Laman Webantu   KM2A1: 2933 File Size: 2.2 Kb *



Teori Mahathir Menghancurkan PAS/Pembangkang Gagal
By Amin Sapiro

3/10/2000 6:54 am Tue

Amin Sapiro - olahan semula

TEORI MAHATHIR MENGHANCURKAN PAS/PEMBANGKANG - GAGAL

PELBAGAI penindasan dan diskriminasi dilakukan oleh Dr. Mahathir untuk menekan asakan rakyat membantah kezaliman dan ketidakadilan regim beliau.

Mahathir menggunakan begitu banyak wang rakyat untuk mengekalkan kuasa beliau dan menegakkan UMNO/BN sebagai parti baruanya. Pilihan siri tindakan yang paling aib dan busuk sekali ialah karenah beliau menyekat Royalti minyak yang hak dan halal bagi rakyat Terengganu.

Kununnya itulah kaedah terbaik yang wajar digunakan untuk menumbang dan menghancurkan Kerajaan PAS/BA sebagai sebuah parti Pembangkang.

Agenda khianat paling zalim dan rasuah paling kotor yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin dalam sistem "Federalisma" dalam sebuah negara bertamadun begitu makin mengeraskan (hardened) untuk menumbangkan regim Mahathir dan UMNO/BN.

Tun Salleh Abas (saksi yang masih hidup) menjelaskan bagaimana Allahyarham Tun Razak sebagai seorang "statesman" berusaha memberi hak kepada rakyat Terengganu dan negari dalam Persekutuan Malaysia.

Sebaliknya Dr. Mahathir adalah seorang ahli politik berfaham Diktator "despotik" zalim yang merosakkan seluruh sistem, budaya dan institiusi sebuah negara. Rakyat negeri ini sudah nampak jelas sejelasnya bahawa kewibaaan parti politik bernama UMNO yang telah diBARU(A)kannya dan BN yang sekongkol, sudah sampai kepuncak kekecundangan mereka.

Berakhirlah sebuah kelucuan gagal seorang ?pendita bebal? yang mencuba teori politik ?mat jenin?nya hingga menyebabkan sebuah parti yang pernah mendapat sokongan majoriti bertukar menjadi ?Parti NYAMOK?.

Allah swt menurunkan bala kepada kelompok pemerentah yang zalim. Ulamak UMNO sila terangkan firman dan hadis yang jelas mengutuk FIRAUN dan meneggelamnya di Laut Merah. Semoga rakyat negara ini akan selamat.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)