Laman Webantu KM2A1: 2963 File Size: 26.2 Kb * |
Tun Salleh Abbas VS BPR Yg Pekak By web aNtu 8/10/2000 8:41 am Sun |
Sumber : BPPNT Tuduhan Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Terengganu
menyalahgunakan wang royalti RM 432 juta tidak berasas
Siri 1 Sebuah akhbar harian pada 1 Oktober melaporkan Pengarah BPR menyatakan
kesediaan untuk menyiasat penggunaan wang sebanyak RM 432 juta yang diterima
oleh Kerajaan Terengganu pada Februari lalu jika menerima laporan berlakunya
penyelewengan. Jawapan di bawah oleh Exco Hisbah dan Tugas-Tugas Khas, YB Tun Dato' Hj
Salleh Abas mungkin boleh menjawab dakwaan di atas.
Soalan : Jawapan : Walaupun orang-orang yang menerajui negeri bertukar; yang dahulu sudah pergi dan
yang baru mengambil tempat mereka. Jentera dan pentadbiran undang-undang
masih wujud dan tidak berubah. Mengikut undang-undang dan perlembagaan;
tiap-tiap buah negeri mempunyai satu dana wang yang dinamakan Kumpulan Wang
Negeri yang disatukan (KWN). Ke dalam KWN inilah semua wang yang diterima kepada negeri sama ada hasil dan
sebagainya dan wang royalti petroleum juga dimasukkan ke dalam KWN
bersama-sama wang yang lain. Mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak boleh satu sen dikeluarkan
daripada KWN itu melainkan perbelanjaan itu dibenarkan oleh undang-undang.
Undang-undang itu ialah yang dinamakan enakmen bekalan yang telah diluluskan
oleh Dewan Undangan Negeri pada tiap-tiap akhir tahun untuk membenarkan
perbelanjaan wang pada tahun berikutnya.
Jenis perbelanjaan adalah dinyatakan dalam belanjawan yang diluluskan oleh Dewan
bersama-sama dengan enakmen ini. Belanjawan mengandungi anggaran hasil dan
anggaran perbelanjaan. Di dalam belanjawan juga dinyatakan projek pembangunan
yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri.
Anggaran perbelanjaan tahun ini ada terkandung dalam belanjawan yang diluluskan
pada tahun sudah dan perbelanjaan sebenar boleh didapati daripada Pejabat
Pegawai Kewangan Negeri atau Akaintan Negeri, Pejabat Audit Negeri dan lain-lain
pejabat berkenaan. Rekod-rekod perbelanjaan itu disimpan oleh pejabat tersebut.
Sekiranya kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa, ini akan ditegur dan disebut oleh
Jabatan Audit Negeri. Jadi, tuduhan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak berasas langsung.
Terengganu berhak atas tuntutan royalti minyak
Siri 2 Soalan : Jawapan :
Kesimpulannya, bayaran wang tunai itu ialah satu bayaran yang wajib di buat oleh Petronas sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Bayaran itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan atau murah hati Petronas. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di laut negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi di laut negeri-negeri lain, seperti Pahang, Johor, Kelantan dan sebagainya, negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian 5% bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada negeri Terengganu. Di laut negeri lain tidak dijumpai, tetapi di laut negeri Terengganu petroleum dijumpai. Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana
mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (commercial usage) ,
royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan kepada
tuan empunya hak itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti
kepada bayaran yang mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession
yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat 5% itu adalah hak kerajaan Terengganu
dan rakyat negeri Terengganu dan Petronas wajib membayarnya . Hak kerajaan
Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh kerajaan pusat.
Siri 3 Soalan : Jawapan : Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Terengganu telah dinafikan haknya
kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan januari hingga 1 julai tahun 2000
ini yang sepatutnya dibayar pada 1 september 2000 belum lagi dibayar. Mungkin
wang royalti itu sudah dibayar kepada kerajaan pusat. Cara kerajaan pusat
menghapuskan hak kerajaan Terengganu ialah dengan cara mengubah nama bayaran
wang tunai dibawah perjanjian diantara kerajaan negeri Terengganu dengan
Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum
1974 daripada perkataan royalti kepada wang ihsan.
