ini memang ada. Tetapi ada banyak cara untuk memperbaikki syarikat seperti
ini. Kita boleh lakukan benda lain daripada menjual syarikat ini dengan harga lelong.
MM: Kami masih lagi merupakan satu pusat pembikinan besar dunia. Barangan buatan kami
terus meningkat dan pengekspotan barangan merupakan 82 % daripada jumlah ekspot kami.
Di sebalik itu pula, kami tidak diganggu-guat oleh harga petroleum kerana kami
mempunyai bekalan petroleum sendiri. Kami mempunyai barangan tradisi yang masih
diperlukan lagi. Kami juga menumpukan usaha ke arah industri IT yang menarik banyak
pelaburan. Ericsson telah melaburkan jumlah yang besar untuk mengeluarkan telefon
bimbit di Malaysia dan syariakat lain pun sedang mengkaji usaha ke arah ini. Kami masih
lagi merupakan pusat pelaburan yang baik dalam kemudahan pengeluaran dan pembikinan.
MM: Tentu sekali. Kos (pembuatan) di Malaysia masih rendah. Lebih kurang sepertiga
daripada kos di Amerika dan lebih rendah lagi daripada Eropah. Orang luar tahu mereka
akan dilayan dalam suasana niaga yang ramah mesra.
MM: Kami fikir kami mungkin berjaya mencapai sekurang-kuranngya enam persen.
MM: Di Malaysia kita melabur untuk masa depan. Kita tidak melabur untuk keperluan
spontan. Apabila kami mahu lakukan sesuatu kami kaji keperluan masa depan. Contohnya
ialah ketika kami mahu membina satu lapangan terbang yang baru. Mencari tapak kasan
bagi satu lapangan terbang memang merupakan satu masalah besar. Kalau anda mahu membina
satu lapangan terbang yang boleh digunakan selama sepuluh tahun, 15 tahun ataupun 30
tahun, anda akan menghadapi masalah di akhir tempoh itu untuk mencari tapak yang baru
yang akan merupakan tapak yang lebh jauh lagi jaraknya dan tidak mudah untuk
mendapatkannya. Jadinya, untuk membina lapangan terbang yang terbaru ini kami telah membuat kajian yang
menjangkau 100 tahun dari sekarang. Kami menjangkakan kalau jumlah penumpang meningkat
hingga 100 juta, tentu sekali kami memerlukan lapangan terbang yang besar. Kerana itu
kami simpan 25,000 ekar untk pembinaan lapangan terbang yang baru itu. Buat masa ini
kami mempunyai kemudahan untuk 25 juta penumpang.
Kami telah mendapat pelajaran daripada pembikinan lapangan terbang yang lama pada 1964.
Ia telah dirangka untuk 400,000 penumpang dan ketika itu kami fikirkan itu merupakan
angka yang besar. Ketika kami berpindah ke lapangan terbang yang baru, kami
mengendalikan 17 juta penumpang. Kalau anda merancang satu lapangan terbang yang mampu menampung keperluan hanya 20 juta
ataupun sekitarannya, tentu sekali anda akan menghadapi banyak masalah. Kami telah
membina satu lapangan terbang yang besar dengan harga yang murah. Sebagai
perbandingnnya, kami telah berelanja RM 9 bilion. Dengan kadar tukaran matawang lama
(2.500 kami telah berbelanja US3.5 bilion dolar. Tetapi Hongkong telah berbelanja US20
bilion sedangkan lapangan tebangnya itu lebih kecil daripada kami. Bagaimana pula anda
mengatakan kami membuat projek besar-besaran? Ia merupakan satu projek penting dengan
harga yang rendah. Kalau mahu dibikin sekarang kosnya tentu naik tinggi lagi.
Begitulah halnya dengan projek lain yang kami buat itu. Kami sekarang ini berada di
satu bandar Kuala Lumpur yang sunguh padat. Kami terpaksa berpindah dan dan telah
memilih satu kawasan di antara Kuala Lumpur dan lapangan terbang yang baru seluas
10,000 ekar. Ia memerlukan 20 hingga 25 tahun untuk membinanya.
