Laman Webantu KM2A1: 2952 File Size: 11.7 Kb * |
30 Laman Web Umno - P/Umno Kecewa Dengan Sambutan..!! By Amin Sapiro 6/10/2000 12:23 am Fri |
Amin Sapiro (melayar sambil memantau)
30 LAMANWEB UMNO - PEMIMPIN UMNO KECEWA DENGAN SAMBUTAN..!!
Penulis Reformasi Makin Diyakini
Saya tidak tahu dan saya tidak arif untuk menduga.
Pertamanya, saya adalah BEKAS ahli UMNO. Saya tidak cenderung langsung
untuk menulis di sebaran UMNO atau di Lamanweb UMNO.
Kedua, itu bukan rumusan saya dengan tujuan memfitnah. Ia adalah hasil
kupas-telanjang dan cincang-lumat pandangan pemimpin UMNO sendiri. Saya
bertemu mereka cuma sebagai teman-teman lama sebangsa dan seagama
(bukan seperti Islam anjuran Astora Jabat, Kassim Ahmad, SIS, Mid Man atau
Mahathir Mohamad Al-Haj). Masakan sebab UMNO yang dah lingkop saya akan memutuskan silaturrahim
dengan mereka - kawan-kawan lamo yang hampir terjun lombong, bukan?
Malah saya wajar mengasihani mereka kerana tersalah masuk ?simpang?,
akhirnya Mahathir membawa mereka ?terjun gaung? - menjunam
lingkang-pukang!! Hahahha?.!!(memang pedas masak asam orang Johor nih).
Juga, sejak saya menulis di Lamanweb pro-Reformasi, tidak pernah terlintas di
hati saya bertujuan mempengaruhi pandangan puak UMNO. Bagi saya, jika
mereka benar-benar penyokong UMNO tulin-totok; hanya Allah swt dan
keinsafan dari lubuk hati dan sanubari mereka sahaja yang boleh merubah
pendirian mereka. (kununnya hidup mati mereka kerana UMNO?
Nauzubillahhhh?!!) Pada hematnya, mengalih pandangan mereka bukan kerja saya. Banyak lain
urusan afdhal yang wajib saya lakukan. TETAPI kini mereka telah membuat
kesimpulan membenci dan menyisihkan UMNO/BN!! Saya nak kata apa?
Bagi mereka, tulisan pro-reformasi di lamanweb memang berkesan - keyakinan
rakyat terhadap tulisan pro-Reformasi melebihi Mahathir sendiri bercakap di
TV..!! Hahaha?.(amacam tuh?) Pemimpin UMNO Terlalu Banyak SANDIWARA..!
Hujah pemimpin UMNO itu tidak juga diperolehi dengan mudah. Mereka
mengakui bahawa setiap fakta-fakta mengenai RASUAH, PEMBOHONGAN dan
SANDIWARA Mahathir dan UMNO yang ditulis dan dianalisis oleh penulis
reformasi dan didedahkan oleh Pembangkang di lamanweb dan di setiap
ceramah mereka, perdebatan di Dewan Negeri dan Parlimen; adalah benar dan
diyakini rakyat massa. Memang wajar - Perkembangan seumpama ini sangat menggerunkan pemimpin
UMNO, khusunya Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Presiden yang menang tanpa
dibenarkan ditandingi (ekekek). Abdullah Bedawi, Daim Zainuddin dan beberapa
pemimpin komponen BN sudah nampak apa nasib yang akan menimpa mereka
dan parti (alahiiii?.yok). Mereka juga sudah mulai nampak Kroni-kroni yang selama ini akur dan tunduk
mengikut titah perentah sudah mulai menjauhkan diri. Ini disebabkan pendedahan
dan analisis penulis internet yang peka menyebarkan fakta-fakta benar melalui
lamanweb yang sudah mengambilalih akhbar-akhbar dan media letronik tajaan
UMNO/BN. FGR Sarat Dengan Netters Anak Gampang UMNO
Dalam lamanweb NewsKINI,
seseorang pelayar internet akan dapat membaca 12 url yang mededahkan
kepincangan pentadbiran regim Mahathir yang memperkudakan UMNO/BN.
Laman-laman ini dikemaskini setiap hari. Berapa ratus ribu membacanya.
Mungkin berjuta peminatnya. Kan susah UMNO nak lawan?
