Laman Webantu KM2A1: 2936 File Size: 5.1 Kb * |
SP1: Surat Pembaca Yg Mengalirkan Air Mata By Minda Pembaca 3/10/2000 9:36 pm Tue |
KOLEKSI SURAT-SURAT PEMBACA SUKARNYA MENGHAPUSKAN PENGARUH UMNO
From: Anak Bekas Ketua Bahagian Umno Assalamualaikum pak cik. Minta maaf jika e mail ini
akan mengganggu pak cik terutamanya tentang kesihatan
pak cik. Saya merupakan dari golongan 30an yang kurang
terdedah kepada sejarah politik Malaysia. Setelah
membaca artikel oleh pak cik hati saya menangis kerana
selama ini diri ini merasakan apa yang dilakukan oleh
kerajaan adalah betul. Saya dilahirkan dalam keluarga
umno, dimana bapa saya merupakan bekas ketua bahagian
penerangan didaerah di Johor. Yang membuat hati saya
ingin meminta bantuan dari Pak cik ialah bagaimana
harus saya menggerakkan hati orang tua saya supaya
meninggalkan umno. Orang tua saya kini berumur 78
tahun. Masih sihat dan aktif dalam Umno. Puas saya
berusaha dan sampai satu peringkat kedua orang tua
saya mengalirkan airmata lantaran melihat betapa saya
berusaha menghapuskan pengaruh umno dalam keluarga
saya. Adakalanya saya hampir putus asa, tetapi setiap
kali kekecewaan menghampiri, tulisan pak cik yang
menghidupkan perjuangan saya ini. Saya sungguh dan
sangat berharap pak cik memberikan cadangan supaya
saya berjaya melihat kedua orang tua saya meninggalkan
umno sebelum mereka atau saya menyambut panggilan maut.
JAWAPAN Saya cuba menjawab persoalan ini bagi pihak sdr -MT-.
Mungkin rakan-rakan lain dapat menolong menjawabnya.
Kebanyakkan manusia menilai sesuatu perjuangan itu
berdasarkan apa yang tampak. Mereka sanggup percaya
kepada seseorang individu jika ia dapat memberikan sesuatu.
Kadang2 dia sendiri samar apakah yang dirasakan sudah
atau bakal diberikan itu. Maka kata-kata manis bak
cogankata menjadi satu janji yang diikat setia.
Selagi masih berusia dia sanggup mempertahankan ikatan
itu walaupun ia bakal meragut nyawanya. Tragedi adun
batu talam itu menjadi satu cerita betapa orang
melayu mudah percaya bila satu idamannya menjelma.
Walaupun ia hanyalah satu bayangan kaca kepuraan semata.
Sejarah orang melayu yang mudah percaya kepada perkara2
yang bertentangan dengan ugamanya terserlah dalam banyak
kisah terkini dan dulu. Sebagai contohnya berbomoh. Mereka
sanggup mencari bomoh berbatu jauhnya untuk mendapatkan
sesuatu yang dicita - atau menyiksa mata demi sang puteri
yang cantik paras wajahnya. Mereka menulis pelbagai hikayat dongeng untuk mengagungkan
sianu bin si anu. Maka dikatakanlah si bomoh itu teramat
mujarab sentuhannya sehingga raja pun terpaksa mencemarkan
diri untuk mendekatinya. Bukankah sejarah melayu ada pelbagai
kisah Pawang yang sentiasa dirujuk raja melayu sebelum mengambil
keputusan? Ada satu siri KTLBELB yang menceritakan bagaimana
menteri ugama kesultanan melayu hanya menjadi perhiasan dan
tugu - sebaliknya pawang inilah yang sebenarnya menentukan
gerak geri si raja itu. Malah ia menjadi satu 'rukun' siap
dengan pantang dan larang yang diwarisi berzaman.
Untuk itu orang melayu, tidak kira siapa mereka, perlu
kembali kepangkal jalan yang sebenarnya. Dia harus meneliti
kenapakah bangsanya yang terbilang satu waktu dulu kecundang
angkara orang luar yang disangka "penyelamat" atau wira dunia
yang kononya amat ultra malay nya. Dia mesti bangun dari tidurnya
yang amat lena itu dengan membuka mindanya. Malangnya orang
melayu lebih suka hiburan yang tiada makna atau angka yang
berbaris yang ditonjolkan di depan mata. Akibatnya mereka
tertipu tanpa kesudahannya. Namun begitu - setiap tidur yang
lena itu ada ubat untuk membangunkannya. Maka menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk menyedarkan bangsa. Tidak kira
apa cara yang mulia, ia seharusnya bermula. Oleh itu saudara
perlu mengajaknya berbicara. Pasangkan kaset beberapa
ulamak terkemuka - sebagai contoh ceramah Ustaz Shamsuri boleh
didengarkan kepadanya. Ia berisi pelbagai sindiran tanpa
perlu membaca satu kalimah politik yang mungkin meresahi dirinya.
Selepas itu ceramah Hj Ismail Khamus dan Tuan Ibrahim mungkin berguna
untuk menyedarkannya. Pasangkan ia secara spontan di dalam kereta.
Itu adalah antara usaha kecil kita. Dengan secara perlahan,
ia mungkin dapat menyedarkan bapa sdr itu.
Seteruk-teruk orang melayu yang sudah teracun fikiran mereka, mereka
masih mempunyai ugama. Dengan ugama inilah kita cuba menyedarkan mereka.
Nasihat Ustaz Shamsuri amat sesuai kepada bapa sdr kerana kitab yang
diajarkannya itu amat relevan dengan keadaan semasa. Ceramah beliau
juga tidak berat atau menyentuh nama - cuma perangainya dan ciri-cirinya.
Hasilnya minda yang terkatup itu pasti akan terbuka bila sampai
waktunya. |