Buat masa ini kami siapkan infrastruktur (prasarana) yang menyebabkan harga tanah
melambung naik. Kami boleh jual tanah itu dan meraih keuntungan darinya. Di akhir 20
tahun nanti kami akan membuat banyak duit lagi kerana harga tanah akan terus naik lagi.
Nilai keseluruhan hartanah di situ akan meningkat. Inilah satu pelaburan. Kalau setiap
usaha pembangunan sebidang tanah boleh memberikan keuntungan, tentu sekali kami akan
mengaut keuntungan dalam pembinaan satu pusat pentadbiran yang baru. Kami memerlukan
pelaburan seperti ini kerana kami tidak lagi dapat menetap di Kuala Lumpur. Apabila harta
di Kuala Lumpur itu dijual, tentu sekali kami akan mendapat pulangan yang tinggi daripada
penjualan itu. Inilah satu urusan perniagaan.
Ada orang yang menyebutnya sebagai projek mega. Tetapi itulah katanama ciptaan mereka.
Kepada kami projek itu bukannya mega lagi. Kami mampu membikinnya kerana ada keupayaan.
Kami tidak meminjam daripada sesiapa untuk membina itu semua.
Kami mempunyai wang itu yang dicerna dari dalam negara dan sekaligus meransang
pertumbuhan ekonomi juga. Orang suka menyebutnya sebagai "ah...semua itu projek mega."
Mega hanya dalam ertikata perbandingan. Kalau anda berbelanja untuk sesuatu yang anda
tidak mampu, barulah kita boleh kata itu satu pembaziran. Tetapi, kami berbelanja untuk
benda-benda yang kami mampu melakukannya dan memerlukannya.
MM: Bakun pun perlu disiapkan. Kalau kami tunggu lagi, harganya akan naik lagi. Kami akan
memerlukan tenaga kuasa pada bila-bila masa. Untuk menyiapkan Bakun kami memerlukan lima
tahun. Bekalan letrik memang amat diperlukan dan semakin meningkat. Kalau kita tidak
merancang dengan baik, kita tidak terdaya memperolehi tenaga letrik yang murah. Bakun
adalah merupakan sumber letrik yang murah untuk kami.
MM: Tugas utama saya ialah menentukan agar parti saya menjadi teguh untuk terus
berkuasa. Kami perlu melakukan rombakan. Kami memerlukan tenaga muda untuk menyokong
parti dan setelah parti menjadi teguh, saya fikir barulah saya boleh berundur..
Saya fikir kami telah memimpin negara ke arah yang betul. Kami mempunyai satu rancangan
jangka panjang. Kebayakan rancangan ini memang sudah mencapai kejayaan yang besar. Kami
fikir kami tahu hala tuju yang kami rancang itu..
MM: Memang kami masih mempunyai masalah perkauman di kalangan beberapa kumpulan etnik.
Kumpulan pribumi memang jauh tertinggal di belakang dan mereka telah mengharungi
pengorbanan yang besar lagi daripada yang dialami oleh kumpulan yang lain. Kerana itu
memang ada tekanan untuk memperbetulkan keadaan untuk menentukan mereka mampu
meneruskan usaha mendapatkan bahagian yang selesa daripada kekayaan negara. Kumpulan
bukan-Melayu memang menghargai dan percaya bahawa disebabkan kami telah melakukan
penyesuaian yang bertepatan dalam pengagihan kekayaan, makanya tidak berlaku sebarang
rusuhan perkauman di Malaysia ketika kami dilanda krisis dulu.
MM: Bukannya mudah merobah budaya sesuatu kaum. Kumpulan pribumi bukannya mata duitan.
Kepada mereka wang ringit hanyalah merupakan suatu kemudahan untuk dibawa dalam poket dan
digunakan untuk membeli barangan. Mereka tidak menganggap wang itu sebagi modal. Kami
terpaksa merobah pemikiran mereka itu. Saya dapati penduduk di negara komunis pun
berfikiran seperti itu. Mereka tidak tahu beranggapan bahawa wang itu adalah modal.