Royalti adalah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada
pemunya hak, tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran atas belas yang dibuat sebagai
sukarela pemberi sahaja, sudah tentu bayaran ini tidak mesti dibuat. Dan jika
dibuatpun bila dan berapa banyak, tinggal kepada budi bicara pembayar itu sendiri.
Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu kepada bayaran ihsan tidak akan
mengubah kedudukan bayaran itu karana ia tetapwajib dibayar dan menjadi hak
kerajaan terengganu. Jika benar bayaran wang tunai itu bayaran ihsan, kenapakah
mesti ada penukaran nama itu? Ia adalah semata-mata untuk mengelirukan
pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum.
Selain daripada itu obligation petronas membayar wang tunai itu ialah seksyen 4
Akta Kemajuan Petroleum dan perjanjian diantara petronas dengan kerajaan negeri
Terengganu. Kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan perjanjian ini dan tidak
boleh campurtangan sama sekali menghapuskan hak kerajaan Terengganu. Ini adalah
bertentangan dengan pelembagaan Malaysia. Kita berharap kerajaan pusat yang
seringf melaungkan sebagai kerajaan demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule
of law tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian.
Perjanjian diantara kerajaan negeri dengan petronas; kenapakah perjanjian itu
dilindungi oleh seksyen Terengganu, apakah terjadi kepada perjanjian itu ? Dan
seksyen 4 akta tersebut tidak sepatutnya disebut oleh siaran akhbar Kementerian
Kewangan Malaysia ? Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat
keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti
minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah
negeri yang termiskin pada ketika itu ?
Siri 4 Soalan : Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun
1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri
yang termiskin pada ketika itu ? Jawapan: Kenyataan ini adalah satu angapan yang tidak benar dibuat oleh
Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti
petroleum kepada negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi
dijumpai di dasar lautan dimana-mana negeri di semenajung khususnya di negeri
Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa itu hanyalah didasar laut di Sabah
dan Sarawak sahaja. Benar sekali negeri terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun
negeri ini masih lagi miskin. Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abd. Razak tidak tahu sama ada petroleum akan
dijumpai atau tidak dimana- mana negeri di semenanjung. Pada masa itu saya
memegang jawatan peguamcara Negara dan saya yang mengarang Akta Kemajuan ini
dibawah arahan Allahyarham Tun Abd. Razak. Allahyarham Tun Ismail Ahli ( Bekas
Gabenor Bank Negera), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan Yang
Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Pada ketika itu
perhubungan kerajaan pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abd. Razak dengan
kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amatlah gentin dan tegang.
Masalah dengan Sarawak ialah tengtan royalti petroleum yang mana Sarawak
mendakwa hampir-hampir 100%. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka
menuntut sepenuh royalti itukerana mereka berkata sebelum mereka masuk Malaysia
pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar lautan bersendirian yang diistiharkan oleh
kerajaan Kolonia British. Mereka kata dasar lautan negeri ialah sebagai hak milik mereka. Dakwaan itu
sebenarnya menyalahi prinsip Undang-undang antarabangsa.
Kerajaan pusat tidak bersetuju. Pertikaian ini disemarakkan oleh Kementerian
Perusahaan Utama apabila kementerian mengambil langkah untuk membuat satu
perbadanan undang-undang bernama HIKMA untuk menyelenggarakan ehwal
mencari dan mengusahakan petroleum di Malaysia.
Pertikaian kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak terputus kerana soal
petroleum. Perselisihan fahaman di antara kedua kerana Allahyarham Tun Mustafa
selaku Ketua Menteri Sabah bertindak terlampau bebas, terbang ke sana ke mari
Sehingga masanya dihabiskan di luar Malaysia.
Usaha Allahyarham Tun Abd. Razak cuba menghadkan kebebasan Tun Mustafa
menyebabkan perselisihan dianatara mereka semakin hebat.
