Laman Webantu KM2A1: 2937 File Size: 6.6 Kb * |
Apa Kata 'Ayam Pencen Umno' pulak..? Hihihihh? By Amin Sapiro 3/10/2000 9:58 pm Tue |
Amin Sapiro (sembang dengan pesara kakitangan awam)
APA KATA "AYAM PENCEN UMNO" PULAK..? Hihihihh?.
BARU-BARU ini secara tidak sengaja saya bertemu dengan bekas
?boss? saya. Sejak puluhan tahun saya meninggalkan perkhidmatan
awam, baru hari saya bertemui beliau. Rupanya dia sudah bersara sekian
lama. Memang patut juga. Kesempatan itu kami gunakan sepenuhnya. Kami terus ke sebuah hotel
terkemuka dan makan malam bersama-sama. Kami memang sudah lama
tidak berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Maklumlah kami jauh terpisah.
Seorang di Selatan dan seorang lagi di Utara.
Saya (dan teman saya yang ikut bersama) kenali beliau sebagai seorang
yang jujur, tegas dan tidak pernah ?buang-buang? cakap. Perawakannya
mantap dan keputusannya tepat. Kalau bercakap sukar dibantah kerana
hujah beliau seringkali berasaskan fakta, rasional dan jelas.
Kami sekawan pegawai dibawah pengawasan beliau selalu mendapat
bimbingan. Kadangkala kami sengaja datang ke rumah beliau dan meminta
nasihat mengenai sesuatu kesulitan. Beliau mendengar dengan penuh
teliti dan prihatin. Masalah yang lazim kami hadapi waktu itu ialah ?tekanan? orang-orang
politik yang menyebabkan keputusan ?departmental? yang memihak
kepada kepentingan rakyat. Tetapi, akhirnya keputusan memihak kepada
rakyat akan berubah memihak kepada kepentingan peribadi orang politik;
atau kumpulan mereka yang berkepentingan.
Kerana Kertas Kerja saya membantah cadangan serakah seorang ?orang
politik?, nyaris saya diambil tindakan tatatertib. Dan ?boss? saya inilah
yang berdebat mempertahankan kebenaran dan hujah saya. Akhirnya
cadangan kami dipersetujui oleh pihak berwajib. Kami selamat dan rakyat
mendapat manfaat. Begitulah imbasan kekuatan kakitangan awam
memperjuangkan hak-hak rakyat!!
Beliau pernah berkata, "Memang jadi kakitangan awam satu urusan yang kerapkali mengecewakan
hati. Kita adalah kelompok perantaraan diantara orang politik dengan
rakyat. Tetapi kita harus faham, gaji bulanan kita siapa yang bayar?
Kalau rakyat yang bayar, kepada rakyatlah kita berkhidmat", katanya.
Kami pegang cakap beliau itu sungguh-sungguh. Tambahnya,
"Jika kalian bertugas dengan swasta, kena tumpukan kepada syarikat/koprat
yang membayar gaji anda. Fikirkanlah, jika syarikat rugi, kalian tak dapat
gaji". "Jika kalian berusaha sendiri pula, tak tanam padi lalang yang tumbuh.."
katanya mengingatkan kami. "jadi kena berusaha bersungguh-sungguh",
katanya mengakhiri nasihatnya. Memang beliau punya sejarah perjawatan paling lama. Termasuk
Mahathir, empat orang Perdana Menteri beliau berkhidmat. Dalam
pertemuan tidak disangka itu, saya dengan seorang teman (pun pernah
dibawah penyeliaan beliau dulu) bercerita lagi.
Kata beliau, "Pebedaan diantara perkhidmatan awam hari ini dengan dulu
macam langit dengan bumi. Dulu kakitangan berkhidmat dengan penuh
dedikasi, rasa bangga dan puas. Gaji tak besar tapi kepuasan berkhidmat
itu tinggi. Sesama pegawai akan berbincang mengenai keperluan rakyat.
Akan terguballah sesuatu Dasar dari bawah untuk dipersetujui oleh pihak
atas. 'Bottom up?'! Keputusan dibuat setelah kajian dibuat dengan
menimbang pro-contra nya. Dalam kepala ingatkan rakyat saja.." katanya.
Kata beliau, "Diperingkat perlaksanaan pula, pengawasan dan pemantauan dilaksanakan
dengan berhati-hati dan teliti. Penjimatan perbelanjaan dibuat disetiap
peringkat. Terutama sekali, jangan ada unsur rasuah, penyelewengan berlaku".
"Tetapi yang penting sekali," katanya, "tidak ada sebarang
penyelewengan dan rasuah diperingkat orang-orang politik. Berbeda
sekarang - itulah yang paling banyak terjadi", kata beliau dengan muka
merah. "Malangnya, ini dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
dan kuncu-kuncu politiknya" kata beliau dengan muka geram. "Tengok
saja PERWAJA, Indah Water, Proton Saga, KLCC, Formula One, Stadium
Bkt. Jalil, Bail-out nilai berbilion, salahguna Danamodal dan Danaharta?.
Bla..bla?.!!" beliau geram sungguh. Beliau memperincikan satu demi satu.
"Berapa orang dapat kemewahan?" beliau bertanya sambil memandang
kepada kami. Kami mengangguk. "Inikah contoh satu team peneraju politik negara yang berhemah? Amanah?",
tanya beliau kepada kami. "Mengapa bila 'lesen terbang' bising satu alam, tapi sebut rasuah orang
politik berjawatan kerajaan - BPR diam membungkam?" soal beliau lagi.
"Puncanya, kakitangan awam hari ini cuma diarah membuat justifikasi
arahan Perdana Menteri saja. Direktif yang bukan-bukan dan salah dan
tidak memihak kepada rakyat disuruh kakitangan awam justify jadi
manasabah. Akhirnya, peluru habis Palembang tak alah. Yang jahanam
duit rakyat. Yang kempunan papa kedana pun rakyat juga", kata beliau.
"Itu sebab rakyat Kelantan minum air tawar macam 'kopi pekat'.
Semata-mata kerana kerajaan pimpinan Dr. Mahathir adalah pengkhianat
rakyat. Mengapa Royalti minyak jadi Ihsan? Sebab dalam perut Mahathir
isinya penuh syaitan!! Berdendam", beliau sudah semacam menyinga.
Sambung beliau "Contohnya, dalam zaman Tun Razak dulu, beliau
menubuhkan FELDA dan FELCRA. Semua rakyat dari semua negeri diberi
peluang menyertai skim Rancangan. Dasar beliau bukan kenegerian tetapi
demi membasmi ?kemiskinan?. Tetapi sekarang, Mahathir bikin apa?
Wang rakyat digunakan untuk mencari keuntungan puak-puaknya?.!!
Mereka kayaraya, rakyat miskin papa kedana. Masih salahkan rakyat
kalau menyebelahi Anwar?". Selepas makan, kami melencong ke coffee house. Kami bercerita panjang
lebih se jam. Baru kami tahu bahawa beliaulah salah sorang dari bekas
kakitangan awam yang telah bersara yang memboikot Majlis Makan
Malam Bekas Kakitangan Awam bagi meraikan Dr. Mahathir.
Khabarnya, Dr. Mahathir malu dan tidak datang. Kalau datang, ucapan
dan dialog yang akan didengar Mahathir menjadi si tua kutuk itu tak
senang tidur malam. Rasakanlah!! Orang pencen pun dah menyampah. Apa kata "ayam
pencen UMNO" pulak? hihihih?. Amin Sapiro |