Laman Webantu KM2A1: 2955 File Size: 10.5 Kb * |
Jihad Dikator Tua Video Game Sahaja By Kapal Berita 7/10/2000 1:39 am Sat |
Kapal Berita agak marah sikit sebab gelagat Mahathir
yang cuba berlagak sebagai hero dan juara. Harap maaf
lambat muncul kerana menyusun kata untuk menyedarkan umat
yang sedang di tipu oleh diktator tua.
Berita Ringkas: DIKTATOR TUA DI U.I.A: Mahathir mengatakan kerajaan tidak melaksanakan hudud kerana
merasa tidak mampu. Beliau juga mengatakan bahawa Kerajaan yang
tidak melaksanakan Islam sepenuhnya tidak bermakna kerajaan itu
tidak Islam. Komen Sindiran: Tetapi Kerajaan tidak mampu memberi royalti kepada rakyat,
walaupun majoriti mereka Islam di Kelantan dan Terengganu.
Rakyat kedua-dua negeri itu tidak layak dibantu, sebaliknya
Halim Saad sanggup kerajaan bantu sehingga RM 3 billion banyaknya
kerana syarikat beliau kononnya dapat mewujudkan peluang perkerjaan
dan banyak pulangan (kedalam poket orang yang ber'jihad' ke?).
Oleh itu pinjaman bercagar saham diluluskan oleh 4 bank
tempatan dengan senang kerana kuasa politik mendahului
kepentingan perniagaan, demi 'jihad' lagi agaknya.
Kerajaan juga tidak mampu memberi subsidi minyak supaya
harga minyak kekal. Kerajaan hanya mampu menggunakan wang
Petronas untuk menyelamatkan syarikat kapal yang sedang tenggelam.
Sudah tentu ia milik anak diktator tua kerana ini pun 'jihad' juga?
Mahathir mengatakan jihad (sebenar) ialah ialah memajukan negara.
"Our Jihad (is to) build a rational Muslim nation, skilled in
administration, in the sciences and technology, in trade and industry,
politically, socially and religiously stable, learned in all fields. Then
we can advance the true cause of Islam."
"Jihad kami ialah membina bangsa Muslim yang rasional, mahir dalamm
pentadbiran, dalam sains dan teknologi, dalam perniagaan dan industri,
stabil dari segi politik, sosial dan ugama, berilmu dalam semua
bidang. Kemudian kami akan maju untuk membela Islam."
Demikianlah "murah"nya dan rendahnya tafsiran jihad oleh mamanda
perdana menteri, berlagak seperti nabi tetapi air liurnya penuh dengan
basi dan hipokrasi! Dalam Islam jihad itu terangkai dalam 3 tangga kehidupan.
Ada banyak ulamak yang mengupas 3 konsep elemen ini iaitu:
Beriman, berhijrah dan berjihad.
"The man who has full faith in the Holy Quran is the one
attached to faith dan detached from everything else.
To save his own faith he migrates, and to save his society
he carries out Jihad" (Mutahari) "Orang yang mempunyai keimanan yang penuh kepada al Quran
adalah orang yang mengikat dirinya dengan keimanan dan
melepaskan dirinya dari SEGALA YANG LAIN. Untuk menyelamatkan
imannya dia berhijrah, dan untuk menyelamatkan MASYARAKATnya,
dia berjihad." Bukalah al Quran, dan tengok susunan tiga elemen ini, yang mana dahulu
dan yang mana kemudian. Nanti anda akan tahu siapa yang berjihad
dan siapa pula yang cakap sahaja berjihad.
Orang yang tidak beriman tidak boleh berjihad. Orang yang tidak
berhijrah juga tidak akan dapat jihad. Jihad bukan sembarangan
perkataan murah-murahan. Ia bukan satu permainan ala video game
untuk mendapat kepuasan dan keuntungan diri sendiri. Sebaliknya ia
adalah pengorbanan diri untuk ugama yang dikasihi sebagai lambang
cinta sejati seorang mahluk kepada tuhan yang mencipta dirinya.
Jihad itulah satu kemuncak keyakinan seseorang kepada Tuhan.
Dia mengorbankan segala-galanya untuk memastikan islam tidak dihina,
kekufuran berleluasa, dan fitnah berpanjangan. Dia berhijrah
meninggalkan semua tipu daya dunia untuk berbakti kepada ugama
tanpa memikirkan harga ataupun sayangnya nyawa. Saya sengaja gunakan
perkataan hijrah kerana ia simbolik. Orang sekarang memanggilnya
dengan perkatan "reformasi". Tetapi hijrah itu lebih bermakna dari
reformasi itu sendiri. Kita juga perlu bertanya kenapa tidak
digunakan perkataan "islah" selepas beriman. Jawapannya akan
menyusul nanti. Dari segi konsepnya, jihad itu adalah attachment(lekat) dan
detachment(putus). Sesuatu perlu diputuskan untuk melekat
kepada yang sewajarnya. Walaupun anda memang terasa sayang kepada
semua nya tetapi anda perlu berpisah untuk "melekat" kepada
si Dia. Dalam kata lain - jihad adalah pengorbanan seseorang sebagai
tanda kasih dan sayang beliau kepada ugama, yakni Islam.