Tindakan Kementerian Perusahaan utama ini- pada masa menterinya ialah Yang Amat
Berhormat Datuk Patinggi Haji Taib-menambahkan lagi pertikaian diantara kerajaan
Swarawak dan kerajaan pusat daripada Malaysia.
Sekiranya Pertembungan antara Kuala Lumpur dan Kuching dan Kota Kinabalu
berterusan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada
Malaysia. Jikalau ini berlaku Malaysia tidak akan ada lagi kerana Singapura sudah keluar daripada
Malaysia pada tahun 1965. Untuk menyelesaikan pekara ini Allahyarham Tun Ismail
Ali, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan saya mengambil langkah mencari
penyelesaian. Akhirnya Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan tun Abdul
Razak bersetuju bahawa Serawak menjatuhkan tuntutan dengan sepenuhnya dan
tidak lagi menuntut bahawa dasar lautan Sabah dan Sarawak sebagai keupayaan
negeri-negeri itu. Apa yang mereka bersetuju ialah mengenai hak keupayaan
petrolem yang ada di dasar lautan itu. Hak kepunyaan itu ialah hak negeri- negeri
dalam Malaysia dan hak keupyaan itu diserah kepada petonas dan sebagai balasan
bagi petronas menerima hak keupayan itu petronas dikehendaki membayar wang
tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkenaan satu jumlah
yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.
Perkataan royalti tidak digunakan kerana hendak menjaga sensitiviti kerajaan negeri
Sarawak. Tetapi hakikat inilah Allahyarham Tun Abdul Razak dalam penyelesaian
politik ini tidak hanya bersetuju bahawa royalti hanya dibayar Sabah dan Sarawak
sahaja, bahkan ini disambungkan kepada mana-mana negeri di semenanjung ini.
Sekiranya petroleum dijumpai di negeri itu. Inilah sebabnya Seksyen 4 Akta Kemjuan
Petroleum menyatakan bahawa wang tunai itu hendaklah juga dibayarkan kepada
mana-mana negeri yang berkenaan dengan tidak menentukan mana-mana negeri.
Istilah negeri-negeri berkenaan mestilah mempunyai makna "negeri-negeri yang
man petroleum dijumpai dan dikeluarkan pada masaitu petroleum sudah dijumpai dan
dikeluarkan didasar laut Sabah dan Sarawak tetapi belum lagi dimana-mana di dasar
laut negeri- negeri Semenanjung." Dengan secara umum Allahyarham Tun Abdul Razak tidak mengamalkan runding
diantara negeri-negeri Malaysia Timur (Sabah dan sarawak) serta negeri - negeri
Malaysia Barat. Oleh kerana Sabah dan Sarawak dijumpai petroleum dan berhak
kepada royalti, kenapakah negeri-negeri lain di Semenanjung jika petroleum juga
dijumpai dan diusahakan tidak diberi hak yang sama kepada semua negeri? Ini ialah
negeri-negeri bersekutu di bawah nama Malaysia. Di atas pinsip keadilan dan
layanan dan hak yang sama bagi semua negeri-negeri dalam Persekutuan, maka hak
royalti petroleum itu diberi kepada negeri-negeri berkenaan.
Yang demikian maka petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri Pahang, Johor,
Perlis dan sebagainya. Petronas wajib membuat bayaran royalti kepada negeri itu
tetapi Allah memberkati negeri Terengganu yang mana petroleum di Semenanjung ini
hanyalah dijumpai dan diusahakan di negeri Terengganu. Di negeri-negeri lain tidak
ada hak mencampuri hal ini dan kerajaan pusat tidak boleh menghalang penerusan
membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.
Anggapan siaran akhbar Kementerian Kewangan mencampuri hal ini seolah-olah
menuduh Allahyarham bersikap tidak kasih kepada negeri Terengganu dan
mendiskriminasikan negeri lain, pada hal negeri-negeri itu pun miskin juga. Anggapan
ini seolah-olah menuduh Allahyarham Abdul Razak sebagai bertindak tidak adil.
Kesimpulannya ialah:
Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi
termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN?
