Laman Webantu KM2A1: 2943 File Size: 6.8 Kb * |
Mesti Baca - Bahaya Islam Modernis By Kapal Berita 4/10/2000 12:12 pm Wed |
Pembaca yang budiman, Sudah lama saya mahu menulis perkara ini. Ia adalah
analisa saya setelah membuat kajian tentang satu
gerakan yang dijalankan oleh segolongan manusia yang
mengaku Islam. Perkara ini telah lama berlaku yang
mana ada penulis-penulis yang menulis buku untuk
mempertikai ..
Jika anda membaca buku karangan Fazlul Rahman, tentu
anda dapat bayangkan apa maksud saya. Fazlul Rahman
adalah seorang pensyarah di salah sebuah universiti di
Amerika Syarikat. Dia juga diberi penghormatan menulis
tentang Islam dalam ensaiklopedia Microsoft Encarta.
Oleh kerana dia diupah oleh Barat menulis tentang
Islam, dia berani mempertikaikan kepercayaan tradisional
umat Islam orthodoks tentang kejadian Isra' dan
Mi'raj. Katanya bahawa kejadian Mi'raj yang mana Nabi
Muhammad naik ke langit adalah satu khurafat.
Biasanya mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai
Islam modernis. Mereka menolak beberapa kepercayaan
tradisi. Bagi mereka untuk menjadi ugama Islam supaya
mudah diterima oleh Barat, maka umat Islam harus
buangkan kepercayaan karut seperti terjadinya
peristiwa Mi'raj. Kerana dongeng inilah, Islam menjadi
ugama khurafat. Termasuk dalam hal ini juga,hukum
Hudud adalah amalan umat Islam zaman dahulu. Pada
zaman modern ini, hukum Hudud tidak sesuai lagi. Kata
mereka, ugama Islam adalah fleksibel, syariatnya boleh
diubah mengikut peredaran zaman.
Negara Islam yang mahu mengikut peraturan Hudud adalah
umat yang zumud dan ketinggalan zaman.
Termasuk dalam gerakan mereka ini juga, ialah
mentafsirkan semula Al-Qur'an. Ini kerana kata mereka
ulama silam telah membuat kesilapan dan menjadikan
Al-Qur'an diselewengkan maknanya.
Maka mereka menyalahkan alim-ulama dahulu yang
menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan menjadi
banyak mazhab. Antara pentafsiran baru mereka ialah
selain mentafsirkan semula hukum Hudud, mereka mahu
hukum wanita menutup aurat dilonggarkan. Ini kerana
kata mereka ulama dahulu telah silap faham bahawa
kepala dan rambut wanita adalah aurat. Ada pula yang
berani mengatakan bahawa hukum berpoligami tidak ada
dalam Islam. Golongan mereka ini sedang giat menyebarkan fahaman
mereka melalui internet. Mereka akan memasukki
forum-forum perbincangan untuk menyerang orang-orang
Sunni dan Fundamentalist. Mereka akan menyerang
gerakan-gerakan Islam dan mencaci ulama-ulama silam
yang menulis kitab-kitab tafsir, fekah dan tasauf.
Setakat ini, mereka telah berjaya bertapak di Mesir,
Turki dan Algeria. Sehingga ketua pentadbir Universiti
Al-Azhar sendiri yang bernama Syeikh Muhammad Tantawi
mempertikaikan hukum Hudud. Saya pernah bertemu melalui internet orang yang
mengaku Islam tetapi menolak Hudud. Ada juga orang
arab yang menolak hadith-hadith Bukhari dan Muslim.
Kata mereka hadith-hadith adalah alat Iblis untuk
menghancurkan ugama Islam. Di Malaysia, perkara ini sudahpun bertapak. Kita dapat
membaca penulisan Astora Jabat yang pro kaum modernis.
Dia menjadi jurucakap untuk menghentam ulama dan
memberi sokongan kepada fahaman sekular di negara ini.
Akhir-akhir ini,terdapat dalam dalam suratkhabar
tempatan satu suara yang lantang menentang hukum
Hudud. Pada tarikh 1 Oktober 2000, di mukasurat 15,
Syed Akbar Ali menulis satu rencana yang bertajuk "
Menanangi Kemelut Isu Murtad ", dalam komentar Hujung
Minggu, antara yang dia menulis, "..Malang sekali ramai ulama tempatan tidak mahu
setuju dengan pendapat Syeikhul Azhar (itu Muhammad
Tantawi)...Dalam Al-Qur'an tidak ada sebarang
hukuman..(bunuh orang murtad).." Kalau diteliti baik-baik, Syed Akbar Ali adalah suara
yang berani menuntut supaya syariat Islam yang telah
diwarisi turun temurun DIUBAHSUAI. Sekarang ini, dia
mewakili pihak akhbar dan dia menggunakan suratkhabar
secara terang-terang menentang fahaman tradisional
Islam. Saya agak golongan orang macam Syed Akbar Ali
memang ramai. Pasukan-pasukan Utusan Malayu dan Berita
Harian adalah golongan Melayu modernis. Mereka
menggunakan akhbar untuk meracuni pemikiran umat Islam
Malaysia. Mereka menolak hadith. Perancangan mereka sangat halus
dan sedikit demi sedikit mereka mahu meluaskan
pengaruh. Saya pernah mendengar idea Dr Mahathir sama dengan
fahaman modernis. Sebab itulah dia tidak menyuruh
isterinya Datin Siti Hasmah pakai tudung kepala. Sebab
itu juga dia pernah berkata Nabi Muhammad simpan
janggut kerana pada zaman itu tidak ada pisau
Gillette. Sebab itu juga dia tidak gemarkan hukum Hudud. Sebab
itu juga dia pernah berkata ramai orang Islam percaya
kepada khurafat yang diajarkan oleh ulama silam. Dr
Mahathir berselindung dibelakang ulama UMNO seperti
Hamid Othman dan Ismail Ibrahim. Antara tanda yang
paling jelas dia berfahaman modernis ialah dia amat
benci kepada ulama berfahaman orthodoks seperti Hadi
Awang dan Nik Aziz. Inilah bahaya yang sedang melanda kita. Parti Melayu
UMNOlah yang menjadi " a good breeding ground " untuk
golongan mereka membiak.Saya juga perhatikan juga
orang macam TPM, iaitu Abdullah Badawi adalah orang
kuat menentang Islam. Saya masih lagi ingat semasa
dia menjadi Menteri Pendidikan dahulu, dia pernah
menghina wanita Islam yang pakai purdah. Dia
mengharamkan purdah dipakai di sekolah dan universiti.
Jelaslah...Abdullah Badawi adalah anti fahaman
tradisional. Otak dia sama dengan otak Dr Mahathir.
Sebelum Anwar Ibrahim masuk UMNO, dia adalah orang
ABIM. Setahu saya ABIM adalah gerakan Islam yang
berfahaman Sunni/Orthodoks/Fundamentalist. Semasa
Anwar Ibrahim berada dalam UMNO, memang jiwanya kuat
berpegang kepada fahaman Orthodoks. Oleh sebab itu, Dr
Mahathir cukup bimbang terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin
itulah salah satu sebab kenapa Anwar Ibrahim mahu
disingkirkan. Bukan Dr Mahathir sahaja yang amat
bencikan Anwar, bahkan Abdullah Badawi lebih benci
lagi kepada Anwar. Saya agak begitu kerana Anwar
sering merujuk kepada ulama Fundamentalist yang
terkenal yang bernama Dr Yusuf Qardhawi.
Nasihat saya...hancurkan UMNO sebelum mereka hancurkan
Islam. Ikhlas, Pengirim: Tiger |