Itupun belum termasuk laman Forum Gerak Reformasi (FGR) begitu popular
dikalangan pelayar Reformasi. Puluhan Forum perbincangan lain yang digemari
ramai makin bertambah!! Perkembangan terkini menunjukkan lebih ramai puak UMNO yang sama-sama
berforum di laman pro-Reformasi. Tanda posting meraka ialah: mana-mana
tulisan dan rangkap ayat yang berbahasa kotor di Laman FGR itu; dipenuhi
dengan pelbagai cerita dan gambar lucah, kata-kata mencarut, tulisan dan
ungkapan-ungkapan yang tidak bermaruah, tidak sopan, fitnah dan adu-domba
dari ?pelayar malam? - sesungguhnya mereka ada lahir dari dikalangan netters
puak UMNO. Tak cukup dengan itu, nama-nama penulis penyokong Reformasi
sewenang-wenangnya diCIPLAK demikian mudah. Guna (kununnya) untuk
menjejaskan nama baik mereka sebagai penulis reformasi yang diminati. Inilah
sebahagian agenda kerja kotor UMNO yang merancang untuk menjejaskan
kewibawaan lamanweb pro-reformasi dan penulis mereka. Memang jembalang
tak bertuan!! Malangnya, pelayar internet sudah siang-siang kenal bahawa segala tulisan
dan perbuatan biadab, kurang sopan dan kurang ajar itu adalah dilahirkan oleh
kelompok pelayar pro-UMNO. Itulah antara wadah perjuangan UMNO dan seruan Dr. Mahathir Mohamad yang
berusaha bermati-matian untuk menerapkan budaya ?MELAYU BARU? dan
?MALAYSIA BOLEH? ke dalam institiusi budaya yang mencorak identiti
akhbar-akhbar penyokong UMNO. Kini makin nampak budaya itu telah meresap ke dalam lubuk hati penulis-penulis
upahan UMNO! Kesimpulannya, rata-rata rakyat sudah tidak lagi mempercayai
akhbar arus perdana. Kadir Jasin Jadi ?Bapak Ayam? Sehubungan itu, diberitakan pula Kadir Jasin yang pernah diterajang keluar oleh
komplot Mahathir beberapa bulan dulu, telah diberi mandat membeli BERNAMA,
TV2, 6 stesen Radio. Berita dari akhbar Australia mendedahkan bahawa
rundingan dan ?kelulusan dalam senyap? (tacit approval) telah dibuat supaya
Kadir memonopoli saluran informasi terbabit.
Pembelian itu saling tak tumpah macam ?Pelacur berusan di lorong gelap
berniaga Seks dengan pemburu dahagakan khidmat penjual daging mentah?.
Aduh.. Malunya! Ini adalah pertanda besar bahawa pengaruh UMNO/BN telah sampai ketahap
yang sangat-sangat membimbangkan kepimpinannya hingga mereka memilih
seorang seperti Kadir Jasin dijilat semula setelah diludahkan!
Mereka berharap pengalaman Kadir (yang tahu selok belok penyebaran
maklumat) akan dapat membaikpulih keyakinan rakyat terhadap saluran informasi
regim ini yang sudah merudum. Yang jelas, Kadir adalah sedang dijadi seorang
?Bapak Ayam Laga? yang bertaji palsu saja.
Apakah Kata Cendekiawan Rakyat?
Dr. Mahathir Terlampau kuat 'AUTA'
Berkata seorang jurnalis kanan yang telah bersara,
"Rakyat yang berpendidikan sederhana akan terus memantau kepincangan regim
Mahathir, penganiayaan dan rasuah kelompoknya yang berkonspirasi. Setiap
hari, melalui rencana dan berita online yang dipaparkan di AWSJ, TIME,
AFP, Reuters, CNN, Wasington Post, BBC online, dll. sedang mengasah otak
rakyat untuk membuat keputsan mutamad. MUSTAHIL 30 lamanweb tajaan UMNO
dan kepakaran Kadir Jasin akan dapat mengalih pandangan mereka. Dalam
minda manusia yang rasional, Fakta adalah Fakta - UMNO dan Mahathir
terlampau banyak sangat ?main AUTA?".!! (Kami ketawa lagi).
Mahathir Tersikap Besar NAH! Makin nampak sekarang, gagasan REFORMASI bukan semata-mata
dipopularkan oleh Reformis sahaja. Jika diteliti, Dr. Mahathir dan pemimpin
UMNO/BN sendiri memberi sumbangan terbanyak membantu meningkatkan
pemahaman rakyat dan negara-negara dunia bertamadun untuk membenci dan
tidak mempercayai UMNO/BN dan pemimpin mereka secara TOTAL..!!
Mampukah Mustapa Muhamad mengembalikkan semula maruah UMNO/BN
melalui 30 lamanweb. Mampukah Kadir Jasin memberi informasi yang diyakini
dengan memberi Bernama, TV2 dan 6 stesen Radio Malaysia?
Jangan salahkan akhbar HARAKAH, ROKET, KeADILan, DETIK, Eklusif,
Wasilah, Laman FKM2 WenAntu, MindaRakyat, FeU, Detik Daily, Mahazalimtwo,
MahaFiraun 2000 dan Tranung Kite. Jangan juga salah Laman berbahasa Inggeris antarabangsa seperti FreeAnwar,
Free Malaysia, YahooFC, Daily YahooFC.
Waktu itu, Pelayan Coffee House datang dan bertanya,
"Mau tambah kopi lagi, Encik?" Saya geleng kepala. Saya perlu menyalin 2 pita rakaman yang saya
bawa bersama!! Kepala saya sudah sarat dengan fakta-fakta - bukan 'auta'
macam Mahathir?..HAHAHAHA?!! Amin Sapiro |