Siri 5 Soalan: Jawapan: Kerajaan baru menghulurkan bantuan am bukan berlandaskan politik bahkan kepada
kemiskinan mereka yang menerima bantuan. Kerajaan negeri Terengganu dari
semenjak tahun 1978 iaitu tahun mula-mula negeri ini menerima royalti petroleum
sehingga bulan febuari tahun ini ialah berjumlah lebih kurang RM 7 billion. Tetapi
kerajaan Terengganu masih lagi berhutang kepada kerjaan pusat lebih kurang RM
700 juta. Ke manakah lesapnya wang RM 7 billion itu. Orang yang dapat memberi
penjelasan dan bertanggunjawab ialah mereka-mereka yang memegang kuasa
kerajaan Terengganu sebelum kerajaan baru sekarang. Setakat yang kita dapat lihat
dan hisbah dengan secara kasar wang itu dibelanjakan dengan seboros- borosnya.
SKANDAL BINA BANGUNAN Seolah-olah sumber petroleum itu akan berkekalan. Wang itu selain daripada
membayar perbelanjaan pengurusan masyarakat. Sebahagian besarnya dibelanja
untuk mendiri bangunan - bangunan kerajaan, manakah perbelanjaan yang tinggi
anak-anak syarikat. Boleh dikatakan kesemua anak- anak syarikat ini bermasalah
dan tidak memberi apa-apa pulangan hasil kepada kerajaan negeri. Tiap-tiap kali saya
ini mengakui kesusahan wang. Mereka minta bantuan daripada kerajaan negeri. Di
antara bangunan kerajaan yang mewah ialah :
2. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu 3. Perpustakaan Negeri Terengganu 4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 5. Bangunan Darul Iman Negeri Terengganu ada melabur dalam Perwaja. Sehingga akhir tahun 1998 Perwaja
telah rugi kesemuanya jumlah lebih kurang 3.5 billion ringgit. Negeri Terengganu
sebagai pemegang 19% saham dalam Syarikat telah menanggung kerugian sejumlah
RM 671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil.
Negeri Terengganu juga dalam satu Syarikat Gunawan Iron Steel melalui anak
syarikat yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB). Penceburan PTB
dalam syarikat GunawanIron Steel itu iaitu RM 3.6 juta. Dalam pelaburan itu sudah
menangung kerugian lebih kurang RM 100 Juta. Selain daripada itu kerajaan
terengganu dahulu melalui agennya bernama Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu memberi jaminan kepada bank sejumlah RM 350 juta. Sekarang syrikat
Gunawan Iron Steel itu tidak beroperasi lagi. Bangunannya sudah buruk dan satu
crane yang dibeli dengan harga lebih kurang RM 7 juta tersadai di pelabuhan
Kemaman menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di pelabuhan .
Program yang semacam ini kah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela
danmenjadikan negeri terengganu tidak miskin lagi ?
Lihatlah negeri ini sudah hilang wang modal RM 3.6 juta . Rugi pula RM 100 jutadan
menangung bebanan kerugian kepada bank sebanyak RM 360 juta. Jika mengambil
langkah untuk mendapatkan balik wang kerugian itu, siapakah yang akan
membayarnya ? SKANDAL BABENA Bekalan air ke Pulau Redang yang dikontrak membuat kerja bekalan air oleh kerajaan
negeri Terengganu diberi kepada anak syarikatnya bernama Babena, sekalipun ada
beberapa buah lagi yang layak. Pemberian kontrak kepada Babena tidak disokong
oleh?. Akhirnya apa yang sudah diterima ialah harga kontrak asal sebanyak RM
24.26 juta sudah menjadi RM 46 juta, iaitu bertambah RM 20 juta. Tambahan ini ialah
bayaran sagu hati ( gratia) kepada Babena dan tidak ada apa-apa sebab
undang-undang. Sagu hati diterima oleh Babena ialah Sebanyak RM 15 juta.
Sekalipun pihak pembangkang pada masa itu membantah sekeras- kerasnya, kerajaan
dahulu membuat keputusan membayar ssaguhati kepada babena RM 9 juta.
