Amin Sapiro (menziarah kawan lamo di Utara)
MANA ADA LAGI AHLI UMNO - JIWA MEREKA DAH JADI PEMBANGKANG!!
Bah. 1
PERJALANAN saya ke utara banyak memberi rasa terkesan di dada. Tentunya
pertemuan saya dengan teman-teman lama semasa dalam UMNO dulu di sana
(antaranya di Langkawi, P.Pinang, KL, Seremban dan Melaka) jauh berbeda
dari lawatan Dr. Mahathir, Dollah Bedawi atau Daim. Tentu apa yang saya kata
itu diorang percaya, kan? Sebabnya, saya orang kecil. Orang bebas. Tak
terikat. Lain sikit cara sesama kami berbicara.
Tetapi jika Dr. Mahathir, Dollah Bedawi atau Daim dan pemimpin UMNO orang
besar negeri datang melawat, jauh beza cerita yang akan disampaikan mereka.
Kalau saya jumpa orang, saya tegur dulu. Mahathir tak gitu, kan? Orang
sambut dia. Orang jumpa Mahathir tentu susun cakap yang sedap-sedap aja.
Maklumlah ?pembodek? dalam UMNO kalah perangai setan-setan dalam
neraka!! Tunjuk yang baik saja, yang buruk simpan bawah tikar.
Tapi dengan saya, cerita orang kepada saya - semua bernada rungutan,
kutukan dan sumpah seranah belaka. Bukan kutuk saya, tapi taulah kutuk
siapa, kan?
Sebab, saya bukan pegang kuasa, bukan pegang ekonomi, bukan buat policy,
tak terlibat dengan implementasi. Itu kerja orang besar macam Syed Razak, Koh
Soo Kun, JPM, Md. Isa Samad dan Ali Rustam.
Saya apa ada? Buruk baik yang jadi, itu semua kerja Dr. Mahathir, Dollah
Bedawi atau Daim dan pemimpin UMNO!! Saya bekas UMNO. Orang cakap
yang benar kepada saya. Sebab, saya bukan ada kuasa masukkan orang
dalam penjara, kan? Dengan saya, orang cakap secara terbuka. Itulah eloknya
jadi BEKAS ahli UMNO!!
Cerita UMNO "Memilukan"
Dr. Mahathir, Dollah Bedawi atau Daim dan pemimpin UMNO patut fikir
banyak-banyak. Dalam-dalam.
Dengan tulus ikhlas saya ingatkan bahawa UMNO sekarang macam belon
?angin panas? yang melayang di udara. Nampak melayang tinggi, betul hebat.
Cantik warna warni. Tapi kena ingat se perkara, keindahan begitu sementara
saja. Angin panas itu tak pernah kekal. Bila sampai mencecah awan, belon jadi
sejuk. Macam hujan, ia akan jatuh ke bumi. Lebih pantas dari naik menjulang
tadi. Tonggang terbaliklah!! Tunggang-langgang!! Siapa pedulik?
Sebenarnya UMNO sedang melawan ?gravity?. Runtuhan ?gravity? rakyat
semakin kuat. Sekarang bukan penyokong reformasi setakat komponen parti
Pembangkang saja yang kempen anti-UMNO/BN. Dalam UMNO/BN sendiri
lagi kuat dari tindakan pemimpin Pembangkang.
Cuba ?spy-spy? dan Setiausaha Politik menteri-menteri UMNO laporkan
kepada Mahathir perkara yang sebenar. Atau, salinkan setiap hari rumusan
tulisan rakyat dalam laman-laman reformasi. Tak payahlah buat lamanweb
sampai 30 url. Cukuplah baca FGR sebagai permulaan. Pasti puak UMNO akan
hilang akal. Hilang semangat nak kerja keras.
Ceramah Pembangkang vs Mahathir ?Turun Padang?
Itu belum lagi kalau dengar ceramah terbuka Pembangkang. Memang ya.
Orang datang tak kira hujan panas. Ada yang berpayung, kendong anak,
bentang tikar, bawak botol susu, pangku anak. Makin kita hairan, mereka ceria
bagai menonton suatu pertunjukan pentas. Seolah-olah mendegar ceramah
Pembangkang semacam riadhah. Menunjukkan UMNO dah parah!
Yang hairannya, muka yang bercakap tu tak nampak. Orang yang datang
ribu-ribu. Masing-masing serbu duduk depan pentas dulu. Akhirnya, cuma
suara penceramah sahaja yang terdengar. Bagi mereka cukuplah.
Kalau nampak pun setakat muka YB Fadhil Nor, Mat Sabu, Mahfoz Omar.
Hahahah?!! Muka-muka itu bukan muka-muka handsome sangat. Kok macam
Tom Cruise, atau Clerk Gable, Ok jugak lah. Tapi takkkkk?.!! Tapi oang tak
pernah tunjuk menyampah. (tengok muka Mahathir orang menyumpah - muka
sial haram jadah..!!)
