Laman Webantu KM2A1: 2951 File Size: 6.7 Kb * |
Pintu diMangga Tngkap Luas Terbuka By Tok Misai 5/10/2000 8:47 pm Thu |
JAUH YANG SEMAKIN DEKAT Sedang kita semua sibuk tak habis bertekak sesama
sendiri tentang hal2 remeh dan titik bengik, Islam
sedang dihina di merata-rata tempat. Umat Islam sedang
ditembak, disembelih, dirogol dan dizalimi
sepuas-puasnya oleh musuh2 Islam, tapi kita langsung
tak mahu ambil sedikit iktibar pun dari kejadian2 ini.
Pergi ke website ini. Baca lapurannya dan tatapilah
gambar2nya : 1) Boy becomes Palestinian martyr
2) Images that shook the world
Saya dah kata berkali-kali yang M'sia tidak jauh lagi
dari malapetaka ini semua. Terbaru sekali ialah
peristiwa2 yang sedang berlaku di Ambon, Maluku,
Halmahera, Galela, Tobelo, Sulawesi, dan Mindanao.
MUSIBAH YANG KIAN MENGHAMPIR Kawasan2 ini semua berada disekeliling kita saja dan
tidak jauh dari di mana kita berada. Jangan ingat
Malaysia ini kebal. Jangan guna logik akal untuk
fikirkan benda2 ini. Jangan ingat sistem pertahanan
kita hebat dan boleh melindungi kita sampai kiamat.
Jangan lupa yang kalau Allah nak hantar bala kepada
kita, apa2 pun boleh terjadi dengan sekelip mata.
Dengan lain perkataan, jangan lupa kewujudan Allah,
kuasa dan kehendakNya. Jangan lupa yang Allah boleh
buat apa yang Dia mahu. Kalau kita tak persiapkan diri kita dengan aqidah yang
mantap dan kukuh, jangan harap kita akan mampu
mempertahankan diri kita bila Allah kirim musibah2 ini
kepada kita. Bagaimana nak lawan syaitan2 ini semua
jika sebahagian besar dari kita sendiri sudah pun jadi
munafiq dan kafir dalam keadaan kita tidak sedar
tentang ini semua? KEMBALI KEPADA SIAPA Saya dah seru berkali-kali mengajak saudara2 semua
supaya kembali kepada Islam yang sebenar mengikut cara
kaum salaf. Percayalah bahawa masalah Mahathir dan
Umno akan terselesai dengan sendiri jika kita semua
faham apa itu Islam dan apa tuntutan2nya yang sebenar.
Kita harus faham bahawa Mahathir dan Umno adalah ujian
dari Allah bagi kita semua. Mereka ibarat jelmaan satu
tipu daya syaitan yang mahu mengalihkan fokus kita
dari memahami tuntutan Islam yang sebenar. Disebabkan
mereka, maka kita pun gaduh dan bertekak tak tentu
pasal. Padahal jika kita masing2 mahu kembali dan
hayati Islam dengan betul, kezaliman akan tumbang
dengan tersendirinya. Ingatlah bahawa Mahathir dan
Umno tidak boleh menyelamatkan kita dan keluarga kita
di dunia dan di akhirat. Yang boleh menyelematkan kita
adalah aqidah kita sendiri. PINTU DIMANGGA TAPI TINGKAP LUAS TERBUKA
Apa guna sibuk2 nak buat undang2 draf menghalang
murtad kalau dasar perlembagaan itu sendiri mendokong
Taghut secara maksima? Logikkah kalau difikirkan
bahawa pada ketika umat Islam kononnya mahu dihalang
dari murtad, pada masa yang sama keadaan persekitaran
kita pula menyediakan segala bentuk galakan untuk
memurtadkan orang Melayu? Cuba fikir : Logikkah kalau
kita kunci mangga tingkap rumah kita dengan mangga
yang paling canggih sekali dalam dunia ini kerana tak
nak bagi anak kita keluar dari rumah bercampur dengan
orang tak senonoh tapi pada masa yang sama kita buka
pintu rumah kita luas2 dan kita juga simpan arak dan
video lucah dalam rumah sendiri? Bolehkan anak2 kita
jadi manusia baik dalam keadaan yang sebegini rupa?