Yang amat sedihnya, bekalan air itu ialah untuk kegunaan sebuah hotel besar di pulau
ini dan seramai lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di pulau itu. Boleh dikatakan
70 % daripada air yang dibekalkan diguna oleh hotel tersebut, yang banyaknya
diguna oleh orang-orang kampung. Sebelum bekalan air itu dibuat oleh hotel ini bersetuju mencarumkan 30 % daripada
harga membina bekalan tersebut, tetapi setakat ini satu sen pun tidak dibayar hingga
disiapkan. Kerajaan baru sekarang ini mencari jalan supaya caruman yangdijanji itu
dibayar. Soalannya adakah cara membina bekalan air ke pulau Redang itu ialah satu program
yang menghapuskan kemiskinan rakyat Terengganu.
SKANDAL KAPAL TERBANG MEDIAIR Pembelian kapal terbang untuk syrikat Kerajaan Negeri Terengganu bernama Mediar
adalah satu lagi cara wang royalty petroleum digunakan oleh kerajaan dahulu.
Pada tahun 1990 kerajaan Terengganu telah menubuhkan satu tabung bernama
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 15 % atau maksima RM 30 juta
daripada royalty petroleum akan dibayar kepada tabung ini sebagai pemegang
amanah. Tetapi bagaimana pula tabung ini dibenarkan oleh undang-undang untuk diniagakan
dan melabur dalam perniagaan yang penuh dengan risiko?
Ada lagi satu tawaran bernama Tabung Pendidikan Tinggi ditubuhkan pada tahun
1997. Tabung pendidikan ini akan menerima daripada Tabung Warisan sebanyak 10
% daripada wang petroleum yang diterima oleh warisan. Wang tabung pendidikan
sudah berjumlah RM 10 juta. Pegawai tinggi TDM pada masa itu merancang hendak menubuh satu anak syarikat
bernama Mediair kononnya untuk mengangkut orang-orang sakit dari satu tempat
kepada hospital-hospital di dalam Bandar. Yang demikian satu pesawat udara mesti
dibeli satu kertas kerja yang cepat telah disiapkan menurut pospech keuntungan
kepada Tabung Pendidikan iaitu Tabung Pendidikan membeli satu pesawat itu dari
wang yang ada dan disewakan kepada Mediair. Mendiair akan membayar sewa
kepada Tabung Pendidikan. Apabila pesawat itu dibeli, pesawat itu tidak boleh
didaftar atas nama Tabung Pendidikan sebagai tuan empunya kerana tabung itu tidak
ada lesen. Yang demikian pesawat itu didaftar di bawah nama Mediair sebagai tuan
empunya. Oleh kerana syarikat itu mengalami kerugian bukan sahaja sewa yang dijanjikan
bahkan wang untuk membeli pesawat tersebut hilang lesap.
Harga yang dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan untuk membeli pesawat itu ialah RM
6.9 juta. Jenis pesawat yang dibeli ialah pesawat second hand bernama Piker
Chenyne. Melalui maklumat yang diperolehi dalam khidmat pesawat yang serupa dan
sejenis dengannya Piker Cheyene ini, harga pesawat barunya ialah US 1.2 juta
sahaja iaitu lebih kurang RM 4 juta sahaja. Manakala harga bagi second hand
pesawat ini lebih kurang US 200,000 sahaja, iaitu lebih kurang RM 800,000. Apakah
justifikasi membelanjakan RM 6.9 juta membeli pesawat buruk itu ? Tidakkah ini
pembayaran boros yang tidak tahu sempadan ?
Dalam siaran akhbar Kementerian Kewangan kerajaan pusat berkata, "selama ini
kerajaan pusat membantu perbelanjaan wang royalty oleh kerajaan BN Terengganu
dan memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan.
Kerajaan pusat meneliti laporan audit ke atas perbelanjaan itu ."
Dengan penjelasan yang diberi di atas, adakah kerajaan pusat berpuas hati dengan
perbelanjaan tersebut ? Laporan audit penuh dengan teguran- teguran yang
menunjukan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tidak sepatutnya.
|