Laman Webantu KM2A1: 2962 File Size: 4.8 Kb * |
BPR yang asyik menunggu By Kapal Berita 7/10/2000 11:28 pm Sat |
Kata orang tua-tua, kalau hendak menangkap si kancil,
mesti senyap-senyap. Jangan beri "hints". Jangan sedarkan ia.
Kerana kancil pantas berlari..... Malangnya hari ini kita asyik membaca pelbagai kenyataan demi
kenyataan daripada BPR yang asyik berkumandang di setiap
corong dan dada akhbar. Dikatakanlah mempunyai "bukti" dan itu ini,
tetapi ia kelihantan berakhir untuk menjadi air liur basi.
Apakah ini semua satu sandiwara lagi? Adakah peranan BPR sudah tidak
boleh diharapkan lagi? Jawapannya ada di dalam lapuran Transparency
International tempoh hari. Malaysia telah GAGAL!
Bayangkan kes video dan pusat snooker ini sudah lama menghantui
masyarakat. Malangnya BPR sengaja berdiam diri. Apabila keadaan
sudah tidak terkawal barulah hendak menunjuk muka. Barulah
membuat kenyataan demi kenyataan. Tetapi tiada tangkapan....
Seandainya polis tidak bersih, bagaimanakah anda mahu membersihkan
jenayah itu sendiri? Sikap BPR inilah sebenarnya punca polis
bermaharaja lela. Jika BPR bertindak ke atas Dr Mahthathir rakyat boleh
mempercayai BPR kerana buktinya orang BPR sendiri yang ada! Dengan
mendakwa Dr Mahathir, itu sudah cukup untuk memberi amaran kepada
semua - termasuk semua hakim dan pak menteri yang sedang
bergelumang dengan dosa yang amat aibnya.
Kes Haslinda Merican tempoh hari berlalu begitu sahaja. Tidak ada nama.
Tidak ada hakim. Tidak ada VIP. Takkan ada pelacur tetapi tiada
yang membahamnya? Apakah yang ingin kerajaan sembunyikan sebenarnya?
Siapakah pelanggan pelacur itu sehingga perniagaan itu menjadi
teramat istimewa. Jangan berlagak hero keran rakyatpun ada bukti yang
boleh menggoncangkan maruah pemimpin dan hakim negara. Salinan Foto
wanita yang bogel itu masih tersimpan oleh pendakwa-raya, sdr Kamarulzaman,
kami pun memerhatikan kemana perginya..... atau mungkin menyimpannya?
Sumber: http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Saturday/National/
20001007011524/pp_index_html BPR tunggu masa untuk bertindak
Oleh Kamarulzaman Pid TAPAH, Jumaat - Badan Pencegah Rasuah (BPR) hanya menunggu masa untuk bertindak
terhadap anggota polis dan pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang
terbabit sebagai ?dalang? pusat permainan video haram di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) BPR, Datuk Mohd Zawawi Mohd Nordin, berkata
ketika ini BPR sedang menjalankan siasatan dan mengumpulkan maklumat sebelum
tindakan itu diambil. Menurutnya, buat masa ini, hasil siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada umum
termasuk nama individu yang terbabit dalam kegiatan itu.
?Memang tidak boleh didedahkan, tetapi kalau ada elemen rasuah, kita akan umumkan
perkara ini kerana ia adalah tanggungjawab kita,? katanya kepada pemberita selepas
menghadiri program jati diri Rakan Muda BPR 2000 di Taman Awam, Tapah Road, dekat
sini, hari ini. Mohd Zawawi berkata, berdasarkan hasil siasatan setakat ini, pihaknya mengesahkan
terdapat segelintir anggota polis dan pegawai penguatkuasa yang yang menjadi dalang
pusat permainan video haram di negara ini.
?Memang ada pegawai penguatkuasa dan anggota polis yang terbabit dan kita sedang
kumpul maklumat untuk bertindak,? katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak dapat memberi kepastian bila tindakan itu akan diambil
kerana masih mengumpul bukti. ?Saya tidak dapat hendak memberi kepastian (tindakan dijalankan) kerana siasatan lebih
mendalam sedang dijalankan, tempoh siasatan bergantung kepada maklumat yang
dikumpul. ?Bagaimanapun, kita sentiasa menjalankan pemerhatian dari semasa ke semasa (terhadap
pembabitan anggota polis dan pegawai penguatkuasa dalam kes ini),? katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zawawi berkata, BPR akan menyerahkan senarai
pemegang ?lesen terbang? kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas tarikh
akhir penyerahan lesen itu 15 Oktober ini.
?Kita memang akan menyerahkan kepada JPJ senarai itu tetapi kita perlu tunggu sehingga
tarikh akhir yang diberi kepada pemegang lesen berkenaan,? katanya.
Menurutnya, BPR juga sedia membantu atau mengkaji jika terdapat kelemahan prosedur
dalam pengurusan JPJ seperti yang dipersetujui melalui perjanjian persefahaman (MOU)
antara BPR dan JPJ, April lalu. ?Salah satu perkara yang dipersetujui ialah kita akan membantu mereka meningkatkan nilai
murni di kalangan pegawai JPJ dengan cara mengadakan ceramah yang kita anjurkan.
?Langkah ini dipersetujui dalam usaha meningkatkan kembali imej dan wibawa JPJ,? katanya. |