Ada nasyid pun bukan macam suara Celine Deon atau Cindy Crawfod.
Penceramah wanita pun bukan secantik wajah Elizabeth Taylor, Erra Fazira,
Krisdayanti, Ayu Azhari, kan? Semua muka tak pandai berlakun drama.
Hahahah??!!
Tapi kalau mereka diberitakan akan datang berceramah dan bercakap, orang
tak tangguh seminit. Lepas Isya?, pasti tonggang basikal dan motor Kapcai?..
ke padang berlumpur tu kita!! Kata mereka?
Bandingkan ceramah Mahathir? Kalau dia datang berceramah, amacam agak
nye? Berapa kerat saja ?beruk-beruk dan lembu-lembu UMNO? yang tiba?
Kalau tak disediakan pisang se tandan, beruk-beruk UMNO tak akan datang.
Kalau tak siapkan rumput sabit, jangan harap ?lembu-lembu UMNO? nak
mampir..!! Hehehe?
Si Wak Parjo yang dah dekat setengah abad undi UMNO/BN sejak zaman
Tunku dulu pun kata dalam loghat warisan dauk-nenek, ?Undi UMNO macam
lepaskan anjing tersepit. Akhirnya kita yang digigit..!!?. hahaha? itu lah dia nasib
UMNO. Memilukan.
Wang Rakyat Jadi Modal Kroni
- Modal Niaga
Seorang peniaga IKS berkata kepada saya, katanya:
"Dr. Mahathir dan Daim menggunakan wang rakyat dari cukai
sebagai modal asas mereka untuk diberikan kepada Kroni berniaga
besar. Pengusaha IKS kena cagar rumah, tanah dan kereta - jadi
collateral. Bank semua dalam tangan Daim-Mahathir. Lagipun, mana
ada kontrak kecil lagi? Semua disapu oleh anak-anak
Mahathir yang berselindung dibalik Penswataan dan pengkopratan".
- Bail-out Berbillion Dollar
Daim Zainuddin sedang mengganas, kata seorang korporat yang masih
ditugaskan men'salvage the wrecked flagships' koporat hasil
?smart-partnerships? Mahathir-Daim untuk menjadikan ?Malaysia an
Industrialised Nation menjelang 2020 - tahun Wawasan Mahathir (konon)?.
Hhihih.. kepalang sedap bunyinya.
Apa yang sebenar berlaku sekarang, ekonomi negara semakin rapuh.
Menunggu runtuh, katanya. Beliau menyatakan, rasuah Eric Cheah ?goes
beyond imaginations. No one can fathom how on earth we can analyse the
complications that BPR will face. We need a team of financial auditors from the
best accounting firm in the world. Nothing BPR can do much, all files were
burnt to ashes??. Saya meggeletar mendengarnya. Ini macam Mahathir dan
Kroni nak selindung rasuah.
- EPF Kena Sapu Bersih
Itu belum lagi cerita bail-out Halim Saad terbaru - RM3.2 billion. Yang kita
dengar cuma kulit luar saja. Kerok lagi dalam kita akan jumpa macamana Daim
nak tipu kakitangan awam berthabit EPF. Cerita ?anuity? itu tak ada lain dari
cara penipuan paling halus untuk Daim dan Kroni ?sauk? duit rakyat. Itu modal
kontan bernilai RM60.0 billion.
Kata beliau, yang tersangkut sekarang, MTUC bantah kuat cadangan itu. Daim
tak dapat buat apa-apa wang caruman dari pihak pekerja swasta. Tapi dari
kakitangan kerajaan, dia dah sapu habis. EPF kakitangan awam dan ditolak
macam sampah saja.
Sebagai menyakin saya, ?Kalau Wak Amin tak percaya tanyalah
kawan-kawan government servant?, katanya. Mereka tak ada lagi bekalan hari
tua. Geleng kepala saya mendengarnya. Apalah nasib bangsa saya. Kepada
siapa mereka nak bergantung harap? UMNO sendiri yang jadikan bangsa
Melayu jatuh ?bankrup?.
- Bunuh Pembangkang
Agenda Mahathir-Daim terakhir ialah merangka rancangan Mega untuk
membunuh pengaruh Pembangkang menjelang 2003/4. Itu adalah ?last resort?.
Kita dah nampak ura-ura nak pisahkan perkataan ?Islam dari semua
Pertubuhan?. Itu adalah sebab politik. Bukan untuk perpaduan..!!
Seorang ahli UMNO sendiri berpendapat, ?Pisahkan Islam dari Pertubuhan
makin menjadikan orang Melayu menyebelahi Pembangkang. Sebab, orang
Melayu lebih kuat berpegang kepada Islam sebagai agama mereka berbanding
kepada UMNO?.