Islam itu adalah aqidah dan perlaksanaan. Bukan
setakat bercakap tentang teori saja yang kita ingat
kononnya kita dah pandai mengenainya.
WAHAI SI CELAKA YANG LALAI Bayangkan sahajalah yang berikut : Jika orang yang
mengerjakan solat tetapi lalai dalam ibadat solat ini
pun Allah dah panggil dia CELAKA [Al-Maa'un (107) :
4-5], apatah lagi dengan mereka yang langsung tak
solat atau tak mahu mengamalkan Islam sepenuhnya?
Islam itu mudah, tapi kita sendiri yang
menyusahkannya. Ia penyelamat bagi diri kita, tapi
kita sendiri yang mahu memusnahkannya. Ia adalah
senjata yang paling ampuh dan berkesan untuk
melindungi diri kita, tetapi kita pula sengaja tak
mahu gunakannya. Mungkin bila satu hari bila anak2 atau adik2 kita
murtad atau disembelih oleh puak kuffar di hadapan
mata kita sendiri, baru kita akan sedar ketika itu
tentang betapa tingginya nilai aqidah. Pada ketika
itu, kemajuan dan kemewahan ekonomi yang kita sibuk
sekali menyanjung sebagai agama baru bagi kita hari
ini tidak akan mempunyai apa2 nilai. Pada ketika
itulah kita akan menyesal dan meratap hiba. Tapi
apakan daya... nasi sudah jadi bubur.
ILMU SEBAGAI PERAWAT Saya syorkan langkah pertama bagi beginners yang
berminat untuk memperkemaskan kembali aqidah mereka,
hadirlah ke Kedutaan Arab Saudi di Jalan U-Thant
setiap hari Jumaat (malam Sabtu) untuk mengikuti kelas
tafsir Quran. Isya' di sana dan seterusnya ikuti
majlis ilmu sebaik saja lepas Isya' hingga pukul 10:30
mlm. Saya tak mahu cerita tentang benda2 lain lagi
pada ketika ini. Memadai sahajalah kita semua belajar
asas bagi Islam dulu dan memperkemaskan pemahaman
Tauhid terlebih dulu sebelum kita cakap tentang Islam
dari aspek2 yang lain. Insya-Allah bila asas ini sudah
kemas, yang lain2nya akan jadi otomatik untuk difahami
dan dilaksanakan. Bukankah ini kaedah yang digunakan oleh baginda Nabi
SAW dulu? 13 tahun baginda mendidik aqidah para
sahabatnya dengan baik. Bila ini sudah betul,
kewajipan yang lain2nya jadi mudah bagi mereka. Tapi
malangnya kita pulak buat fesyen lain. Kita ingat bila
mak bapak kita dah Islam, maka otomatiknya kita pun
Islamlah. Dengan ilmu agama sekelumit
yang kita belajar masa di sekolah dulu, kita pun ingat
kita dah faham Islam dengan betul dan mulalah kita
bercakap tentang Islam macam kita pandai sangat.
Jangan jadi jahil sampai mati. Bila tak tahu, belajar.
Jangan tunjuk pandai dan menyesatkan diri sendiri
serta orang lain. Mari kita cari hidayah itu. Mari kita berlumba-lumba
jadi hamba2 Allah yang mengejar rahmat Nya. Mari kita
usaha untuk menjadi hamba2 Allah yang akan diberi
kemenangan di dunia dan di akhirat. Hidup hanya sekali
dan mati pun hanya sekali. Oleh itu, janganlah sia2kan
peluang untuk memperolehi kejayaan yang hakiki.
Wassalam. |