Inilah masalah yang kami hadapi dengan orang bumiputra. Kami berikan mereka modal dan
mereka mahu habiskan wang itu untuk berbelanja; membeli apa sahaja yang mereka suka.
Kami terpaksa menukar budaya mereka ini dan ini memakan masa.
Kami telah berjaya sedikit sebanyak. Jika tidak ketidaksamaan ini akan berlanjutan dan
berlakulah pergaduhan kaum bila muncul kegawatan ekonomi. Inilah yang kami telah
perbaikki. Tetapi, kebanyakan usaha ini bergantung kepada beberapa institusi yang telah
kami wujudkan. Sekitar 20% ekonomi yang dipegang oleh bumiputra, terdapat 7% yang dimiliki oleh orang
persendirian. Yang bakinya itu dipegang oleh insitusi yang diwujudkan oleh kerajaan untuk
memegang saham syarikat ataupun untuk memulakan syarikat yang baru.
Bukannya kami mahu semua itu, kerana kami tidak berminat untuk memimpinnya. Kami lebih
berminat menjual apa juga pegangan institusi itu kepada orang persendirian. Apabila kami
dapat tentukan calon yang bersesuaian kami pun jual pegangan (entiti) itu kepada mereka.
Dalam hal ini, kami kerap ditohmah kerana menjualnya kepada kroni. Mereka bukannya
kroni sebenarnnya. Mereka ini adalah manusia yang kami percaya mampu mengurus. Kerana
itulah mereka diberikan peluang.
Kalau kami saja-saja jual kepada sesiapa yang membuat tawarannya, besar kemungkinan
syarikat itu akan dijual pula kepada kaum lain dan tentunya ini tidak mencapai matlamat
kami. MM: Memang anda bolehlah katakan saya kecewa kerana saya terlalu sangat memberi nasihat
'Ingat, anda terpaksa belajar bagaimana mengurus semua ini nanti.' Mereka ini tidak mahu
memandang jauh ke hadapan,. Mereka fikirkan kekayaan hari ini sahaja. Kalau mereka ada
duit hari ini mereka akan membelanjakannya.
MM: Kami memang mencerna perkara baru setiap masa. Kami bercakap kepada mereka dan
menjelaskan semuanya. Bukannya senang untuk merobah sikap terhadap sesuatu. Inilah yang
amat meyukarkan. Namun, saya berani berkata bahawa kami telah berjaya dalam banyak hal
jika dibandingkan dengan negara yang lain.
MM: Ia telah memberikan kesan yang maksimum pada pemilu 1999 dulu apabila gambar Anwar
dengan mata lebamnya ditayangkan di seluruh negara. Saya telah dituduh seagai insan yang
melakukannya dan satu kempen membenci telah dilaksanakan. Inilah yang mebuat rakyat
berpaling tadah kepada PAS. Kini kami telah berjaya membuat penjelasan bahawa perkara ini
tidak ada sangkut-paut dengan parti. Perkara ini telah berlaku di luar keupayaan kami
untuk mengawalnya. Kini rakyat sudah menerima hakikatnya yang dia memang telah melakukan
sesuatu kesalahan. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal yang perkara in adalah satu konspirasi seperti yang
dia kerap katakan itu. Dia tidak pernah mempertahankan kedudukannya. Cuma mengatakan itu
adalah satu konspirasi kerajaan untuk menidakkannya menjadi perdana menteri. Kenapakah
ini mesti menjadi satu konspirasi sedangkan sayalah orangnya yang memimpinnya untuk
menjadikannya bakal pengganti saya? Perangainya itu yang tidak dapat diterima oleh
masyarakat kami. MM: Memang itulah hakikatnya. Kerana orang ramai tidak mampu mempercayai yang dia mampu
melakukan semuanya itu. Lagipun teori konspirasi memang menarik sekali. Ketika dia
berkhidmat dengan kerajaan dia telah memilih beberapa manusia dalam beberapa pertubuhan
untuk menjadi penyokong setianya termasuk mereka yang berada di luar negara.