Tidak dinamakan jihad kalau anaknya yang membolot kontrek
perhiasan menara tertinggi dunia. Sebaliknya jika mereka menderma
wang sendiri lantaran ikhlasnya mereka barulah boleh disebut berjihad.
Lihatlah Osama Bin Laden - itulah contoh orang kaya yang berjihad,
bukannya diktator tua yang sanggup membina mahligai yang bergaya
di saat negara melarat.
"He has nothing for himself. Everything is for Islam, including
himself" "Orang yang berjihad ialah orang tidak mempunyai apa-apa untuk
dirinya atau suku sakatnya, semuanya diserahkan untuk kepentingan
Islam, termasuk harta dan nyawa nya sendiri."
Sewajarnya Mahathir cermin diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan
kebanyakkan harta negara hari ini dibalun dengan rakusnya oleh beliau
dan suku sakat beliau, tetapi masih tidak malu-malu hendak bercakap
kami berjihad! Orang yang berjihad ialah orang yang tidak ada apa-apa untuk
dibanggakan, tetapi Mahathir segala-galanya ada dalam gengamannya
dia dan simanjanya, baik kapal terbang, mahligai, hotel, IT, bot,
iklan, bank, tanah, ladang, malah pulau pun ada. Namun itupun masih
belum cukup, dia mengambil royalti dari rakyat Terengganu dan
menafikan wang untuk bekalan air untuk negeri Kelantan sekian lama
sehingga rakyatnya dilanda wabak taun jadinya.
Lihatlah berapa banyak syarikat yang diterajui oleh anak beliau, baru
anda tahu dia mempunyai segalanya dalam perjuangannya tetapi itupun
masih dirasakan "belum selesai" lagi. Agaknya bila semua wang negara
kering kontang dan rakyat sudah murtad baru selesai ke?
Jihad mazhab manakah yang membenarkan menghina dan mengaibkan sesama
manusia, malah menghukum pula orang lain meliwat tanpa bukti yang sah
di sisi ugama? Jihad apakah itu jika menangkap orang yang meminum arak
pun boleh dimarahinya pula. Atau membuang mufti kerana seronok menjamu
mata dengan ratu cantik yang mengoda. Hebat sungguh diktator tua
berjihad sehingga masjid kini sudah tidak bernyawa tetapi murtad pula
berleluasa. Mahkamah syariah tak payah cerita, kalau Mahathir betul-betul
berjihad, sudah lama Anwar di adili di sana.
Mungkin kita perlu melihat Dokumentari video di bawah untuk
melihat siapakah yang berjihad memuliakan ugama
dan siapa pula yang berjahat menghina ugama.
Wartawan ABC Evan Williams dan produser Virginia Moncrieff yang
berada di Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya menghasilkan
satu dokumentari video yang akan membongkar bahawa perbicaraan
mahkamah dengan segala tuduhan palsu itu adalah satu
konspirasi tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.
FAC (Free Anwar Campaign) diberi izin untuk menyebarkannya.
Terdapat keterangan Raja Komando dan Sukma di dalam video
tersebut. Ia disiar ke benua Australia (Hmmm... banyak
wartawan dan atlit telah dan akan melihatnya)
jam 9.30 semalam, dan akan diulang pada Jumaat ini, jam 1 ptg.
Dr Munawar Anees turut muncul dalam siaran itu.
Bayangkan bagaimana reaksi wartawan dunia (yang masih belum balik
rumah lagi kerana tiket dah habis atau sedang ambil peluang
bersantai di pantai dan bercuti) menonton kenyataan2:
Raja Kamarudin:
"Tugas saya ialah untuk membuat propaganda, menyatakan Anwar tidak layak
menjadi PM."
"Mereka mahu menumbuk saya, mereka mahu menampar saya dan mereka sangat marah
sewaktu saya terpaku dan tidak dapat mengucap walau serangkap kata
"apa yang anda mahu dari saya". Saya hanya merasa sejuk. Saya merasa malu
kerana saya ditelanjangkan. Saya kemudian menangis dan hanya
dapat berdiri sebegitu. LESEN VIDEO GAME: Malas nak komen. Sudah Terhantuk baru terngadah. Itupun masih memberi
peluang 2 bulan - supaya dalangnya boleh menghilang! Sepatutnya kerajaan
batalkan terus tanpa ehsan 2 bulan. Jenayah seperti ini sudah tidak
boleh di bagi 'can' lagi melainkan ada udang yang hendak di makan
oleh pak menteri. Seperti biasa MASTER MIND nya bebas... tak ada orang yang ditangkap.
baik yang ada lesen ke mahupun yang tak ade lesen. Inilah kepandaian
kerajaan dan BPR "berjihad". Alangkah peliknya, yang dapat ditangkap cuma "statement"
(kenyataan) atau kertasnya sahaja.... .
Between January and last month, more than 17,000 gambling machines, worth
more than RM50 million (S$22 million), were seized throughout the country.
ACA officers have recently made high-profile seizures of documents from
various local authorities but so far no arrests have been made
Pegawai BPR baru-baru ini melakukan pelbagai rampasan dokumen dari pihak
berkuasa tetapi tiada tangkapan dibuat.
|