?Parti UMNO Baru(a) manusia buat. Tapi Islam, Nabi Muhammad saw. yang
terima dari Allah swt dengan perantaraan Jibrael. Mana sama wahyu Allah swt
parti UMNO buatan si jahil laknatullah bernama Mahathir!! UMNO tak jamin kita
di akhirat kelak. UMNO hanya penggalak rasuah, maksiat, dan keburukan
akhlak..!!? Hehehe? itu bukan saya cakap. Ahli UMNO sendiri yang cakap
lepas mesyuarat.
Begitulah pandangan pemimpin kuat UMNO di peringkat Bahagian. Saya agak
dia dapat petunjuk sejak dia balik umrah. Tak taulah pulak. Bermakna, agenda
Mahathir nak bunuh Pembangkang bukan cerita senang. Makin UMNO
kecundang. Macam lori balak lenyek kulit pisang!!
- Royalty Jadi Ihsan.
Seorang teman dari Pahang (UMNO juga) berkata,
"Kalau Mahathir sekat royalti minyak di Terangganu, dan seleweng-khianat
royalty Gas di perairan Kelantan, maknanya orang Pahang dah nampak petandanya".
"Mahathir-Daim tentu akan buat perkara yang sama kalau carigali minyak
dilakukan di Pahang. Orang Pahang akan rugi besar seperti nasib orang
Terengganu dan Kelantan" tambahnya.
"Jadi, kami orang UMNO di Pahang dah mula kempen jangan sokong
UMNO/BN dalam pilihanraya ke-11", sambungnya. "daripada ?melopong
tangan kosong?, lebih jangan sokong!! Kita gantung benda UMNO, tapi bila
undi kita pangkah PAS" katanya.
"Biar UMNO melepas. Sultan jangan campur. Dia boleh duduk di Las Vegas.
Lantaklah nak main rollette - satu orang pun tak tegah. Kalau tak ada duit, biar
dia mintak sedekah. Baru dia tau lagit tinggi rendah..!!". Hahaha?
"Padan muka Ahmad Shah. Kan dunia pun bulat macam bola? Tak kan
baginda tak faham?" Itu orang UMNO yang cakap. Boleh jadi dah cukup
?fed-up?.
- Sokong Membawa Rebah
Saya cuma dapat mencelah sedikit saja. Saya kata - kalau begitu janganlah
kita mudah tertipu dengan taktik strategi Mahathir-Daim. Kalau betul negara
makmur apa pasal kerajaan naikkan harga minyak. Kalau setakat kerugian
RM3.5 bilion apa salah? Ada 20 juta rakyat yang menikmati faedah.
Bandingkan dengan bail-out kepada Halim Saad? Dia sorang saja yang kebas.
Tak manasabah.
Sekarang semua harga barang dan perkhidmatan dah naik meloncat berkali
ganda. Ada harga barang yang meningkat 30%. Sekarang peniaga runcit kena
beli tunai dari wholesalers. No money, you get nothing. All cash terms. Untung
dah tipis. Banyak yang dah gulung tikar. Inilah orang kata - "sokong UMNO
memang TAK GUNO", kata mereka - orang UMNO juga.
- Pembangunan Sedap Di Telinga
Berkata seorang dari ahli UMNO yang menjual nasi kandar di warung.
Walaupun di depan warungnya ada bendera Malaysia ?Jalur Gemilang?, tapi
isi perut mereka ada sikit lain macam.
Katanya, "Dulu Dollah Bedawi kata (sebelum pilihanraya November),
UMNO/BN akan meneruskan Pembangunan untuk rakyat, dengan syarat jika
rakyat pilih UMNO/BN supaya terus berkuasa. Tapi yang membangun sekarang
hanya poket dan kantung kosong wakil-wakil rakyat yang terpilih diberi
mandat"
"Kalau inilah yang dikatakan pembangunan, bermakna pemimpin UMNO/BN
adalah kelompok PEMBOHONG paling besar di dunia dan akhirat. Memang
UMNO/BN parti keparat. Dengan itu maka sampailah masa dan ketikanya,
Dollah Bedawi letak jawatan, balik Penang boleh kongsi dengan GERAKAN
?jaga babi hutan?..!!"
Hahaha? saya ketawa besar. Mamat Penang di Culia Street memang marah
kepada UMNO. Sebab GERAKAN di Pulau Pinang dah jadikan tanah pesaka
mereka macam Hong Kong. UMNO tak ambil Kesah. Mahathir sendiri kata, dia
pilih GERAKAN memerentah di Pulau Pinang walaupun bukan menang majoriti.
Maknanya, Mahathir dah janji siang-siang nak gadaikan maruah UMNO,
orang Melayu dan iltizam Melayu memperjuangkan Kemerdekaan!! Memang
dasar pengkhianat rakyat.
Sebagai bekas UMNO, saya sedar sebab-musabab kemarahan Melayu Pulau
Pinang. Memang UMNO tidak merestui kehadiran orang Melayu di mana-mana
saja. Kali ini pemimpin UMNO/BN akan tau untuk nasib mereka.
(sambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)