MM: Kami sedang berbincang dengan mereka. Kami akan terus tunjukkan bukti bahawa memang
tidak ada konspirasi. Ramai yang telah percaya memang tidak ada pun konspirasi.
MM: Perkara ini sudah berlaku sejak tiga dekad yang lalu. Kami pula tidak berapa pantas
memahami apa yang dilakukan oleh parti Islam yang menjadi parti pembangkang itu.
Mereka telah menabur benih kebencian terhadap kerajaan, terhadap pemimpin kerajaan
malahan di kalangan pelajar tadika lagi. Pelajar ini pernah diberikan gambar untuk
dipijak-pijak dan diludah sebagai satu sumpahan pula. Kami tidak hiraukan perkara itu
kerana kami tidak mahu mengganggu budak sekolah ataupun anak-anak kecil di tadika ataupun
mereka yang belajar di universiti. Kami mempunyai satu kepercayaan agar mereka tidak diganggu supaya mampu menumpukan minat
kepada pelajaran. Apabila pulang ke tanah air mereka pun boleh berkhidmat kepada negara.
Tetapi, selama ini parti Islam ini telah menghantar pemimpin mereka, sampai ke England
pun. Mereka datang ke sini dan tinggal bersama pelajar di sini. Mereka tidur bersama
pelajar di sini dan menabur fitnah terhadap kerajaan. Mereka membuat pelbagai tohmahan
seperti kerajaan tidak Islamik, yang bererti anti-Islam dan sebagainya.
Kesannya, pelajar pun menjadi anti kerajaan. Kami pernah berkata, 'lihat, kami telah
memberikan kamu biasiswa, meyediakan sekolah dan semua itu.' Parti pembangkang yang
Islamik itu berkata pula 'Mana kerajaan pun akan menyediakan semua itu. Kalau kami yang
memerintah tentu kami mampu memberikan semua itu.'
Semua orang ini fikir setiap kerajaan mampu menyediakan semua itu. Perasaan terimakasih
itu lesap samasekali. Ia digantikan pula dengan semangat kebencian dan meluat tanpa
bersebab. Sebagai contohnya mereka anggap saya sebagai seorang diktator. Tidak kiralah
kalau mereka tidak nampak apa yang saya lakukan tu sesuatu yang salah, mereka hanya
melihat saya ini sebagai seorang diktator. Dalam kabinet saya mereka fikir sesiapa pun
tidak boleh bercakap apa-apa, kerana semua itu adalah tertakluk kepada kuasa saya.
Kemudian muncul pula kisah Anwar. Anwar memang amat pintar dalam menangani isu itu. Dia
memang pintar dalam tipu-helah. Inilah yang digunakannya untuk menaikkan lagi tahap
kebencian terhadap kerajaan. Inilah yang terpaksa kami perangi sekarang.
Bagaimanakah kami mampu memberikan penerangan bahawa semua itu adalah salah? Kini kami
telah lihat betapa tingginya kebencian itu sehinggakan ada satu kumpulan yang berani
cuba menggulingkan kerajaan dengan secara paksaan. Nasib baik mereka sudah ditangkap
semuanya dan menghadapi tuduhan biasa di mahkamah. Tetapi, di kalangan pengikut puak
pembangkang ini, kebencian mereka terhadap kerajaan merupakan satu masalah yang besar
kepada kami. Mereka ini sudah tidak mahu mendengar cakap kami lagi.
MM: Saya akan berusaha menyelesaikannya sebelum saya mengundurkan diri. Adalah sesuatu
yang menakjubkan kerana ketika saya mula berpolitik dulu, saya dibenci oleh orang
bukan-Melayu. Kini, saya merasakan kaum bukan Melayu ini yang menyokong saya sedangkan
bangsa sendiri yang tidak mempercayai saya lagi. Namun, saya fikir saya akan mampu
mengatasi semua ini. Ini bukannya mudah dilaksanakan. Tetapi, saya dapat merasakan masih
ramai lagi orang yang rasional di kalangan bumiputra yang sanggup lagi menyokong
kerajaan dengan gigihnya. |